Kajian Saintis : Minyak Ikan Kurangkan Risiko Kanser Payudara

FAKTA KANSER PAYUDARA DI MALAYSIA (Sumber  : Pusat Sumber Kanser Payudara)
  • Kanser payudara adalah kanser paling biasa keseluruhannya dan kanser paling biasa di kalangan semua wanita dari umur 20 tahun di Malaysia bagi tahun 2002 dan 2003
  • Kanser payudara paling biasa di kalangan kaum Cina, kemudian kaum India dan akhirnya kaum Melayu.
  • Kanser payudara menyumbang 31% daripada jumlah kes kanser wanita yang didiagnosis pada tahun 2003. (30.4% dalam 2002)
  • Seorang wanita di Malaysia mempunyai 1 per 19 kemungkinan menghidap kanser payudara dalam hayat mereka.
  • Lebih daripada separuh daripada wanita yang didiagnosis dengan kanser berumur kurang daripada 50 tahun.
  • Di negara dengan kadarnya rendah setakat ini, terutamanya di Asia, kadar peningkatannya begitu mendadak dengan peningkatan yang besar dalam insiden termasuk juga kadar kematian (mortaliti)

FAKTA KAJIAN MENGENAI PENGAMBILAN SUPLEMEN (sumber : Journal of Cancer Epidemiology, Biomarkers & Prevention)

Saintis Pusat Kanser Fred Huthchinson yang juga professor dalam bidang epidemiology di University of Washington, Dr. Emily White telah menjalankan kajian mengenai kesan pengambilan  suplemen yang bukan dari jenis vitamin dan mineral ke atas 35,000 wanita dan mendapati bahawa mereka yang biasa mengambil suplemen minyak ikan adalah satu pertiga kurang risiko untuk mendapat kanser payudara berbanding mereka yang tidak mengambilnya. Dr. Emily mendapati kebanyakan wanita tersebut mengambil empat hingga tujuh kali minyak ikan dalam masa seminggu semasa kajian dijalankan. 

Kajian tersebut juga menemui bahawa risiko mendapat kanser payudara dapat dikurangkan pada kumpulan wanita yang berisiko tinggi (berumur, obes, alkoholik dan tidak aktif secara fizikal dikatakan berisoko tinggi) yang mengambil suplemen minyak ikan. 


TIPS MENGURANGKAN RISIKO  KANSER PAYUDARA
  1. Dapatkan dan kekalkan berat badan ideal
  2. Lakukan senaman dan aktiviti fizikal secara konsisten
  3. Jangan merokok dan hindari minuman beralkohol
  4. Makan makanan yang sihat dan seimbang
  5. Ambil suplemen dan makanan tambahan yang didapati boleh membantu
*kredit picture

Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan. Sila SMS ke 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com jika anda berminat dengan tawaran kami.

*TESTIMONI : 'Stretch mark' lepas bersalin & gastrik bertambah baik dengan ESP!

Sebelum ni memang biasa saya dengar tentang kebaikan ESP di kalangan pengguna tegar Shaklee. Saya sendiri telah mencuba sejak hampir setahun lalu. Bagi saya, kesan pertama yang saya alami ialah peningkatkan pengeluaran susu badan. Jika anak pertama dulu saya amalkan minum susu segar untuk menambah susu badan, anak kedua ni saya bertukar kepada susu soya pula memandangkan anak saya ni alahan terhadap susu lembu. Tiap kali saya ambil susu segar (lembu), seluruh badannya akan dipenuhi gegata. Alhamdulillah, ESP menjadi gantian susu lembu yang sesuai untuk saya buat masa ini.

Dua tiga bulan kemudian saya mulai dapat kesan terhadap masalah gastrik yang saya hadapi sejak di bangku sekolah lagi. Sebelum ini, saya mudah diserang gastrik apabila terlewat atau tersalah makan. Ketika menyusukan anak, saya lebih kerap diserang gastrik disebabkan mudah rasa lapar dan pedih ulu hati. Setiap kali saya jatuh sakit (gastrik) saya akan terbaring tak berdaya akibat muntah setiap kali cuba makan. Namun begitu sejak saya amalkan ESP, saya sangat jarang diserang gastrik walaupun kadang-kadang saya terlewat atau tersalah makan.

Sekarang, setelah hampir setahun mengamalkan ESP saya dapati tekstur kulit terutamanya muka menjadi lebih baik. Dulu, muka saya kelihatan kusam dan pucat sepanjang masa. Sekarang, kulit kelihatan lebih segar dan tidak lagi pucat. Lebih menyeronokkan bila saya dapati 'strech mark' lepas bersalin sejak melahirkan anak pertama semakin pudar. Saya sangka 'strech mark' ini akan kekal selepas melahirkan anak kedua lebih setahun lalu.


Berikut adalah antara kebaikan ESP :

* Membekalkan tenaga
* Memberikan rasa kenyang
* Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat
* Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit
* Membanyakkan susu badan
* Memperbaiki dan membina tisu badan
*Membantu menganjalkan kulit

Nak tahu lebih lanjut? p.m. saya...

*kenyataan ini adalah pengakuan pengguna, kesan ke atas individu mungkin berbeza

Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan. Sila SMS ke 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com jika anda berminat dengan tawaran kami.

*TESTIMONI : Sunburn cepat hilang & takde lagi jerawat 'jahat' bila period!




Seronok bila dapat feedback pengambilan vitamin dari Pn. Azifah melalui e-mail. Jom kita share:


" *Mula-mula akak tak perasan ada apa2 perubahan selepas amek Shaklee ngan awak hari tu. Tapi baru2 ni akak gi wat field work kat Rawang. Satu hari berjemur bawah matahari terik. Sebelum tu akak memang dah fikir, mesti balik ni sunburn habis muka ni. Biasa kalo akak keje luar mcm ni memang sampai seminggu baru hilang belang kat muka. Macam biasa, bila sampai rumah akak terus check muka. Memang ada belang kat tepi muka, tapi tak la gelap sangat. Dua hari lepas tu, akak tengok hilang dah bekas sunburn tu. Wahh... excited giler dibuatnya, Terus terfikir nak e-mail awak hari ni.Lagi satu, jerawat yang selalu kuar tiba2 masa kita nak period atau masa bangun tidur tu. Alaaa... akak panggil 'jerawat jahat' sebab dia kuar sebijik je tetiba terus masak (kaler kuning). Biasa memang akan kuar tiap kali nak datang bulan. Kadang2 kuar kalau muka kita tak basuh besih2. Sejak akak amek GLA ni akak perasan, takde la jerawat tu kuar lagi. Dah 3 bulan macam tu... best2.. mesti nak order lagi ngan Zeti habis bulan ni."


Sebenarnya Pn. Azi ni amalkan bukan GLA Complex sahaja. Dia juga ada ambil beberapa jenis suplemen lain iaitu B-Complex, Vita-C dan Energising Soy Protein. Baca fungsi setiap vitamin di sini 

Nak tahu lebih lanjut? Hubungi saya..


*kenyataan ini adalah pengakuan pengguna, kesan produk adalah berbeza ke atas individu

Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan. Sila SMS ke 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com jika anda berminat dengan tawaran kami.

Menguruskan EBM ketika outstation tanpa anak


Pertama kali saya dapat surat panggilan untuk bekerja luar kawasan selepas bersalin anak pertama dulu, saya agak risau. Kerja luar kali ni mungkin memakan masa seminggu dan tugas saya adalah untuk menjalankan pemantauan projek di seluruh negeri Pahang, termasuk kawasan pendalaman dan tanah rancangan Felda. Memang saya menginap di sebuah hotel sekitar Kuantan. Tetapi setiap hari saya akan keluar awal pagi bergerak ke kawasan-kawasan projek dan pulang lewat petang dan adakalanya malam. Alhamdulillah, saya dapat lalui seminggu yang mencabar dengan jayanya walaupun saya terpaksa memerah susu di dalam kenderaan bergerak, di dapur rumah orang dan mengusung cooler box ke sana sini. Menjelang tahun kedua, saya sudah bersedia untuk keluar bertugas pada bila-bila masa setelah melalui pengalaman tersebut. Mengurus dan meneruskan penyusuan ibu dan susu ibu perahan (Expressed Breastmilk, EBM) bukan mudah, anda perlu besedia dari segi mental dan fizikal. 

Saya cuba senaraikan beberapa perkara yang perlu anda ketahui dan periksa sebelum keluar outstation tanpa anak.

SEBELUM OUTSTATION
  1. Anggarkan bilangan hari anda keluar termasuk perjalanan : Maklumat ini sangat penting untuk anda membuat perancangan
  2. Periksa samada stok EBM mencukupi untuk bayi yang ditinggalkan : Contoh, katakan keperluan bayi adalah 4 oz EBM sekali minum dan kekerapan minum adalah 2 jam sekali. Maka, purata bayi anda perlu 48 oz sehari. Untuk lebih mudah, kita bundarkan kepada 50 oz. Jika anda meninggalkannya selama 5 hari, anggaran jumlah EBM yang mesti ada adalah 250 oz. 
  3. Rancang di mana anda akan menginap dan periksa kemudahan disediakan : Samada anda menginap di hotel, rumah tumpangan atau lain-lain tempat - adalah penting untuk mengetahui samada peti sejuk disediakan atau tidak. Sebaiknya pilih tempat yang ada kemudahan peti sejuk dalam bilik untuk mudah anda mengendalikan EBM. Jika tiada pilihan, periksa samada restoren/ dapur hotel ada peti sejuk/ peti beku dan bersedia jika anda mahu tumpangkan EBM anda. Mungkin juga anda boleh cari kenalan di kawasan terdekat untuk membantu
  4. Teliti program anda sepanjang tempoh outstation : adakah anda hanya berada di dalam bilik mesyuarat sepanjang hari? atau mungkin anda akan berada di lapangan untuk beberapa jam? 
  5. Ketahui pengangkutan dan tempoh perjalanan yang akan anda lalui : samada menaiki penerbangan, bas, keretapi atau kenderaan sendiri - anda perlu tahu berapa lama anda berada dalam perjalanan. 
PERSIAPAN PERALATAN
  1. Botol/ plastik simpan EBM : anggarkan bilangan botol atau plastik steril yang perlu anda bawa. ketika berjauhan dari bayi, produksi susu ibu mungkin akan sedikit meningkat dari biasa. Rancang kekerapan mengepam dan anggar jumlah EBM bagi satu sesi. Contoh ; saya rancang untuk mengepam 6 kali sehari iaitu pada jam 6 pagi, 10 pagi, 1 petang, 5 petang, 9 malam dan 2 pagi. Anggaran purata EBM yang dapat diperah ialah 9 oz, menjadikan jumlah EBM yang terkumpul ialah 54 oz. Jadi, sepanjang 5 hari outstation saya boleh kumpul lebih kurang 270 oz EBM. Saya memilih untuk menggunakan plastik steril yang boleh mengisi 6 oz EBM, maka saya perlu mebawa sekurang-kurangnya 45 keping untuk digunakan. Untuk lebih selamat, saya bawa lebih.
  2. Cooler box dan Ice pack : untuk memuatkan hasil perahan, anda perlu pastikan cooler box dan Ice pack yang mencukupi disediakan untuk membawa pulang EBM anda. Pilihan jenis cooler box juga bergantung kepada pengangkutan dan tempoh masa perjalanan anda sebelum sampai ke rumah. Cooler box seperti 'COLEMAN' ada dalam banyak saiz dan mudah di bawa kerana ada pemegang. Contohnya, untuk mengisi 270 oz stok perahan saya memerlukan kotak penyejuk bersaiz 9 liter dan 4 ketul ice brick saiz besar untuk perjalanan 8 jam menaiki kereta. Ketika menaiki flight pula, saya menggunakan kotak polysterene (macam kotak ikan) kerana mudah untuk dibalut untuk masuk dalam bahagian kargo. Jika saya outstation 1-2 hari, saya cuma bawa cooler bag kecil sahaja.
  3. Keperluan mencuci peralatan dan membersih : Penting bagi saya untuk bawa sabun pencuci dan span bersama. Kadang-kadang bila berada di lapangan contohnya, agak sukar untuk dapatkan sabun. Jika menginap di hotel, sabun mandi sahaja disediakan oleh pihak hotel. langkah alternatif, anda boleh gunakan tisu basah yang khas untuk membersihkan alat mengepam.
  4. Pil Sterile : Mungkin tiada air panas disediakan di bilik penginapan. Pil steril memudahkan anda mensteril peralatan mengepam dan botol-botol, terutamanya jika anda outstation berhari-hari. Anda masih perlu mensteril peralatan.
  5. Bateri : Jika anda menggunakan pam yang memerlukan bateri pakai buang, jangan lupa bawa extra bateri. Jika pam anda menggunakan kuasa eletrik, jangan lupa pengecasnya. Pam manual mungkin pilihan selamat jika anda bekerja di lapangan yang tiada bekalan kuasa eletrik. 
  6. Label dan pen penanda dakwat kekal : Stok susu perlu dilabel dengan jelas. Jangan lupa bawa label dan pen marker anda! Label 'Fragile' dan 'Handle With Care' boleh disediakan jika perlu sekiranya anda menaiki penerbangan.
  7. Tuala kecil, tisu dan nursing cover : tuala kecil dan tisu perlu untuk anda lap tangan atau peralatan. Nursing cover mungkin digunakan ketika anda mengepam di dalam kenderaan, bersebelahan dengan rakan sekerja anda!
TIPS BERGUNA

  1. Beritahu orang sekeliling anda tentang perkara ini - Sekiranya rakan sekerja, pihak hotel, pihak penerbangan dan pemandu anda mengetahui anda perlu mengepam susu dan mengendalikan EBM, tugas anda akan jadi lebih mudah. Mereka tidak lagi tertanya-tanya mengapa anda mengambil masa lama ketika rehat atau mengapa anda sentiasa membawa beg 'berlebihan' ke sana sini dan mengapa penting untuk kotak styrofoam dikendalikan dengan cermat oleh pihak penerbangan. Tidak perlu malu dan berahsia, anda tidak melakukan kesalahan.
  2. Simpan EBM dalam ruangan sejuk (chiller) atau beku (frozen) mengikut kesesuaian - EBM yang disejukkan di ruang bawah peti sejuk dua pintu boleh bertahan selama 4 hari. Jika anda kerja luar untuk 5 hari, stok hari pertama perlu dibekukan. Sekiranya peti sejuk satu pintu sahaja disediakan di bilik penginapan, anda boleh dapatkan bantuan pihak hotel untuk membekukannya. Stok EBM beku perlu dibawa dengan baik semasa dalam perjalanan pulang. Ia boleh dibekukan semula setelah sampai di rumah walaupun telah mula mencair, asalkan masih banyak kristal ais di dalamnya. Habiskan EBM yang telah cair sepenuhnya dalam masa 24 jam. Ketika meninggalkan bilik semasa bertugas, pastikan bekalan eletrik tidak diputuskan kerana dikhuatiri suhu peti sejuk yang menyimpan EBM akan meningkat.
  3. Kekalkan suhu sejuk EBM semasa dalam perjalanan - Jika perjalanan anda jauh, simpan EBM secara berlapis-lapis dengan ais dan letakkan sedikit garam untuk elakkan ais mencair dengan cepat. Jika anda menggunakan ice pack atau ice brick sahaja, pastikan ia cukup sejuk dan mencukupi untuk mengekalkan suhu EBM. Elakkan membuka kotak penyimpanan dengan kerap untuk mengelakkan kehilangan suhu. Di dalam kenderaan, simpan kotak kedap suhu di bahagian penumpang - bukan di bahagian boot kereta yang bersuhu tinggi. Gunakan tuala lembap atau surat khabar lama untuk melapisi bahagian dalam kotak penyejuk (di bahagian atas) untuk mengekalkan suhu.
  4. Balut dan tanda kotak penyejuk anda - Sekiranya anda menaiki pesawat dan perlu menggunakan khidmat kargo penumpang, adalah penting untuk anda membalut kotak penyejuk dengan kemas bagi mengelakkan pecah atau bocor. Sebaiknya balut juga dengan 'secure baggage wrap' menggunakan filem plastik yang banyak disediakan perkhidmatannya di lapangan terbang. Tampal sticker tanda 'FRAGILE' atau 'KEEP UP RIGHT' atau 'HANDLE WITH CARE' jika perlu.
  5. Anda masih perlu mengepam dalam perjalanan - Jika penerbangan atau perjalanan anda melebihi 3 jam, anda mungkin perlu mengepam dalam perjalanan. Jadi, jangan lupa sediakan juga cooler bag kecil, botol dan pam anda. Jangan bungkus semuanya dalam luggage anda!
* catatan ini adalah pengalaman peribadi, sila rujuk pakar laktasi untuk keterangan lanjut.

Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan. Sila SMS ke 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com jika anda berminat dengan tawaran kami.

5 sebab saya tak suka minum air kosong .. suatu masa dulu


kredit picture to : Nurad's

Dulu, saya memang tak berapa gemar minum air kosong @ air masak @ air mati @ air mineral dan sewaktu dengannya... Pendek kata, jika air minuman tu tak bewarna dan tidak ada perasa, saya memang tak berminat nak minum. Kalau saya minum pun, sikit je la. Memang tak cukup memenuhi keperluan yang dicadangkan oleh WHO. Bila difikirkan, ada 5 sebab saya tak minat minum air kosong :
  1. Rasa tak sedap - macam pahit dan payau sikit
  2. Loya bila minum - nak muntah bila minum banyak
  3. Tak menarik - tiada warna
  4. Malas nak melawat toilet selalu
  5. Tak biasa - dari dulu tiap kali lepas makan minum air sirap ke, sarsi atau oren
Memang saya tak berkesedaran tentang kepentingan minum air kosong secukupnya terhadap badan manusia. Hinggalah saya menghadapi masalah ketika mengandung anak kedua beberapa tahau lepas. Ketika itu, saya mendapat batuk yang berpanjangan hingga 5 bulan lamanya. Kalau tak silap, lebih 5 jenama ubat batuk saya dah cuba, tak termasuk ubat batuk yang doktor beri. Petua pun dah macam-macam cuba. Doktor pun dah ambil sampel kahak, air liur dan najis untuk diuji. Mulanya doktor sangka saya terkena jangkitan Virus atau Tibi. Pada masa yang sama juga saya mengalami kencing kotor. Memang menyakitkan bila nak buang air kecil. Mula-mula saya buat tak tahu sahaja, sehinggalah saya kencing berdarah barulah saya naik takut.

Walaupun telah mendapat rawatan doktor, saya masih batuk dan tidak lawas kencing. Sewaktu mengandung, antibodi tubuh memang rendah. Sebab itu saya mudah mendapat batuk dan kencing kotor. Doktor nasihatkan saya minum air kosong secukupnya, hingga 3 liter sehari untuk membantu masalah saya. Saya agak skeptikal ketika itu, tak yakin hanya dengan minum air masalah dapat selesai. Bukannya saya tidak minum air, cuma mungkin tak cukup dan bukan air kosong seperti yang disarankan.

Mahu tak mahu, saya tabahkan hati untuk meneguk air kosong setiap hari mengikut nasihat doktor. Itupun setelah saya tidak tahan menderita batuk dan kencing kotor yang memang menyakitkan lebih-lebih lagi jika anda mengandung. Sebagai permulaan, saya amalkan tips ini untuk konsisten minum air kosong :
  1. Sebaiknya minum air yang ditapis - lebih sedap, air paip yang dimasak masih ada rasa/ bau klorin
  2. Minum air suam/ panas/ sejuk - lebih mudah melalui tekak berbanding air bersuhu bilik
  3. Sediakan bekas minuman yang mudah digunakan - tumbler saya warna hijau, ada tempat minum yang senang digunakan
  4. Letak target banyak mana perlu diminum ikut masa - saya guna tumbler 1 Liter, target minum 1 botol dari mula masuk pejabat hingga waktu 'lunch', botol kedua dari lepas lunch hingga balik dari pejabat dan botol ketiga mesti habis sebelum tidur
  5. Bawa botol minuman ke mana sahaja - ke pejabat, shopping, outstation, jogging etc. 
Mula-mula memang susah untuk diamalkan. Lama-kelamaan bila dah terbiasa, saya akan rasa sangat haus bila tak cukup air dan yang lebih menarik, saya semakin kurang minum minuman yang manis-manis kerana rasa tidak puas berbanding minum air kosong. Alhamdulillah, sekarang saya makin konsisten minum air kosong ni dan banyak membantu saya 'maintain' badan, kesihatan, menyusukan anak dan kesihatan kulit.

Masalah yang mungkin timbul jika anda kekurangan air :
  1. Letih/ kurang tumpuan - toksin dalam badan tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya kerana kekuranga air, menyebabkan anda berasa letih
  2. Sakit kepala - otak manusia 85% terdiri dari air. 
  3. Sembelit - air diperlukan untuk bawa keluar bahan buangan anda
  4. Kencing tak lawas - lebih teruk boleh jadi kencing kotor, kerosakan buah pinggang dan batu karang
  5. Mata tidak normal - mata kelihatan tenggelam, warna gelap sekeliling soket mata atau timbul 'eye bag' 
  6. Kejang otot - darah bawa oksigen (dari air) ke otot ketika anda bergerak. Tak cukup air, tak cukuplah oksigen yang diperlukan otot menyebabkan kekejangan
  7. Tekanan darah tinggi - bila badan cuba sesuaikan diri dengan kekurangan air dalam badan, boleh menyebabkan tekanan darah tinggi
  8. Mulut kering, nafas berbau - bakteria berkumpul dalam mulut anda apabila kekurangan air
  9. Pedih ulu hati - berlaku bila saluran penghadaman sebelah atas kekurangan air
  10. Kulit kering, bersisik - sel kulit kurang elastik dan kering apabila kurang air
  11. Sakit belakang, arthritis - air adalah 'water cushion' pada tulang belakang dan penting untuk fungsi sel kartilaj pada sendi
  12. Kolesterol tinggi - kolesterol dihasilkan lebih apabila kekurangan air kerana ia berfungsi seperti lapisan tanah liat yang berperanan melindungi sel dari kehilangan air 
  13. Obes/ berat berlebihan - bila kekurangan air, otak akan menerima 'signal' badan memerlukan lebih makanan yang mengandungi banyak air. Tetapi berat boleh naik berlebihan jika anda makan lebih makanan yang kaya karbohidrat berbanding makanan yang kaya air akibat salah tafsir 'signal' tubuh
  14. Asthma - jika kurang pengambilan air, air dalam badan akan digunakan sebagai ganti untuk menyediakan laluan udara yang lembap semasa cuaca sejuk. Keadaan ini boleh menyebabkan asthma
dan banyak lagi...

Jom, ubah tabiat anda.. minum air secukupnya!

Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan. Sila SMS ke 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com jika anda berminat dengan tawaran kami.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...