Jeragat ? Cubalah GLA Complex

Tahukah anda, secara klinikal jeragat adalah sejenis penyakit kulit? Ia tidak merbahaya terhadap kesihatan individu tetapi boleh menyebabkan wajah anda kelihatan tidak menarik, kusam dan tidak bermaya. Antara sebab utama terjadinya jeragat ialah faktor keturunan dan kesan pendedahan terhadap cahaya matahari. Anda berisiko mengalaminya jika berusia 40-an. Rawatan secara pembedahan dan sapuan bahan kimia pada kulit boleh menghilangkan jeragat. Jom baca artikel dari Kak N berkenaan jeragat.. credit to her!



Wajah bersih dari jeragat!
Dulu saya selalu terfikir betapa ramainya orang sanggup mengeluarkan belanja yang besar untuk dapatkan kulit yang cantik dengan mencuba segala macam krim yang berada dalam pasaran. Saya cuma tahu vitamin E , vitamin C dan B Complex adalah antara vitamin yang penting untuk dapatkan kulit yang cantik selain perlunya ESP untuk kulit yang lebih halus dan mulus.Tetapi setelah 11 tahun dalam Shaklee, saya baru benar-benar jatuh cinta dengan GLA. Ditambah baru ini saya pulang beraya dan berpeluang berjumpa adik beradik saya....salah seorang mereka baru menjalani pembedahan membuang hempedu. Maka antara vitamin yang saya bekalkan kepada beliau adalah GLA serta vitamin lain dan panduan yang betul pengambilan setiap vitamin.Tujuan saya bekalkan GLA ialah agar ia membantu menstabilkan hormon adik saya terutama selepas kehilangan hempedu akibat adanya batu kecil. Selepas sebulan mengambil semua vitamin yang saya sarankan, paling jelas kelihatan ialah kulit wajah adik saya yang sebelum ini bertompok akibat jeragat atau bintik-bintik cokelat kini sudah tiada lagi. Muka adik saya kelihatan bersih dan berseri. Beliau yang dulu tidak rajin nak makan vitamin kini menjadi pengamal tegar vitamin Shaklee.Saya dan suami kini sangat menyukai GLA selain tujuan utama kami mengamalkannya untuk membakar lemak semasa kita berehat ( tidur) kini ia lebih dari itu.Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah jeragat terutama selepas melahirkan anak, maka saya galakkan anda amalkan GLA Shaklee, ia membantu menstabilkan semula hormon anda dan insyaALLAH tiada lagi jeragat!

* kenyataan ini adalah pengakuan pengguna, kesan produk adalah berbeza ke atas individu

Apa itu GLA Complex?
GLA adalah singkatan kepada Gamma Linolenic Acids yang digunakan oleh ramai wanita untuk mengekalkan kesejahteraan di sepanjang kitaran bulanan mereka. GLA adalah asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh tubuh untuk membentuk prostaglandin - potent, bahan seperti hormon yang membantu tubuh untuk mengawal kebanyakan proses tubuh. Minyak biji bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Juga mengandungi vitamin E, yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan membantu mengekalkan integriti sel anda

Mahu mencuba GLA Complex? Hubungi saya di 0199366681


Dari mana anda boleh dapati sumber Vitamin anda?

Berikut adalah suber vitamin yang anda boleh dapati dari bahan semulajadi :
Vitamin A ; Beta Carotene, Retinol - sayuran berdaun hijau gelap, kuaci, brokoli, bunga kubis, kubis
Vitamin B1 ; Thiamin, Thiamine - Serai, keledek, kacang peas, jagung
Vitamin B2; Riboflavin - jagung mentah, pucuk kubis, pucuk jagung
Vitamin B3; Niacin - gandum, rumput kamut, alga merah, rumpai laut
Vitamin B5; Panthotenic acid - Kacang pecan, bijan, avocado, biji aprikot dan epal organik
Vitamin B6; Pyridoxine - keledek, kobis, anak gandum
Vitamin B12; Cobalamine - alga biru-hijau, tempe, jus sayuran organik hijau, anak gandum
Vitamin C - Kubis bunga, brokkoli, blackcurrant, buah kiwi
Choline - Daun bawang, bunga kubis, tomato, anggur
Vitamin D - alga biru-hijau, buah zaitun, rumpai laut, biji kacang pinto
Vitamin E - kuaci, avocado, biji badam, biji kacang pine
Folic Acid - brokoli, salad, kacang merah, kacang garbenzo
Vitamin H; Biotin - walnut, badam, biji filberts
Vitamin K - rumpai laut, brokoli, alfalfa, kubis dan kale

Pilihan lain? anda boleh dapati dari rangkaian vitamin dari Shaklee seperti berikut :

Vita-Lea (Multivitamin)
Mengandungi Vitamin D, Beta Carotene, Vitamin E, Kalsium, Boron, Magnesium, Biotin dan lain-lain

B-Complex (Vitamin B)
Mengandungi lapan Vitamin B yang diperlukan seperti : Vitamin B1 (thiamine) Vitamin B2 (riboflavin) Vitamin B3 (niacin or niacinamide) Vitamin B5 (pantothenic acid) Vitamin B6 (pyridoxine, pyridoxal, or pyridoxamine, or pyridoxine hydrochloride) Vitamin B7 (biotin) Vitamin B9 (folic acid) Vitamin B12

Vita-C (Vitamin C)
Vitamin C berpotensi tinggi yang menpunyai sistem pelepasan berterusan selama 5 jam dimana vitamin C yang dilepaskan setiap jam adalah bersamaan dengan satu setengah biji buah oren

Vita-E (Vitamin E)
Mengandungi 400 IU vitamin E dari sumber semulajadi dengan 10mcg selenium untuk melengkapkan aktiviti vitamin E

Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan. Sila SMS ke 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com jika anda berminat dengan tawaran kami

TESTIMONI : SUSU PERAHAN MAKIN MERIAH & BADAN LEBIH BERTENAGA DENGAN SET MENYUSU

Kali ini saya nak kongsi pengalaman peribadi bagaimana saya boleh jatuh hati dengan produk Shaklee kesayangan ramai ni.

Panik bila stok susu menyusut


Terus-terang saya katakan, tujuan asal saya mencuba Set Menyusu Shaklee memang untuk meningkatkan kuantiti susu ibu. Setelah bayi berusia 7 bulan, saya mula didatangi haid semula dan kemudian saya terpaksa berjauhan dengannya selama hampir 2 minggu kerana tugas luar kawasan. Akibat kesukaran mengepam secara konsisten semasa di lapangan, kuantiti susu perahan semakin berkurangan. Saya semakin tertekan bila mendapati stok susu perahan sebanyak hampir 600 oz telah hampir habis semasa ketiadaan saya. Saya cuba membaiki keadaan dengan melakukan 'power pumping' dan bercuti untuk bersama bayi bagi merangsang penghasilan susu. Tetapi keadaan tidak banyak berubah, saya cuma mampu memperolehi maksimum 6 oz susu sehari untuk 3 kali sesi perahan di waktu siang. Saya menjadi panik bila bulan puasa menghampiri dan stok susu perahan pula hampir habis. 

Kesan seawal hari pertama


Akhirnya saya mengambil keputusan mencuba Set Menyusu Shaklee setelah membuat sedikit 'research' di internet. Saya amat terkejut dengan hasilnya yang boleh dikatakan cepat. Bayangkan, sesi perahan pertama selepas saya mula mengambil set ini (kira-kira 6 jam sebelum memerah); susu perahan yang diperolehi adalah sebanyak 6 oz berbanding 3 oz pada sesi sebelumnya. Lebih mengujakan bila susu perahan tersebut begitu berlainan dari biasa - lebih pekat, berwarna kuning kehijauan. Hari-hari seterusnya semakin menenangkan dan menggembirakan, pengeluaran susu bertambah sehingga maksimum 12 oz bagi satu sesi perahan. Sesekali saya mengalami bengkak susu bila terlewat memerah, setelah berbulan-bulan tidak melaluinya. 

Selepas bersalin, saya mengalami masalah kebas-kebas dan lenguh-lenguh badan serta kerap kejang kaki di waktu malam. Rambut saya juga banyak gugur sejak melahirkan anak pertama dan semakin banyak selepas anak kedua ini. Stamina badan berkurangan, saya keletihan setiap kali balik kerja dan terus tidur selepas memasak makan malam serta menidurkan anak.

Walaubagaimanapun, perubahan ketara saya rasakan selepas 2 minggu mengambil set menyusu ini. Masalah kebas dan kejang tiada lagi, rambut semakin kurang gugur dan saya tidak lagi mengalami keletihan yang melampau. Lebih menggembirakan bila suami menegur, saya semakin ceria, kurang stress dan 'energetic' dalam menguruskan rutin seharian termasuk 'melayan suami'... 

Berat turun tanpa dirancang


Bonusnya pula, berat badan saya menurun 2 kg walaupun menu sarapan, makan tengahari dan makan malam saya adalah nasi. Saya tak berniat langsung menurunkan berat badan, tapi mungkin masalah sembelit yang dihadapi sejak remaja sudah tiada lagi sejak sebulan ini. Oh, sebelum terlupa... Saya juga tidak lagi gatal hidung dan bersin di waktu pagi sejak kebelakangan ini.. Alhamdulillah, set menyusu ini bukan sahaja membantu perjalanan penyusuan saya, tetapi bagi banyak lagi bonus kesihatan yang tak disangka-sangka!


Set Menyusu Premium yang saya ambil
Nak tahu lebih lanjut tentang SET MENYUSU Shaklee? Klik di sini.

Sahabat Sihat,
< ZETI HAFIZA>

5 MITOS PENYUSUAN IBU YANG SELALU KITA SALAH FAHAM

Tahniah kerana dimurahkan rezeki dengan dikurniakan bayi yang diimpi-impikan selama ini. Sudah tentu banyak perkara baru yang akan ditempuhi termasuk pengalaman pertama menyusukan bayi. Pada masa ini, banyak nasihat dan pandangan yang akan kedengaran dari orang sekeliling kita, tidak kira suami, ibu, kakak, nenek, jiran, kawan-kawan mahupun orang yang pertama kali anda temui. Jadilah pendengar yang baik, tetapi anda juga perlu berhati-haati dalam menerima maklumat tersebut. Pastikan anda periksa fakta sebenar yang boleh anda perolehi dari pembacaan dan konsultasi. Sesetengah maklumat yang anda dengar mungkin mitos yang belum pasti kebenarannya. Antara mitos popular tentang penyusuan ibu : 

  1. Tidak semua ibu mempunyai susu yang cukup untuk menyusukan anak mereka 
    Fakta : Sebenarnya seorang ibu boleh menghasilkan susu yang mencukupi untuk anak mereka. Penyusuan ibu adalah berkonsepkan 'demand and supply' di mana lebih kerap anda menyusukan bayi, semakin banyak susu yang dihasilkan. Sebagai contoh, bayi yang berusia 1 hari dianggarkan mempunyai perut hanya sebesar guli sahaja dengan kapasiti 5-7 ml sahaja. Susu ibu yang dihasilkan pada hari pertama juga amat sedikit tetapi cukup untuk memenuhi keperluan bayi. Menjelang hari ke-7, saiz perut bayi bertambah dan boleh mencapai kapasiti 2 oz. Ketika itu pengeluaran susu ibu yang meneruskan penyusuan boleh melebihi keperluan bayi.
  2. Penyusuan menggunakan susu formula melalui botol adalah lebih mudah

    Fakta :
    Penyusuan ibu adalah lebih mudah. Anda tidak perlu bergegas bangun dari pembaringan anda di waktu malam untuk membancuh susu, anak tidak merengek lama untuk menunggu susu dibancuh, tiada peralatan perlu disteril, anda tidak perlu risau tentang suhu susu yang perlu diberikan dan sebagainya. Anda akan mendapati menyusukan anak menggunakan susuformula melalui botol lebih sukar jika anda telah biasa menyusukan anak terus dari payudara anda!
  3. Susu formula mempunyai kandungan yang sama/ lebih baik dari susu ibu

    Fakta :
    Susu ibu mempunyai kandungan nutrisi yang unik bagi memenuhi keperluan bayi anda. Susu formula mungkin mempunyai kandungan lemak, karbohidrat, protein dan mineral yang sama atau lebih tinggi dari susu ibu. Tetapi sesetengah susu formula mempunyai kandungan nutrisi yang berlebihan dan tidak diperlukan oleh bayi anda. Susu ibu juga mengandungi sel hidup seperti antibodi dan limfosit yang tidak boleh diperolehi dari susu formula.
  4. Ibu yang mempunyai puting leper/ tenggelam tidak boleh menyusukan

    Fakta :
    Puting payudara berfungsi memudahan pelekapan mulut bayi ketika penyusuan. Puting yang leper/ tenggelam mungkin menyukarkan sedikit pelekapan mulut bayi dengan betul pada peringkat awal penyusuan tetapi tidak bermakna payudara anda tidak mampu menghasilkan susu. Terdapat teknik tertentu yang boleh membantu seperti urutan dan penggunaan alat-alat khas. Dalam kebanyakkan kes, puting yang leper/ tenggelam boleh dikeluarkan ketika menyusu jika mulut anak melekap dengan betul.
  5. Saiz payudara menentukan keupayaan menghasilkan susu

    Fakta :
    Penghasilan susu ibu bermula apabila saraf di sekitar puting dan aerola dirangsang, seterusnya menghatar isyarat kepada kelenjar pitituari untuk menghasilkan hormon prolaktin dan oksitoksin. Prolaktin berfungsi menukar nutrien dari darah ibu ke dalam bentuk susu ibu. Oksitoksin pula merangsang sel-sel dalam payudara seterusnya menyebabkan berlakunya ejakulasi susu ibu. Saiz payudara adalah bergantung kepada jumlah tisu lemak yang ada pada seseorang. Ia tiada kena mengena langsung keupayaan menghasilkan susu ibu
Jika biasa dengar mitos di atas sebelum ini, pastikan tanggappan kita diperbetulkan mengikut fakta sebenar ye ibu-ibu. Selamat menempuhi alam penyusuan ibu yang indah!

Sahabat Sihat,
< ZETI HAFIZA >

Penyusuan ibu - bukan tugas seorang ibu semata-mata?



Semasa mengandungkan anak pertama, saya telah membuat keputusan untuk menyusukan anak sepenuhnya setakat kemampuan menghasilkan susu dan setakat diizinkan Allah (sudah tentu). Pada ketika itu (tahun 2008), saya banyak mencari maklumat sendiri melalui internet, buku-buku dan majalah. Pengalaman orang di sekeliling saya sangat terhad kerana kebanyakannya menyusukan anak pada bulan-bulan pertama sahaja. Kalau ada yang menyusukan anak menjangkaui tempoh itu, rata-rata telah memperkenalkan susu formula atau selalu orang sebut 'campur susu'. Berbekalkan pengetahuan yang sedikit itu juga keazaman yang kuat, saya beranggapan saya telah bersedia untuk menghadapi cabaran menyusukan anak.

Detik pertama menyusukan adalah saat manis yang tak dapat dilupakan. Mujurlah hospital tersebut menyokong penyusuan ibu. Beberapa ketika selepas dilahirkan, anak sulung saya terus diletakkan di atas dada. Bidan terus meminta saya menyusukan. Mula-mula memang saya panik, tak tau macamana nak latch on dengan betul. Tapi ALLAH MAHA BESAR, dikurniakan bayi rooting reflex yang membantu dalam penyusuan ibu.

Selama sehari semalam di hospital, sekejap-sekejap ada sahaja Jururawat datang untuk buat follow up bagi memastikan ibu berjaya menyusukan anak. Bila ada yang tidak kena, mereka akan menunjukkan cara yang betul untuk menyusukan bayi dengan betul. Ada masa saya jadi sangat letih apabila bayi asyik menangis seolah-olah hendak menyusu. Saya keliru juga, adakah susu saya tidak cukup atau saya yang tidak pandai menyusukan. Menitis juga airmata saya menahan sakit bila puting luka akibat kesilapan latching. Mujur jururawat di situ sedia membantu.

Ketika dalam pantang, saya cuba sesuaikan diri dengan rutin baru. Badan masih letih tapi bayi akan terjaga setiap 2 jam untuk menyusu. Ada masa saya mengalami bengkak susu kerana bayi minum sedikit-sedikit sahaja. Lama-lama kelamaan saya mula faham dan pandai menguruskan penyusuan ibu. Suami sentiasa membantu dan memberi sokongan tanpa diminta. Orang di sekeliling saya pula kurang pengalaman dalam hal ini. Selepas saya habis pantang, ramai nasihatkan supaya saya cepat-cepat ajarkan anak menyusu menggunakan botol, dengan susu formula. Saya sedikit keliru tetapi cuma mengiakan sahaja. Saya bertekad akan teruskan penyusuan eksklusif sekurang-kurangnya sehingga 6 bulan.

Setelah mula bekerja, cabaran semakin hebat. Dengan tugas yang agak sibuk serta kerja outstation yang selalu datang, menyebabkan saya lemah semangat sekali-sekala. Mengepam di pejabat merupakan perkara baru di tempat saya bekerja. Mula-mula memang ada sahaja suara-suara sumbang yang memberi pandangan-pandangan negatif. Ada yang nasihatkan saya cepat-cepat ceraikan susu, ada yang mengejek dan mempermainkan susu yang saya simpan dalam peti ais di pejabat, ada yang menganggap mengepam itu leceh dan sebagainya. Sekali lagi saya hanya berdiam. Sedikit sahaja yang memahami pada mulanya. Dan amat-amat sedikit yang boleh saya jadikan rujukan.

Sepanjang perjalanan menyusukan anak pertama sepenuhnya selama 1 tahun 10 bulan, suamilah yang paling banyak memberi semangat dan membantu. Tanpa bantuannya, pasti sukar untuk saya jayakan penyusuan ibu ini.

Alhamdulillah, sekarang anak kedua saya, saya lalui dengan lebih mudah. Berkat kesabaran, ramai yang telah membuka mata mengenai penyusuan ibu. Ia bukannya mudah tetapi boleh dilaksanakan. Hari ini saya gembira bila semakin ramai kawan-kawan yang mengikut jejak langkah. Ada yang dapat melakukan dengan lebih baik.

Kesimpulannya, anda perlu tahu... Penyusuan ibu bukan tugas ibu sahaja untuk menjayakannya. Anda juga berperanan jika anda seorang;
  1. Suami
  2. Nenek
  3. Kakak
  4. Adik
  5. Abang
  6. Kawan
  7. Jiran
  8. Kawan sekerja
  9. Majikan
  10. Pengasuh
  11. Jururawat
  12. Bidan
  13. Doktor
..... kepada ibu yang menyusukan...

* Jom kembali kepada fitrah dan sunnah!

Maklumat Asas Suplemen SHAKLEE Yang anda Perlu Tahu... Part 1

VITA-LEA Iron Formula
  • Multivitamin yang mengandungi 12 jenis vitamin dan 7 jenis mineral yang diperlukan seperti Vitamin A, C, D, E, B12, B6, Thiamin, Riboflavin, Folate dan banyak lagi
  • Dirumus secara saintifik, diuji secara klinikal tentang keberkesanannya
  • Pengambilan jangka masa panjang akan membantu peningkatan tahap kesihatan
  • Mempunyai Sistem Penyerapan Bioaktif yang membantu penyerapan segera asid folik kritikal

B- COMPLEX
  • Mengandungi 8 Jenis Vitamin B
  • Membantu memelihara kesihatan badan dan membantu fungsi tubuh
  • Meningkatkan penglihatan mata dan sistem pernafasan
SUSTAINED RELEASE VITA-C
  • Mengandungi 500mg Vitamin C dalam setiap tablet
  • Baik untuk kesihatan tulang, gigi, gusi dan struktur badan
  • Meningkatkan penyerapan zat besi yang bukan dari sumber daging
  • Vitamin C dilepaskan secara terkawal setiap jam selama 5 jam
ZINC COMPLEX
  • Zink perlu untuk tindakbalas biokimia badan termasuk enzim
  • Membantu badan memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein
  • Meningkatkan daya ingatan dan tumpuan
  • Formula vegetarian
VITA-E COMPLEX
  • Antioksidan larut lemak
  • Membantu kesihatan jantung, otak dan prostate
  • Meningkatkan fungsi paru-paru, usus dan imuniti
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

KENAPA PERLU AMBIL SUPLEMEN/ MAKANAN TAMBAHAN?

Flashback zaman sekolah

Saya ingat lagi ketika di sekolah rendah. Ayah selalu belikan suplemen untuk kami adik-beradik. Nak makan punyalah susah, tablet besar berwarna coklat dan berbau kuat menjadi mimpi ngeri kami. Tapi memang betul- betul saya tak ingat nama supleman tersebut. Dalam terpaksa, kami makan juga demi menjaga hati ayah.

Di sekolah menengah, saya sedikit selamat kerana tinggal di asrama. Saya masih ingat masalah saya yang suka tidur dalam kelas. Ayah belikan vitamin berwarna merah saga berbentuk bujur. Tapi sejujurnya saya tidak makan suplemen tersebut dengan berdisiplin. Ayah tak jemu belikan hinggalah saya tamat sekolah. Masalah mengantuk dalam kelas tak selesai juga.

Kemudian bila saya melangkah ke universiti, saya makin jauh dengan suplemen. Tinggal beratus kilometer dari ayah, balik kampung pun cuma sebulan sekali. Ayah tidak lagi belikan apa-apa supleman, mungkin dia fikir saya dah dewasa untuk membuat pilihan. Ya, saya telah membuat pilihan - tidak mengambil apa-apa suplemen.

Masalah mengantuk dalam kelas makin menjadi-jadi. Saya juga dapat resdung yang teruk agak ketika ini. Sakit kepala, bersin, jerawat dan keletihan macam dah jadi kebiasaan. Tapi saya biarkan je, sesekali saya jumpa doktor dan dapatkan apa sahaja ubat yang boleh mengurangkan ketidakselesaan yang dialami.

Dilema ibu beranak kecil

Sekarang saya dah berkeluarga. Dengan anak-anak masih kecil dan kerja yang agak sibuk, rutin harian saya sangat ketat. Aspek kesihatan sering diabaikan. Sehinggalah saya mengandung anak kedua dan kemudian melahirkan, saya sedar saya perlu berbuat sesuatu. Badan saya sangat lemah, selalu sakit-sakit sana-sini. Kaki mudah sahaja kejang dan kebas-kebas. Kepala selalu sakit berhari-hari. Kesian pada anak-anak yang masih kecil, mereka perlukan perhatian saya tetapi saya tidak mampu memberikan yang terbaik. Kenapa? Sebab saya asyik keletihan dan sakit..

Tak boleh jadi ni.. saya sebagai ibu, nadi keluarga - mesti sihat, cergas dan bertenaga. Sana sini saya cari info. Akhirnya saya yakin saya perlu ambil makanan tambahan (suplemen) untuk membantu.

Bagaimana suplemen membantu?

Di luar sana ramai lagi orang yang mengabaikan kesihatan. Anda mungkin salah seorang darinya. Suplemen salah satu cara untuk membantu anda. Kenapa ianya perlu?

Jawapannya mungkin di sini:
  • Kita sering terdedah dengan pencemaran alam sekitar
  • Mengamalkan gaya hidup tidak sihat
  • Badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien
  • Kebanyakan rakyat Malaysia makan mengikut selera rasa
  • Buah-buahan mungkin terjejas atau tercemar
  • Gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan
  • Kehilangan nutrien dalam makanan
Cuba renungkan... adakah kita amalkan gaya hidup sihat? Adakah pemakanan kita ideal, persekitaran tidak tercemar dan tidak terdedah kepada stress? Jika tidak, percayalah.. anda mungkin perlu ambil suplemen.

Sahabat Sihat,

< ZETI HAFIZA >


4 LANGKAH PENTING UNTUK LEBIH SIHAT

Kita mungkin sihat.. tapi tidak salah jika ingin rasa lebih sihat. Jika jatuh sakit, sudah tentu kita nak cepat-cepat sihat semula, kan? Sebenarnya diri kita secara lahiriahnya adalah sihat tetapi mungkin disebabkan faktor tertentu, menjadi sedikit kurang sihat. Tanpa kita sedar, aktiviti harian kita mungkin menyumbang kepada gaya hidup yang kurang sihat. Mengubah gaya hidup mungkin sukar dan memberi banyak tekanan bagi anda yang tidak pernah mencuba. Walaubagaimanapun, jika anda sedar mengenai kepentingan dan kewajarannya; kesungguhan anda akan mengatasi segalanya.

Sebahagian langkah penting jika anda ingin rasa lebih sihat:

1. Perbaiki pengambilan makanan anda 
  • Kalori mencukupi dengan keperluan anda - (contoh : wanita dewasa 1,600 - 2,000 kcal/ hari, lelaki dewasa 2,000-2,500 kcal/hari) 
  • Makan Karbohidrat, Protein dan Lemak secara optimum 
  • Minum air secukupnya 
  • Mesti makan makanan berserat 
  • Jangan lupa garam galian, vitamin dan sedikit asid lemak 
2. Lakukan senaman atau aktiviti 
  • Sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 20-30 minit bagi setiap sesi 
  • Tidak semestinya ada membuat senaman tertentu. Mungkin anda boleh melakukan hobi anda yang boleh mengeluarkan peluh seperti berkebun, membasuh kereta, berbasikal dll. alternatif, anda boleh banyakkan berjalan setiap hari (contoh: tidak menggunakan lif di pejabat, parking lebih jauh di pusat membeli belah dll.) 
3. Berfikiran positif 
  • Elakkan stress di tempat kerja 
  • Kurangkan marah 
  • Jangan berfikiran negatif 
4. Tidur dan rehat secukupnya
  • Sekurang-kurangnya 6-8 jam sehari 
  • Penting untuk rehatkan tubuh dan minda 
  • Sel-sel badan dibaiki semasa tidur 

Jom semak diri sendiri, dah buat ke semua langkah-langkah di atas?

Sahabat Sihat,

< ZETI HAFIZA >

KENAPA MESTI SIHAT?

Cuba lihat keliling kita; berapa ramai ahli keluarga, rakan-rakan, teman sepejabat atau jiran tetangga anda dalam keadaan sihat? Sihat dari aspek fizikal, mental, emosi, spiritual dan sosial. Sihat juga bermakna bebas dari sebarang penyakit.

Masyarakat kita hari ini semakin maju; teknologi berada di hujung jari. Masing-masing berlumba-lumba mendapatkan gaya hidup serba selesa, terkini dan bergaya. Anak-anak kecil pun telah dijinakkan dengan pelbagai gadget dan teknologi. Orang dewasa dan berusia sekarang sudah pandai update status di laman-laman sosial.

Tapi, tahap kesedaran terhadap kesihatan masih di tahap kurang memuaskan. Masyarakat hanya akan tersentak tentang isu kesihatan bila tiba-tiba ada wabak menular seperti Influenza A H1N1, Meninggitis, Japanese Encephalitis dan sebagainya. Penyakit-penyakit kronik seperti buah pinggang, tekanan darah tinggi, diabetes, sakit jantung dan barah pula sudah menjadi 'biasa' di negara ini sehingga ramai yang mengambil mudah mengenainya.







Sesetengah penyakit memang sukar dielakkan. Tapi, anda boleh menjadikan hidup anda lebih baik dengan MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT, mencegah diri dari risiko penyakit dan membuat saringan awal bagi mengenalpasti dan merawat penyakit sedia ada. Kenapa anda mesti sihat? Jawapannya mungkin berbeza bagi setiap individu, antaranya : 
  • Saya SAYANG diri saya - kulit saya cantik, rambut menarik, mata menawan ... 
  • Saya berTANGGUNGJAWAB - saya seorang ayah, saya ada keluarga, saya ada kerjaya... 
  • Saya hambaNYA yang TAAT - saya suka solat, rajin puasa, nak buat Haji... 
  • Saya ada CITA-CITA tinggi - saya bakal Graduan, saya mahu jadi Jutawan... 
  • Saya MAHU BERUBAH - saya perokok, saya mengalami obesiti, saya malas bersenam.. 

Jadi, tanya diri sendiri.... Kenapa anda Mesti Sihat? 

Sahabat Sihat,
Zeti Hafiza
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...