Persiapan untuk bersalin dan berpantang

Semalam ada sorang kawan saya ni SMS, tanya pasal senarai semak (checklist) persiapan menyambut bayi baru.. Maklumlah, anak pertamalah katakan. Mungkin belum dapat idea mana benda yang perlu, penting dan sebagainya. Jadi, setelah menyelongkar fail dlm laptop saya, akhirnya berjaya jumpa checklist yang digunakan hampir 2 tahun lepas. Lepas tambah tolak apa yang patut dari senarai tersebut, akhirnya terhasil senarai di bawah. Bagus juga ada orang tanya ni, mana tahu tiba-tiba giliran saya nak tambah anak dah sampai tak lama lagi.f Harap dapat membantu ibu-ibu di luar sana juga. Checklist ni agak terperinci. Biasanya awal mengandung tak perlu beli semua. Dan nak ongatkan juga, senarai ni hanya panduan. Setiap ibu tidak semestinya sama keperluan dan pendapat. 

HOSPITAL BAG - mother
  • Kain batik
  • Blouse butang depan / Breastfeeding blouse
  • Baju untuk discharge hospital nanti
  • Maternity pad
  • Breast pad
  • Nursing Bra
  • Panties (disposable/ washable)
  • Socks
  • Sweater
  • Selipar jenis sarung
  • Tudung Telekung (mungkin ada beberapa waktu kena solat sblm kuar darah)
  • Tuala Mandi + tuala muka
  • Toilet paper/ Tissue
  • Underpads untuk alas katil (sesetengah hospital tak sediakan)
  • Minyak panas
  • Water Flask
  • Munchies & drinks - kurma, biskut, oats, Milo, Horlicks, Madu, Air Zamzam (anything - in case admitted lama)
  • Al Quran & Books (mungkin byk masa menunggu, boleh hilang boring)
  • Charger handphone
  • Guarantee Letter + buku rekod perubatan/ check up (sangat penting)
*kalo lama kena admitted, maybe kena extra blouse & kain batik. tapi biasa pakai baju hospital je

HOSPITAL BAG - Baby
  • Baby Top - baju butang depan (2-3 pcs)
  • Mitten + Booties + Cap
  • Barut
  • Bedung
  • Kain Lampin
  • Receiving blanket
  • Bath Towel
  • Newborn Diapers Toiletries + Minyak Telon
  • Wet Tissue
  • Madu/ Kurma untuk Tahnik (belah mulut)
*biasa baby baru lahir tak pakai seluar dan barut lagi.. duk bedung je

POST-NATAL - Mother
  • Long Sleeves Shirt/ Top
  • Kain Batik (extra - selalu tukar kain masa pantang ni)
  • Maternity pad (byk guna masa awal2 pantang)
  • Breast pad
  • Nursing bra + undies
  • Stokin
  • Bengkung
  • Sweater
  • Cermin kecil (utk check luka jahitan)
Ubatan :
  • Supplement pills - Multivitamin, Vitamin C, B- Complex, Zinc (baca ni)
  • Antiseptic utk luka (e.g. Dettol)
  • Acriflavin (ubat kuning utk luka)
  • Tissue/ Toilet Paper
  • Cotton Balls and buds
  • Healing product - Pati Haruan, Gamat, Jamu/ Post Natal Herbs etc. (jika perlu)
  • Minyak panas
  • Pilis, param
  • Tungku
POST-NATAL - Baby
  • Layette (baby tops & bottom) - minimum 6 pasang
  • Mitten + Booties + Cap
  • Barut
  • Bedung
  • Diapers, lampin
  • Bath Towels
  • Blanket
  • Cloth Wipes
  • Toiletries + Minyak Telon
  • Wet Tissue
  • Water Spray
  • Cotton Buds
  • Nasal Aspirator
  • Nail Clipper
BREASTFEEDING ACCESSORY
  • Breastpump
  • Breastmilk collector
  • Breastmilk storage
  • Cooler bag + ice pack
  • Sterilizer
  • Warmer
  • Nursing pillow
  • Nursing cover
  • Feeding bottles & teats
  • Cooler bag
OTHERS
  • Bath Tub
  • Anti slip Mat
  • Baby beddings - Mat, pillow, bolster
  • Mosquito net
  • Rocker/ bouncer

Nabil - The Birth Story

Nabil - Day 2 of life!

Ramai kawan-kawan yang sedang menghitung hari untuk dapat baby. So, saya pun teringat masa bersalin anak sulung.. post ni saya ambil dari blog tertutup saya.. happy reading


26 November 2008

6.10 am: Terjaga dari tidur bila tiba2 rasa sakit perut… rasa macam kena senggugut yg sederhana kuat sakitnya – sakit, tapi masih boleh tahan... sakit pun sekejap2. Rasa macam nak sambung tidur je. But then, sakit tu datang lagi selang beberapa minit. Rasa tak sedap hati, dah tiba masa ke? amik buku nota kecil dlm handbag & mula catit masa setiap kali sakit... 6.21 am, 6.29 am, 6.37 am, 6.45 am.... Erk? Konsisten la pulak.. setiap 8 minit sakit. Aku terus bangun untuk mandi & solat.. bila berdiri, mcm ada air jernih meleleh celah kaki.. sikit je tapi.. Urm.. air ketuban ke? Lepas mandi, sakit tu mcm tak terasa sangat. Aku jadi was2 balik... false alarm ke.. due memang lagi seminggu.. Anyway, aku standby berkemas2 apa patut...

7.07 am: Rasa sakit datang lagi, macam tadi jugak. Aku rekod time... yupp!! Memang contraction la tu.. still konsisten sela masa 8 minit. Nak bagi tau ibu x ? Ermm.. nanti la dulu.. Jgn panik!! Knowledge yang aku dapat through reading, lama lagi baby nak keluar kalo dah ada gesa macam ni.. esspecially first born. Lagipun hari ni ibu ada appointment doktor, follow up jantung.. tak mau kalut2 kan dia…

12.30 pm: Ibu balik dari follow up. Aku slow talk ngan dia, beritahu apa yang aku rasa… siap tunjuk buku note yg aku rekod masa tadi… hehehe… panic dia! Siap mcm nak marah sebab aku tak bagitau awal2.. Maklumlah, takde kaum adam kat rumah. Ibu & adik yang kena bawak aku gi hospital. Dahler hospitalnya lebih 30km dari rumah.. apa2 hal tgh jalan nanti kan susah.. (tu la kata ibu). Terus aku bersiap g hospital

1.40 pm: Sampai hospital, terus ke labour room untuk assessment. Ramainya orang menunggu… ada 5 orang tunggu turn, yang dalam bilik tu pulak entah berapa orang. Lebih sejam baru doctor pelatih tu check… Erk… jalan dah bukak 2 cm… nurse tu target mungkin esok baru labour.. so, kena tahan wad dulu la. Anyway, wad bersalin memang penuh sekarang ni... tak guarantee dapat 1st class..

5.30 pm: Masuk wad 3rd class sementara ada kekosongan wad 1st class… belasah la! Aku tak kisah sangat, yang penting aku dapat rehat… sakit still sama dari pagi.. 8 minit sekali. Tapi pinggang dah rasa lenguh2 plak... rasa nak duduk jek... My dear hubby masih di Terengganu. Lepas Maghrib baru dia nak bertolak ke Melaka... entah sempat ke tidak menyambut baby dalam labour room nanti...

8.00 pm: Dapat pindah wad 1st class, bilik berdua dengan sorang cikgu. Dia nak bersalin anak no 2… Oleh kerana aku tak rasa sakit sangat, aku jalan2 dalam wad.. kononnya nak mudahkan bersalin. Sambil2 tu makan kurma, minum air selusuh ayah bagi. Minyak selusuh Tok Guru AHA je aku belum makan... nanti la kot.. Nurse datang check sejam skali.

9.42 pm: Belum ada progress... nurse yang datang check siap perli2 aku. Dia kata, kalo amek selusuh mmg macam ni... sakit tapi jalan lambat bukak. Aku macam geram jek dengar dia cakap mcm tu... sabar...sabar... Aku try tido... but memang tak dapat lena sebab sakit. Boleh la terlayang sekali dua. Cikgu sebelah ni pulak sakit sampai tak boleh duk diam. Asyik dengar dia mengaduh sakit.. Ntah berapa kali dia tanya aku, tak sakit ke? Dia kata aku tak nampak macam tengah sakit... senyap jek, relaks jek... Entahle, aku tak tau macamana dia punya sakit. Cuma aku pikir, takkan nak bising2 kot. Lepas solat Isya’ sempat jugak aku baca al-Quran, buat melegakan hati yang gundah gulana ni...

27 November 2008

12.04 am: Keluar lendir campur darah sikit2.. Sakit sama je. Aku makan dua sudu minyak selusuh Tok Guru. Memang dah dipesan, makan bila dah start sakit jek. Sambil tu duk berSMS dgn DS.. kesian dia drive sorang2.. asyik pesan kat dia, jgn rush2.. yang penting selamat sampai.. tak dapat tengok aku deliver pun takpe.. kakak sebelah ni pulak dah tak tahan sakit. 2-3 kali panggil nurse but bila check, belum tiba masa... kesian dia.

1.00 am: Tiba2 sakit makin kerap... 5-6 minit sekali. Kali ni rasa tak berapa nak boleh tahan, lebih sakit dari sebelumnya. Teringat nurse pesan, kalu sakit 5 minit skali kena bagitau. Tekan2 buzer tak berbunyik pulak. Aku pun cuba bangun nak bagitau nurse.. Baru nak turun katil, terasa panas je kat celah peha, basah... rupanya air ketuban pecah.. banjir dah katil.

1.30 am: Nurse check jalan, dah bukak 4cm. Kena masuk labour room dah. Masuk ubat, untuk keluarkan najis.. pergh… lega.. cikgu sebelah pun dah kena bergerak ke labour room rupanya.. tapi kesian, dia tak sempat masuk toilet sebab aku lama amek masa termenung…. Hehehe.. tercicir dia..

2.30 am: Dah masuk labour room. Kali ni betul2 rasa sakit… contraction dah less 5 minute sekali… nurse check lagi, dah 6cm.. sempat hantar SMS terakhir kat hubby, bagitau dia dah boleh masuk teman aku.. tapi tunggu2 tak nampak bayang hubby. Tiap kali sakit datang, asyik berharap dia ada tolong bagi semangat. Masa ni labour room penuh... midwife, doktor, nurse sume bizi gila.. aku duk sorang2 tahan sakit. Sesekali ada la nurse jenguk.. berapa kali dia pesan, jgn teran dulu.. dah tak tahan sangat cepat2 panggil. Sambil tu aku duk pesan2 kat nurse suh hubby masuk.

3.00 am: Tiba2 sakit datang macam tak putus2.. ntah berapa saat je dapat rehat then sakit datang balik... aku dah rasa macam nak pushing.. but aku tahan je dulu sebab takde sape kat situ. Macamana nak panggil nurse pun aku tak tau. Aku tekan kuat2 peha sendiri untuk tahan diri sendiri dari meneran.. bila ada kelibat orang lalu, aku cepat2 panggil. Midwife tu cepat2 check... oh.. dah lebih 8 cm rupanya... Dia suh aku push bila ada rasa gesa nak meneran.

3.10 am: Ada 2-3 orang bantu aku... baru nak meneran, hubby tiba2 muncul kat pintu bilik. Alhamdulillah... lega rasa bila nampak dia. Tapi, muka hubby pucat kejap... terkejut tengok darah yang dah keluar kot...hehehe. Aku tak berapa reti nak meneran... serius! Rasa dah cuba kumpul semua tenaga, amek nafas dalam2.... but, still tak berjaya keluarkan baby selepas 2 kali teran. Tekak dah kering gila... hausnya! Then datang lagi 2-3 orang midwife senior bantu... dia mintak kebenaran buat episiotomi untuk mudahkan baby keluar. Aku okay jek... mungkin lebih baik dia gunting dari terkoyak sendiri.. asalkan baby selamat. Seingat2 aku ada 6 orang dalam labour room tu beri sorakan bila aku pushing lagi... rasa bersemangat bila dengar suara2 staff nurse yang meyakinkan aku boleh keluarkan baby...rasa macam pom-pom girl tepi padang bagi semangat kat striker utk score goal... hehehhe

3.25am: Akhirnya, selamatlah aku melahirkan baby boy yang sihat walafiat seberat 3.2 kg yang diberi nama AHMAD NABIL ABDUL HALIM...Alhamdulillah.. Semoga jadi anak yang soleh.. Aminn..

Nanti kita story pasal second baby pula ye... menarik!

Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan. Sila SMS ke 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com jika anda berminat dengan tawaran kami.

Doa, Zikir dan Selawat untuk dikurniakan zuriat


Usaha takkan lengkap tanpa meminta pada empunya Alam, Nyawa dan Ruh. Apa sahaja yang berlaku adalah dengan keizinan dan kehendak Allah. Insya Allah, DIA sentiasa mendengar permintaan dan rayuan hamba-hambaNYA. Yakin dan bertawakkal dengan ketentuanNYA

Mungkin ramai yang dah tahu dan lebih arif. Tapi saya nak sharejugak antara doa, zikir dan selawat yangsaya amalkan dalam usaha mendapatkan zuriat. Maklumat ini saya perolehi dari bacaan-bacaan buku yang berkaitan khasiat Asma'ul Husna, Doa-doa dari Al Quran dan Hikamah Selawat.

ZIKIR

Al Musawwir: Yang Maha Mencipta Segala rupa Bentuk
*Amalkan dengan ikhlas sebanyak mungkin oleh wanita yang tiada zuriat, Insya Allah
dikurniakan anak
Al-Wahhab - Yang Maha Pemberi dangan P emberian Yang Amat Besar
*Amalkan selalu dengan ikhlas Insya Allah dipermudahkan rezeki


Al-Awwal : Yang Maha Awal
*Amalkan dengan ikhlas sebanyak mungkin selama 40 kali Jumaat, Insya Allah
dikurnaiakan anak yang sangat dikehendakinya.
Al-Mubdi'u : Yang Maha Memulai
* Dibaca 56 kali ke atas perut wanita hamil, Insya Allah bayi akan selamat dan tidak gugur sehingga dilahirkan
Al-Mutakabbir : Yang maha Mengatasi Segala Kebesaran
* diamalkan oleh suami sebelum bersetubuh dengan hati ikhlas, Insya Allah akan dikurniakan anak yang soleh.


DOA DARI AYAT AL-QURAN

SELAWAT MUNJIYAH
*Dibaca sebanyak 1,000 kali setiap tengah malam, Insya Allah akan dikurniakan zuriat yang dihajatkan.

Wallahu'aalam

Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat terkini promosi, produk dan inf
o-info berkaitan. Bagi membuat pesanan vitamin atau mendapatkan konsultasi percuma, sila SMS 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com

TRYING TO CONCEIVE : Kisah benar saya!

Setiap yang berlaku ada hikmah dan sebab. Akal kita tak terjangkau untuk fikirkannya. Bertahun cuba tapi masih gagal dapat zuriat sendiri? Saya pernah merasa detik itu... selama 3 tahun 3 bulan bernikah, barulah saya berjaya mempunyai anak sendiri. Mungkin ramai lagi yang masih menunggu. Tapi sekurang-kurangnya saya memahami betapa perit dan jerih menunggu dan menunggu...

Bulan kedua selepas bernikah, saya agak gembira bila 'bendera merah' tak kunjung tiba walaupun dah 'due'. Sangka saya, dapatlah bunting pelamin macam kawan-kawan yang lain. Rupanya 'honeymoon syndrome' je... kitar haid saya memang kurang teratur sebenarnya. Saya je yang syok sendiri, konon-kononnya mengandung.

Lepas setahun, takde langsung tanda-tanda saya mengandung. Dalam hati dah mula risau dan fikir bukan-bukan. Muka ni memang sedia tebal terima teguran orang. Sampai satu tahap rasa macam tak nak keluar rumah, tak larat nak berhadapan dengan pertanyaan, sindiran dan tohmahan orang. Mujur suami memahami dan selalu beri sokongan. Puas agaknya dia memujuk saya menangis saban hari.

Usaha? Sepanjang tahun pertama saya cuba pelbagai cara dan petua yang ada. Antaranya :
  1. Berurut - saya pernah berurut dengan 5 orang di Terengganu, Melaka, Selangor. Dua orang darinya bidan tradisional. Macam-macam yang saya dengar.. ada yang kata rahim saya senget, telur tak elok, angin banyak dan macam-macam lagi.
  2. Makan - saya pernah minum rebusan pucuk taugeh, makan badam, kurma, rumput zuriat, buah badam, buah delima, buah zaitun, folik asid, spirulina, herba cina, produk Bi**ex, jamu dan macam-macam lagi. Saya elakkan makan terlalu berasid, minuman bergas, kafein, makanan yang 'tajam'
  3. Amalan - saya amalkan zikir dan selawat yang disarankan, solat hajat, dhuha dan taubat, amalan baca Al-Quran dan doa-doa tertentu (baca post ni), banyakkan bersedekah
  4. Planning - saya guna ovulation kit, monitor suhu badan (Body Basal Temperature) untuk pastikan waktu subur
Masuk tahun kedua saya rujuk ke doktor pakar kesuburan. Sebab, apa yang saya baca.. jika gagal mengandung dalam tempoh setahun setelah berusaha, kemungkinan saya TIDAK SUBUR. Memang perit nak akui hakikat. Kalau orang dulu-dulu, dah kira mandul agaknya. Usaha yang saya buat dalam tahun pertama masih diteruskan, cuma saya tambah sikit lagi dari segi perubatan. Setahun jugalah saya ulang-alik ke hospital. Antara prosedur yang saya dah lalui :
  1. Screening - darah saya diuji setiap beberapa bulan untuk tengok level hormon. Dari segi perubatan, memang saya KURANG SUBUR sebab hormon progesterone saya rendah. Sampel air mani suami pun diuji. Alhamdulillah, normal je.
  2. Ubat Subur - saya diberi ubat hormon yang dipanggil Clomid. Dari dos yang rendah sampai dos paling tinggi. Yang saya ingat satu dos saya kena ambil selama 3 bulan. Rehat sebulan kemudian sambung lagi 3 bulan dengan dos lebih tinggi. Setahun juga saya ambil ubat ni. Masalahnya badan saya jadi makin berisi, selain pening-pening dan selalu letih
  3. TVS (Trans Vaginal Sonogram) - Prosedur scan telur yang dihasilkan kilang ovari saya. Hampir setiap bulan terpaksa melaluinya.
  4. HSG (hysterosalpingogram) - Prosedur 'x-ray' sistem reproduksi saya. Untuk pastikan tiub fallopio tidak tersumbat. Alhamdulillah okay... Prosedur ni sebenarnya untuk teruskan ke langkah seterusnya...
  5. IUI (intrauterine insemination) atau dalam bahasa kita panggil permanian beradas - sebelum mulakan langkah ini, saya perlu suntik sendiri ubat dipanggil Puregon untuk menggalakkan hormon.
Tapi dalam kisah saya ni, saya hanya sempat buat temujanji untuk prosedur dan order ubat suntikan tu sahaja. Saya tangguhkan dulu temujanji dari tarikh dicadangkan doktor sebab saya merancang untuk ke tanah suci bagi menunaikan umrah.

Dalam masa 2-3 bulan saya tidak buat apa-apa rawatan. Sengaja saya me'rehat'kan diri dari semua ubat dan rawatan bagi membuat persiapan ke Makkah. Alhamdulillah, 3 hari sebelum saya berangkat.. saya dapati ujian air kencing menunjukkan positif!

Syukur tidak terhingga. Saya sangat yakin dan percaya, Allah memang sengaja menguji saya dan suami supaya saya sentiasa merayu dan meminta pada DIA. Allah juga nak uji, sejauh mana saya sanggup berusaha dan bertawakkal. Saya juga sangat percaya, jika kita tak jemu berusaha dengan 1001 cara.. akhirnya dia akan beri ganjarannya. Buat kawan-kawan saya yang sedang berusaha, saya doakan Allah tunaikan permintaan kalian. Jangan menyerah kalah, teruskan berusaha kerana DIA sentiasa mendengar dan memerhatikan kita...

"Ya Allah, kurniakan bagiku dari sisiMu zuriat yang Toyyib, sesungguhnya Kau Maha Mendengar doa hambaMU"

Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat terkini promosi, produk dan info-info berkaitan. Bagi membuat pesanan vitamin atau mendapatkan konsultasi percuma, sila SMS 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...