Untung join Shaklee - sekarang dengan tawaran 3 C + 3 C untuk pengedar yang serius sahaja!


Saya dan keluarga berkesempatan hadir ke Master Celebration Shaklee di Pullman Putrajaya Lakeside pada 5 Januari 2013 yang lalu. Majlis ini diadakan untuk meraikan Master Siti Nur Laila dan suami, Master Muhammad Imran Lee di atas pencapaian meraih pangkat tertinggi dalam sistem Shaklee iaitu Master Coordinator. Tahniah untuk mereka berdua dan seluruh organisasi beliau.

Suntikan semangat dan serapan aura


Ini bukanlah kali pertama saya menghadiri program seumpamanya. Alhamdulillah saya diberi kemudahan dan kelapangan untuk hadir lagi. Setakat ini saya masih belum jemu, dan selalu menanti peluang sebegini. Banyak ilmu dapat dikutip dalam program Master Celebration - rahsia kejayaan, tips, motivasi dan informasi berguna dari mereka yang telah berjaya. Bukan setakat itu, pemerhatian dan perasaan berada dalam suasana yang penuh kegembiraan juga sedikit sebanyak menambah pengetahuan, menyuntik semangat dan menaikkan aura kejayaan. Bukankan berdamping dengan mereka yang berjaya juga salah satu cara untuk berjaya?

Perkongsian dari Presidental Master Shahreeza dan Master Nur Laila


Salah satu slot penting dan paling memberi kesan adalah perkongsian dari Presidental Master Shahreeza (Cery) mengenai kelebihan downline beliau Master Nur Laila yang merupakan seorang yang penyabar. Tidak dapat dinafikan, SABAR ni memang sangat penting dalam perniagaan termasuk Shaklee. Tiada jalan singkat dan mudah untuk berada di tahap yang membanggakan kecuali melalui segala kesusahan dan BERKORBAN sesuatu yang kita suka. Bak kata PM Cery, jika fikirkan betul-betul difikirkan.. memang ada yang telah kita korbankan seperti waktu tidur, waktu rehat, duit, tenaga dan banyak lagi. Cuma, orang yang terlalu inginkan sesuatu akan buat apa sahaja pengorbanan tu tanpa disedari.

Master Nur Laila berkongsi kisah di sebalik kejayaannya di dalam Shaklee. Kesimpulan dari kisah beliau, resepi kejayaan dalam Shaklee ni memerlukan impian yang besar, tindakan yang berterusan dan tidak bertangguh, push factor yang cukup kuat dan kekuatan doa dan tawakal. Saya sempat juga menitis air mata beberapa kali semasa ucapan Master Laila. Sangat touching tau..

3 C + 3 C ditawarkan Shaklee kepada pengedar yang serius!


Pembukaan slot sebenarnya bermula dengan ucapan CEO Shaklee Asia Tenggara, Mr. Victor Lim. Jika
sebelum ni kita dengar tawaran 3 C dari Shaklee iaitu Cash, Car dan Convention (baca di sini) - kali ni Mr Victor menambah 3 lagi C yang ditawarkan Shaklee sekarang iaitu :

  1. CARE - berada dalam jaringan Shaklee akan membuatkan kita belajar mengambil berat sesama sendiri. Bukan sekadar hubungan antara upline, downline dan sideline semata-mata..  malahan lebih dari itu. Kami juga belajar bagaimana mengambil berat tentang pengguna Shaklee di mana kebaikan produk dan kepentingan menjaga kesihatan perlu diutamakan. 
  2. COMPETE - persaingan di dalam dan di luar Shaklee adalah digalakkan berlaku secara sihat bagi meningkatkan kesihatan, kebebasan kewangan dan kesejahteraan. Persaingan sihat di dalam kumpulan kami telah melahirkan ramai individu berjaya dengan kualiti peribadi yang tinggi.
  3. CARRIER - percaya atau tidak, kita boleh membina kerjaya yang menjamin masa depan melalui Shaklee. Tekanan kos sara hidup dan keluarga yang meningkat, kenaikan harga barang keperluan, risiko kesihatan yang pelbagai serta ancaman keselamatan anak-anak menyebabkan kita sebagai ibu bapa mencari kerjaya yang menjamin masa depan serta mesra keluarga. Kemampuan Shaklee menyediakan peluang kerjaya seumur hidup terbukti apabila ramai kumpulan professional di sektor swasta dan kerajaan telah meninggalkan pekerjaan untuk menyertai kami. 


Anda bagaimana, tak nak rebut peluang ini? Hubungi saya untuk sertai!

ZETI HAFIZA ZAKARIA 
Shaklee Independent Distributor
+6019 936 6681 
bigsmilezone@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...