Ketagihan gajet punca anak lambat bercakap?




Kak Piz perasan, anak ketiga ni agak lambat bercakap berbanding abang-abangnya. Masa check-up di klinik, doktor tu sahkan perkembangan Nashwa normal walaupun dia belum pandai bercakap. Lega Kak Piz mendengarnya. Terus Kak Piz cari maklumat pasal isu ni. Terbaca pula artikel tentang kajian tentang ketagihan gajet/ skrin (televisyen, video game, tablet, telefon pintar dan komputer).
Antara fakta kajian berkaitan yang dibaca:

  1. Kanak-kanak ketagih skrin kurang berminat bermain di luar rumah dan malas mengeluarkan peluh
  2. Kurang pendedahan kepada matahari meningkatkan risiko kekurangan vitamin D yang menjadi punca menyebabkan lemah tulang dan motor (termasuk motor untuk percakapan) serta pertumbuhan terbantut di kalangan kanak-kanak 
  3. Mereka kurang bergaul dengan orang lain, tidak pandai bersosial dan kurang kemahiran berbual
  4. Ibu bapa menggunakan gajet untuk mengalih perhatian anak-anak ketika mereka ingin masa bersendirian atau untuk membuatkan anak duduk diam di dalam kenderaan/ di tempat awam
  5. Ada ibu bapa beralasan penggunaan skrin untuk pembelajaran anak-anak adalah lebih hi-tech melalui video interaktif atau YouTube.
  6. Dari segi kesihatan, anak-anak di bawah umur 2 tahun tidak patut didedahkan langsung kepada skrin dan selepas 2 tahun, hanya dihadkan kepada tidak lebih 2 jam sehari. 

Bila baca artikel ni memang terus rasa risau. Memang Kak Piz akui, kesilapan dah dibuat bila kenalkan gajet terlalu awal pada anak. Tapi alhamdulillah.. sekarang dah hampir 2 bulan operasi 'detox' gajet dibuat dan ada perkembangan positif. Nanti Kak Piz share story ye.

*Nota : Kemahiran bercakap anak-anak bermula seawal umur 18 bulan atau setahun setengah. Dicadangkan pada usia ini, ibu bapa merujuk kepada pakar kanak-kanak jika anak belum memahami arahan, tiada eye contact bila berbual atau berjaya menyebut sekurang-kurangnya satu perkataan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...