10 sebab isteri tak suka suami merokok



Sepuluh tahun lepas, Kak Piz beri syarat pada bakal tunang. Kalau nak jadi suami saya, salah satu syaratnya MESTI BERHENTI MEROKOK. Walaupun ada ahli keluarga yang masih merokok ketika itu, saya tegas tak mahu suami saya nanti merokok. Alhamdulillah, bakal tunang Kak Piz berjaya berhenti merokok dan sekarang dah jadi suami Kak Piz pun. 

Cuba tanya mana-mana isteri yang suaminya perokok. Insya Allah, 99.99% isteri mengharapkan suami berhenti merokok. Kenapa agaknya isteri-isteri tak suka suaminya merokok?
  1. Bau badan tak best : Tau tak, bau rokok tu melekat kat baju satu hal. Badan perokok pun berbau kuat hingga buat orang sekeliling tak selesa. Tuan punya badan memang tak rasa apa-apa pelik sebab hidungnya dah lali dengan bau badan sendiri.
  2. Rasa macam cium bekas abu rokok : Kebanyakan isteri memang tak merungut dan terpaksa pasrah menahan perasaan bila cium suami sama rasanya macam cium abu rokok. Tak sedap tau.
  3. Nampak tua dari umur sebenar : kajian pun dah buktikan, kulit perokok lebih cepat tua berbanding yang tidak merokok. Isteri mana yang nak suami nampak terlebih tua dari umur sebenar kan? 
  4. Tak peduli kesihatan diri & keluarga : Pentingkan diri sendiri! Itu perkataan paling tepat. Suami merokok bukan bahayakan kesihatan sendiri sahaja. Kesan negatif kepada anak isteri sebagai perokok pasif adalah lebih teruk dari perokok aktif.
  5. Tak hormat orang sekeliling : Memualkan dan menyakitkan hati bila ada perokok yang tak hormat orang sekeliling. Merokok di tempat awam, pentingkan rokok dari persekitaran.
  6. Membazir duit : Perokok tegar tentunya akan membelanjakan beratus-ratus ringgit untuk membeli rokok setiap bulan. Isteri mana yang suka dengan keadaan ini, sedangkan duit patut digunakan untuk perkara yang lebih penting.
  7. Curi masa bersama keluarga : Bila masa rehat bersama keluarga, suami yang merokok akan ambil masa beberapa minit untuk rutin merokok. Jika sehari 10 kali, jawabnya hampir 2 jam masa bersantai dengan keluarga dicuri.
  8. Pening bila naik kereta : Kereta seorang perokok memang 'azab' baunya. Isteri kalau mengandung memang jawabnya boleh muntah hijau kalau duduk lama dalam kereta perokok. Tak mengandung pun dah pening naik kereta suami perokok.
  9. Cepat kalah : Merokok bukan sahaja merendahkan kualiti benih lelaki. Malah menurunkan prestasi ketika bersama. Cepat kalah, isteri mana yang suka kan?
  10. Merokok tu haram : Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan merokok itu haram di sisi agama Islam kerana kemudharatannya. Dah namanya haram, isteri tiada pilihan lain dari rasa tidak suka dengan tabiat merokok ini. 
Macam mana suami-suami sekalian... sanggup ke nak teruskan merokok walaupun isteri anak-anak dan orang keliling tidak suka dengan tabiat anda? Mungkin ada 1001 alasan mengapa perokok masih susah meninggalkan tabiat tersebut. Insya Allah akan datang nanti Kak Piz tulis tentang tips berhenti merokok. Tunggu ye sambungan tulisan ni..

Superibu Sepenuh Masa

ZETI HAFIZA ZAKARIA a.k.a Kak Piz
Call/ Whatsapp +6019 936 6681

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...