VITAMIN SHAKLEE : Lebih dari 'Organik'!

Agak hangat sekarang di pasaran mengenai VITAMIN ORGANIK. Rata-rata promosi makanan kesihatan sibuk mencanangkan status ORGANIK tu. Hinggakan ada yang tanya saya, vitamin Shaklee ni ORGANIK tak?

Cuba tengok label botol vitamin SHAKLEE... ada tak tulis 'produk Shaklee adalah Organik'? Takde kan... walaupun piawaian Shaklee memenuhi semua kriteria ORGANIK, kenapa tak dicanang title ORGANIK tu agaknya ye?

Apa itu 'ORGANIK'?


Sebelum saya kongsi fakta keistimewaan Shaklee yang 'lebih dari organik' ni, tahu tak apa maksud organik? 

Vitamin Organik maksudnya vitamin tu dari bahan semulajadi yang tidak menggunakan sebarang bahan sintetik moden dalam proses tanaman atau pembesarannya seperti racun perosak sintetik dan baja kimia. Jika kita rujuk pada maksud pengiktirafan 'Certified Organic' oleh Quality Assurance International pun, 100% organic bermakna hanya bahan-bahan organik sahaja yang digunakan untuk pembuatan produk tersebut.


Macamana nak pastikan 'ORGANIK'?


Pengeluar vitamin organik akan pastikan tumbuhan yang digunakan untuk buat vitamin tu ditanam dengan mematuhi standard ditetapkan iaitu tidak menggunakan baja kimia, racun serangga sintetik dan yang sewaktu dengannya. Tapi, mereka tidak perlu mengambil kira apa yang tumbuhan tu serap dari udara, air dan tanah.

Maksudnya, walaupun semua tumbuhan tu ikut standard ORGANIK, mungkin bahan-bahan toksik seperti racun serangga diserap dari dalam tanah, air dan udara. Pengeluar vitamin organik tidak perlu bertanggungjawab ke atas kewujudan bahan toksin pada produk akhir untuk kekalkan label 'ORGANIK' kerana standard telah dipatuhi.


Kenapa SHAKLEE 'lebih dari organik'?


Berbeza dengan Shaklee, walaupun mematuhi semua standard ORGANIK, saintis mereka masih menjalankan ujian terhadap produk akhir. Ujian yang dilakukan bukan sekali, tetapi berkali-kali dengan mengambil kira semua kemungkinan bagi memastikan produk Shaklee adalah benar-benar selamat dan 'lebih dari organik'. 

Bayangkan, setiap tahun Shaklee menjalankan 83,000 ujian klinikal ke atas produk nutrisi yang dikeluarkannya (sumber)


Apa bukti SHAKLEE 'lebih dari organik'?


Saya nak kongsi satu fakta benar 'Shaklee Different' yang menunjukkan Shaklee 'lebih dari organik' 

Dulu, Shaklee pernah mengeluarkan satu produk yang dinamakan Panex Ginseng Product yang popular dikalangan pelanggan produk herba Shaklee. Produk ni kemudian dihentikan dan digantikan dengan CorEnergy (tiada di pasaran Malaysia) kerana ujikaji yang dijalankan ke atas bahan-bahan mentah mendapati kehadiran sejenis racun kulat yang dinamakan  Quintozene di dalam bahan utama iaitu Ginseng Asia. Ujian tersebut mengesan kehadiran Quintozene yang sangat-sangat sedikit sehingga hampir mustahil untuk dikesan. Lot pertama bahan itu ditolak. 

Kemudian beberapa lot bahan mentah dihantar lagi oleh pembekal dan bila diuji, masih menunjukkan kehadiran racun tersebut. Apabila pihak Shaklee tidak mungkin mereka memperolehi bahan mentah tanpa kehadiran racun tersebut, keputusan diambil untuk menangguhkan pesanan produk sehingga punca sebenar kehadiran racun tersebut dikenalpasti. 

Saintis Shaklee mendapati akar Ginseng Asia yang berasal dari Jepun dan China ni mengambil masa 7 tahun untuk matang dan mengumpulkan ginsenosides yang diperlukan. Setelah disiasat, rupa-rupanya 7 tahun sebelum itu, banyak hujan telah turun di Jepun dan China sehingga banyak kulat terkumpul. Disebabkan permintaan ginseng yang tinggi diseluruh dunia, pembekal dari dua negara ini masih menuai ginseng-ginseng ini dan menggunakan semburan Quintozene sebelum mengeksport ke luar negara. 

Panax
Ginseng Asia
Shaklee memutuskan untuk menghentikan pengeluaran Panex Ginseng Product selepas penemuan itu kerana tidak memenuhi piawaian Shaklee. Ia merupakan satu keputusan yang besar kerana produk tersebut sedang mendapat permintaan tinggi di pasaran.   


(Sumber : Teks ucapan Anjama Srivastava, Senior Director of Product Marketing for Nutritional Product untuk Shaklee Corporation pada tahun 2005. Beliau nutritionist Shaklee yang terlibat dalam pembangunan produk)


Kenapa pilih SHAKLEE?
  • Sentiasa SELAMAT
  • Sentiasa BERKESAN
  • Sentiasa MESRA ALAM

Hubungi saya untuk pertanyaan dan maklumat lanjut... 


Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan. Sila SMS ke 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com jika untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...