Pencuci muka Shaklee terbaik pilihan saya

Pagi tadi masa nak cuci muka, baru perasan dah nak habis rupanya pencuci muka saya. Flashback kejap, recall  balik. Ini tiub ke-4 saya guna sejak 24 bulan lepas. Maksudnya purata 1 tiub saya guna selama 8 bulan. Itupun kongsi berdua dengan suami. Mungkin ada yg ingat kami kedekut sampai perlu berjimat-jimat guna setiub berdua selama 8 bulan. Sebenarnya tidak! Pencuci muka ni hanya perlu dipicit keluar sebesar 2 biji kacang hijau pada setiap penggunaan. Dicairkan dengan sedikit air sahaja. Hasilnya busa pekat yang cukup banyak untuk mencuci muka kita dengan bersih.
Pencuci muka NutriWhite Gentle Deep Foaming Cleanser dari Shaklee ni memang dirumus khas untuk kulit orang Asia. Dirumus dari ekstrak 16 jenis tumbuhan dari pelbagai negara iaitu kacang soya, aloe vera, rosemary, marshmallow, alga, alga hijau, linden, kudzu, scullcap, gambir, peony, begonia, beech tree, arnica montana, bearberry dan mulberry. Bahan-bahan dlm pencuci muka ni adalah selamat dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya. Secara klinikal, produk ini terbukti dapat membantu mencerah dan memberi youthful glow kepada penggunanya.
Sekarang di pasaran memang banyak produk penjagaan wajah yang dapat mencerah dan menggebukan kulit dalam masa singkat. Murah ada, mahal pun ada. Cuma kita sebagai pengguna kena bijak memilih mana yg  lebih selamat.
Saya bersyukur bertemu dengan produk ni. Dulu pernah juga pakai produk yg ada peluntur tu. Memang cepat betul kesannya. Tapi bila kulit saya jadi sensitif,  cepat terbakar dan naik jerawat selepas guna beberapa kali . Sejak tu saya bertukar kepada produk yang lebih selamat ni. Mahu mencuba? Hubungi saya sekarang ..

Zeti Hafiza Zakaria
Shaklee Independent Distributor
+60199366681

Cara makan Shaklee Collagen Powder

Bagus sangat ke Vitamin C Shaklee...

Hari ni dalam sejarah, Sustainable Release Vita- C yang out of stock selama hampir setahun... akhirnya open for sale. Akibatnya, hari ni di cawangan dan ibu pejabat Shaklee jadi sangat sibuk. Yang borong ratus botol SR Vita-C ramai. Inikan pula puluhan botol... sangat ramai. Gambar di atas cuma sebahagian gambaran tsunami yang melanda Shaklee.

Nak tau kenapa rakyat Malaysia begitu 'gila' dengan benda ni..

* dengan pelepasan masa
* semulajadi
* disokong oleh ujian klinikal
* kualiti dan keselamatan terjamin
* diakui berkesan oleh pengguna
* halal yang diiktiraf JAKIM
* diluluskan KKM

Tak percaya? Cuba dulu, baru tau. Kemudian akan terjawablah soalan... bagus sangat ke vitamin C Shaklee ni..

FAQ Set Bersalin @ Set Berpantang Shaklee


Apa itu Set Bersalin @ Berpantang Shaklee?


Set Bersalin atau Set Berpantang Shaklee adalah terdiri dari 4 jenis makanan tambahan berupa vitamin dan mineral utama yang dicadangkan dan sesuai bagi ibu-ibu yang sedang berpantang selepas bersalin. Set ini adalah dicadangkan sebagai inisiatif dari saya sebagai Pengedar Sah Shaklee, dan tidak dijual dalam bentuk set khusus oleh Shaklee

Apa kandungan dalam set ini?


Set ini terdiri dari Vita-Lea Iron Formula, B-Complex, Sustainable Release Vita-C @ Chewable Vita-C dan Zinc Complex. Maklumat dan keterangan lanjut produk adalah seperti di sini

Adakah terdapat pilihan untuk tambahan produk kepada set ini?


Ya. Anda boleh memilih untuk menambah sebarang produk yang diperlukan ke dalam set ini seperti supplemen untuk ibu menyusu, pengurusan berat badan, kecantikan kulit dan sebagainya.

Adakah set ini disertakan dengan produk tradisional berpantang seperti alat bertungku dan bertangas, pilis, param, tapel dan sebagainya?


Tidak. Set ini hanya terdiri dari produk untuk kesihatan ibu selepas bersalin yang diambil secara oral dalam bentuk tablet, kaplet, kapsul atau serbuk untuk dijadikan minuman kesihatan. 

Bilakah masa saya boleh mula mengambil set ini selepas bersalin?


Kesemua jenis produk dicadangkan boleh diambil terus seawal hari pertama berpantang. Malahan kebanyakan darinya selamat diambil ketika merancang kehamilan dan semasa hamil sekalipun.

Saya menyusukan bayi sepenuhnya, adakah produk ini akan memberi kesan sampingan negatif?

Multivitamin, B Complex, Vitamin C dan Zinc adalah antara keperluan ibu menyusu yang mungkin mengalami 'vitamin/ nutrient gap' akibat pemakanan yang tidak seimbang dan keperluan nutrisi yang meningkat. Oleh itu, set ini diyakini tidak mendatangkan kesan negatif tetapi sebaliknya membantu tubuh badan ibu lebih sihat dan bersedia menyusukan bayi.

Anak saya disahkan jaundis (demam kuning), adakah selamat jika saya mengambil set ini?


Selamat. Produk ini tidak memberi apa-apa kesan negatif kepada bayi yang mengalami jaundis

Saya ingin mengambil jamu semasa berpantang, bolehkah saya ambil set ini?


Boleh. Tiada bukti menunjukkan interaksi antara jamu dan supplemen. Walaubagaimanapun sebagai langkah selamat, dicadangkan supaya pengambilan antara keduanya dijarakkan.



Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mengenai produk ini!

ZETI HAFIZA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
ID : 854120
+6019 936 6681
www.facebook.com/bigsmilezone
bigsmilezone@gmail.com

SET BERPANTANG SELEPAS BERSALIN SHAKLEE : Paling laris, hangat dan berbaloi!

Seawal 3 bulan sebelum bersalin, bakal-bakal ibu dah mula buat persiapan untuk menerima kehadiran cahaya mata baru. Malahan ada yang dah buat survey sebaik sahaja disahkan mengandung. Dalam pada sibuk shopping keperluan bayi baru lahir tu, jangan lupa buat persiapan untuk diri sendiri. Banyak juga keperluan lepas bersalin yang perlu disediakan. Antaranya seperti dinyatakan dalam senarai ini. 

Salah satu keperluan paling penting ialah set berpantang selepas bersalin. Sekarang ni, set-set bersalin dijual secara komersial. Ada macam-macam pilihan di pasaran. Samada berpantang secara tradisi atau moden, bersalin normal atau melalui pembendahan.. pastikan anda tak lupa dapatkan makanan tambahan dan vitamin dari Shaklee bagi menyokong keperluan nutrisi ibu berpantang.

Kandungan Set Berpantang (confinement) Shaklee




Set berpantang Shaklee ni memang berbeza kerana ia terdiri dari produk-produk makanan tambahan dan vitamin dalam bentuk tablet. Ia khusus untuk penjagaan kesihatan selepas bersalin. Cadangan produk untuk ibu selepas bersalin dan fungsinya adalah seperti berikut: 

  1. Vita-Lea Iron Formula (Multivitamin dengan zat besi: membantu bantu tambah darah yang hilang semasa bersalin, mengisi kekosongan vitamin dalam badan akibat kawalan pemakanan semasa proses berpantang 
  2. B-Complex : penting untuk metabolisme makanan kepada tenaga, anti-stress, elak kemurungan & stabilkan hormon
  3. Vitamin C : membantu proses penyembuhan luka episoptomi atau caesarean dengan lebih cepat dan bantu proses baiki tisu rosak semasa proses bersalin
  4. Zinc Complex : juga membantu luka cepat sembuh, mengurangkan rambut gugur selepas bersalin dan bantu tingkatkan imun badan
Pilihan tambahan : 
  1. Energisnig Soy Protein : Membantu penyembuhan luka, memberi tenaga kepada ibu, merupakan penggalak susu bagi sesetengah ibu menyusu.
  2. OsteMatrix : Mengisi kekurangan kalsium dalam badan ibu yang menyusu, membantu masalah buasir dan sembelit, meredakan rasa kebas, kejang, sakit-sakit urat saraf dan tubuh badan. 
  3. GLA Complex : membantu pengaturan semula hormon wanita selepas bersalin, membantu kulit lebih cantik.

Siapa yang sesuai menggunakan Set Berpantang ini?


  • Wanita selepas bersalin (dalam pantang) secara normal/ caesarean
  • Wanita selepas keguguran
  • Individu selepas pembedahan
  • Wanita menyusukan anak
  • Wanita telah habis pantang
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang melahirkan anak berisiko jaundice @ tidak sesuai/gemar makan jamu/ ubat tradisional
Jangan ragu-ragu untuk berpantang dengan Shaklee. Nantikan testimoni ibu-ibu yang telah mencuba dan FAQ mengenai set ini dalam pos akan datang!


Hubungi saya untuk pesanan dan sebarang pertanyaan berkaitan!

ZETI HAFIZA ZAKARIA
Shaklee Independent
Distributor ID : 854120
+6019 936 6681
www.facebook.com/bigsmilezone
bigsmilezone@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...