Tips kurangkan penat akibat pindah rumah

Ketika post ni ditulis, saya dalam proses pindah rumah. Ini kali kedua kami berpindah selepas berumahtangga. Bukan saja-saja pindah. Pertama kali pindah sebab ditukarkan tempat kerja, dari Terengganu ke Putrajaya/ Selangor. Kali ni sebab kami kena setuju kosongkan kuaters kerajaan yang diduduki dan berpindah ke rumah yang disewa. Insya Allah, rumah sendiri yang dibeli di kampung akan kami duduki bila balik berkhidmat di negeri sendiri.  Sementara mandi hujan emas di negeri orang ni, kita buat cara merantau. Sebenarnya pindah randah ni ada baiknya. Timba pengalaman sambil ubah angin, orang kata. 

Pindah rumah memang penat. Penat yang subjektif, bukan hanya penat fizikal sahaja. Otak pun penat, emosi pun penat. Saya bukan pakar pindah rumah. Cuma nak kongsi tips mengikut pengalaman sendiri.. cara nak kurangkan rasa penat akibat pindah rumah. Ni khusus untuk mereka yang tak gunakan perkhidmatan pindah rumah berbayar tu ye

1. Rancang lebih awal

Macam benda kecik je. Tapi jika kita rancang awal bila nak pindah dan berapa lama masa diperlukan... lebih mudah untuk uruskan cuti bagi yang bekerja, persiapan dan keperluan berkaitan

2. Buat checklist

Yang ni mungkin ramai yang malas nak buat. Tapi tau tak, bila buat checklist ni kerja lebih teratur.  Kita boleh jimatkan masa melalui penggunaan checklist ni. Checklist ni perlu ikut keutamaan. Selesaikan perkara terpenting dan diakhiri dengan yang paling kurang penting. Dalam sesetengah keadaan, kena selesaikan perkara paling sukar berbanding perkara paling mudah. 

3. Bahagi tugas

Kerja yang banyak akan jadi mudah bila tugas diagihkan. Jika buat seorang diri memang boleh, tapi penatlah kan. Bagi yang dah berkahwin, bincanglah dengan pasangan mengenai pembahagian tugas. Pengalaman saya yang tinggal di kuaters tingkat 4 yang tiada lif, kerja mengangkat barang memang mencabar. Kami akhirnya mengupah pekerja rakyat Bangladesh seramai 10 orang pada masa tu bagi memudahkan kerja. Dengan upah yang rendah, dalam masa 1-2 jam sahaja barang-barang dari dalam lori bertan-tan sudah dibawa naik. Termasuk barang-barang berat seperti mesin basuh, peti sejuk, perabot dan kotak-kotak buku.

4. Buat secara teratur dan sistematik

Subjektif juga tajuk di atas ni. Cuma bagi saya, bila pindah ni pastikan kita buat secara teratur.  Perlu gunakan logik.  Contoh, sebelum barang-barang diangkat pindah masuk ke rumah baru.. pastikan rumah tu dah bersedia. Dah dibersihkan, tiada masalah bekalan air dan eletrik serta telah dibuat perancangan kasar susun atur barang. Begitu juga dalam urusan packing barang dari rumah lama. Pastikan mengikut kesesuaian. Contoh, barang kaca perlu disimpan dengan cara selamat, mungkin perlu dibalut dengan kertas @ kain terlebih dahulu. Pakaian dan buku perlu kotak atau beg yang sesuai. Jangan lupa labelkan barang-barang di dalam beg dan kotak tu supaya anda tak 'penat' mencari nanti.

5. Rehat dan recharge secukupnya

Kali ini tips untuk penat fizikal pula. Pastikan anda makan dan rehat secukupnya sebelum, semasa dan selepas proses berpindah. Proses ini memang memenatkan. Minum air secukupnya untuk elak terhidrasi. Jika anda ada sakit-sakit sendi, berpada-pada bila angkat barang berat-berat tu ye.


Setakat ini sahajalah yang saya terlintas di fikiran. Dah habis pun satu bekas minuman Performance Orange Shaklee yang saya bancuh tadi. Setakat ini, bila sibuk mengemas memang saya akan berehat segarkan badan dengan minuman dehidrasi ni. Bukan orang bersukan sahaja yang patut ambil minuman dehidrasi ni. Ibu-ibu di rumah yang penat dengan urusan rumahtangga atau ibu bekerjaya yang baru pulang dari pejabat pun patut mencuba. Sekilas info:

Kebaikan minuman Performance Orange


  • Mudah disediakan.  Hanya perlu masukkan beberapa sudu ke dalam air kosong sejuk @ suam. Kacau @ goncang untuk sebatikan.
  • Enak tanpa perasa tiruan. Minuman ini mempunyai rasa semulajadi oren yang lazat, tidak mempunyai pemanis atau pewarna tiruan. Sedap diminum begitu sahaja
  • Selamat untuk seisi keluarga. Hampir sesiapa sahaja dalam keluarga anda boleh nikmatinya. Tak kira umur, jantina, mengandung atau menyusu. Bukan minuman bicarbonate.
  • Elak dehidrasi dan kembalikan tenaga segera. Minuman ini dirumus khas untuk membantu tubuh dihidrasi dengan cepat. Tenaga tubuh akan kembali dengan segera apabila bendalir elektrolit seimbang selepas pengambilannya.

Ok. Nak sambung mengemas, sementara ada masa. Tak sabar nak pindah!


Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan! 

ZETI HAFIZA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
ID : 854120
+6019 936 6681
www.facebook.com/bigsmilezone
bigsmilezone@gmail.com

Rahsia tambah 'power' - Sebenarnya saya isteri dia!


Malam semalam berpeluang ikut HubbyB (model di atas ni ye) ke Kinrara Oval Puchong. Ada cricket match antara team SMACK-DONG (Sains Muar Alumni Cricket Club - Denmark Oil And Gas) vs. CTrack. Kali terakhir saya berpeluang join jadi penonton a.k.a penyokong beliau adalah kira-kira 9 bulan lepas. Minat? Oh.. tidak sebenarnya. Tak pernah tau pun macamana kriket ni dimainkan sebelum ni. Dulu rasa agak pelik tengok mereka beria berjemur di tengah panas dengan berbaju putih. Ada masa pukul bola, lari-lari, sambut bola dan baling bola. Macam main rounders zaman kanak-kanak kat kampung dulu. Yang pasti, lepas game memang rentunglah masing-masing. Walaupun team HubbyB dilanyak oleh team lawan yang takde sorang pun Melayu (nampak macam Pakistan @ Bangladesh), secara keseluruhan it's a good game. Masing-masing nampak enjoy.

Sebenarnya saya isteri dia


Beberapa hari sebelum game HubbyB bersemangat tunjuk jersey baru warna merah tu. Saya tak berapa perasan dan tak berapa ada perasaan pun. Cuma layankan aje excitement beliau. Tapi pada malam tu ketika HubbyB berlari masuk padang untuk giliran sebagai batsman saya terpandang sesuatu pada jersey yang dipakai



Oh.. terharunya. Rasa nak berlari pergi tengah padang dan jerit 'Sebenarnya saya isteri dia'.... Hehehe. Over tak? Ala-ala drama swasta. 66 tu tarikh lahir saya, 6 Jun. Terasa disayangi pulak bila nombor tu ada pada jersey HubbyB. Romantik tak beliau? 

Ok.. Berbalik cerita kriket tadi. Habis game terus balik rumah. Saya agak terpesona sekejap bila Encik HubbyB saya ni nampak segar bugar. Sebelum ni asal balik dari game mesti dia 'fengsan tak hengat'. Agak cemburu ye di situ, kerana saya dah keletihan dan rasa nak tidur je. Sembang-sembang sekejap, maka bocorlah rahsia bagaimana 'power' dia boleh bertambah sejak akhir-akhir ni. Lepas sembang, apalagi... zzzzzz

Rahsia tambah 'power' athelatic


Bukan rahsia dah nampaknya. Sebab saya akan dedahkan rahsia terbaru HubbyB bertambah power sekarang. Rupanya sejak lebih sebulan amalkan CoQ Health dari Shaklee inilah salah satu kesannya. Agak mencurigakan ye di situ? Selalu dengar CoQ 10 ni untuk kesihatan jantung kan... Apa kena mengena dengan tambah power?

Lepas buat sedikit pembacaan saya dapat jawapan. Analoginya sama seperti sebuah kereta. Kereta ni untuk bergerak perlukan bateri. Bayangkan bateri tu jenis self rechargeable macam handphone anda yang canggih manggih tu. Makin lama guna kereta tu, makin kuranglah power bateri kereta tu. Jadi kereta tu pun tak larat nak bergerak laju dengan power yang kurang. CoQ 10 ni macam charger tugasnya. Jika kereta banyak guna tenaga maka cepatlah kena recharge. kalau kereta tu dah lama, kemampuan charger dan bateri pun tak berapa bagus. 

Bagi individu yang aktif, penggunaan tenaga adalah tinggi. CoQ 10 yang bertugas dalam proses pindah tenaga kepada sel diperlukan dalam tenaga yang banyak. Begitu juga bagi individu yang berusia. Kebolehan badan hasilkan CoQ 10 telah merosot. Jadi, memang dicadangkan untuk mereka ambil makanan yang kaya CoQ 10. Err.. faham ke? Senang cerita, agak-agak jika anda banyak guna tenaga, dah berusia atau ada ambil ubatan sintetik.. mungkin kandungan CoQ 10 dalam badan dah kurang. Sebab tu mudah letih dan kurang 'power'. Sesetengah pakar kesihatan di negara barat mencadangkan suplemen CoQ diambil untuk meningkatkan prestasi ahli sukan. 

Kenapa CoQ Health dari Shaklee? Kita sambung lagi kemudian ye...


Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan! 

ZETI HAFIZA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
ID : 854120
+6019 936 6681
www.facebook.com/bigsmilezone
bigsmilezone@gmail.com

Testimoni : Supplement Shaklee untuk batuk berpanjangan ketika mengandung

Setiap kali mengandung, saya akan mengalami masalah batuk berpanjangan hingga berbulan-bulan lamanya terutamanya di waktu malam. Ubat batuk memang tidak dapat membantu. Ketika mengandung anak pertama dan kedua saya terpaksa mengambil ujian TB, pemeriksaan paru-paru dan pernafasan. Pemeriksaan lanjut doktor mendapati saya mengalami masalah refluk asid akibat sfinker esofagus yang tidak kuat. Batuk adalah sebahagian simptomnya sahaja. Saya ada cuba amalkan mengambil madu sebagaimana petua tradisi tetapi masih kurang berkesan. Kemudian, seorang sahabat menyarankan saya memgamalkan makan bawang putih bakar setiap hari. Oleh kerana saya tidak tahan dengan bawang putih bakar, saya akhirnya memgambil 2 biji tablet Garlic Complex Shaklee setiap malam sebelum tidur.  Selain itu, saya turut mengambil sebiji  Omega Guard bagi mengurangkan  inflamasi dan "memanaskan" dada ketika tidur.
Alhamdulillah.... hanya sehari selepas pengambilan, batuk sudah mula berkurangan. Dan selepas beberapa kemudian, saya telah sembuh dari batuk berpanjangan. Syukur Ya Allah... berakhirlah penderitaan setiap malam tidak dapat tidur kerana batuk. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...