Teka jantina anak dalam kandungan? Catatan Sedikit Pengalaman Peribadi Saya...

Biasa la kan.. bila mengandung ni, dalam hati memang berteka-teki jantina anak dalam perut. Bukan tuan punya badan je... habis semua keluarga, kawan, jiran dan amoi kedai jahit pun sama main teka-teka.
Kalau dengan cerita-ceriti orang dulu, orang tua-tua tak kira bangsa Melayu, Cina hatta Turki sekalipun... ada je teori-teori tentang isu ini. Dari bentuk perut, selera ibu, tabiat,  muka masa mengandung, aktiviti bayi, kaitan dengan anak terdahulu, warna air kencing dan macam-macam lagi la. Siap ada eksperimen campur air kencing ngan soda bikarbonat dan macam-macam lagi.
Sekarang.. lupakan semua tu. Saya nak kongsi pengalaman peribadi yang sedikit ni tentang isu ni. Walaupun saya taklah expert macam orang beranak 12 tu... tapi, tak salah kan berkongsi. Mana tau bermanfaat. Berikut perbezaan mengandung anak lelaki dan perempuan :

ANAK LELAKI
  • Alahan/ morning sickness lebih kuat 
  • Muka berseri-seri, jerawat halus pun malu nak keluar
  • Suka tidur mengiring ke kanan
  • Bayi dalam perut pun suka parking sebelah kanan
  • Perut tajam ke depan
  • Perangai ibu mengada manja dan malas sikit
  • Suka makan yang masin dan berlemak

ANAK PEREMPUAN
  • Alahan/ morning sickness kurang sedikit
  • Muka berminyak dan kusam, jerawat pun laju je keluar
  • Suka tidur mengiring ke kiri
  • Bayi dalam perut pun suka parking sebelah kiri
  • Perut bulat kembang ke tepi
  • Perangai ibu lebih lasak dan rajin sikit
  • Suka makan yang manis dan masam

Ada lagi sebenarnya perbezaan lain yang saya tak tulis. Yang tertulis ni cuma yang sempat saya ingat.

Menariknya, setiap kali scan anak masa mengandung... Doktor akan kata anak saya berbeza dari jantina sebenar. Contoh yang lelaki, setiap scan mengandung doktor akan kata perempuan dan sebaliknya. Unik kan?

Apapun... ayat standard - Tak kisahlah anak lelaki atau perempuan,  yang penting sihat sempurna dan jadi anak-anak soleh, harta berharga di akhirat kelak... kan?

Ibu Tripple N

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...