Rahsia Lebih Muda - Pantau tahap kesihatan anda!

Pemeriksaan tahunan

Dah hujung-hujung tahun ni, tiba-tiba teringat pada medical check-up yang kami buat setahun lepas. Kebetulan masa tu ada promosi di BP Lab Seremban. Ada lebih kurang 60 test kami berdua suami isteri, dapat diskaun hingga 40%. Antara ujian yang dibuat termasuk haematology (profil darah), fungsi hati dan buah pinggang, screening cancer dan hepatitis dan ujian lipid. Alhamdulillah, secara keseluruhannya kami sihat dan normal. Cuma paras kolesterol jahat berada di sempadan pada kami berdua dan saya berisiko kekurangan iron dalam darah serta kencing kotor.

Tindakan susulan

Selepas dapat keputusan makmal, kami dapat konsultasi percuma dari Doktor di makmal tersebut. Syukur pada Allah yang bukakan hati dan beri ilham pada kami lakukan pemeriksaan tersebut. Baru sedar, bila usia melewati angka 30 dan mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai beberapa masalah kesihatan - risiko untuk turut mengalami masalah yang sama adalah tinggi.

Susulan itu juga kami berazam memperbaiki tahap kesihatan, membuang gaya hidup kuranh sihat dan terus melakukan pemeriksaan kesihatan dari masa ke semasa. Kesannya mungkin bukan hari ini, tetapi di masa tua kelak jika dipanjangkan usia.

Muda 10 tahun dari usia?

Malam tadi saya buat Real Age Test di web Dr. Oz yang popular dalam slot kesihatan rancangan Oprah. Walaupun soalannya panjang dan memakan masa, seronok sungguh bila saya muda 5 tahun dari usia sebenar. Hehehe... jangan tak percaya ye.

Dalam web ni ada banyak tips untuk kita jadi lebih muda. Bukan muda dari segi luaran sahaja. Malahan muda dari segi kesihatan, mental dan fizikal. Antara tips penting untuk elak penuaan sebelum usia :

1. Ambil makanan seimbang seperti dalam piramid makanan yang dicadangkan. Minum air mesti cukup.
2. Amalkan gaya hidup sihat. Jangan ambil alkohol, merokok dan elakkan penggunaan ubatan/ kosmetik yang mengandungi bahan kimia.
3. Lakukan senaman yang sesuai dan bersukan untuk kekal cergas.
4. Kekalkan berat badan ideal
5. Dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti
6. Ambil suplemen penting seperti multivitamin, antioksidan dan asid lemak perlu seperti omega
7. Urus stress dengan baik. Bersosial secara sihat untuk kesihatan emosi.
8. Jalani hidup secara normal dengan penuh kasih sayang - berumahtangga, mempunyai anak, berbaik dengan ahli keluarga dan kawan-kawan.
9. Pantau tahap kesihatan dari masa ke semasa. Dapatkan rawatan segera jika disahkan mempunyai sebarang masalah kesihatan
10. Jangan lupa berpegang kuat pada ajaran agama untuk kekal positif dan ia akan menjadikan jiwa serta rohani anda lebih muda.

#jomsihat

Makan Produk Shaklee Tapi Tak Kurus?

Baru-baru ni saya terima pertanyaan dari pembaca blog mengenai masalah yang dihadapi setelah mengambil set suplemen yang dicadangkan kepada mereka yang nak kuruskan badan. Cik Puan ni mendakwa, berat badannya tak turun bahkan perut makin buncit selepas ambil produk Shaklee. Ada 4 jenis produk yang diambil iaitu Lecithin, Alfalfa, HerbLax dan ESP. Gara-gara tak dapat berat badan yang diidamkan selepas hampir 2 bulan mengambil Set Kurus tersebut, Cik Puan ni agak beremosi ketika menghubungi saya

Edisi Siasat


Secara ringkas, saya bertanya beberapa soalan untuk cuba membantu Cik Puan ni. Saya dapati beliau telah mendapat konsultasi cara makan yang betul dari pengedar bebas Shaklee yang menjual. Cuma saya tak pasti samada Cik Puan ni mengambil suplemen seperti dicadangkan dengan konsisten. Ikut pengakuan beliau, memang konsisten katanya. Kemudian saya 'bedah siasat' pula tabiat pemakanan harian dan cara hidup Cik Puan ni. Nampaknya saya dapat beberapa masalah beliau setelah berjaya menghadiahkan beberapa soalan yang mencabar minda... antaranya : 

  1. Sukar kawal nafsu makan - sehari beliau akan mengambil 3 hingga 4 hidangan yang tinggi karbohidrat seperti nasi. Belum termasuk kudapan ringan yang manis dan tidak sihat
  2. Tidak aktif - bukan sahaja Cik Puan ni tidak langsung melakukan sebarang aktiviti sukan/ riadah dalam masa seminggu. Malahan kebanyakan masa senggang, beliau lebih suka berehat di depan TV dari berkebun. Tambahan pula, kerja di pejabat banyak duduk dari bergerak ke sana sini
  3. Berat naik berterusan selepas bersalin - selama 3 tahun selepas melahirkan anak kedua, Cik Puan ni memang mengalami kenaikan berat berterusan (tidak turun-turun). Jumlah kenaikan berat hampir 20kg dalam masa 3 tahun. 

Kurus cara 'Short Cut'


Suplemen bukanlah 'ubat ajaib' yang boleh hilangkan berat berlebihan dalam jangka masa singkat tanpa usaha lain. Ia hanya membantu usaha tersebut supaya lebih berhasil. Jika anda masih lagi mahukan cara 'short cut' untuk kurus, boleh la buat pembedahan buang lemak atau sedut lemak yang berkos tinggi dan berisiko. Ataupun boleh cari ahli sihir seperti Harry Potter yang mungkin ada magic potion yang boleh kuruskan badan. Mungkin lampu suluh Doraemon juga boleh membantu kecilkan saiz anda dalam masa beberapa saat sahaja. Jika mampu, buat sahaja DIET EKSTREM seperti model barat Anna Swarz yang memakai baju saiz negatif 4. 

Dapatkan berat badan ideal secara sihat


Pilihan terbaik, berdietlah secara sihat. Ubah cara hidup dan cara pemakanan anda. Jika mengambil sebarang suplemen, pastikan ia selamat dan berkesan dan kombinasikan dengan cara hidup sihat. Pilihlah yang berkualiti, bebas dari bahan kimia berbahaya dan disokong oleh kajian klinikal bagi memastikan keselamatan dan keberkesanannya seperti Shaklee. Jom baca komen Kevin Zahari mengenai isu ini :  

Asthma : Simptom, komplikasi, cara pencegahan dan makanan yang digalakkan

Apa itu asthma?


Penyakit asthma ni sebenarnya belaku apabila saluran udara ke paru-paru membengkak hingga menyebabkan laluan udara semakin sempit. Apabila berlaku serangan, pernafasan akan jadi sukar dan mengeluarkan bunyi 'wheezzing', dada terasa sempit dan sakit, batuk dan adakalanya menyebabkan pernafasan terhenti seketika.  Semasa serangan asthma, lendir atau mukus akan tersumbat di dalam saluran saluran pernafasan yang sempit dan menjadikan udara yang disedut masuk dan keluar sukar melalui tiub tersebut.

Simptom Asthma

  1. Batuk terutamanya malam 
  2. Nafas berbunyi
  3. Dada terasa sempit
  4. Susah bernafas

Komplikasi Asthma

  1. Kematian
  2. Mengurangkan kemampuan bersukan/ melakukan aktiviti lasak
  3. Gangguan kekal fungsi paru-paru
  4. Batuk berpanjangan
  5. Sukar bernafas dan terpaksa pada alat bantuan 

Perkara yang boleh cetuskan asthma


  1. Habuk, hama, udara lembap, kulat, debunga
  2. Udara tercemar, asap rokok, pewangi, partikel diesel/ petrol, bau cat, gas memasak, bahan pencuci, 
  3. Perubahan cuaca
  4. Aktiviti berlebihan
  5. Stress dan emosi

Cara cegah Asthma


  1. Alas tempat tidur dengan bahan kalis alergi untuk kurangkan pendedahan terhadap habuk/ hama
  2. Elakkan penggunaan karpet atau vacuum dengan kerap
  3. Gunakan bahan cuci yang bebas dari pewangi dan bebas dari bahan kimia
  4. Di rumah, kawal paras kelembapan persekitaran dan baiki kebocoran yang boleh menyebabkan pertubuhan kulat
  5. Pastikan rumah dalam keadaaan bersih dan jangan simpan bekas makanan di dalam bilik tidur bagi mengelakkan kehadiran lipas. Serpihan cecair dan anggota badan lipas boleh mencetus serangan asthma pada sesetengah orang 
  6. Jika seseorang itu alahan kepada binatang tertentu, pastikan binatang tersebut dibawa keluar dari rumah. 
  7. Tukar penapis udara/ air cond/ penapis asap rumah dengan lebih kerap
  8. Jangan biarkan asap rokok dalam rumah anda. Minta ahli keluarga/ tetamu merokok di luar rumah. Sebenarnya sisa rokok yang melekat pada pakaian dan rambut mereka juga boleh mencetus serangan asthma. Seoloknya nasihatkan mereka berhenti merokok
  9. Selagi boleh, elakkan diri dari kawasan udara tercemar, habuk dari kilang dan bulu binatang.
  10. Kurangkan stress dan jangan lakukan aktiviti yang menggunakan pernafasan secara berlebihan seperti menangis, menjerit, latihan berat dan ketawa. Kawal emosi.
  11. Gunakan pencuci yang bebas bahan kimia di rumah. Minimakan penggunaan pewangi dan apa sahaja yang menggunakan bahan kimia seperti ubat nyamuk, penyembur serangga, racun rumput dan lain-lain lagi.

Makanan tambahan untuk asthma

  1. Makanan yang kaya Antioksidan seperti sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin A, C dan E membantu mengelakkan dan mengurangkan keradangan/ inflamasi pada salur pernafasan.  
  2. Asid Lemak Perlu Omega-3 di dalam ikan juga digalakkan untuk diambil oleeh pesakit asthma. Kajian mendapati ia boleh meningkatkan kesihatan salur pernafasan dan mengelakkan sekatan udara dalam salur pernafasan. Kajian lain seperti di sini juga menunjukkan, ibu yang mempunyai genetik asthma boleh mengurangkan risiko asthma ke atas bayi yang dikandung dengan cara mengambil minyak ikan Omega 3 semasa mengandung. 
Jika anda tidak yakin diet harian  mengandungi kadar antioksidan dan Omega 3 yang mencukupi untuk membantu pencegahan asthma, mengambil makanan tambahan adalah satu pilihan bijak. Ia mungkin dapat membantu anda mengurangkan kebergantungan terhadap ubatan steroid atau sintetik yang boleh mendatangkan kesan negatif di masa akan datang. Supplement Shaklee yang dapat membantu pesakit asthma : 
  1. Vivix : mengandungi Resveratol, bahan antioksidan yang telah terbukti secara saintifik membantu memberi perlindungan kepada sel. Tindakan Vivix adalah pada peringkat sel yang nyata lebih berkesan.
  2. Vita-E Complex dan CarotoMax : antioksidan larut lemak membantu meningkatkan sistem imun yang penting untuk melawan penyakit
  3. Sustainable Release Vita-C :  antioksidan larut air yang juga membantu pertahanan sistem badan
  4. Omega Guard : asid lemak baik dari ikan laut dalam. Membantu mengawal keradangan yang boleh menyebabkan asthma
Kombinasi sebahagian produk disenaraikan di atas sebenarnya sudah dapat membantu menguatkan pertahanan badan pesakit asthma supaya tidak mudah terkena serangan. Ia sesuai dijadikan pilihan bagi langkan pencegahan dan perawatan bagi mereka yang ingin lebih sihat secara semulajadi tanpa ubatan sintetik..

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan berkenaan produk!
 
 ZETI HAFIZA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
ID : 854120
+6019 936 6681
www.facebook.com/bigsmilezone bigsmilezone@gmail.com

Legakan perut berangin dan cirit birit

Air mudah tercemar semasa banjir dan bencana

Musim cuaca tak menentu, hujan dan banjir ni sepatutnya kita lebih berhati-hati memilih dan menyediakan makanan. Makanan dan air mudah tercemar ketika ini. Pastikan air minuman di tapis dan dimasak sepenuhnya. Ibu-ibu sebaiknya menyediakan makanan di rumah, elakkan 'tapau' kecuali tahap kebersihan makanan tu diyakini selamat. Bakteria dan virus tersebar melalui air dan aktif pada suhu tertentu.

Cirit birit dan perut berangin

Entah mana silapnya, kami suami isteri diserang sakit perut dan cirit birit semalam. Mujur ada lebih dari satu tandas, kalau tidak boleh jadi 'bergaduh' berebut turn. Sakitnya melarat hingga badan jadi lemah dan sakit-sakit. Edisi Siasat Khas kami menghasilkan teori, kami tersalah makan semasa pulang outstation dari Terengganu.  Masa tu banjir belum reda, cuma laluan balik dah dibuka. Kami singgah makan di salah satu R & R dalam berjalanan dari KT ke KL. Tapi itu cuma teori, tak dapat dibuktikan. Apa yang kami belajar, sebaiknya kena hati-hati memilih makanan semasa musim bencana ni.

Legakan perut tidak selesa dengan cepat

Secara peribadi, saya gemar mengambil Peppermint-Ginger Plus (PGP) bila perut tidak selesa dan berangin. Masa alahan mengandung dulu, memang PGP melegakan dan membantu. Begitu juga saat perut meragam seperti semalam. PGP ini saya gemar ambil di waktu pagi selepas makan. Mengurangkan rasa sebu dan angin. Ada kala saya cuma masukkan sebiji dalam air teh panas untuk dapatkan rasa teh peppermint halia yang sedap dan mempunyai kesan aromaterapi.

Ganti air yang hilang dengan cepat

Kunjungan 'berterusan' ke tandas ketika cirit birit menyebabkan kita terhidrasi dengan mudah. Badan akan lemah, sakit kepala, dahaga dan tidak bertenaga apabila air kurang dalam badan. Begitu juga kalau kita mabuk perjalanan dan hamil. Sesetengah orang akan muntah berterusan hingga mengalami masalah dehidrasi. Performance Drink (PD) Orange Flavour ni jadi kawan baik saya di saat-saat ni. Sangat best sebab mudah disediakan dan rasa semulajadi oren tanpa pemanis sintetik. Kebaikan PD ni, dapat membantu hidrasi cepat. Hidangan PD ini adalah alternatif yang sihat menggantikan minuman isotonik @ minuman tenaga komersial yang rata-rata mengandungi paras gula yang tinggi dan bikarbonat.

Sakit/ musibah sebagai kifarah dan penghapus dosa

Apa pun, saya bersyukur dengan rasa sakit yang singgah. Bila terbaring kesakitan, akan lebih banyak berfikir tentang dosa pahala dan mati. Sambil tu dapat juga mengingati rakyat Malaysia yang terlibat dengan Banjir Pantai Timur Disember 2013. Semoga diberi kesabaran dan ganjaran pahala kepada mereka, didatangkan bantuan dari segenap penjuru.
Alhamdulillah, kesakitan saya yang sedikit ni beransur reda. Harap dapat kembali bekerja seperti biasa.

Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee anda sekarang! 

ZETI HAFIZA ZAKARIA 
Shaklee Independent Distributor [ID : 854120] 
+6019 936 6681 
www.facebook.com/bigsmilezone 
bigsmilezone@gmail.com

Minyak ikan mampu cegah asthma pembawakan genetik pada bayi yang dikandung

Kajian saintis dari Australia

Makan lebih banyak ikan dicadangkan sebagai salah satu langkah yang mungkin membantu mengurangkan masalah asthma. Populasi manusia seperti komuniti di Eskimo mengambil diet yang tinggi kandungan ikan menunjukkan kadar asthma yang rendah. Sebaliknya, dalam komuniti yang mengambil diet yang tinggi lemak tepu, kadar asthma adalah tinggi. Hasilnya, satu teori mengatakan bahan dalam minyak ikan yang mengurangkan inflamasi (keradangan). Keradangan menyebabkan salur pernafasan membengkak salur pernafasan sempit dan mencetuskan serangan asthma.

Satu lagi kajian selama 16 tahun dijalankan ke atas sekumpulan wanita mengandung yang mempunyai genetik asthma menunjukkan pengambilan supplemen omega-3 semasa hamil akan mengurangkan risiko asthma pada bayi yang dilahirkan itu. 

Pencegahan awal

Hasil kajian tersebut nampaknya memberi sinar baru bagi mereka yang mempunyai masalah asthma. Jika ia adalah pembawaan keturunan, pengambilan minyak ikan semasa mengandung didapati dapat membantu mengurangkan peluang anak yang dikandungkan itu mendapat asthma. Ibu-ibu nampaknya tidak boleh mengambil ringan dengan cadangan untuk mengambil supplement minyak ikan semasa mengandung. Begitu juga dengan mereka yang memang telah disahkan mempunyai masalah asthma. Pengambilan minyak ikan secara berterusan juga boleh menjadi langkah alternatif untuk kesihatan saluran pernafasan anda.

Minyak ikan pilihan ramai

OmegaGuard adalah supplement minyak ikan bergred farmaseutikal  yang sedang hangat di pasaran sekarang. Kapsul yang kaya dengan asid lemak yang baik untuk kesihatan seperti omega 3, AHA dan DHA. Minyak ikan ini diekstrak dari isi ikan laut dalam dan melalui 3 peringkat penulenan bagi menyingkarkan bahan cemar yang mungkin ada di dalamnya. Omega Guard bukan sahaja baik untuk kesihatan jantung sahaja, malahan baik untuk perkembangan otak dan saraf, kesihatan sendi, kesihatan mata, pengurusan berat badan dan banyak lagi. Ia sesuai untuk semua peringkat usia seawal umur 1 tahun lagi.


Hubungi saya untuk mendapatkan Omega Guard anda sekarang! 

ZETI HAFIZA ZAKARIA 
Shaklee Independent Distributor [ID : 854120] 
+6019 936 6681 
www.facebook.com/bigsmilezone 
bigsmilezone@gmail.com

Boleh Kaya dengan Bisnes Online?

BERMULA DENGAN ANGANAN

Dulu bila baca kisah Irfan Khairi yang jutawan sebelum umur 30 dengan perniagaan internet, memang teruja tapi blurrr.. Tak nampak jalan, tak rasa pun boleh. Asyik fikir, 'dia bolehla' 'Angan-angan saja aku ni'. Agaknya umur masih mentah. Tak fikir pun sampai ke situ.  Kawin pun belum masa tu. Dapat kerja tetap dengan gaji pokok RM1630 (9 tahun lepas) tiada hutang lain kecuali PTPTN.. cukuplah, kan? Lepas diri sendiri, dapat bg parents, simpan Tabung Haji.. ok apa...
Dua tahun lepas.. bila baca mentorku fulltime housewife boleh dapat pendapatan 5 angka secara online.. rasa nak cuba. Target dapat beberapa ratus nak lepaskan kos supplement sendiri je. Tak fikir jauh. Selesa dengan keadaan diri sendiri.

TURNING POINT

Masa berjalan, sampai berlaku insiden. Dah terhantuk baru terngadah. Kos hidup bertambah. Duduk buat kira-kita, defisit rupanya perbelanjaan selama ni. Syok sendiri. Buat simpanan, hujung bulan bila tak cukup duit, mulalah korek tabung. Cuba berjimat.. dapat juga kurangkan defisit tapi masih tak selesai masalah. Mujur juga kami bukan jenis suka bermewah. Semua benda naik harga.. barang makanan, yuran taska, pengasuh pun dah demand. Dulu RM200 seorang anak. Sekarang RM300 seorang dan dah bertambah pula anak.
Tiada jalan lain.. buat mesyuarat tergempar. Kena cari income tambahan juga.

RETIRE YOUNG RETIRE RICH

Alhamdulillah.  Pada umur 30 tahun saya mulakan langkah. Selepas 2 tahun merasa pendapatan 5 angka yang selama ini saya ingat tak boleh. Target dalam masa kurang setahun akan jadi 6 angka. Nak tambah lagi simpanan dan aset. Lambat? Ye.. memang ada buat lebih baik, capai semuanya dlm masa tak sampai setahun. Tapi saya tidak berlumba dengan sesiapa. Saya bangga melawan rintangan terbesar, iaitu diri sendiri.
Master plan dah siap. RETIRE YOUNG RETIRE RICH dunia akhirat Insya Allah. Retire bukan bererti duduk rumah goyang kaki. Ia permulaan kepada sesuatu yang lebih besar.  Jika setelah melalui usia 30 tahun dalam zon selesa, apa salah bekerja kuat 4-5 tahun ni untuk 30 tahun akan datang.

MEMBERI TANPA SYARAT

Kawan, saya kongsi sebab saya nak lebih ramai berfikir. Jika selesa dengan keadaan sekarang, teruskan..
Bagi yang nak tadi... tiada beza antara kita dengan orang lain. Jangan sempitkan fikiran dengan 'tak boleh' 'tak pandai' 'takut' dan lain-lain. Allah kan ada.. Dia sentiasa memberi jika kita meminta dan berusaha. Antara nak dan tak nak sahaja.
Mahu sertai saya? Sesiapa nak mulakan dari zero pun boleh. Saya beri sekadar saya mampu tanpa syarat - hanya untuk mereka yang berani untuk berjaya.
Bertindak sekarang. Bukan kejap lagi.

P/S : Dunia ni persinggahan sementara.  Material hanyalah alat mengumpul saham di alam abadi.


Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan! 
ZETI HAFIZA ZAKARIA 
Shaklee Independent Distributor
ID : 854120
+6019 936 6681
www.facebook.com/bigsmilezone bigsmilezone@gmail.com

Produk Promosi Shaklee Disember 2013 : Omega Guard - Minyak Ikan Terbaik!


OmegaGuard kembali sebagai pilihan produk promosi Shaklee! Minyak ikan ni bukan sembarangan punya.. kualiti terbaik bergred farmaseutikal dan diekstrak dari ikan laut dalam sebelum melalui 3 peringkat saringan bagi menjamin keselamatannya. Disahkan HALAL oleh badan yang diiktiraf JAKIM. 

Keistimewaan/ Kelebihan beli produk promosi

Beli satu set promosi 6 Botol OmegaGuard, anda akan dapat :
  • PERCUMA satu botol OmrgaGuard bernilai RM136
  • mendapat keahlian Shaklee PERCUMA
  • layak menerima BONUS TUNAI
Kelebihan OmegaGuard ini boleh dinikmati oleh hampir semua lapisan umur. Anak-anak seawal usia 1 tahun, remaja, suami isteri, warga tua... beli satu set dan kongsikan kebaikannya dengan ibu bapa, anak-anak, pasangan, mertua, kawan-kawan, saudara mara, rakan pejabat dan jiran tetangga. Kebaikannya banyak - kesihatan jantung, otak, kulit, mata, saraf dan banyak lagi. Sesuai untuk mereka yang mengalami penyakit gout, saraf, jantung, darah tinggi, kolesterol tinggi, kencing manis, eczema, asma, kanser, overweight dan macam-macam lagi.

Dapatkan sekarang sementara promosi masih berlangsung..

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan! 
 ZETI HAFIZA ZAKARIA 
Shaklee Independent Distributor
ID : 854120
+6019 936 6681
www.facebook.com/bigsmilezone bigsmilezone@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...