10 sebab kenapa patut bawa bekal makanan ke sekolah/ pejabat

Kecoh sekejap di media sosial semalam apabila Pak Menteri beri cadangan rakyat Malaysia patut bawa bekal ke sekolah/ pejabat.  Cadangan ni timbul lepas subsidi minyak dikurangkan dan harga barang makanan mula naik sejak akhir-akhir ini.

Kawan-kawan geng ibu-ibu pun asyik buat 'hot chat' di WhatsApp Group. Saya tiada pendapat khusus, tapi saya yakin setiap benda mesti ada pro dan kontranya. Tanpa mengambil kira isu ini yang mungkin dipolitikkan, saya sebagai ibu dan isteri sebenarnya lebih suka memandangnya dari aspek positif.

Secara peribadi, saya terfikir 10 sebab kenapa kita patut bawa bekal pada zaman sekarang :

1. Jimat wang : Ini sudah semestinya. Sekarang ni makan nasi bungkus dengan ikan goreng dan sayur pun dah dekat RM8 seorang. Bayangkan sehari isteri, suami dan anak punya kos makan tengahari... mungkin hampir RM20. 5 hari bekerja dah RM100. Tak masuk kos minyak kete nak ke tempat makan. RM100 kalau beli lauk di pasar, boleh makan seminggu kalau pandai bajet kan...

2. Jimat masa : biasanya waktu rehat pejabat cuma sejam. Waktu yang sama nak solat, ibu nak mengepam susu dan makan. Terkejar-kejar nak makan di kedai. Sudahnya lewat masuk pejabat semula.

3. Menepati selera : Bila bawa bekal ni, boleh la masak ikut selera sendiri. Nak pedas ke masin ke manis ke. Makan di kedai ni kadang tak boleh pilih sangat pun.

4. Lebih bersih dan suci : bagi yang sangat ambil berat tentang bersih dan suci... bawa bekal adalah pilihan terbaik. Tak perlu runsing tentang bab kebersihan dan kesucian makanan, tukang masak berhadas atau tak... dan sebagainya.

5. Lebih sihat dan berkhasiat : Masak sendiri bolehlah pilih menu berrkhasiat. Anak-anak ke sekolah kadanh kita tak pasti di mana suit dibelanjakan. Hidangan pun mungkin melepaskan batuk di tangga sahaja.

6. Eratkan kasih sayang : Air tangan isteri/ ibu adalah pengerat kasih sayang dalam rumahtangga. Tak boleh dinafikan. Tengok sahaja zaman mak dan nenek kita.

7. Rapatkan silaturahim : satu cara nak rapatkan silaturrahim di pejabat atau sekolah ni, boleh kongsi dan tukar-tukar bekal ngan kawan-kawan. Ala-ala potluck...

8. Tambah kecekapan ibu/ isteri di dapur : Mak-mak akan tambah cekap di dapur. Kena bangun awal masak, dan cekap siapkan dalam masa yang singkat. Selalu masak lama-lama memang kalah la MasterChef.

9. Lembutkan hati suami dan anak-anak : Selain kasih sayang... makan hidangan dari rumah ni melembutkan juga hati ahli keluarga.  Jika yang nakal-nakal ni, percaya atau tidak... bisa dilembutkan dengan air tangan ibu. Maklumlah.. memasak ni ada petua dan amalan tertentu juga

10. Alasan nak beli Tupperware baru : Ni alasan ibu-ibu peminat Tupperware atau tipuware.. hehehe... jangan marah ye bapak-bapak. Keperluan ni ganti-ganti bekas. Lagipun anak ramai.. 

Setakat ni sahaja pendapat saya. Yang pasti, ambillah sesuatu isu tu dari sudut positif. Ok je nak bawak bekal. Buat apa nak malu. Bangga lagi ada la...

Sambutlah kempen kerajaan dengan rasa cinta... Hehehe

Sebarkan cinta!

ZETI HAFIZA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...