Untung join Shaklee - sekarang dengan tawaran 3 C + 3 C untuk pengedar yang serius sahaja!


Saya dan keluarga berkesempatan hadir ke Master Celebration Shaklee di Pullman Putrajaya Lakeside pada 5 Januari 2013 yang lalu. Majlis ini diadakan untuk meraikan Master Siti Nur Laila dan suami, Master Muhammad Imran Lee di atas pencapaian meraih pangkat tertinggi dalam sistem Shaklee iaitu Master Coordinator. Tahniah untuk mereka berdua dan seluruh organisasi beliau.

Suntikan semangat dan serapan aura


Ini bukanlah kali pertama saya menghadiri program seumpamanya. Alhamdulillah saya diberi kemudahan dan kelapangan untuk hadir lagi. Setakat ini saya masih belum jemu, dan selalu menanti peluang sebegini. Banyak ilmu dapat dikutip dalam program Master Celebration - rahsia kejayaan, tips, motivasi dan informasi berguna dari mereka yang telah berjaya. Bukan setakat itu, pemerhatian dan perasaan berada dalam suasana yang penuh kegembiraan juga sedikit sebanyak menambah pengetahuan, menyuntik semangat dan menaikkan aura kejayaan. Bukankan berdamping dengan mereka yang berjaya juga salah satu cara untuk berjaya?

Perkongsian dari Presidental Master Shahreeza dan Master Nur Laila


Salah satu slot penting dan paling memberi kesan adalah perkongsian dari Presidental Master Shahreeza (Cery) mengenai kelebihan downline beliau Master Nur Laila yang merupakan seorang yang penyabar. Tidak dapat dinafikan, SABAR ni memang sangat penting dalam perniagaan termasuk Shaklee. Tiada jalan singkat dan mudah untuk berada di tahap yang membanggakan kecuali melalui segala kesusahan dan BERKORBAN sesuatu yang kita suka. Bak kata PM Cery, jika fikirkan betul-betul difikirkan.. memang ada yang telah kita korbankan seperti waktu tidur, waktu rehat, duit, tenaga dan banyak lagi. Cuma, orang yang terlalu inginkan sesuatu akan buat apa sahaja pengorbanan tu tanpa disedari.

Master Nur Laila berkongsi kisah di sebalik kejayaannya di dalam Shaklee. Kesimpulan dari kisah beliau, resepi kejayaan dalam Shaklee ni memerlukan impian yang besar, tindakan yang berterusan dan tidak bertangguh, push factor yang cukup kuat dan kekuatan doa dan tawakal. Saya sempat juga menitis air mata beberapa kali semasa ucapan Master Laila. Sangat touching tau..

3 C + 3 C ditawarkan Shaklee kepada pengedar yang serius!


Pembukaan slot sebenarnya bermula dengan ucapan CEO Shaklee Asia Tenggara, Mr. Victor Lim. Jika
sebelum ni kita dengar tawaran 3 C dari Shaklee iaitu Cash, Car dan Convention (baca di sini) - kali ni Mr Victor menambah 3 lagi C yang ditawarkan Shaklee sekarang iaitu :

  1. CARE - berada dalam jaringan Shaklee akan membuatkan kita belajar mengambil berat sesama sendiri. Bukan sekadar hubungan antara upline, downline dan sideline semata-mata..  malahan lebih dari itu. Kami juga belajar bagaimana mengambil berat tentang pengguna Shaklee di mana kebaikan produk dan kepentingan menjaga kesihatan perlu diutamakan. 
  2. COMPETE - persaingan di dalam dan di luar Shaklee adalah digalakkan berlaku secara sihat bagi meningkatkan kesihatan, kebebasan kewangan dan kesejahteraan. Persaingan sihat di dalam kumpulan kami telah melahirkan ramai individu berjaya dengan kualiti peribadi yang tinggi.
  3. CARRIER - percaya atau tidak, kita boleh membina kerjaya yang menjamin masa depan melalui Shaklee. Tekanan kos sara hidup dan keluarga yang meningkat, kenaikan harga barang keperluan, risiko kesihatan yang pelbagai serta ancaman keselamatan anak-anak menyebabkan kita sebagai ibu bapa mencari kerjaya yang menjamin masa depan serta mesra keluarga. Kemampuan Shaklee menyediakan peluang kerjaya seumur hidup terbukti apabila ramai kumpulan professional di sektor swasta dan kerajaan telah meninggalkan pekerjaan untuk menyertai kami. 


Anda bagaimana, tak nak rebut peluang ini? Hubungi saya untuk sertai!

ZETI HAFIZA ZAKARIA 
Shaklee Independent Distributor
+6019 936 6681 
bigsmilezone@gmail.com

Hilangkan parut, lembut dan lembapkan kulit dalam seminggu!

Jangan tak percaya. Baru seminggu dah rasa kebaikan Energising Soy Protein yang Most Wanted Yawww.. layan testimoni ni ye. Hubungi @ teks saya di 0199366681 sekarang jika nak tingkatkan kesihatan dan kecantikan kulit anda!

*70 kegunaan dan manfaat supplement Alfalfa

Alfalfa - Raja segala Herba


Soalan yang agak sukar dijawab, apakah kegunaan Alfalfa. Apa manfaat ambil supplement Alfalfa. Bukan susah sebab soalan tu macam soalan Matematik Tambahan. 'Susah' sebab banyak sangat kegunaan dan manfaat Alfalfa ni. Nak sebut satu-satu agak payah. Jadi, kali ni saya nak kongsi kegunaan dan manfaat Alfalfa. Sumber maklumat adalah dari carian journal di Google Scholar, website berkaitan pertanian, kesihatan dan makanan tambahan. Sebahagiannya adalah pengakuan pengguna, tidak dibuktikan secara saintifik. Antaranya : 

  1. sumber mineral yang baik - kalsium, zat besi, kalium, klorin, fosforus, sodium, magnesium, manganese dan potassium
  2. mengandungi pelbagai jenis enzim yang bermanfaat kepada manusia
  3. berserat tinggi
  4. kaya dengan vitamin A, E, U, B6, K dan D
  5. mengandungi protein yang tinggi
  6. bersifat anti-bacteria
  7. bersifat anti-kanser
  8. mengawal kolesterol
  9. membantu menambah kepadatan tulang
  10. mencegah arteri (salur darah) tersumbat
  11. melegakan simptom menopause
  12. menstabilkan bacaan gula dalam darah
  13. membantu masalah sembelit
  14. meredakan masalah berkaitan buah pinggang
  15. membantu masalah berkaitan prostate
  16. melawaskan kencing
  17. melegakan perut tidak selesa
  18. membantu pesakit asthma
  19. digunakan dalam rawatan arthrithis
  20. menggalakkan pengeluaran susu ibu
  21. membantu masalah resdung
  22. membantu mereka yang mempunyai allergi
  23. membantu masalah penghadaman
  24. menambah selera orang yang terlalu kurus
  25. mengurangkan masalah bau badan
  26. mengurangkan masalah keputihan
  27. meningkatkan tenaga
  28. mengatasi kelesuan
  29. membantu masalah gout
  30. membantu pesakit hernia
  31. melegakan masalah ulu hati
  32. digunakan dalam rawatan tradisional ulser perut
  33. melegakan masalah sembap air
  34. membantu badan dalam melawan jangkitan
  35. membuang angin dalam badan
  36. bertindak untuk buang toksik dalam badan
  37. melawaskan usus
  38. mengurangkan kelesuan
  39. melegakan sakit ketika haid
  40. membuang angin dalam badan
  41. baik untuk masalah resdung
  42. baik untuk masalah kulit seperti eczema, jerawat dll.
  43. mengurangkan sakit sendi dan badan
  44. menambah keintiman (bertindak seperti kacip fatimah pada isteri)
  45. meningkatkan stamina suami
  46. melawaskan haid
  47. membantu masalah payudara kendur
  48. membantu memulihkan urat selepas bersalin
  49. membantu mengatasi mabuk 
  50. menggalakkan pertambahan sel darah merah
  51. membantu buah pinggang menyingkirkan air berlebihan dalam badan
  52. membantu masalah hormon estrogen tidak stabil
  53. membaiki masalah kurang selera
  54. digunakan dalam rawatan batu karang (perubatan cina)
  55. digunakan dalam rawatan skurvi (perubatan Colonial Amerika)
  56. digunakan sebagai bahan asas tonik (Native Amerika)
  57. melegakan kesan gigitan serangga
  58. meningkatkan alkaliniti badan
  59. menurunkan kandungan aasid urik dalam badan
  60. membantu usaha menurunkan berat badan
  61. menggalakkan kesihatan kalenjar pituitari
  62. boleh dijadikan minuman herba
  63. digunakan sebagai penambah rasa semulajadi 
  64. membantu meningkatkan kandungan vitamin K yang kurang pada pengguna antibiotik, steroid dan ubat anti-kolesterol
  65. bersifat anti-histamine
  66. melegakan hidung tersumbat
  67. mengawal masalah jangkitan kulat 
  68. membantu melegakan masalah pernafasan dan paru-paru
  69. dimakan bersama lobak dan kobis setiap hari untuk melebatkan rambut (perubatan ayurvedic)
  70. membantu mengecutkan bengkak/ luka kerana bersifat astringen 

Wah.. banyakkan manfaat Alfalfa? Sebenarnya ada lagi yang tak tertulis di sini. Insya Allah saya akan update senarai ini di masa akan datang.

*kenyataan tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Kenyataan atau cadangan berkaitan produk tidak boleh dianggap preskipsi. Sila dapatkan nasihat doktor jika memerlukan rawatan dan nasihat perubatan
*maklumat berdasarkan pembacaan penulis dan pengakuan pengguna


Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan!

ZETI HAFIZA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
ID : 854120 +6019 936 6681
www.facebook.com/bigsmilezone
bigsmilezone@gmail.com

Penawar sakit sendi seperti lutut, pinggang, bahu, leher dan lain-lain

Satu kajian klinikal yang ditebitkan dalam International Journal Medical Science mendapati, ekstrak Boswellia yang terkandung dalam Advanced Joint Health (AJHT) Shaklee membantu keselesaan sendi dan memudahkan pergerakan dengan lebih baik berbanding supplement jenama lain.

Kajian ini juga menunjukkan tindakan AJHT adalah lebih cepat di mana perubahan boleh dirasa dalam tempoh 5 hari sahaja.

Jika masih tercari- cari penawar sakit sendi yang selamat, berkesan dan tidak berbahaya... anda patut vuba AJHT ini  Hubungi saya untuk maklumat lanjut.


PRODUK PROMOSI SHAKLEE JANUARI 2014 : Alfalfa Complex - Raja Segala Herba!


Kelebihan Alfalfa Shaklee

  • Formula 'Signature' Dr. Shaklee
  • Kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral
  • dihasilkan dari daun (bukan akar/ batang)
  • Ditanam dengan cara organik, bebas dari penggunaan racun, hormon, bahan kimia dan yang seumpamanya
  • satu hidangan cadangan adalah bersamaan dengan 300mg
Banyak lagi... kita sambung lagi nanti.


Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan!
ZETI HAFIZA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
ID : 854120
+6019 936 6681
www.facebook.com/bigsmilezone bigsmilezone@gmail.com

Tahun Baru : Mulakan dengan tulis target dengan S.M.A.R.T


Selamat Tahun Baru!


Syukur kepada Allah. Berlalu sudah setahun yang penuh bererti. Bila diimbas dari Januari ke Disember, macam-macam perubahan, suka-duka dan kisah yang dah dilalui. Nikmat umur yang bertambah lagi ni harapnya akan dimanfaatkan untuk dapat keredhaanNya. Macam biasa, antara perkara bisa yang ditanya di waktu begini.. 'APA AZAM TAHUN BARU?' Dulu masa zaman sekolah dan muda remaja, bila orang tanya barulah tergaru-garu kepala nak jawab. Spontan baru nak fikir apa nak dijadikan azam.

Sekarang bila umur dah makin matang, banyak bertemu dan membaca kisah mereka yang berjaya.. baru sedar mengenai kepentingan berazam dengan betul. Penting sangat untuk TULIS azam tersebut dalam bentuk TARGET. Bak kata Mentor saya Master Lyna Noh, target yang tidak ditulis ni susah nak dicapai kerana tak nampak secara fizikal. Kiranya, target/ azam yang hanya dalam fikiran akan tinggal sebagai angan-angan sahaja.

Sejak dulu, malam tahun baru adalah masa untuk saya berangan memikirkan rancangan dan cita-cita untuk setahun akan datang. Malam tahun baru semalam saya habiskan dengan rutin baru. Tulis semua target dalam buku. Insya Allah, semuanya dah jelas dan nyata untuk dicapai.

Tulis target cara S.M.A.R.T.


Antara yang saya praktikkan adalah menulis target cara SMART iaitu : 
  • S : Spesific - Nyatakan dengan jelas dan spesifik apa yang nak dicapai secara khusus. Contoh jika target anda nak beli rumah, tulis secara spesifik rumah banglo ke teres ke atau rumah bernilai berapa RM ke, lokasi di mana ke.. 
  • M : Measurable - Sebaiknya target tu boleh diukur untuk dinilai sejauh mana telah dicapai. Contoh bila diletakkan target nak buat simpanan untuk melancong. Tulis dengan jelas berapa jumlah wang yang hendak dikumpul itu. 
  • A : Achievable - Target mestilah sesuatu yang kita yakin boleh dicapai, bukan sesuatu yang tidak logik. Antara target yang tidak logik seperti ingin menjadi angkasawan dalam tempoh sebulan.
  • R : Relevant - Apa yang mahu dicapai mestilah sesuatu yang relevan dan bermakna kepada diri sendiri. Mesti ada sebab mengapa target tu hendak dicapai. Bukan saja-saja berazam nak buat 1000 buah kapal terbang kertas tanpa sebab.
  • T : Time-bound - Setiap target mesti diletakkan jangkamasa, bila nak mulakan dan bila nak dicapai.
Jika anda masih belum pernah menulis target cara bijak (SMART) ni, mulakan sekarang! Tidak semestinya ditulis di tahun baru sahaja. Saya dah amalkan selama lebih setahun, dengan menulis target jangkamasa panjang, sederhana dan pendek. Ternyata dengan cara ini, apa yang diimpikan akan lebih mudah dicapai.

Selamat menulis target anda!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...