Minggu 9
Akhirnya Hari Raya Aidilfitri kunjung tiba. Gembiranya saya puasa penuh tahun ni (tanpa sedar sebenarnya saya dah mengandung)... Saya fikir, mungkin stress akibat kurang tidur beberapa minggu yang menyebabkan badan letih melampau dan haid terlewat. Saya kira, minggu ni bendera merah mesti naik!
Info : Pada masa ni, jantung bayi dah membentuk 4 bilik dan injapnya pun sedang membentuk. Organ seks luar telah ada, cuma pembentukannya belum sempurna dan belum dapat ditentukan jantina anak jika anda lakukan ultrasound. Ibu mungkin semakin tidak menentu moodnya disebabkan perubahan hormon dan rasa tidak selesa pada perubahan diri.
Minggu 10
Cuti dah habis, minggu ni saya kembali kepada rutin pengajian. Entah kenapa saya rasa tidak sihat. Perut rasa kembung berangin. Tengok cermin, nampak macam perut sedikit buncit. Hmmm... saya fikir, ni mesti sebab makan banyak hidangan hari raya minggu lepas. Tak mengapa, minggu ni saya plan nak mula operasi detox dengan HerbLax. Harapnya seperti sebelum ni, perut kembali kempis selepas proses detox.
Esoknya saya rasa semakin kurang sihat. Sangat susah untuk bangun pagi kerana kepala berat. Pada waktu yang sama suami baru keluar dari bilik mandi. Semerbak bau wangi sabun menyebabkan kepala saya berdenyut-denyut sakit dan rasa nak....... MUNTAH! Oh tidak, saya terus terfikir saya sebenarnya mengandung! Sebab tiga kali mengandung sebelum ni, alahan paling kuat semestinya mabuk dengan bau wangi.
Esoknya suami belikan alat ujian kehamilan (UPT). Sah! saya mengandung rupanya... Hehehehehe.
Info : Bayi sekarang berada dalam peringkat penting untuk pertumbuhan dan kematangan tisu dan organ. Organ penting seperti hati, otak, usus dan buah pinggang dah mula berfungsi di tempat sepatutnya. Saiz bayi dianggarkan 1 suku inci panjang, di mana anggota badan seperti tangan dan kaki sudah boleh dibengkokkan. Kebanyakan ibu masih mengalami morning sickness pada minggu ini. Dinasihatkan ibu supaya membuat temujanji pertama dengan klinik ibu mengandung supaya tahap kesihatan dapat dipantau seawal mungkin.
... bersambung lagi nanti ye....
No comments:
Post a Comment