Tips kurangkan penat akibat pindah rumah

Ketika post ni ditulis, saya dalam proses pindah rumah. Ini kali kedua kami berpindah selepas berumahtangga. Bukan saja-saja pindah. Pertama kali pindah sebab ditukarkan tempat kerja, dari Terengganu ke Putrajaya/ Selangor. Kali ni sebab kami kena setuju kosongkan kuaters kerajaan yang diduduki dan berpindah ke rumah yang disewa. Insya Allah, rumah sendiri yang dibeli di kampung akan kami duduki bila balik berkhidmat di negeri sendiri.  Sementara mandi hujan emas di negeri orang ni, kita buat cara merantau. Sebenarnya pindah randah ni ada baiknya. Timba pengalaman sambil ubah angin, orang kata. 

Pindah rumah memang penat. Penat yang subjektif, bukan hanya penat fizikal sahaja. Otak pun penat, emosi pun penat. Saya bukan pakar pindah rumah. Cuma nak kongsi tips mengikut pengalaman sendiri.. cara nak kurangkan rasa penat akibat pindah rumah. Ni khusus untuk mereka yang tak gunakan perkhidmatan pindah rumah berbayar tu ye

1. Rancang lebih awal

Macam benda kecik je. Tapi jika kita rancang awal bila nak pindah dan berapa lama masa diperlukan... lebih mudah untuk uruskan cuti bagi yang bekerja, persiapan dan keperluan berkaitan

2. Buat checklist

Yang ni mungkin ramai yang malas nak buat. Tapi tau tak, bila buat checklist ni kerja lebih teratur.  Kita boleh jimatkan masa melalui penggunaan checklist ni. Checklist ni perlu ikut keutamaan. Selesaikan perkara terpenting dan diakhiri dengan yang paling kurang penting. Dalam sesetengah keadaan, kena selesaikan perkara paling sukar berbanding perkara paling mudah. 

3. Bahagi tugas

Kerja yang banyak akan jadi mudah bila tugas diagihkan. Jika buat seorang diri memang boleh, tapi penatlah kan. Bagi yang dah berkahwin, bincanglah dengan pasangan mengenai pembahagian tugas. Pengalaman saya yang tinggal di kuaters tingkat 4 yang tiada lif, kerja mengangkat barang memang mencabar. Kami akhirnya mengupah pekerja rakyat Bangladesh seramai 10 orang pada masa tu bagi memudahkan kerja. Dengan upah yang rendah, dalam masa 1-2 jam sahaja barang-barang dari dalam lori bertan-tan sudah dibawa naik. Termasuk barang-barang berat seperti mesin basuh, peti sejuk, perabot dan kotak-kotak buku.

4. Buat secara teratur dan sistematik

Subjektif juga tajuk di atas ni. Cuma bagi saya, bila pindah ni pastikan kita buat secara teratur.  Perlu gunakan logik.  Contoh, sebelum barang-barang diangkat pindah masuk ke rumah baru.. pastikan rumah tu dah bersedia. Dah dibersihkan, tiada masalah bekalan air dan eletrik serta telah dibuat perancangan kasar susun atur barang. Begitu juga dalam urusan packing barang dari rumah lama. Pastikan mengikut kesesuaian. Contoh, barang kaca perlu disimpan dengan cara selamat, mungkin perlu dibalut dengan kertas @ kain terlebih dahulu. Pakaian dan buku perlu kotak atau beg yang sesuai. Jangan lupa labelkan barang-barang di dalam beg dan kotak tu supaya anda tak 'penat' mencari nanti.

5. Rehat dan recharge secukupnya

Kali ini tips untuk penat fizikal pula. Pastikan anda makan dan rehat secukupnya sebelum, semasa dan selepas proses berpindah. Proses ini memang memenatkan. Minum air secukupnya untuk elak terhidrasi. Jika anda ada sakit-sakit sendi, berpada-pada bila angkat barang berat-berat tu ye.


Setakat ini sahajalah yang saya terlintas di fikiran. Dah habis pun satu bekas minuman Performance Orange Shaklee yang saya bancuh tadi. Setakat ini, bila sibuk mengemas memang saya akan berehat segarkan badan dengan minuman dehidrasi ni. Bukan orang bersukan sahaja yang patut ambil minuman dehidrasi ni. Ibu-ibu di rumah yang penat dengan urusan rumahtangga atau ibu bekerjaya yang baru pulang dari pejabat pun patut mencuba. Sekilas info:

Kebaikan minuman Performance Orange


  • Mudah disediakan.  Hanya perlu masukkan beberapa sudu ke dalam air kosong sejuk @ suam. Kacau @ goncang untuk sebatikan.
  • Enak tanpa perasa tiruan. Minuman ini mempunyai rasa semulajadi oren yang lazat, tidak mempunyai pemanis atau pewarna tiruan. Sedap diminum begitu sahaja
  • Selamat untuk seisi keluarga. Hampir sesiapa sahaja dalam keluarga anda boleh nikmatinya. Tak kira umur, jantina, mengandung atau menyusu. Bukan minuman bicarbonate.
  • Elak dehidrasi dan kembalikan tenaga segera. Minuman ini dirumus khas untuk membantu tubuh dihidrasi dengan cepat. Tenaga tubuh akan kembali dengan segera apabila bendalir elektrolit seimbang selepas pengambilannya.

Ok. Nak sambung mengemas, sementara ada masa. Tak sabar nak pindah!


Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan! 

ZETI HAFIZA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
ID : 854120
+6019 936 6681
www.facebook.com/bigsmilezone
bigsmilezone@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...