TESTIMONI : Shaklee bantu kerja lebih efektif walau dalam stress!

* kenyataan ini adalah pengakuan pengguna, kesan produk adalah berbeza ke atas individu

Hujung-hujung bulan macam ni saya seperti biasa akan terima e-mail dari pelanggan setia yang juga ada hubungan keluarga, Along. Seperti biasa dia akan minta saya kirimkan stok bulanan vitamin SHAKLEE yang diambil sejak 4 bulan lalu. Sebenarnya, seawal bulan pertama saya dah nampak perubahan ketara pada wajah Along. Tapi belum berpeluang lagi saya betul-betul duduk bersama dengannya untuk kongsi kebaikan yang dirasai Along. Pernah satu petang kami berkumpul untuk program keluarga, Along tiba agak lewat. First impression saya tengok dia, saya ingatkan dia baru lepas mandi - segar and aktif. Terus saya tegur "Nak pergi kerja ke?" dia jawab "Tak, baru balik kerja". Kagum pula saya tengok keaktifan dan kesegaran Along dah lewat-lewat petang macam tu.

Jadi, e-mail kali ni saya ambil peluang untuk tanya perubahan Along bersama SHAKLEE. Di bawah ni saya 'copy & paste' dari inbox e-mail saya :

........ All these while consume Shaklee products really helpful. I work base on projects across the world continent with different work hours, working in different Business Process Scenarios for different companies that has due date delivery (Not to mention different set of people in different culture too - testing your kesabaran to the max ....)
So far consuming the products, Alhamdulilah help me working effectively, I can think more clearly to define and find solutions although I haven’t work on that system before. I think that the benefits of consume the B-Complex. I can remember and think much better in a very stress work environment. [Oh let me repeat ‘STRESS’!!!] And hey my colleagues also say that I look cheerful and still has energy however tired I am after working in a long hours and weekend too…. and when your patience tested to the max again. My body cycle also become regular, as before working abroad in different climate and timing does leave not good impact on the body rhythm. And skin not to dry now thanks to vita E and Omega and GLA, I think. [Office air-con in Malaysia – no help ]

Bagi saya Along memang superwoman - bekerja dengan International Company, ikut waktu bekerja di US dan sangat komited + professional. Tapi dalam kesibukan tu Along tetap menjaga kesihatan - kawal pemakanan, minum air cukup dan konsisten ambil suplement. Tak hairanlah ramai yang melihat dia lebih muda dari usia!
Berminat dan nak tahu lebih lanjut? Hubungi saya....

Nota: kredit picture above to jezebel.com


Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan. Sila SMS ke 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com jika anda berminat dengan tawaran kami.

Penyusuan ibu - pilihan ibu atau anak?


Pengalaman saya mungkin tidak sebanyak kawan-kawan lain. Cuma mungkin situasi saya ada perbezaan dengan ibu-ibu lain di luar sana. Saya telah menyusukan anak pertama selama 2 tahun 2 bulan. Pada 1 tahun 7 bulan pertama tiada susu formula diperkenalkan. Dan selepas itu, anak sulung saya menolak susu perahan ketika saya mengandung 5 bulan tetapi masih meneruskan penyusuan ibu di sebelah malam. Apabila adiknya lahir, abang menolak terus susu ibu. Sekarang, adiknya telah berusia 1 tahun 2 bulan dan masih menyusu dengan baik. Harapnya boleh berkekalan sekurang-kurangnya sehingga umurnya 2 tahun. Dan semoga Allah permudahkan perjalanan penyusuan kami berdua...

Ketika lahir, Allah kurniakan satu naluri yang sangat kuat pada ibu dan anak untuk berinteraksi melalui sentuhan, dakapan dan penyusuan ibu. Tindakbalas semulajadi menyebabkan bayi mencari payudara ibu apabila diletakkan di dada sejurus selepas dilahirkan, walaupun belum membuka mata. Susu ibu pula terhasil dengan sendiri (hasil tindakbalas hormon ibu) setelah dirangsang oleh bayi. Maha Suci Allah yang telah menentukan rezeki anak dan ibu tanpa perlu kita risau.Percaya atau tidak? Susu yang dihasilkan oleh ibu sememangnya cukup untuk memenuhi keperluan anak. Seawal hari pertama dilahirkan, perut bayi hanya sebesar guli kecil yang dianggarkan cuma memerlukan 5-7ml susu dalam satu-satu masa. Sedangkan seorang ibu mampu menghasilkan susu lebih dari itu. Kebanyakan ibu tersalah tafsir dengan tangisan bayi yang berterusan, menyangkakan anak anda kelaparan. Ingat! jika bayi anda menangis, ada beberapa sebab yang perlu anda tahu dan periksa :
  1. Lapar
  2. Lampin Basah
  3. Mahu tidur
  4. Sakit/ tidak selesa
  5. Tanpa sebab - hanya mahukan perhatian anda!
Jadi, kenapa timbul isu susu tidak cukup? Ada ke istilah 'takde susu' ? Sebenarnya, dalam keadaan ibu yang masih keletihan selepas bersalin, ditambah pula dengan tidur yang tidak cukup dan kesakitan yang belum hilang, amat mudah anda membuat kesimpulan begitu apabila anak menangis tidak berhenti. Ada juga kes di mana ibu benar-benar mempunyai susu yang kurang atau 'Low Milk Supply'. Antara penyebab ialah:

FAKTOR BAYI
  1. Pramatang - bayi yang dilahirkan pramatang mungkin mengambil masa untuk belajar menyusu disebabkan pertumbuhan refleks untuk menghisap, menelan dan bernafas yang belum matang
  2. Mulut - bayi yang dilahirkan dengan masalah bentuk fizikal yang abnormal seperti sumbing, lidah melekat (tongue-tie) dan sebagainya, mungkin memerlukan bantuan penyusuan
  3. Alahan/ sensitif terhadap makanan - boleh menyebabkan bayi memilih dan cerewet terhadap penyusuan ibu
  4. Sakit - masalah reflux, GERD (Gastro-esophageal reflux disease), Sindrom Down, masalah saraf dan sebagainya boleh mengganggu penyusuan
Faktor disebabkan bayi perlu dirujuk kepada Pakar Laktasi atau Ahli Terapi Pemakanan.

FAKTOR IBU
  1. Kesakitan - masalah penyusuan seperti masisitis, engorgement (bengkak susu), puting merekah/ pecah, thrush, clogged duct (susu tersumbat) jika tidak diuruskan dengan baik juga boleh menyebabkan kesakitan yang boleh menjejaskan pengeluaran susu ibu terganggu
  2. Puting pendek/ tenggelam - masalah jangkamasa pendek yang boleh diatasi dengan bantuan dan bimbingan pakar.
  3. Masalah hormon/ fizikal - anemia, thyroid, PCOS (Polycystic Ovary Syndrome), diabetis (insulin reliable), insufficient glandular tissue (IGT) juga boleh menjejaskan kuantiti susu ibu
Kebanyakan masalah yang disebabkan faktor ibu boleh diselesaikan dengan mengambil sedikit masa, memerlukan kesabaran, bimbingan dan tunjuk ajar dari pakar, rawatan perubatan serta perubahan gaya hidup dan diet. Pengambilan sesetengah makanan, herba dan ubatan penggalak susu juga mungkin membantu.

LAIN-LAIN FAKTOR

Faktor berikut juga MUNGKIN menjejaskan penghasilan susu ibu yang mencukupi untuk anak:
  1. Obesiti
  2. Merokok
  3. Tekanan dan kehilangan darah selepas bersalin
  4. Pengambilan ubat
  5. Allergi kepada sesetengah makanan yang bersifat anti-lactogenic bagi sesetengah ibu
Jadi... ibu-ibu sekalian, jika anda tidak mengalami apa-apa masalah seperti di atas, MUNGKIN anda sebenarnya tidak di kategorikan sebagai 'kurang susu'. Dengan sedikit keyakinan, usaha dan doa Insya Allah masalah kurang susu boleh diatasi. Nanti saya akan kongsi lagi info berkaitan isu ini ok?

Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat terkini promosi, produk dan info-info berkaitan. Bagi membuat pesanan vitamin atau mendapatkan konsultasi percuma, sila SMS 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com

PENGESAHAN HALAL PRODUK SHAKLEE 2012


Alhamdulillah, untuk tahun 2012 ni produk-produk SHAKLEE yang dijual di Malaysia telah disahkan Halal oleh Islamic Services of America (ISA) sebagaimana tahun-tahun sebelum ni. Jika anda masih was-was, boleh hubungi pihak JAKIM untuk semakan.

Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan. Sila SMS ke 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com jika anda berminat dengan tawaran kami.

OMEGA GUARD - Minyak Ikan dari SHAKLEE





KEBAIKAN OMEGA GUARD :


  • Dibentuk dari minyak ikan berdarah sejuk
  • Mengandungi DHA, EPA dan lain-lain asid lemak omega-3
  • Melalui 3 peringkat penyulingan molekul di bawah suhu rendah dalam keadaan sangat terkawal bagi mengawal kualiti
  • Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Membantu mengurangkan risiko alzheimer (nyanyuk)
  • Membantu dalam proses pembelajaran
  • Membantu bayi mencapai berat dan tumbesaran terbaik semasa dalam kandungan
  • Membantu kesihatan otak, penglihatan dan fungsi sendi
  • Melegakan sakit sendi dan arthritis
  • Membantu merendahkan paras kolesterol dan triglyceride
  • Mengurangkan risiko penyakit strok, jantung dan lain-lain penyakit kardiovaskular 
  • Membantu mengurangkan berat badan
  • Merendahkan tekanan darah

SESUAI DIAMALKAN OLEH :

  • Ibu mengandung 
  • Ibu menyusu 
  • Kanak-kanak (1 tahun ke atas)
  • Pelajar 
  • Orang tua
  • Individu yang berisiko dan mahu mencegah stroke, sakit jantung, sakit sendi, pelupa, darah tinggi, masalah kolesterol tinggi


nak cuba atau mahu bertanya? hubungi saya...

VITAMIN UNTUK KULIT SIHAT DAN CANTIK

Kulit kita adalah perisai pertama fizikal manusia. Kalau kulit ni dikategorikan organ, kulitlah organ terbesar. Sebab itu jugalah kesihatan dan kecantikan kulit selalu dititikberatkan,tidak kira oleh lelaki atau wanita, tua atau muda, kulit cerah atau gelap - ia penting untuk dijaga dan dipelihara. Ada banyak tips menjaga kulit secara semulajadi seperti di sini.

Kecantikan dan kesihatan kulit bermula dari dalam. Jika anda menganggap dengan menyapu pelbagai ubat, losyen, krim kecantikan pada kulit sahaja boleh memberi kesihatan pada kulit - anda silap! Banyak faktor lain perlu diambil kira seperti tahap kesihatan, stress, tabiat pemakanan dan cara hidup juga memberi kesan terhadap kesihatan kulit anda!

Ramai yang mengabaikan penjagaan kulit dari dalam akibat ghairah dengan pelbagai produk kecantikan luaran yang ditawarkan di pasaran. Ingat! kombinasi penjagaan luaran dan dalaman serta penjagaan kesihatan dan emosi akan membantu anda lebih antik dan sihat...

Vitamin-vitamin tertentu boleh membantu anda meningkatkan kesihatan dan kecantikan kulit. Ini disebabkan kulit terdiri dari sel-sel hidup yang memerlukan bahan nutrien untuk hidup. SHAKLEE juga ada menawarkan pelbagai jenis suplemen yang sesuai bagi mereka yang ingin menjaga kecantikan kulit dari dalam. Antara yang disyorkan ialah :

1. Energizing Soy Protein
  • Mengandungi 8 jenis asid amino yang tidak dihasilkan oleh badan (hanya diperolehi dari makanan) bagi melengkapkan proses pembentukan sel-sel baru termasuk kulit
  • Sel kulit manusia diganti setiap 24 hari dan protein adalah unsur penting dalam sel
  • Protien adalah 'elastic fiber' yang boleh membantu penegangan kulit
2. B Complex
  • Kekurangan B complex boleh menyebabkan wajah kusam
  • Bantu mengurangkan lesu, menstabilkan hormon & mengurangkan stress yang boleh menganggu kulit dan menyebabkan jerawat!
  • Lebih b-complex diperlukan oleh orang yang terdedah kepada matahari kerana b-complex bertanggungjawab sebagai pewarna kulit (melanin) yang rosak bila kulit 'tan'
3. Sustainable Release Vita C
  • mambantu proses pembaikan tisu-tisu kulit yang rosak
  • mengandungi kolagen yang membantu mengukuhkan sel kulit
  • bersifat antioksidan - melindungi kulit anda dari radikal bebas larut air (cth.; sinar UV) yang boleh menyebabkan penuaan kulit awal
4. Vita E Complex (with Selenium)
  • meningkatkan sistem imun yang penting untuk melawan penyakit kulit seperti jerawat, psoriasis dan sebagainya
  • bersifat antioksidan - melindungi kulit anda dari radikal bebas larut lemak (cth.; sinar UV)
  • melindungi tisu dari teroksida seterusnya menyebabkan kulit lebih gebu (plump)
  • membantu mengurangkan parut dan kedut dengan cara melembutkan bebenang kolagen kulit
5. Beta Carotene (Vitamin A)
  • meningkatkan ketahanan kulit terhadap pencemaran alam sekitar
  • juga bersifat anti-oksidan, melindungi kulit dari radikal bebas
  • juga membantu mengurangkan parut dan kedut dengan berinteraksi dengan vitamin c
6. GLA Complex
  • mengandungi gamma-linolenic acid dan Omega-6 dari borage oil, sunflower seed oil Vitamin E
  • membantu pembentukan prostaglandin yang bertindak menstabilkan fungsi tubuh seperti hormon dan aliran darah yang mempengaruhi kesihatan kulit
  • mengandungi bersifat anti-radang yang boleh melegakan masalah kulit seperti kegatalan, eczema dan dermatitis
  • membantu mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit
7. Omega Guard
  • Mengandungi EPA, DHA, ALA dan 4 jenis asid lemak lagi
  • juga bersifat anti-radang yang boleh membantu pelbagai masalah kulit
  • Mengandungi lemak tidak tepu yang membantu mengekalkan kelembapan kulit
8. Alfalfa Complex
  • membantu proses detoksifikasi yang diperlukan sebelum proses pemulihan masalah berkaitan kulit seperti jerawat dan alahan
  • membantu mengurangkan keradangan
Jangan risau, bukan semua yang anda di atas perlukan. Kombinasi 2 atau 3 sudah mencukupi. Boleh jadi hanya satu jenis sahaja yang anda benar-benar perlukan.

Mahu bertanya dan cadangan bagi memenuhi keperluan dan kemampuan anda? Hubungi saya..

Baca juga : Testimoni Pengguna

Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan. Sila SMS ke 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com jika anda berminat dengan tawaran kami.

*TESTIMONI BERGAMBAR : Parut hilang - Wajah cantik dan segar bermaya

* kenyataan ini adalah pengakuan pengguna, kesan produk adalah berbeza ke atas individu

Saya nak kongsi testimoni customer saya, Cik Yan yang konsisten dengan pengambilan suplemen SHAKLEE sejak Oktober 2011.

Sebelum ni Cik Yan memang ada masalah jerawat. Walaupun bukan jerawat batu, tapi kesan parut jerawat memang kurang menyenangkan kerana mengambil masa yang lama untuk hilang. Biasanya belum pun hilang parut lama, jerawat baru pula timbul. Kulit pun agak kusam dan tak bermaya.

Dah bermacam jenis produk luaran yang Cik Yan cuba. Ada yang ok dan ada juga yang semakin memburukkan keadaan. Kalau ada yang berkesan pun, tidak berpanjangan.. masalah yang sama akan timbul lagi. Alhamdulillah, terbuka hati Cik Yan nak cuba pulihkan masalah kulitnya dari dalaman dengan mengambil suplemen SHAKLEE.

Bulan pertama, perubahan wajahnya tidak begitu ketara. Tapi bila masuk bulan kedua, kawan-kawan dan ahli keluarga mula menegur wajah Cik Yan semakin berseri - kebanyakan parut dah pudar, dan ada yang hilang!

Produk yang Cik Yan ambil : Vitamin C, Vitamin E, B-Complex dan Alfalfa (Baca fungsi setiap suplemen tersebut di sini). Selain itu, dia juga mengamalkan minum air masak secukupnya. Nak cuba atau pertanyaan? Hubungi saya...

Klik sini untuk baca tips kecantikan kulit .

Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan. Sila SMS ke 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com jika anda berminat dengan tawaran kami.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...