10 sebab isteri tak suka suami merokok



Sepuluh tahun lepas, Kak Piz beri syarat pada bakal tunang. Kalau nak jadi suami saya, salah satu syaratnya MESTI BERHENTI MEROKOK. Walaupun ada ahli keluarga yang masih merokok ketika itu, saya tegas tak mahu suami saya nanti merokok. Alhamdulillah, bakal tunang Kak Piz berjaya berhenti merokok dan sekarang dah jadi suami Kak Piz pun. 

Cuba tanya mana-mana isteri yang suaminya perokok. Insya Allah, 99.99% isteri mengharapkan suami berhenti merokok. Kenapa agaknya isteri-isteri tak suka suaminya merokok?
  1. Bau badan tak best : Tau tak, bau rokok tu melekat kat baju satu hal. Badan perokok pun berbau kuat hingga buat orang sekeliling tak selesa. Tuan punya badan memang tak rasa apa-apa pelik sebab hidungnya dah lali dengan bau badan sendiri.
  2. Rasa macam cium bekas abu rokok : Kebanyakan isteri memang tak merungut dan terpaksa pasrah menahan perasaan bila cium suami sama rasanya macam cium abu rokok. Tak sedap tau.
  3. Nampak tua dari umur sebenar : kajian pun dah buktikan, kulit perokok lebih cepat tua berbanding yang tidak merokok. Isteri mana yang nak suami nampak terlebih tua dari umur sebenar kan? 
  4. Tak peduli kesihatan diri & keluarga : Pentingkan diri sendiri! Itu perkataan paling tepat. Suami merokok bukan bahayakan kesihatan sendiri sahaja. Kesan negatif kepada anak isteri sebagai perokok pasif adalah lebih teruk dari perokok aktif.
  5. Tak hormat orang sekeliling : Memualkan dan menyakitkan hati bila ada perokok yang tak hormat orang sekeliling. Merokok di tempat awam, pentingkan rokok dari persekitaran.
  6. Membazir duit : Perokok tegar tentunya akan membelanjakan beratus-ratus ringgit untuk membeli rokok setiap bulan. Isteri mana yang suka dengan keadaan ini, sedangkan duit patut digunakan untuk perkara yang lebih penting.
  7. Curi masa bersama keluarga : Bila masa rehat bersama keluarga, suami yang merokok akan ambil masa beberapa minit untuk rutin merokok. Jika sehari 10 kali, jawabnya hampir 2 jam masa bersantai dengan keluarga dicuri.
  8. Pening bila naik kereta : Kereta seorang perokok memang 'azab' baunya. Isteri kalau mengandung memang jawabnya boleh muntah hijau kalau duduk lama dalam kereta perokok. Tak mengandung pun dah pening naik kereta suami perokok.
  9. Cepat kalah : Merokok bukan sahaja merendahkan kualiti benih lelaki. Malah menurunkan prestasi ketika bersama. Cepat kalah, isteri mana yang suka kan?
  10. Merokok tu haram : Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan merokok itu haram di sisi agama Islam kerana kemudharatannya. Dah namanya haram, isteri tiada pilihan lain dari rasa tidak suka dengan tabiat merokok ini. 
Macam mana suami-suami sekalian... sanggup ke nak teruskan merokok walaupun isteri anak-anak dan orang keliling tidak suka dengan tabiat anda? Mungkin ada 1001 alasan mengapa perokok masih susah meninggalkan tabiat tersebut. Insya Allah akan datang nanti Kak Piz tulis tentang tips berhenti merokok. Tunggu ye sambungan tulisan ni..

Superibu Sepenuh Masa

ZETI HAFIZA ZAKARIA a.k.a Kak Piz
Call/ Whatsapp +6019 936 6681

5 sebab mengapa multivitamin Vita-Lea For Children jadi rebutan anak-anak


Anak-anak sekarang dah makin bijak, mereka pun dah pandai pilih multivitamin sendiri. Aiman, 6 tahun tak berapa gemar multivitamin yang bila dipegang ada rasa lekit melampu dan tinggalkan pewarna pada tapak tangan. Walaupun dia tak tahu beza vitamin sintetik dan natural, ada pewarna dan pemanis tiruan berbahaya.. Aiman pun kisah dengan multivitamin yang nak diambilnya. 

Sejak diperkenalkan semula di pasaran Malaysia, VitaLea For Children dah hampir menjadi fenomena. Sana-sini terdengar kesan positif selepas memperkenalkannya kepada anak-anak. Ibu-ibu tidak ragu-ragu produk ini untuk anak mereka.

5 sebab Vita-Lea For Children mesti jadi pilihan anda


1.  Diformula dari kepakaran berusia 100 tahun oleh ahli sains dan nutrisi Shaklee
2. Membekalkan 18 jenis nutrien yang perlu untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak seperti :
  • Vitamin A : baik untuk kesihatan mata 
  • Vitamin B : Bantu perkembangan otak, penghasilan tenaga, diperlukan dalam kosentrasi dan fokus. 
  • Zat Besi : bantu pembentukan sel darah merah 
  • Zinc : Penting dalam sistem imun dan pemulihan luka
  • Kalsium and Vitamin D : membantu kesihatan tulang 
  • Vitamin C : Kesihatan gigi, gusi dan kulit 
  • Iodin : Perlu dalam penghasilan hormon pertumbuhan 
  • Magnesium : Kesihatan tulang dan kekalkan fungsi saraf dan otot normal 
3.  Formula tidak merosakkan gigi kerana mengunakan pemanis semulajadi xylitol yang tidak 
     menggalakkan penghasilan kaviti.
4.  Perasa anggur semulajadi yang enak dan digemari kanak-kanak
5.  Bentuk tablet boleh kunyah yang mudah diterima kanak-kanak
Ibu-ibu kena bantu anak-anak. Mereka dikelilingi dengan pelbagai risiko kesihatan disebabkan terdedah kepada pencemaran, makan makanan diproses dan tidak makan dengan seimbang setiap hari terutamanya yang jenis cerewet memilih makanan. 

Alhamdulillah, anak-anak saya SUDAH. Anak-anak anda bila lagi? Jangan ketinggalan untuk dapatkannya dari saya. 


ZETI HAFIZA ZAKARIA 
Call/ Whatsapp +6019 936 6681

8 Perkara yang akan berlaku ketika proses hilangkan ketagihan gajet/ toys di kalangan anak-anak

Playroom Nabil, Naufal & Nashwa - setahun lalu.

Kali ni Kak Piz nak kongsi lagi apa yang berlaku selama 2 bulan projek 'detox gajet & toys' seperti dalam tulisan sebelum ni. Suka nak ingatkan, memang tahap kesabaran dan kewarasan yang tinggi diperlukan. Apa pun, ibu ayah jangan mengalah dan kena tetapkan hati bagi menjayakan projek ni. Kak Piz pun tak tau berapa lama masa akan diambil untuk anak-anak kita hilang ketagihan kepada gajet dan toys ni. Rasanya tempoh tu berbeza antara individu. Selagi belum hilang ketagihan, teruskan projek ye. Antara yang berlaku pada kami semasa projek ni :

  1. Gotong-royong Perdana : aktiviti memasukkan semua jenis alat permainan dalam kotak bertutup. Pastikan kotak-kotak ni tak boleh dibuka dengan mudah. Hasilnya, ada 7 kotak + 1 beg sampah penuh dengan mainan di rumah kami. Kak Piz belum decide nak buat apa dengan benda ni semua. 
  2. Khutbah Perdana : anak-anak yang dah mumayyiz (boleh beza baik buruk) seperti Nabil dan Naufal terpaksa duduk mendengar ceramah penerangan dari ibu.  Mula-mula kena berlembut nasihatkan mereka dan mesti tegas. Terangkan do & don't, why, when, how, where, who tu semua. 
  3. OPS BERSIH : tugas ibu ayah kena bersihkan handphone/ tablet/ laptop dari segala aplikasi game dan sewaktu dengannya. Simpan juga alat permainan video, konsul, DVD/ CD game di tempat yang tak boleh dijangkau anak. 
  4. Tayangan Perdana : sudah tentu pada hari-hari terawal ada banyak drama akan ditayangkan anak-anak. Sedialah menahan godaan pujuk rayu, amukan, tangisan kerinduan, belaian, pujukan manja dan ugutan dari mereka yang akan minta satu-satu gajet & toys
  5. Siaran ulangan : setiap kali berlaku tayangan perdana dalam no. (4) di atas, jangan lupa ulang tayang khutbah perdana dalam no. (2) walaupun mungkin nadanya sedikit berbeza atau penyampai khutbah bertukar dari khatib menjadi tarzan. 
  6. Main pondok-pondok : ibu ayah akan luangkan masa throwback ke zaman kanak-kanak di kampung tahun 80-an. Buat layang-layang, main pasir, kumpul batang aiskrim, buat tanah liat, anyam 'tikar' dan macam-macam lagi aktiviti dengan anak-anak
  7. Pasar Borong : Bila anak-anak dah tak 'ditutup' mulut dengan gajet, alamatnya... rumah akan meriah dengan suara-suara mereka bermain, bergaduh, bergurau dan menjerit. Keadaan rumah pun takkan kekal rapi dan tersusun sepanjang masa. Lebih meriah dari pasar borong.
  8. Quality time : walaupun pada hari bekerja ibu ayah hanya ada masa beberapa jam sahaja dengan anak-anak, semakin lama semakin terasa lebih berkualiti masa yang ada bila kurang dibazirkan ke gajet dan toys. Setiap kali hari cuti pula akan diisi dengan aktiviti seperti berkebun, berkelah dan bersiar-siar bersama.

Seronok kan? Insya Allah banyak lagi perkara yang baik - baik akan berlaku bila kita cuba berubah kepada sesuatu yang lebih baik. Sentiasa ingat... anak-anak ni bak kain putih yang dicorakkan oleh kita, ibu bapa mereka. Jika anda nak cuba projek detox ni, saya doakan kita sama-sama berjaya.

- Superibu Sepenuh Masa -

Pengalaman peribadi : 6 langkah "detox" ketagihan gajet anak- anak


Harini nak sambung cerita pengalaman 'detox' gajet dan alat permainan di rumah untuk anak-anak selepas baca fakta kajian tentang ketagihan skrin. Kisahnya dalam tulisan sebelum ni

Beberapa bulan lepas Kak Piz buat keputusan nak kurangkan penggunaan gajet dan permainan (toys) di kalangan anak-anak. Kesedaran ni datang bila mereka mula berebut dan bergaduh tentang gajet dan toys. Kak Piz fikir, bukan ke patutnya kedua-dua tu alat untuk anak-anak bergembira? Kenapa mesti berebut dan bergaduh... Adakah mereka dah ketagihan sebenarnya?

Lepas berfikir beberapa ketika dan buat sedikit bacaan, akhirnya Kak Piz mula projek 'detox gajet & toys' secara berperingkat. Sebelum mula, kena ikut langkah ni :

Langkah # 1 : Tetapkan JENIS gajet dan alat permainan yang dibenarkan atau tidak.

Contoh Kak Piz buat :
  • TAK DIBENARKAN SAMA SEKALI : telefon/ tablet ibu & ayah, kebanyakan jenis alat permainan seperti pistol mainan, robot terpilih, kereta mainan terpilih, alat pemukul dll.
  • DENGAN KEBENARAN/ BERSYARAT : permainan video Playstation, tonton televisyen, layari internet
  • BOLEH GUNA HAMPIR TIADA HAD TAPI BERSYARAT : brain games, lego, bola, playdoh, puzzles dan lain-lain permainan dari 'busy bag' ibu buat.

Langkah # 2 : Terangkan HAD kegunaan setiap alat.

Contoh :
  • Telefon ayah & ibu untuk kegunaan urusan kerja, perhubungan dengan keluarga, simpan maklumat dan penting untuk waktu kecemasan. 
  • Laptop/ tablet ibu kegunaan untuk urusan kerja, belajar dan simpan maklumat seperti gambar, salinan dokumen dll.
  • Internet kegunaannya untuk berhubung, cari maklumat dan berhibur
  • Alat permainan tertentu boleh jadi alat untuk belajar dan hiburan bila perlu.
  • Televisyen kegunaannya sama seperti alat permainan, cuma tambahannya penting juga sebagai sumber maklumat.

Langkah # 3 :  Jelaskan SYARAT untuk penggunaan alat yang dibenarkan.

Contoh :
  • Penggunaan mengikut jenis, ada yang hanya di hujung minggu dan ada yang boleh pada hari persekolahan dengan syarat.
  • Setiap penggunaan ada had masa. Contohnya selama 2 jam atau untuk rancangan TV mungkin hanya satu siri dll. 
  • Jenis rancangan dan permainan perlu dikawal. Contohnya YouTube hanya boleh tonton video nursery rhymes atau bahan pembelajaran sahaja. Playstation hanya mainanan video tertentu, tidak boleh permainan berunsur ganas. Rancangan TV hanya saluran tertentu sahaja. 
  • Semua aktiviti WAJIB mesti diselesaikan terlebih dahulu sebelum bermain. Contohnya solat, makan, buat kerja sekolah dll.

Langkah # 4 :  TERANGKAN kebaikan dan keburukan serta kesan sampingan jika berlebihan bermain alat-alat tersebut

Contoh :
  • Terlalu lama menghadap skrin boleh merosakkan mata, badan kurang cergas dll.
  • Ketagihan boleh menyebabkan kita membuang masa. Allah tak suka orang yang membuang masa.
  • Rancangan TV, video atau permainan online ada yang tidak sesuai ditonton/ dimainkan kerana ada unsur ganas, tidak bermoral dan mendorong kepada perkara tak baik.
  • Ketagihan skrin dan permainan juga jadikan kita malas bergerak, kurang berfikir dan beri kesan pada pelajaran.

Langkah # 5 :  Sediakan ALTERNATIF untuk gantikan gajet/ alat permainan.

Contoh :
  • Kenalkan permainan yang lebih sihat dan selamat seperti permainan merangsang minda (catur, puzzle, busy bag) atau permainan tradisonal kita (congkak, teng-teng, layang-layang dan galah panjang)
  • Galakkan permainan yang mengeluarkan peluh dan menggalakkan hubungan sosial seperti berbasikal, sep-sep atau permainan tradisional (yang disebut di atas)
  • Isi masa senggang dengan aktiviti keluarga seperti cuci kereta bersama, tanam pokok, bersihkan kawasan rumah, berkelah dll. Tidak salah juga jika adakan 'movie time' bersama keluarga secara berkala.
  • Pupuk hobi yang sihat seperti membaca, memelihara ikan, melukis dan banyak lagi.

Langkah # 6 : Tunjukkan CONTOH yang baik kepada anak-anak (paling penting!)

  • Tetapkan masa untuk tutup handphone kita pada waktu tertentu. Contohnya pada waktu makan, waktu prime time bersama anak-anak dan sebagainya.
  • Hadkan penggunaan aplikasi dalam aktiviti harian. Gantikan dengan kaedah konvensional seperti baca buku secara fizikal bukan e-book, salin resepi dalam buku bukan asyik Google semata, pasang jam loceng gantikan alarm pada telefon dan alunkan sendiri zikir ketika tidurkan anak, bukan sekadar buka YouTube.
  • Beri tumpuan dan luangkan masa dengan anak-anak. Jangan berbual dengan mereka sambil menjeling telefon di tangan atau bermain COC ketika temankan anak buat kerja sekolah.
  • Jika terpaksa gunakan gajet, elak terlalu menonjol di hadapan anak atau tunggu sehingga mereka tiada/ tidur.
  • Sebaiknya ibu ayah kena kurangkan dulu ketagihan terhadap laman sosial, permainan video dan aplikasi pada gajet masing-masing. Tidaklah seperti ketam mengajar anak jalan lurus nanti.

Alhamdulillah, lebih dua bulan berlalu. Sekarang ada banyak perubahan yang berlaku di kalangan anak-anak. Mereka dah kurang habiskan masa dengan gajet dan permainan. Nabil dan Naufal yang berumur 7 dan 4 tahun dah mula faham kenapa Kak Piz buat projek 'detox' ni. Mereka sendiri lebih berdisiplin walaupun kadang-kadang sesekali datang juga perangai lama. Ibu bapa kena sabar dan tegas dalam kelembutan. Selalu nasihat dan ingatkan mereka.

Walaupun sesetengah langkah dalam projek 'detox' ni kurang berkesan untuk anak yang lebih kecil seperti Nashwa (yang baru berumur 2 tahun), teruskan sahaja dan ulangkan sentiasa. Selalunya yang adik akan meniru abangnya. Insya Allah saya percaya Nashwa pun akan faham dan mengikut nanti.
Ada lagi pekongsian tentang isu ni. Insya Allah Kak Piz kongsi lagi nanti ye.

Good Luck mommies!

Ketagihan gajet punca anak lambat bercakap?




Kak Piz perasan, anak ketiga ni agak lambat bercakap berbanding abang-abangnya. Masa check-up di klinik, doktor tu sahkan perkembangan Nashwa normal walaupun dia belum pandai bercakap. Lega Kak Piz mendengarnya. Terus Kak Piz cari maklumat pasal isu ni. Terbaca pula artikel tentang kajian tentang ketagihan gajet/ skrin (televisyen, video game, tablet, telefon pintar dan komputer).
Antara fakta kajian berkaitan yang dibaca:

  1. Kanak-kanak ketagih skrin kurang berminat bermain di luar rumah dan malas mengeluarkan peluh
  2. Kurang pendedahan kepada matahari meningkatkan risiko kekurangan vitamin D yang menjadi punca menyebabkan lemah tulang dan motor (termasuk motor untuk percakapan) serta pertumbuhan terbantut di kalangan kanak-kanak 
  3. Mereka kurang bergaul dengan orang lain, tidak pandai bersosial dan kurang kemahiran berbual
  4. Ibu bapa menggunakan gajet untuk mengalih perhatian anak-anak ketika mereka ingin masa bersendirian atau untuk membuatkan anak duduk diam di dalam kenderaan/ di tempat awam
  5. Ada ibu bapa beralasan penggunaan skrin untuk pembelajaran anak-anak adalah lebih hi-tech melalui video interaktif atau YouTube.
  6. Dari segi kesihatan, anak-anak di bawah umur 2 tahun tidak patut didedahkan langsung kepada skrin dan selepas 2 tahun, hanya dihadkan kepada tidak lebih 2 jam sehari. 

Bila baca artikel ni memang terus rasa risau. Memang Kak Piz akui, kesilapan dah dibuat bila kenalkan gajet terlalu awal pada anak. Tapi alhamdulillah.. sekarang dah hampir 2 bulan operasi 'detox' gajet dibuat dan ada perkembangan positif. Nanti Kak Piz share story ye.

*Nota : Kemahiran bercakap anak-anak bermula seawal umur 18 bulan atau setahun setengah. Dicadangkan pada usia ini, ibu bapa merujuk kepada pakar kanak-kanak jika anak belum memahami arahan, tiada eye contact bila berbual atau berjaya menyebut sekurang-kurangnya satu perkataan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...