Alhamdulillah... hari ni saya berjaya mengendalikan satu sesi kelas 'Back To Basic' bersama sideline yang juga buddy dalam bisnes Shaklee iaitu Puan Hairul Nisah, pemilik Anisvitashop yang sangat membantu dan bermotivasi. Kelas ni diadakan di My iReach Centre, Bangi yang dimiliki Master Lyna Noh dan Zainul Anuar... yang juga salah seorang upline dan mentor kami.
Kelas ni khas untuk downline di bawah kumpulan kami, terutamanya yang mahu mendapatkan gambaran tentang peluang yang ditawarkan dan langkah-langkah untuk memulakan perniagaan bersama Shaklee.
Sesi pertama dimulakan oleh saya sendiri sebagai pengasas Fantastic Star Team mengenai sejarah, peluang dan pelan pemasaran Shaklee. Kemudian satu slot khas perkongsian kejayaan Puan Khairani Bahauddin (RedComelMall.com) yang merupakan seorang WAHM (work at home mom) beranak lima tetapi mampu menguruskan bisnes Shaklee hingga ke tahap membanggakan. Sesi ketiga dan penutup diakhir oleh Puan Hairul Nisah mengenai langkah-langkah yang perlu diambil oleh seseorang yang nak memulakan dan berjaya dalam bisnes Shaklee ini. Dalam kelas ini didedahkan 'RAHSIA BESAR' kejayaan kumpulan kami antaranya Master Checklist, RCA, Magic Book dan sebagainya.
Saya berterima kasih kepada semua sahabat dalam team FST terlibat dan hadir.. Insya Allah saya doakan semua bertambah maju dan berjaya dalam Shaklee di masa akan datang. Saya percaya yang hadir ini adalah mereka yang ingin menggunakan potensi diri dan peluang yang ada untuk meningkatkan kualiti hidup sekeluarga.
Jangan risau jika anda masih belum menemui kumpulan atau business partner yang sesuai untuk memulakan perniagaan Shaklee anda. Hubungi saya untuk sertai kumpulan kami yang Fantastic ini. Kita akan bersama-sama mendaki ke puncak kejayaaan!
Jumpa di sana....
ZETI HAFIZA
019-9366681
No comments:
Post a Comment