KHASIAT BAWANG PUTIH : Bukan sekadar ramuan masakan.


Teringat cerita dongeng Melayu - BAWANG PUTIH BAWANG MERAH. Siapa yang tak tau cerita ni? Bawang Putih digambarkan sebagai watak antogonis dalam kisah ni. Bawang Putih kononnya seorang yang agresif, tak secantik bawang merah dan berperangai kurang elok.

Oops.. tapi saya bukan nak tulis pasal cerita dongeng, saya nak kongsi mengenai fakta bawang putih yang mungkin kita tak tahu selama ni. Walaupun hampir setiap masakan melayu ada bawang putih sebagai ramuan, rasanya tak ramai yang ambil tau khasiat dan kebaikan bawang putih.

Bawang putih adalah sejenis herba


Sebenarnya dari segi ilmu botani, bawang putih dikategorikan sebagai herba; bukan sayur-sayuran atau buah- buahan. Nama latin atau saintifik bagi bawang putih ialah Allium sativum. Bahan aktif dalam bawang putih dipanggil Allicin - sejenis bahan kimia yang dihasilkan apabila bawang putih dihancurkan samada dipotong, ditumbuk atau dikunyah. 

Manfaat dan khasiat bawang putih untuk kesihatan


  • Kaya dengan vitamin C, B dan A serta mengandungi selenium, potassium, kalsium, zink dan banyak lagi.
  • Antibiotik semulajadi yang membantu sistem tubuh membantutkan pertumbuhan dan pembiakan bakteria dan virus dalam badan
  • Menipiskan darah - sesuai untuk masalah jantung, kolesterol tinggi dan mencegah serangan jantung dan strok
  • Mengandungi germanium yang merupakan agen anti kanser dan anti tumor
  • Membantu menstabilkan tekanan darah samada tinggi atau rendah
  • Membantu menstabilkan paras gula dalam darah
  • Meningkatkan ketahanan badan terhadap masalah alergi, demam dan selsema
  • Membantu peningkatan cecair hempedu bagi mengurangkan lemak pada hati
  • Membantu mengelakkan kenaikan berat badan berlebihan
  • Membantu menurunkan paras gula dalam darah
  • Membantu masalah jangkitan fungus pada kulit seperti panau, yeast dan sebagainya

Petua tradisional menggunakan bawang putih


  • PANAU : belah dua seulas bawang putih, sapukan pada bahagian yang kena panau semasa mandi. Amalkan setiap hari
  • BATUK : bakar seulas bawang putih dgn kulitnya sekali. Lenyekkan bawang yang telah dibakar didalam beberapa titis minyak urut/ minyak zaitun/ minyak kelapa. Sapukan pada dada, belakang badan, sekitar leher dan tengkuk. Amalkan sehingga batuk reda
  • DEMAM/ SELSEMA : Kunyah 2 ulas bawang putih mentah. Minum banyak air masak. Amalkan setiap hari sehingga demam/ selsema reda
  • KEMBUNG PERUT : Bakar dua biji bawang putih. Makan begitu sahaja
  • MEMEKATKAN AIR MANI : Makan seulas bawang putih bakar setiap pagi semasa perut kosong. Amalkan selama 40 hari berturut-turut tanpa putus
  • SAKIT KEPALA : Hiris bawang putih nipis2. Tampal di dahi dan pelipis kiri kanan kepala. Ulang sehingga reda.

Garlic Complex dari Shaklee - pilihan terbaik anda!


Saya pasti tak ramai sebenarnya yang sanggup makan bawang putih mentah-mentah atau yang telah dibakar, semata-mata untuk menjaga kesihatan. Jika anda pernah mencuba, pasti anda tidak dapat lupakan rasa pedar dan 'panas' yang dialami. belum lagi cerita tentang mulut yang berbau bawang putih selama beberapa jam kemudian. 

Garlic Complex keluaran Shaklee adalah salah satu pilihan terbaik bagi anda! Ia didatangkan dalam bentuk tablet yang mudah ditelan dan bebas dari bau atau rasa bawang putih berlebihan kerana diadun bersama dua jenis herba lain iaitu Rosemary dan Spearmint yang memberi bau yang lebih menyenangkan dan segar.

Bawang putih yang menjadi sumber dalam Garlic Complex Shaklee ditanam di California, Amerika Syarikat. Bawang putih ini diproses dengan teliti iaitu menggunakan kaedah penyejukkan terlebih dahulu bagi menyahaktifkan enzim yang membentuk Allicin (iaitu unsur semulajadi penting yang terdapat dalam bawang putih segar). Bawang putih ini kemudian melalui proses pengeringan yang unik dimana suhu pemanasan yang rendah dan terkawal digunakan bagi menyingkirkan lembapan dari keseluruhan bawang putih hingga terhasilnya serbuk asli bawang putih yang masih mengekalkan Allicin .

Proses ini adalah berbeza dengan kaedah pembuatan supplemen bawang putih lain yang kebanyakkannya merosakkan kandungan Allicin, contohnya pemprosesan menggunakan kaedah melumat bawang putih untuk dijadikan serbuk atau mengekstrak minyak bawang putih atau penggunaan bawang putih yang telah disimpan lama sehingga kering. Supplemen bawang putih yang tiada atau mempunyai kandungan Allicin yang rendah adalah tidak bermakna kerana bahan inilah yang banyak memberi manfaat kepada kesihatan.

Tablet Garlic Complex ini juga istimewa kerana mempunyai formula istimewa dimana ia tidak akan pecah didalam saluran makanan tetapi hanya terurai apabila melepasi perut dan usus kecil sahaja. Ia membantu pengguna yang tidak gemarkan rasa dan bau bawang putih. Selain itu, tablet ini juga mengandungi kawalan bau dengan bau 'wangi' Rosemary dan Spearmint yang mengurangkan bau bawang putih itu sendiri.

Dengan mengamalkan 2 biji Garlic Complex setiap hari, anda akan dapat manfaat 1000mg Allicin yang bersamaan dengan 2 ulas bawang putih segar. Dapatkan Garlic Complex Shaklee dari saya sebagai salah satu supplemen yang mesti dimiliki di setiap rumah!



Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan!

ZETI HAFIZA ZAKARIA
Shaklee Independent
Distributor ID : 854120
+6019 936 6681
www.facebook.com/bigsmilezone
bigsmilezone@gmail.com

1 comment:

  1. Assalamualaikum, jom sebarkan berita ni sberapa byk yg mgkin utk membantu org yg memerlukan, terima kasih smua..aaminn.

    Sy En.Mohd Zuhairi bin Noordin , pengasas produk herba dr hutan. Sy mnjual herba warisan yg mampu mrawat smua jenis kanser dari tahap 1 ke tahap 4 dan utk pengidap resdung kronik. Herba warisan dr hutan belantara ini tak mganggu rwatan kimoterapi. Ia blh diambil smasa rwatan hospital, malah lg baik jika berubat bsama spya lg cpt sembuh. Daun² herba trpilih ini sudah trbukti brkesan kpd rmai pesakit kanser & ianya sukar dijumpai, malah belum ada mna² syarikat yg mngeluarkn herba ini. Ia herba khusus mrawat kanser & resdung yg kronik. Fokus herba ni ialah mbunuh sel kanser hingga ke akar umbi spya kanser tak berulang lg.Jgn biarkan pnyakit menghuni dlm tubuh hingga kronik. Ia akn merebak ke organ lain.Bila dh merebak ia mnyukarkan rawatan. Herba bkn bnda asing lg. Jgn was² lg, sejak beratus thn herba dh digunakn oleh nenek moyang kita. Benda natural tak mganggu rawatan moden. Bkn pesakit kanser pun blh minum utk mencegah kanser. Utk psakit kanser, sy akn bantu hingga sembuh,memberi saranan & motivasi bgaimna utk hadapi kanser. Sy dh jumpa rmai psakit, kita blh brkongsi pndapat utk rawat smpai sembuh. Rmai psakit sy dh sembuh,anda bila lg?
    Hubungi utk order & pertnyaan:
    En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...