Selamat Tahun Baru!
Syukur kepada Allah. Berlalu sudah setahun yang penuh bererti. Bila diimbas dari Januari ke Disember, macam-macam perubahan, suka-duka dan kisah yang dah dilalui. Nikmat umur yang bertambah lagi ni harapnya akan dimanfaatkan untuk dapat keredhaanNya. Macam biasa, antara perkara bisa yang ditanya di waktu begini.. 'APA AZAM TAHUN BARU?' Dulu masa zaman sekolah dan muda remaja, bila orang tanya barulah tergaru-garu kepala nak jawab. Spontan baru nak fikir apa nak dijadikan azam.
Sekarang bila umur dah makin matang, banyak bertemu dan membaca kisah mereka yang berjaya.. baru sedar mengenai kepentingan berazam dengan betul. Penting sangat untuk TULIS azam tersebut dalam bentuk TARGET. Bak kata Mentor saya Master Lyna Noh, target yang tidak ditulis ni susah nak dicapai kerana tak nampak secara fizikal. Kiranya, target/ azam yang hanya dalam fikiran akan tinggal sebagai angan-angan sahaja.
Sekarang bila umur dah makin matang, banyak bertemu dan membaca kisah mereka yang berjaya.. baru sedar mengenai kepentingan berazam dengan betul. Penting sangat untuk TULIS azam tersebut dalam bentuk TARGET. Bak kata Mentor saya Master Lyna Noh, target yang tidak ditulis ni susah nak dicapai kerana tak nampak secara fizikal. Kiranya, target/ azam yang hanya dalam fikiran akan tinggal sebagai angan-angan sahaja.
Tulis target cara S.M.A.R.T.
Antara yang saya praktikkan adalah menulis target cara SMART iaitu :
- S : Spesific - Nyatakan dengan jelas dan spesifik apa yang nak dicapai secara khusus. Contoh jika target anda nak beli rumah, tulis secara spesifik rumah banglo ke teres ke atau rumah bernilai berapa RM ke, lokasi di mana ke..
- M : Measurable - Sebaiknya target tu boleh diukur untuk dinilai sejauh mana telah dicapai. Contoh bila diletakkan target nak buat simpanan untuk melancong. Tulis dengan jelas berapa jumlah wang yang hendak dikumpul itu.
- A : Achievable - Target mestilah sesuatu yang kita yakin boleh dicapai, bukan sesuatu yang tidak logik. Antara target yang tidak logik seperti ingin menjadi angkasawan dalam tempoh sebulan.
- R : Relevant - Apa yang mahu dicapai mestilah sesuatu yang relevan dan bermakna kepada diri sendiri. Mesti ada sebab mengapa target tu hendak dicapai. Bukan saja-saja berazam nak buat 1000 buah kapal terbang kertas tanpa sebab.
- T : Time-bound - Setiap target mesti diletakkan jangkamasa, bila nak mulakan dan bila nak dicapai.
Jika anda masih belum pernah menulis target cara bijak (SMART) ni, mulakan sekarang! Tidak semestinya ditulis di tahun baru sahaja. Saya dah amalkan selama lebih setahun, dengan menulis target jangkamasa panjang, sederhana dan pendek. Ternyata dengan cara ini, apa yang diimpikan akan lebih mudah dicapai.
Selamat menulis target anda!
Selamat menulis target anda!
No comments:
Post a Comment