Makan Produk Shaklee Tapi Tak Kurus?

Baru-baru ni saya terima pertanyaan dari pembaca blog mengenai masalah yang dihadapi setelah mengambil set suplemen yang dicadangkan kepada mereka yang nak kuruskan badan. Cik Puan ni mendakwa, berat badannya tak turun bahkan perut makin buncit selepas ambil produk Shaklee. Ada 4 jenis produk yang diambil iaitu Lecithin, Alfalfa, HerbLax dan ESP. Gara-gara tak dapat berat badan yang diidamkan selepas hampir 2 bulan mengambil Set Kurus tersebut, Cik Puan ni agak beremosi ketika menghubungi saya

Edisi Siasat


Secara ringkas, saya bertanya beberapa soalan untuk cuba membantu Cik Puan ni. Saya dapati beliau telah mendapat konsultasi cara makan yang betul dari pengedar bebas Shaklee yang menjual. Cuma saya tak pasti samada Cik Puan ni mengambil suplemen seperti dicadangkan dengan konsisten. Ikut pengakuan beliau, memang konsisten katanya. Kemudian saya 'bedah siasat' pula tabiat pemakanan harian dan cara hidup Cik Puan ni. Nampaknya saya dapat beberapa masalah beliau setelah berjaya menghadiahkan beberapa soalan yang mencabar minda... antaranya : 

  1. Sukar kawal nafsu makan - sehari beliau akan mengambil 3 hingga 4 hidangan yang tinggi karbohidrat seperti nasi. Belum termasuk kudapan ringan yang manis dan tidak sihat
  2. Tidak aktif - bukan sahaja Cik Puan ni tidak langsung melakukan sebarang aktiviti sukan/ riadah dalam masa seminggu. Malahan kebanyakan masa senggang, beliau lebih suka berehat di depan TV dari berkebun. Tambahan pula, kerja di pejabat banyak duduk dari bergerak ke sana sini
  3. Berat naik berterusan selepas bersalin - selama 3 tahun selepas melahirkan anak kedua, Cik Puan ni memang mengalami kenaikan berat berterusan (tidak turun-turun). Jumlah kenaikan berat hampir 20kg dalam masa 3 tahun. 

Kurus cara 'Short Cut'


Suplemen bukanlah 'ubat ajaib' yang boleh hilangkan berat berlebihan dalam jangka masa singkat tanpa usaha lain. Ia hanya membantu usaha tersebut supaya lebih berhasil. Jika anda masih lagi mahukan cara 'short cut' untuk kurus, boleh la buat pembedahan buang lemak atau sedut lemak yang berkos tinggi dan berisiko. Ataupun boleh cari ahli sihir seperti Harry Potter yang mungkin ada magic potion yang boleh kuruskan badan. Mungkin lampu suluh Doraemon juga boleh membantu kecilkan saiz anda dalam masa beberapa saat sahaja. Jika mampu, buat sahaja DIET EKSTREM seperti model barat Anna Swarz yang memakai baju saiz negatif 4. 

Dapatkan berat badan ideal secara sihat


Pilihan terbaik, berdietlah secara sihat. Ubah cara hidup dan cara pemakanan anda. Jika mengambil sebarang suplemen, pastikan ia selamat dan berkesan dan kombinasikan dengan cara hidup sihat. Pilihlah yang berkualiti, bebas dari bahan kimia berbahaya dan disokong oleh kajian klinikal bagi memastikan keselamatan dan keberkesanannya seperti Shaklee. Jom baca komen Kevin Zahari mengenai isu ini :  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...