Asthma : Simptom, komplikasi, cara pencegahan dan makanan yang digalakkan

Apa itu asthma?


Penyakit asthma ni sebenarnya belaku apabila saluran udara ke paru-paru membengkak hingga menyebabkan laluan udara semakin sempit. Apabila berlaku serangan, pernafasan akan jadi sukar dan mengeluarkan bunyi 'wheezzing', dada terasa sempit dan sakit, batuk dan adakalanya menyebabkan pernafasan terhenti seketika.  Semasa serangan asthma, lendir atau mukus akan tersumbat di dalam saluran saluran pernafasan yang sempit dan menjadikan udara yang disedut masuk dan keluar sukar melalui tiub tersebut.

Simptom Asthma

  1. Batuk terutamanya malam 
  2. Nafas berbunyi
  3. Dada terasa sempit
  4. Susah bernafas

Komplikasi Asthma

  1. Kematian
  2. Mengurangkan kemampuan bersukan/ melakukan aktiviti lasak
  3. Gangguan kekal fungsi paru-paru
  4. Batuk berpanjangan
  5. Sukar bernafas dan terpaksa pada alat bantuan 

Perkara yang boleh cetuskan asthma


  1. Habuk, hama, udara lembap, kulat, debunga
  2. Udara tercemar, asap rokok, pewangi, partikel diesel/ petrol, bau cat, gas memasak, bahan pencuci, 
  3. Perubahan cuaca
  4. Aktiviti berlebihan
  5. Stress dan emosi

Cara cegah Asthma


  1. Alas tempat tidur dengan bahan kalis alergi untuk kurangkan pendedahan terhadap habuk/ hama
  2. Elakkan penggunaan karpet atau vacuum dengan kerap
  3. Gunakan bahan cuci yang bebas dari pewangi dan bebas dari bahan kimia
  4. Di rumah, kawal paras kelembapan persekitaran dan baiki kebocoran yang boleh menyebabkan pertubuhan kulat
  5. Pastikan rumah dalam keadaaan bersih dan jangan simpan bekas makanan di dalam bilik tidur bagi mengelakkan kehadiran lipas. Serpihan cecair dan anggota badan lipas boleh mencetus serangan asthma pada sesetengah orang 
  6. Jika seseorang itu alahan kepada binatang tertentu, pastikan binatang tersebut dibawa keluar dari rumah. 
  7. Tukar penapis udara/ air cond/ penapis asap rumah dengan lebih kerap
  8. Jangan biarkan asap rokok dalam rumah anda. Minta ahli keluarga/ tetamu merokok di luar rumah. Sebenarnya sisa rokok yang melekat pada pakaian dan rambut mereka juga boleh mencetus serangan asthma. Seoloknya nasihatkan mereka berhenti merokok
  9. Selagi boleh, elakkan diri dari kawasan udara tercemar, habuk dari kilang dan bulu binatang.
  10. Kurangkan stress dan jangan lakukan aktiviti yang menggunakan pernafasan secara berlebihan seperti menangis, menjerit, latihan berat dan ketawa. Kawal emosi.
  11. Gunakan pencuci yang bebas bahan kimia di rumah. Minimakan penggunaan pewangi dan apa sahaja yang menggunakan bahan kimia seperti ubat nyamuk, penyembur serangga, racun rumput dan lain-lain lagi.

Makanan tambahan untuk asthma

  1. Makanan yang kaya Antioksidan seperti sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin A, C dan E membantu mengelakkan dan mengurangkan keradangan/ inflamasi pada salur pernafasan.  
  2. Asid Lemak Perlu Omega-3 di dalam ikan juga digalakkan untuk diambil oleeh pesakit asthma. Kajian mendapati ia boleh meningkatkan kesihatan salur pernafasan dan mengelakkan sekatan udara dalam salur pernafasan. Kajian lain seperti di sini juga menunjukkan, ibu yang mempunyai genetik asthma boleh mengurangkan risiko asthma ke atas bayi yang dikandung dengan cara mengambil minyak ikan Omega 3 semasa mengandung. 
Jika anda tidak yakin diet harian  mengandungi kadar antioksidan dan Omega 3 yang mencukupi untuk membantu pencegahan asthma, mengambil makanan tambahan adalah satu pilihan bijak. Ia mungkin dapat membantu anda mengurangkan kebergantungan terhadap ubatan steroid atau sintetik yang boleh mendatangkan kesan negatif di masa akan datang. Supplement Shaklee yang dapat membantu pesakit asthma : 
  1. Vivix : mengandungi Resveratol, bahan antioksidan yang telah terbukti secara saintifik membantu memberi perlindungan kepada sel. Tindakan Vivix adalah pada peringkat sel yang nyata lebih berkesan.
  2. Vita-E Complex dan CarotoMax : antioksidan larut lemak membantu meningkatkan sistem imun yang penting untuk melawan penyakit
  3. Sustainable Release Vita-C :  antioksidan larut air yang juga membantu pertahanan sistem badan
  4. Omega Guard : asid lemak baik dari ikan laut dalam. Membantu mengawal keradangan yang boleh menyebabkan asthma
Kombinasi sebahagian produk disenaraikan di atas sebenarnya sudah dapat membantu menguatkan pertahanan badan pesakit asthma supaya tidak mudah terkena serangan. Ia sesuai dijadikan pilihan bagi langkan pencegahan dan perawatan bagi mereka yang ingin lebih sihat secara semulajadi tanpa ubatan sintetik..

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan berkenaan produk!
 
 ZETI HAFIZA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
ID : 854120
+6019 936 6681
www.facebook.com/bigsmilezone bigsmilezone@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...