10 supplement Shaklee paling sesuai dicadangkan untuk pesakit/ usaha pencegahan kanser


Kanser bukan lagi penyakit asing di Malaysia. Dulu memang jarang-jarang dengar orang kita ni ada kanser. Sekarang tidak lagi... Malaysia dah jadi negara ketiga tertinggi mencatatkan kematian di dunia akibat kanser. Kementerian Kesihatan merekodkan lebih 21 ribu kes kanser baru setiap tahun dan dianggarkan 1 dari 4 orang juta penduduk Malaysia akan dapat kanser sebelum usia 75 tahun. Kanser tidak semestinya menyebabkan kematian. Kebanyakan kanser boleh dirawat jika dikesan awal.

Langkah pencegahan dan pemulihan


Ada banyak langkah-langkah yang boleh kita ambil untuk pencegahan. (Boleh baca di sini untuk tanda-tanda awal kanser serta pencegahannya.) Dengan produk Shaklee, kita boleh juga jadikan ia sebagai salah satu usaha mencegah dan membantu kesihatan yang lebih baik (bagi pesakit kanser). Berikut disenaraikan 10 supplement yang disyorkan untuk pesakit kanser dan mereka yang ingin mengambil langkah pencegahan : 

1. Vivix 

Minuman botani unik ini mengandungi resveratrol mempunyai kesan anti-kanser dan anti-radang serta boleh membantutkan pencambahan sel kanser dalam badan manusia. Ketahui maklumat lebih lanjut mengenai vivix di sini

Banyak testimoni mengenai produk ini dalam membantu pesakit kanser seperti kisah Megan dari US ini

2. NutriFeron

Nutriferon merupakan satu-satunya makanan tambahan penggalak inteferon semulajadi di dunia. Interferon sintetik yang digunakan dalam rawatan kanser adalah sangat mahal dan beri kesan sampingan negatif di masa akan datang. Interferon bantu tingkat daya tahan badan, mampu hentikan pertumbuhan tumor.

3. Vita-E Complex

Vitamin E memang telah dikenali sebagai antioksida yang kuat. Kajian pada 2007 yang dilaporkan dalam sebuah jurnal di Arab Saudi mendapati, pengambilan vitamin E boleh mengurangkan risiko kanser prostate di kalangan lelaki.Vita-E Shaklee adalah berbeza dengan makanan tambahan vitamin E lain kerana ia diadun dari minyak semulajadi tumbuhan dan diperkaya dengan selenium dan ekstrak biji anggur. Satu hidangan Vita-E Complex lengkap dengan 400IU Vitamin E, 65mcg selenium dan 39.4mcg eksrak biji anggur yang kesemuanya membantu dalam meningkatkan kuasa antioksida dalam badan kita.

4. Sustainable Release Vita-C

Sesetengah rawatan menggunakan dos vitamin C yang tinggi sehingga 10,000mg/ hari untuk melawan penyakit. Vitamin C merangsang penghasilan sel darah putih dan meningkatkan peluang sel lain dihasilkan semula tanpa kerosakan. Kanser berasal dari sel biasa yang rosak semasa dihasilkan. 
5. Carotomax 

Mengandungi 6 jenis karotenoid iaitu Alpha-Carotene, Beta-Carotene, Lycopene, Astaxanthin, Lutein dan Zeaxanthin. Kesemuanya penting dalam kesihatan membran mukosa, kulit, mata, membantu penyembuhan tisu rosak dan bersifat antioksidan melawan radikal bebas. Memainkan peranan dalam pencegahan kanser payudara, ovari, prostat, usus dan serviks. 

6. Vita-Lea Iron Formula 

Multivitamin dan multimineral perlu mencukupi bagi pesakit kanser melalui proses pemulihan yang berkesan. Kebanyakan pesakit biasa mengalami masalah selera atau sensitiviti terhadap makanan tertentu yang boleh menyebabkan ketidak seimbangan nutrisi dalam badan.

7. DTX Complex 

Produk ini berfungsi sebagai tonik yang juga membantu menyahtoksin hati. Penggunaan ubat-ubatan dalam rawatan kanser memberi kesan negatif kepada fungsi hati sedangkan pada tahap ini, pesakit kanser sangat memerlukan hati yang sihat kerana hati membersihkan darah dari bahan cemar termasuk penyebab penyakit. 

Ramai pesakit kanser menemui ajal bukan disebabkan kanser itu sendiri, tetapi kesan ubatan kimia yang digunakan. 


8. ESP Protein Isolates 

Menggantikan protein haiwan dengan protein tumbuhan adalah salah satu cara membantu pesakit kanser. Protein tumbuhan lbih mudah dihadam dan tidak berisiko dicemari antibiotik atau ubatan. 

ESP terbukti membekalkan tenaga yang berpanjangan, sesuai untuk mereka yang di dalam proses pemulihan penyakit. 

9. Alfalfa Complex 

Membantu meningkatkan kealkalian tubuh. Sel kanser tidak tumbuh atau membesar dalam persekitaran alkali. Ia perlahan-lahan akan menghentikan pertumbuhan sel kanser.

10. Performance Orange 

Minuman rehidrasi yang membantu mengelak kehilangan air dalam badan dengan cepat. Secara umumnya, orang yang sedang sakit tidak boleh kehilangan air dengan cepat kerana proses pemulihan memerlukan air mencukupi dalam badan. Kekurangan air akan mengakibatkan kelesuan dan gangguan pada perjalanan sistem normal badan. 


** PRODUK BONUS : Get Clean Home & Water Pitcher. 

 Menggantikan penggunaan detergen yang mengandungi bahan kimia bahaya serta bertoksik di rumah dapat menjadikan persekitaran pesakit lebih sihat. Air minuman setelah ditapis dengan penapis Get Clean juga lebih selamat diminum kerana bebas dari logam berat dan mempunyai pH alkali yang sangat digalakkan kepada pesakit kanser.
Get Clean Water Pitcher
Pencuci serbaguna, pencuci pinggan, pelembut dan pencuci fabrik

Walaupun buat masa ini kita mungkin tidak diuji dengan penyakit kanser (minta dijauhkan), tidak salah jika kita cuba tingkatkan sistem tahan badan disamping mengelakkan faktor risiko kanser. Jika telah didiagnos mengidap kanser, tidak salah untuk ikhtiar juga dengan suplemen untuk membantu proses pemulihan. Insya Allah, semoga kita semua diberi kesihatan yang baik.

Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut dan pesanan. 

ZETI HAFIZA ZAKARIA
+60199366681 (call/ text)

9 tips tangani perut menggeleber selepas bersalin

Ramai ibu-ibu yang risau bila perut menggeleber lepas bersalin. Semasa mengandung, bahagian perut meregang bagi membenarkan bayi dalam kandungan ruang membesar. Selepas bersalin, bahagian perut yang menggeleber tidak kembali ke bentuk asas serta merta. 



Ibu-ibu harus bersabar dan berdisiplin dalam penjagaan selepas bersalin jika nak dapatkan kembali bentuk badan yang ideal. Berikut adalah 9 tips tangani perut menggeleber selepas bersalin : 
  1. Dapatkan berat badan ideal : Berat badan ibu memang tak dapat dielakkan dari bertambah semasa mengandung. Pertambahan yang normal adalah sekitar 10-16kg bagi mereka yang mempunyai berat badan normal. Selepas bersalin, ibu perlu menurunkan berat badan kepada berat ideal untuk memudahkan proses mendapat bentuk badan asal.
  2. Lakukan senaman : Selepas berat telah turun, ibu  perlu melakukan senaman untuk membina semula otot yang mungkin telah kendur dan menegangkan bahagian kulit yang menggeleber. Sebaiknya dapatkan nasihat mereka yang pakar dalam senaman jenis ini. 
  3. Elak diet ketat untuk turunkan berat badan : Sesetengah ibu sanggup mengamalkan kaedah diet ekstrim dan ketat untuk turunkan berat badan dengan cepat. Masalahnya, berat badan juga boleh naik mendadak sebaik sahaja diet dihentikan. Turunkan berat secara perlahan dan konsisten adalah lebih baik. Bahagian kulit perut juga akan kembali anjal dengan lebih mudah bila berat turun sikit demi sedikit. 
  4. Berlulur dan berurut : Urut dan lulur adalah sebahgaian dari ritual berpantang tradisi Melayu. Rupanya kedua kaedah ini juga membantu aliran darah lebih baik di bahagian badan yang diurut dan kulit akan menjadi lebih sihat serta elastik selepas dilulur. Ia secara tak langsung membantu pemulihan perut menggeleber. 
  5. Ambil kolagen : Badan manusia memang secara semulajadi menghasilkan kolagen untuk sokongan sendi, otot dan keanjalan kulit. Cuma bila usia bertambah, keupayaan menghasilkan kolagen oleh badan akan merosot bermula usia 30-an lagi. Ambil suplemen mengandungi kolagen dapat membantu menambah kandungan kolagen dalam badan dan seterusnya meningkatkan keanjalan kulit. 
  6. Minum air secukupnya : Air komponen penting dalam tubuh manusia, termasuk dalam fungsi memelihara kesihatan kulit. 
  7. Tingkatkan pengambilan protein : Protein sangat perlu untuk membina otot bagi memegang bahagian perut yang menggeleber. Protein juga komponen penting untuk kesihatan kulit
  8. Bersabar dan konsisten : Sabar, jangan cepat mengalah. Kebiasaannya ibu selepas bersalin akan mengambil masa 6 bulan untuk mengembalikan keanjalan kulit. Sementara waktu itu, jangan 'seksa' diri dengan usaha-usaha drastik mengempiskan perut. 
  9. Teruskan penyusuan ibu : Menyusukan anak dapat membantu membakar kalori dengan banyak selepas bersalin. Saiz peranakan selepas bersalin akan kembali ke bentuk asal dengan lebih cepat jika ibu menyusukan anak sebaik sahaja bersalin. Ini akan membantu usaha mengurangkan perut menggeleber

Bagaimana Set Postnatal Shaklee membantu?







Baru-baru ni, Shaklee Malaysia ada perkenalkan Set Kesihatan S
elepas Bersalin (Postnatal) sempena promosi progrom YES (Young Entrepreneur System) yang akan berlangsung dari June-Oktober 2015. Set ini sangat sesuai untuk ibu selepas bersalin kerana ia membantu untuk ibu kembali pulih, melancarkan penyusuan serta menangani masalah perut menggeleber. Kandungan dalam set ini adalah :
  • ESP - Soy Protein Isolate Powder: Protein memberi tenaga kepada ibu, merupakan penggalak susu bagi sesetengah ibu menyusu serta diperlukan untuk membina otot dan keanjalan kulit
  • Vita-Lea® Iron Formulamembantu bantu tambah darah yang hilang semasa bersalin, mengisi sela vitamin dalam badan, diperlukan untuk proses penurunan berat badan yang selamat.
  • Sustained Release Vita-C Plus™bantu proses baiki tisu rosak semasa proses bersalin, meningkatkan keanjalan kulit yang menggeleber
  • OsteMarix™Mengisi kekurangan kalsium dalam badan ibu, membantu masalah buasir dan sembelit yang mungkin boleh menganggu proses mengempiskan perut.
  • OmegaGuard™ : Minyak ikan mengandungi DHA yang baik untuk perkembangan bayi menyusu badan. Asid lemak baik ini juga membantu kawal rasa lapar berlebihan dan membakar lemak jahat yang menyumbang kepada lebihan lemk di perut.
  • Alfalfa Complex (S) : Herba yang terkenal dalam perubatan ayurvedic sebagai penggalak susu badan. Juga kaya dengan serat yang membantu dalam proses nyahtoksin dan kelancaran proses penyingkiran bahan buangan dari badan. 

Tak cukup tips di atas? Boleh baca tulisan sebelum ini tentang 7 cara kempiskan perut selepas bersalin. Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut dan buat pesanan produk, hubungi saya sekarang!

ZETI HAFIZA ZAKARIA
Call/ Whatsapp +6019 936 6681 

Remaja berusia 20-an diserang strok - ketahui langkah kawal kolesterol supaya tak terima nasib sama

Beberapa minggu lepas saya dengar cerita dari seorang kenalan, tentang teman sekampung diserang stroke pada usia 20an. Punca yang dikenalpasti, kandungan kolesterol dalam darah sangat tinggi hingga salur darah sempit dan akhirnya tersumbat. 

Berita ini sedikit menyentak peasaan, saya sangka stroke hanya menyerang orang tua sahaja. Rupanya di luar negara pernah berlaku kejadian stroke kepada kanak-kanak seawal usia 6 tahun. Di Malaysia sendiri, punca kematian paling tinggi di kalangan orang dewasa adalah penyakit jantung. Dan salah satu punca utama sakit jantung adalah kolesterol tinggi.


Apa itu kolesterol?


Kolesterol ni sejenis bahan yang manusia perlu untuk kesihatan dinding sel dan tindakbalas biokimia badan. Tapi, kandungan kolesterol yang tinggi dan tidak seimbang boleh memberi masalah kesihatan. Tidak seimbang maknanya LDL (kolesterol jahat) terlalu tinggi berbanding HDL (kolesterol baik).

Faktor kolesterol tak seimbang

  1. Gaya pemakanan - suka makan makanan tinggi lemak yang tidak sihat
  2. Umur - biasa dihadapi lelaki berumur kurang 55 tahun dan wanita berumur lebih 55 tahun
  3. Keturunan - jika keluarga anda mempunya sejarah kolesterol tinggi atau penyakit berkaitan koronori seperti darah tinggi, jantung dan kencing manis
  4. Berat badan - berat badan berlebihan atau obesiti
  5. Aktiviti fizikal - kurang aktif bersukan/ melakukan aktiviti fizikal
  6. Stress - keadaan stress berpanjangan boleh meningkatkan paras kolesterol

5 Langkah pencegahan dan kawalan

  1. Pantau paras kolesterol dari masa ke semasa. Buat pemeriksaan tahunan jika termasuk dalam kumpulan berisiko. (Paras koleterol ideal ialah < 200 mg/dL, dengan paras LDL < 130mg/dL, dan HDL > 40mg/dL
  2. Kawal paras gula, tekanan darah dan berat badan, BMI ideal ialah antara 19-25. Cuba check di sini : Kalkulator BMI
  3. Kurangkan merokok dan pengambilan alkohol. Jika berhenti terus adalah lebih baik
  4. Banyakkan aktiviti fizikal atau bersukan secara konsisten. 
  5. Baiki tabiat pemakanan anda:
  • Kurangkan makanan berlemak - dicadangkan <30% keperluan kalori harian
  • Kurangkan pengambilan makanan berkolesterol tinggi seperti daging merah, udang, kerang, margerin, kuning telur dan banyak lagi
  • Tambah pengambilan yang kaya dengan asid lemak baik seperti minyak ikan dan kekacang.
  • Lebihkan makanan mengandungi serat boleh larut seperti kekacang, oat, gandum, sayuran dan buah-buahan
  • Cuba amalkan makanan yang anti-kolesterol atau  tinggi kandungan sterol tumbuhan seperti soya,buah kering, epal, mangga, kismis dan jambu batu

Supplement Shaklee untuk Kawal Kolesterol Tinggi


Pengambilan suplemen semulajadi sebenarnya sangat digalakkan oleh pakar nutrisi untuk bantu kawal paras kolesterol dalam darah. Ada dua produk semulajadi Shaklee yang sangat disarankan untuk masalah ini :  
  • Langkah 1 : Halang kolesterol jahat dari makanan memasuki ke dalam salur darah dengan mengambil suplemen yang kaya dengan sterol tumbuhan, Phytocol-ST

Fahami cara tindakan sterol tumbuhan dalam mengawal kolesterol melalui gambar ini :

credit picture : www.floraproactiv.com.au
  • Langkah 2 : Tingkatkan pengambilan asid lemak baik untuk tambah kolesterol baik dan lawan kolesterol jahat, dan seteruskan seimbangkan paras kolesterol keseluruhannya. Omega Guard Shaklee mengandungi asid lemak baik yang anda perlukan.



Saya pasti ramai di kalangan pembaca atau ahli keluaga yang mengalami masalah kolesterol tinggi ini. Pada 2011, satu survey yang dijalankan peringkat kebangsaan mendapati lebih dari 6 juta rakyat Malaysia ada masalah ini. Cuba kita dengar pengalaman kawan saya ni, En. Fahmi yang ada masalah darah tinggi dan kolesterol tinggi : 



Ubat Darah Tinggi? Apa Laki Ni Buat Untuk Turunkan Tekanan Darah from iReach HD on Vimeo.

Bagaimana dengan anda? Bertindak sekarang, amalkan tips yang saya kongsi di atas untuk kawal kolesterol anda!

Hubungi saya untuk pertanyaan dan pesanan produk : 

Zeti Hafiza
+6019 936 6681

DIY : Cara buat masker dari pisang bagi mengatasi masalah kulit berminyak

Baru-baru ni beli sesikat pisang di pasar. Anak-anak memang suka sangat pisang yang dah masak kekuningan ni. Tapi bila masuk hari kedua, kulit pisang dah mula lebam walaupun isinya masih elok. Biasa pisang terlebih masak ni ibu-ibu buat cekodok pisang. Kali ni saya buat masker selepas sebahagiannya selamat dicekodokkan.

Bahan-bahan Masker Pisang


  • 1-2 biji pisang yang telah masak
  • 2 sudu makan madu
  • Sedikit perahan limau nipis/ lemon

Cara penyediaan


  • Lenyekken pisang dalam bekas bersih
  • Masukkan madu dan limau nipis
  • Gaul rata. Elakkan terlalu berair

Cara guna

  • Bersihkan muka dan keringkan
  • Sapukan masker tadi dengan rata dan tipis di seluruh muka dan leher
  • Mungkin anda akan rasa sedikit gatal atau pedih di bahagian yang sensitif atau berjerawat
  • Biarkan selama 15-30 minit atau hingga kering
  • Bersihkan dengan tuala yang direndam air suam
  • Bilas dengan air dan keringkan

Kelebihan masker pisang


Masker ini sangat mudah disediakan dan boleh dipakai terus. Ia sangat sesuai untuk kulit berminyak. Jika diamalkan selalu, kulit akan kurang berminyak dan tekstur kulit akan menjadi lebih lembut dan segar. Masker ini juga bersifat 'menyejukkan' muka dan mengurangkan ketegangan.

Selain dari masker, ada banyak lagi tips untuk kulit berminyak yang akan saya kongsikan nanti. 


Selamat Mencuba!

ZETI HAFIZA ZAKARIA 
Call/  Text +6019 936 6681

4 tabiat yang boleh menyebabkan bisnes Shaklee tidak menjadi!

Ada yang tanya, dah ramai buat bisnes Shaklee sekarang ni. Boleh ke lagi kalau nak berbisnes? Jawapan saya 'BOLEH SANGAT'.. Percaya tak?

Master Hj. Roslan, golongan babyboomers Shaklee di Malaysia yang masih bersama bisnes ini sejak hampir 20 tahun lalu

Sekarang ni jumlah pengedar bebas Shaklee berdaftar dah mencecah 1.2 juta orang atau lebih kurang 4% dari penduduk Malaysia sekarang. Dari 4% tu yang aktif tak sampai separuh pun. Semua orang ada peluang sama, yang membezakan berjaya atau tidak dalam apa yang kita buat... terletak kepada kesungguhan mengambil peluang, dan sudah tentu ia berkait rapat dengan kebergantungan kita kepada DIA yang memberi rezeki.

Teringat saya ketika main gameboard Masteria baru-baru ni. Ada satu cabaran paling perit bila pemain terperangkap dalam 'comfort zone'. Ia betul-betul menginsafkan saya dengan realiti sebagai seorang SID (Shaklee Independent Distributor). Memang seperti digambarkan, ada masa kita akan terperangkap dalam zon selesa sendiri. Tak sedar kita statik dan berlegar-legar dalam ruang yang sama, bisnes tak berkembang dan mungkin tak menjadi! 

4 tabiat yang menyebabkan bisnes tak menjadi


Sebenarnya banyak tabiat buruk yang akan kita lakukan bila berada dalam zon selesa ini. Di bawah ni saya senaraikan 4 darinya yang saya dapat ilhamkan dari gameboard Masteria.
  1. Suka buang masa - leka menonton sinetron "Suamiku Encik Udang" sampai hari-hari sanggup ketepikan tugas yang lebih penting semata-mata nak terpacak depan TV
  2. Suka membazir - bila dapat bonus lebih sikit, wang yang sepatutnya disimpan atau dilaburkan tu dibazirkan dengan 'shopping' berlebihan
  3. Terlalu beremosi - tak dinafikan dalam bisnes berasaskan networking seperti Shaklee ini... hubungan antara prospek, upline, dowline dan sideline tak dapat dielakkan. Namun, ada yang terlalu beremosi atau cepat sentap hingga melemahkan organisasi
  4. Tidak sanggup ubah kebiasaan - mungkin tabiat suka tidur, melayari laman sosial berjam-jam, bermain video game dan bermalasan di rumah dah menjadi kebiasaan selama ni susah untuk diubah. Malangnya kebiasaan seperti ini jika tidak diubah, hanya merugikan sahaja.
Apa yang penting, jika nak berjaya dalam apa bidang sekalipun.. kita mesti sanggup berubah dan keluar dari zon selesa. Mari dengan apa kata Master Dato' Hj. Roslan (yang telah hampir 20 tahun bersama bisnes Shaklee) tentang Masteria : 




Jika anda nak dapatkan gameboard Masteria ni, boleh hubungi saya sekarang!

Atau jika nak sembang panjang tentang peluang bisnes dengan Shaklee pun boleh... dan jangan malu-malu untuk sertai kami!

Master-to-be,
ZETI HAFIZA
019 936 6681

5 cara rawat cirit birit tanpa ubat

Malam tu Nabil keluarkan susu segar dalam kotak saiz 1 liter dari peti sejuk. Dia minum secawan sebelum tidur. Mengantuk sangat, terus Nabil lupa simpan susu tu semula ke dalam peti sejuk. Tak tahu la pukul berapa ibu ke dapur buat susu adik, dalam terpisat-pisat nampak kotak susu atas meja. Tanpa periksa dulu, terus minum secawan.
Esok paginya ibu mula cirit-birit dan muntah-muntah selama tiga hari.

Pernah alami tak situasi ni?

Saya melaluinya baru-baru ni. Sangat letih keluar masuk tandas. Badan letih sebab kehilangan air. Alhamdulillah pengambilan Performance Orange Shaklee, dapat bantu saya elak dehidrasi. Apa yang saya suka, PD ni rasanya sedap macam air oren. Masam-masam manis. Tak bergas seperti minuman isotonik komersial yang biasa di jual. Senang dibancuh dengan air suam atau sejuk. Jom baca info pasal cirit-birit. Mungkin berguna jika berlaku kepada ahli keluarga kita.

Punca cirit birit


Ada dua punca utama yang biasa menyebabkan cirit birit :

  1. Keracunan makanan akibat bakteria - pengendalian yang salah dan kurang bersih
  2. Masalah penghadaman/ pemakanan - perut tak tahan dengan jenis makanan tertentu seperti pedas, susu, berempah dan lain-lain



Rawatan tanpa ubat


Menurut Dr. Ahmed Mohmedi, seorang pensyarah perubatan,  rawatan cirit birit yang digalakkan adalah tanpa menggunakan ubat. Ini kerana ia berlaku sebagai tindak balas semulajadi untuk buang toksin yang termasuk dalam badan melalui makanan.

Berikut adalah sebahagian cadangan rawatan tanpa ubat :

  1. Minum air yang dicampur garam mineral dengan kerap untuk mengembalikan keseimbangan cecair elektrolit yang hilang.  
  2. Makan makanan yang mudah hadam dan jenis lembut seperti bubur nasi, roti dan buah-buahan.
  3. Tukar jenis susu formula jika kanak-kanak mendapat cirit birit selepas meminumnya. Mungkin jenis tersebit tidak sesuai. Bayi yang menyusu ibu wajar meneruskan penyusuan tersebut. 
  4. Elak makanan yang tidak mesra dengan perut seperti makanan berminyak, pedas dan berlemak. 
  5. Elak juga minum minuman jenis deuratik seperti air berkafein dan beralkohol yang menggalakkan pembuangan air yang banyak melalui kencing.

Walau bagaimanapun, jika cirit-birit berlanjutan lebih 3 hari dengan simptom yang semakin teruk atau berlaku kepada kumpulan sensitif (bayi, ibu mengandung, orang tua dan yang ada penyakit serius),  bawalah ke hospital secepat mungkin. Ia mungkin simptom kepada masalah yang lebih serius.

Semoga bermanfaat. Hubungi saya untuk pertanyaan.

Superibu in the making,

ZETI HAFIZA
+6019 936 6681

7 tips kawal rasa lapar di kalangan ibu menyusu supaya tak terlebih makan hingga berat badan naik mendadak

Pagi tadi encik suami belikan sarapan, sebungkus nasi lemak dan lima biji kuih-muih. Terkejut saya bila dia katakan semua tu untuk saya. Bila ditanya kenapa banyak sangat, pantas je suami jawab :

"awak kan selalu lapar..."


Tersengih saya dibuatnya. Malu pun ye. Memang ketara sangat agaknya saya ni asyik makan je. Lepas makan nasi ada sahaja biskut, roti, buah dan manisan jadi kudapan. Nak buat macam mana, kadang-kadang tu baru setengah jam habis nasi sepinggan, dah rasa nak makan itu ini.

Menyusu hanya alasan untuk makan lebih?


Selalunya bila datang perasaan nak makan macam-macam, mula la datang suara halus berbisik "Makan je.. kau kan menyusukan anak, memang la asyik lapar. Nanti kejap je anak dah sedut makanan tu balik" Lalu, dengan senang hatinya ibu-ibu akan ada lesen besar untuk makan lebih banyak dari biasa, termasuklah makanan segera dan kurang berkhasiat serta tinggi kandungan gula dan lemak. 

Seorang ibu yang menyusukan anak secara eksklusif sebenarnya akan membakar 500 kalori sehari. Kajian menunjukkan, ibu menyusu perlu makan 1800-2100 kalori sehari untuk memastikan penghasilan susu badan mencukupi. Pengambilan kalori yang rendah boleh menyebabkan penghasilan susu badan merudum. Pakar laktasi Kelly Bonyata menulis, ibu tak semestinya terlalu mengira kalori ketika mengambil makanan harian. Ikut naluri dan rasa lapar serta selera masing-masing kerana secara alaminya, badan akan menerima isyarat lapar dan dahaga bila lebih makanan diperlukan oleh ibu.




Tips kawal rasa selalu lapar di kalangan ibu menyusukan anak

  1. Makan untuk dua orang - buang tanggapan bahawa ibu menyusu perlu makan untuk dua orang. Sebaliknya, kenalpasti keinginan makan dengan baik dan ingat, metabolisma ibu adalah sangat efisyen dalam tempoh menyusukan anak.
  2. Minum air secukupnya bila rasa dahaga - Amalkan minum air sebelum dan selepas menyusukan. Anggaran keperluan air adalah 2.5-3 liter sehari, bergantung kepada tahap aktiviti harian ibu. Kekurangan air akan memberi isyarat 'lapar' kepada otak.
  3. Elakkan minum air berkafein dan berais - Air kosong atau jus buahan adalah lebih baik. Minuman seperti kopi, teh dan bikarbonat akan menyebabkan badan cepat letih.
  4. Jangan tinggalkan waktu makan - Kebanyakan ibu akan terlepas waktu makan bila sibuk dengan aktiviti harian. Sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam yang diselangi dengan snek ringan dapat membantu mengekalkan penghasilan susu Makan dalam amaun yang sedikit tetapi kerap juga membantu.
  5. Tidur dan rehat mencukupi - Ibu yang tidak dapat tidur dan rehat yang mencukupi akan menyebabkan badan letih dan seterusnya meningkatkan keinginan terhadap makanan yang manis-manis. Keadaan ini boleh menyebabkan ibu suka makan benda manis secara berlebihan hingga mengganggu metabolisma dan meningkatkan berat badan.
  6. Gantikan keinginan makan makanan yang kurang sihat - Sekiranya ibu mempunyai keinginan makan yang tinggi terhadap makanan tidak berkhasiat seperti mee segera, pizza, burger, sosej, minuman soda .... gantikan segera dengan snek yang lebih sihat seperti buah-buahan, kekacang, susu kocak dan sebagainya.
  7. Kawal stress - tekanan yang dihadapi samada di rumah atau pejabat juga boleh menyebabkan ibu rasa cepat lapar. Cuba kawal stress anda dengan baik, jangan terbawa-bawa hingga ke meja makan.

Rutin pemakanan saya semasa menyusu


Alhamdulillah, masuk tahun ni dah tahun ke-7 saya menyusukan anak. Dari anak pertama hingga keempat, saya menyusukan anak secara berterusan hingga umur mereka lebih kurang 2 tahun. Masa mengandung pun saya pernah menyusukan anak yang berusia hampir dua tahun. Apa yang penting, saya mesti pastikan sentiasa amalkan pemakanan yang sihat dan cukup. Di bawah ni saya tuliskan sedikit catatan mengenai rutin pemakanan saya semasa menyusu : 

  • Sarapan pagi : Biasa saya ambil makanan yang sedikit berat seperti nasi lemak, roti canai atau mee dalam amaun sedikit. 
  • Minum pagi (sekitar jam 10) : Saya ambil roti disapu marjerin atau biskut gandum 6-8 keping
  • Makan tengahari : Selalunya nasi campur. Amaun nasi kurang secawan. Lebihkan lauk (protein) dan sayur
  • Minum petang : Satu hidangan (1 gelas besar) susu kocak yang dicampur dengan serat seperti kurma, buah-buahan atau kekacang. Resepi susu kocak kegemaran saya ada di sini 
  • Makan malam : Selalunya saya hanya ambil roti bakar atau makan lauk tanpa nasi. Jika rasa nak ambil nasi, cukup hanya sesenduk sahaja.
  • Minum malam : Minuman yang ringan seperti teh yang dimakan bersama biskut kering. Juga satu hidangan susu segar/ soya
Itupun nampak macam banyak kali saya makan nasi dalam sehari kan? Secara peribadi, nasi ni milkbooster saya yang paling berkesan. Jadi, saya lebih suka makan nasi pada waktu makan. Cuma terpaksa kurangkan amaunnya untuk elak berlebihan dari keperluan. Pastikan minum air masak secukupnya. Saya selalu amalkan minum segelas air sebelum dan selepas menyusu/ mengepam susu.

Ibu-ibu cuba amalkan tips di atas ye. Semoga terkawal rasa lapar yang datang dalam tempoh menyusukan anak. Sealamat mencuba. 

Superibu in the making,
ZETI HAFIZA

Pengalaman bersalin Ain Nawraa : FINALE - Kelam kabut staff labor room dibuatnya!


Kali ni episod akhir pengalaman bersalin anak ke-4 saya. FINALE yang memang sedikit mencemaskan. Boleh baca episod sebelum ni dulu jika tertinggal keretapi. Wah.. bukan main berepisod macam telemovie.

PART 1 - Over aktif & overdue sambil berangan nak waterbirth di PD
PART 2 - False alarm, nesting instinct dan akhirnya...
PART 3 - Nak ke hospital, terpaksa U-Turn sebab tertinggal barang!
Sambungan part finale .... 

Rabu, 18 Mac 2015

8.35 pagi : Akhirnya sampai juga ke Hospital Besar Melaka (HBM) setelah menempuh beberapa minit kesesakan jalanraya. Maklumlah, baby dalam perut ni nak keluar waktu office hour. Macam dijangka, memang susah nak cari tempat letak kereta. Kawan-kawan yang biasa datang ke HBM ni sedia maklum la kan, macam mana keadaannya. Saya minta suami tinggalkan saya di drop zone berhadapan lobi utama hospital. Sakit saya semakin kuat, nak berjalan memang tak larat bila kontraksi tu tiba. Bila kontraksi berhenti seketika, saya cepat-cepat berjalan mencari tempat duduk di ruang menunggu. Lebih 5 minit juga saya menahan sakit menunggu sementara suami dapat parking. Atendan hospital datang membantu dengan membawa kerusi roda, dia risau tengok muka saya yang dah merah padam menahan sakit agaknya. Walaupun saya tidak keluarkan suara dan hanya tersenyum, sebenarnya sakit dah tak tertahan.

Sampai di labor room, saya sedikit lega bila melihat bilangan ibu yang menunggu tidak ramai. Rasanya tidak perlu menunggu bilik bersalin kosong seperti pengalaman bersalin yang lepas. Terserempak pula dengan staff nurse yang membidankan saya sebelum ni. Sempat saya tersenyum bertegur sapa dengan beliau dalam sakit-sakit tu. Siap ketawa sama-sama bila teringat pesanan doktor dulu tak nak jumpa muka saya lagi di wad bersalin dalam tempoh 2 tahun. maaflah doktor, kita jumpa lagi tak sampai 2 tahun.

8.45 pagi : Saya dibawa ke ruang penilaian. Baru je staff nurse bertugas nak letak alat untuk periksa tekanan darah, saya rasa gesa yang kuat. "Boleh tak saya ke tandas dulu, belum buang air lagi sejak bangun pagi?" Terkejut nurse tu, terus dia suruh saya baring untuk buat VE (vaginal examination) atau lebih dikenali sebagai 'seluk'. "Entah-entah awak bukan nak buang air ni, ada rasa nak teran tak?" Selamba saya mengiyakan. Memang la nak teran kalau dah rasa nak ke tandas kan?

Kemudian kami sama-sama terkejut, rupanya bukaan dah 9 ke 10 cm rupanya. Saya ingat mungkin baru fasa transisi 6cm. Sebab kesakitan dia tidak sekuat tiga kali bersalin sebelum ni. Separuh menjerit staff nurse panggil HO dan beberapa orang staff nurse lain. Kelam kabut sekejap bila tag nama, line untuk drip, alat ECG nak dipasang serentak. Mujur sempat juga pakaian saya sempat ditukar ke uniform pesakit. Sehingga saat saya mula meneran pun tag nama baru dipasang, tekanan darah belum diambil dan alat ECG hanya diletakkan sahaja atas perut.

9.10 minit : Alhamdulillah, selamat akhirnya Ain Nawraa lahir dengan ditemani ayahnya dan dibantu oleh 3 orang staff nurse. Syukur dipermudahkan, saya lebih tenang dan tak ambil masa lama untuk melahirkan. Mungkin dah pengalaman ke-4, pandai sikit nak keluarkan baby tanpa meneran sampai habis tenaga dan nafas. 

Saya keluar dari labor room tak lama kemudian setelah dibersihkan dan dijahit bahagian luka luar (hanya sedikit skin tear). Sebelum masuk wad, baru saya tahu... rupanya nama saya belum didaftarkan pun di kaunter labor room disebabkan kelam kabut tadi. 



Sekian kisah pengalaman bersalinkan anak ke-4, Ain Nawraa. Nanti saya akan tulis sedikit catatan mengenai tips-tips yang mungkin berguna untuk bakal ibu yang nak bersalin di hospital kerajaan. Terima kasih kerana membaca!


Superibu in the making,
ZETI HAFIZA

Momnesia : 5 tips untuk tangani masalah pelupa selepas bersalin supaya tak dituduh nyanyuk


Masalah pelupa selepas bersalin ni memanglah dikategorikan sebagai masalah kesihatan yang tidak serius dan kemungkinan besar akan bertambah baik selepas beberapa bulan. Tetapi, ada kalanya pelupa ni menganggu rutin harian ibu di rumah dan pejabat. Tak pasal-pasal kena label 'muda-muda dah nyanyuk' oleh kawan-kawan pejabat. Lebih buruk, bila pelupa kita hingga menyebabkan kecuaian dan kemalangan. Bayangkan jika masakan terjerang di dapur sehingga hangus, pintu rumah tidak berkunci atau anak tertinggal di dalam kereta (Nau'zubillah) hanya kerana masalah pelupa seorang ibu... sudah tentu kita tak mahu ia berlaku.

Secara umum, masalah ini disebabkan 4 punca utama seperti yang saya kongsikan di sini. Apa yang boleh dibuat untuk menangani masalah momnesia? Berikut adalah 5 tips  yang boleh dicuba:

  1. Ambil makanan  untuk kesihatan otak : Bila dah selalu lupa ni, ibu-ibu kena selalu makan benda-benda yang kaya dengan omega-3, omega-6, antioksidan, folat dan zat besi. Contoh makanan yang baik untuk kesihatan otak adalah seperti di sini. Makanan jenis ni membantu kecerdasan otak dan kurangkan masalah pelupa.
  2. Tidur mencukupi : Bukan senang nak dapat tidur mencukupi jika kita ada anak kecil ni kan? Lebih-lebih lagi kalau anak kita menyusu badan. Setiap beberapa jam akan terjaga untuk menyusu. Pakar kesihatan mencadangkan orang dewasa tidur malam selama 7-9 jam sehari. Tidur yang mencukupi penting untuk kita lebih fokus dalam melakukan aktiviti harian. 
  3. Fokus lakukan satu benda dalam satu masa sahaja : Walaupun ibu-ibu memang diberi kelebihan mampu buat beberapa perkara dalam satu masa (multitasking), cuba jangan terlalu menekan minda dan tubuh kita. Otak dan badan kita boleh jadi 'letih' bila dipaksa bekerja terlalu banyak. Ia menyebabkan kita mudah lupa dan tidak fokus. 
  4. Bersenam atau beriadah : Aktiviti kecergasan mampu membantu peredaran darah yang lebih baik dan membantu oksigen sampainke otak dengan lebih baik. Fungsi otak akan menjadi lebih baik, meningkatkan kemampuan mengingat dan memahami sesuatu perkara. 
  5. Buat senarai tugas (to-do-list) : Mungkin ada ibu-ibu yang dah biasa tentang perkara ni. Teruskan. Bagi yang tak biasa, boleh cuba tulis senarai tugas, aktiviti dan perancangan harian, mingguan atau bulanan. Jangan lupa kemaskini senarai setiap kali ada aktiviti/ perancangan baru. Semak senarai anda sebelum tidur dan sebelum memulakan aktiviti harian di waktu pagi. Insya Allah ia akan mengelakkan kita jadi pelupa.

Bagaimana suplemen Shaklee boleh membantu?

Alhamdulillah, ibu sekarang ada pelbagai cara alternatif untuk meningkatkan kesihatan. Amalan gaya hidup dan pemakanan sihat mesti diutamakan sebelum menambah makanan tambahan dalam checklist ibu. Shaklee mencadangkan Set Kesihatan Wanita untuk ibu-ibu yang sedar keperluan makanan tambahan dalam kehidupan hari ini. Set ini juga membantu ibu dalam menghadapi masalah Momnesia.



Kandungan Set Kesihatan Wanita : 
  • GLA Complex : kaya dengan asid lemak Omega-6 dari borage oil yang lebih tinggi dari EPO. Membantu dalam menyeimbangkan hormon wanita yang berubah-ubah. Bermanfaat kepada ibu yang ada sindrom pra-haid (PMS), pra-menopause juga membantu dalam kecantikan kulit, kuku dan rambut. 
  • Omega Guard : minyak ikan tulen yang baik untuk kesihatan otak, jantung dan sendi. Juga membantu dalam mengimbangi hormon, meningkatkan imuniti dn banyak lagi. Ibu yang perlu fokus dalam tugas harian patut ambil suplemen ini.
  • OsteMatrix : supleman kalsium dan magnesium yang diperkaya dengan Vitamin D ini membantu dalam kesihatan tulang, mengekalkan tekanan darah normal, mengurangkan gejala stress dan kemurungan, membantu kesihatan otot dan saraf. Sesuai diamalkan oleh ibu yang sukar tidur lena dan sering mengalami kekejangan otot atau sakit-sakit badan.
Insya Allah dengan mengamalkan set ini, ibu akan dapat meningkatkan kesihatan dengan cara selamat seterusnya dapat membantu masalah pelupa selepas bersalin agar tidak berlarutan. Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut dan konsultasi percuma. 


Superibu in progress,

ZETI HAFIZA
019-9366681

Pengalaman bersalin Ain Nawraa : PART 3 - Nak ke hospital, terpaksa U-Turn sebab tertinggal barang!

Assalamualaikum w.b.t

Ternanti-nanti ye sambungan kisah saya bersalinkan anak ke-4. Suspen juga ya.. sampai 3 episod kisah ni. Yang baru baca, kena baca dulu PART 1 dan PART 2 baru la syok baca sambungan ni.

Bermulanya surge @ contraction


Rabu, 18 Mac 2015


4.30 am : Saya terjaga dari tidur macam biasa. Biological clock memang dah set, hari-hari akan terbangun dari tidur pada waktu ni. Tapi kali ni lain macam sikit. Saya rasa sakit macam nak buang air besar. Oh... saya memang sembelit beberapa hari ni. Cepat-cepat saya ke tandas. Tunggu beberapa minit, tak pula keluar isi perut ni. Tadi rasa macam nak terberak sangat. Saya duduk atas katil, ambil nafas sambil berfikir. "Ke ni gesa nak bersalin?" Lucu juga, dah anak ke empat pun masih tak pasti rasa nak bersalin macam mana. Dah la baru 20 bulan lepas bersalinkan anak ketiga.


5.00 am : Bila rasa sakit datang lagi, saya set masa gunakan apps contraction timer di handphone. Jarak masa surge 5 minit sekali dan setiap kontraksi tempohnya lebih kurang 90 saat. Ok, kali ni bukan cobaan.. saya memang akan bersalin harini. Anggaran saya, mungkin sebelum waktu Zuhur paling cepat pun.


5.15 am : Saya masih berkira-kira nak kejutkan suami yang masih lena. Biasa jam 5.30 pagi suami akan bangun bersiap ke pejabat. Saya sempat solat sunat 8 rakaat sebelum turun ke tingkat bawah, sediakan sarapan untuk anak yang nak ke sekolah. Dalam doa, saya tak lupa ulan-ulang birth affirmation yang dah berbulan-bulan saya buat. Insya Allah, saya yakin kali ni akan bersalin dengan mudah dan dipermudahkan.


6.00 am : Sakit rasa makin kuat, tapi masih boleh tahan. Jarak masa dan kekerapan masih seperti tadi. Saya sibukkan diri sambung mengemas SOHO sementara tunggu azan Subuh. Tiba-tiba suami menjengah di pintu. "Are you okay?" Agaknya dia hairan tengok isterinya mengemas pagi-pagi buta. Tenang je saya beritahu yang saya dah mula sakit. "Kita ke hospital lepas sarapan ye. Lambat lagi ni" Terlebih yakin pula saya.


6.15 am : Saya mandi agak lama dan sengaja biarkan air panas dari shower tu terpancur di bahagian belakang badan. Sangat selesa, sakit pun tak terasa sangat bila datang. Selepas mandi saya terus solat Subuh dan sempat baca Al-Ma'thurat dan Surah Yassin sambil memasang hajat supaya dimudahkan bersalin. Sakit yang datang menyebabkan saya terhenti mengaji beberapa kali.

6.45 am : Suami dah keluar hantar anak sulung ke sekolah dan dua orang lagi ke rumah pengasuh. Saya terus sibukkan diri mengemas sementara menunggu. Bila sakit datang, saya cuba selesakan diri sambil buat macam-macam teknik. Sekejap hip sway, sekejap lagi on-four, sekejap squatting dan jalan itik, sekejap lean on wall sambil turun naik. Pendek kata semua yang terlintas saya buat je untuk selesakan diri. Mulut tak berhenti baca zikir-zikir yang saya ingat.

7.30 am : Sakit makin kuat. Kurang dari 5 minit jaraknya. Suami dah belikan nasi lemak untuk sarapan. Saya sememangnya lapar, tapi dah hilang selera untuk makan. Cuba jamah beberapa suap kemudian, rasa nak muntah pula. Akhirnya saya cuma minum ESP Shaklee untuk tenaga dan alas perut. Sebelum tu sempat juga makan telur ayam kampung mentah dibancuh pekat dalam air milo panas.

7.45 am : Kami bergerak ke hospital. Baru sahaja masuk ke jalan besar, tiba-tiba saya teringat susu formula Nashwa yang dah habis di rumah pengasuh. Saya minta suami buat U-turn, balik rumah semula ambil susu dan drop di rumah pengasuh. Sebenarnya ikutkan rasa sakit memang tak nak peduli dah hal susu ni. Tapi kenangkan kemungkinan kami lama di hospital, terpaksa juga kami buat begini.

8.15 am : Sakit makin kuat. Saya teringat pengalaman bersalin yang lepas-lepas, ketika kadar sakit seperti ni saya dah berada di labor room. Tapi kali ni saya dalam kereta. Hospital hanya 9 km dari rumah tapi masa perjalanan hampir 20 minit disebabkan kesibukan pagi orang ramai nak ke pejabat. 


Sepanjang perjalanan saya rasa cuba  bertenang dan recall teknik pernafasan dan teknik visualation dalam hypnobirth. Walaupun dah practice sebelum-sebelum ni, ternyata semuanya susah nak diingat ketika sedang sakit. Mujurlah saya ada save e-book dalam handphone. Sempat tu buka online library dan baca buku dalam menahan kesakitan. Sambil tu juga saya makan beberapa biji kurma dan teguk sebotol air zam-zam bagi menghilangkan rasa lapar dan dahaga yang datang tiba-tiba.


Siapa kata tengah sakit nak bersalin tak boleh baca buku? Hehehehe..


Alhamdulillah.. memang sangat membantu. Saya rasa sangat relaks dan macam sedang bermimipi bila amalkan teknik visualation blue satin ribbon & blossom opening. Boleh khayal dan tersenyum sendiri bila bayangkan Nawraa yang cantik sedang tak sabar nak jumpa ibu ayah. Suami pun memahami dengan mainkan CD bacaan Al Quran. Saya dah tak pedulikan contraction timer bila sakit datang kurang 5 minit sekali. Teknik sleep breathing yang saya mula buat sejak tadi diteruskan hingga kami tiba di hospital.

Ok.. terpaksa saya sambung PART 4 pula nanti. Takut panjang sangat dalam satu post nanti, ada yang tertidur membacanya.

Jumpa lagi ye. Tunggu sambunganya!

Superibu in the making,
ZETI HAFIZA

MASTERIA : Alat bantu mengajar yang mesti dimiliki. Tawaran istimewa sempena Hari Guru

SPECIAL HARI GURU!

Assalamualaikum Cikgu.

Saya nak kongsi satu alat bantu mengajar yang menarik ni. Zaman sekarang orang lebih suka Fun Learning. Tak kiea murid kecil atau murid besar, tua atau muda. Cara belajar konvensional memang tak boleh ditinggalkan. Tapi, cikgu-vikgu sekarang terpaksa jadi lebih kreatif dalam mengajar memandangkan murid sekarang bijok-bijok belaka.

Permainan papan (gameboard) Masteria


Permainan ini adalah inspirasi dari pengalaman sebenar Master Hadhatina dalam menjalankan perniagaan beliau. Ia seakan-akan permainan Saidina atau Monopoly, cuma lebih realistik dan benar-benar diadaptasi dari sistem perniagaan rangkaian (networking). Permainan ni boleh dimainkan hingga 4 orang serentak. Setiap tapak ada cabaran, bonus, untung, rugi, kepimpinan dan sebagainya. Ia sesuai dimainkan oleh semua lapisan umur dan latarbelakang, walaupun anda tidak berminat atau terlibat sama sekali dengan perniagaan rangkaian. Pengajaran dari permainan ini boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Tawaran sempena Hari Guru


Bermula 16 hingga 31 Mei 2015, setiap pembelian akan menikmati PERCUMA kos penghantaran ke seluruh Malaysia. Selain itu, pembeli juga berpeluang mendapat hadiah iPhone6 PERCUMA dengan cara menyertai cabaran yang disediakan. Cuba klik video di bawah untuk mengetahui tentang cabaran #iphone6Masteria ni


Hubungi saya untuk dapatkan "must have teaching tool" yang hebat ini.

Insya Allah, tidak rugi jika anda dapatkan Masteria hari ini. Lebih-lebih lagi jika anda berminat atau terlibat dalam  sebarang jenis perniagaan.

SELAMAT HARI GURU!
Zeti Hafiza
019 936 6681

8 idea BEST hadiah Hari Guru dari anak-anak generasi X dan Z!

Selamat Hari Guru!

Dulu-dulu bila tiba Hari Guru, mesti ada buat sambutan di sekolah. Masa tu ramailah anak murid berebut-rebut bagi hadiah kepada guru kesayangan mereka. Zaman saya dulu hadiah yang selalu diberi samada kad ucapan, bunga plastik, mug, plak kayu yang ada tulisan/ ucapan, key chain dan sewaktu dengannya.

Tapi zaman sekarang, agaknya anak-anak  murid zaman teknologi ni beri hadiah apa ye selain yang biasa kita dengar? Berikut adalah 7 idea hadiah Hari Guru yang saya kumpul-kumpul bersama kawan-kawan seangkatan :


  1. Snek ringkas : Paling mudah ibu-ibu boleh buat kek cawan (cupcake) bersama anak-anak di rumah. Tak perlu kek yang besar dan eksklusif. Simple pun dah cukup. Coklat, kudapan kacang dan lain-lan snek pun boleh juga dijadikan hadiah untuk guru
  2. Alat Tulis : Hadiah yang praktikal untuk guru. Kalau bagai kertas nota lekat (stick-on-note) yang warna-warni tu pun ok. Bayangkan cikgu teringatkan wajah anak murid yang beri hadiah tu setiap kali nak guna kertas nota tu.
  3. Tudung/ Tali leher : Cikgu perempuan di Malaysia ni majoritinya bertudung. Percaya tak, hampir setiap hari mereka termenung fikir nak pakai tudung apa ke sekolah. Hehehe.. sehelai shawl RM10 buat mereka pun dah bermakna. Kalau bagi bawal Adijuma atau Hijab Neelofar lagilah senyum lebar. Cikgu lelaki boleh beri mereka tali leher atau sapu tangan.
  4. Baucer diskaun : Sekarang ni ada macam-macam cara nak dapatkan baucer diskaun. Kita boleh hadiahkan guru dengan baucer buku, baucer taman tema, baucer spa, baucer dinner dan lain-lain lagi. Tersenyum cikgu nanti, dapat-dapat pula baucer shopping Parkson dah nak dekat raya ni.
  5. Suplemen  : Tahun ni boleh cuba kelainan dengan hadiahkan suplemen seperti vitamin yang sesuai dengan guru. Kalsium untuk cikgu dapatkan tidur lebih lena, relakskan saraf dan kurangkan sakit-sakit badan. B-Compleks untuk hadapi stress dan keletihan. Lecithin untuk makanan otak. Nak bagi minuman kolagen untuk cikgu bertambah cantik pun apa salahnya. Hehehe..
  6. CD atau MP3 : Mungkin cikgu anda suka dengar lagu, ceramah atau tonton cerita Korea untuk hilangkan penat dan stress balik dari sekolah. Boleh hadiahkan CD atau thumbdrive yang disimpan koleksi MP3 yang mungkin mereka gemari.
  7. Pewangi : Ada juga kawan-kawan bagi idea untuk hadiahkan pewangi kepada cikgu. Nak bagi minyak wangi, minyak atar, penyembur wangi untuk rumah, pewangi kereta atau pewangi pakaian pun boleh. Asalkan namanya pewangi. Tak semestinya minyak wangi... losyen, sabun, kertas wangi pun ok kan?
  8. Kiriman ucapan di media sosial : Jika cikgu tu aktif di WhatsApp, Instagram, FB atau Twitter... boleh juga kirimkan ucapan di laman sosial mereka. Sekarang ni boleh hantar e-card, rakam suara ke video ucapan dan banyak lagi. Buat Dubmash dedikasi di IG cikgu pun comel juga..

Tapi sebenarnya, jika tanya cikgu-cikgu kita... mereka tak harapkan hadiah pun sebenarnya. Jika kita tawarkan pertolongan untuk angkat buku, bersihkan bilik guru dan berkelakuan baik pun dah bermakna buat mereka. Paling baik, hadiahkan doa buat guru-guru kita tanpa mengira waktu. Selamat hari guru.


Vitamin untuk cikgu


Hidup memberi lebih bererti,

ZETI HAFIZA
+6019 936 6681

Momnesia : Masalah pelupa selepas bersalin adalah NORMAL?


Tak jumpa kunci kereta?
Mesej dalam telefon terlupa nak balas berhari-hari?
Tak ingat letak handphone kat mana?
Pusing balik ke dapur nak ambil barang, tapi tak ingat apa bendaanya?

Macam biasa alami je situasi-situasi di atas kan? Saya pun pernah alaminya, macam kebanyakan ibu lain. Kawan-kawan selalu usik "Dah beranak 4, memang banyak urat putus.." Persoalannya, memang betul ke urat putus yang menyebabkan ibu-ibu lepas bersalin ni jadi pelupa? Jika betul, urat mana yang putus.. apa patut kita buat? Normal atau tak jadi pelupa selepas bersalin?


Pelupa selapas bersalin adalah NORMAL - kata pakar


Banyak kajian telah dibuat mengenai masalah kelemahan memori atau pelupa di kalangan wanita selepas melahirkan anak. Saintis berpendapat, keadaan ini adalah NORMAL dan tidak perlu dirisaukan oleh para ibu. Fenomena ini diambil kira sebagai isu kesihatan atau medical condition yang tidak berbahaya. Biasanya masalah ini hanyalah untuk sementara waktu dan akan hilang atau berkurangan selepas beberapa bulan. Berita baiknya, selepas melalui fasa pelupa ini, biasanya wanita akan jadi lebih cekap dan 'multi tasking' berbanding sebelumnya. Jangan risau ye.

4 penyebab utama ibu jadi pelupa lepas bersalin


Fenomena ini yang dipanggil juga 'MUMNESIA' telah mendapat perhatian dari penyelidik di Boston University and the Massachusetts Institute of Technology. Mereka merumuskan, ada 4 faktor utama kepada mumnesia iaitu :

  1. Keutamaan ibu : Selepas bersalin, ibu-ibu ni akan jadi sangat pentingkan anak yang baru lahir tu berbanding perkara lain. Dalam keadaan apa pun, ibu akan utamakan urusan anak ini hingga perkara lain tidak lagi jadi prioriti. Pakar saraf kata, ia adalah tindakbalas bawah sedar semulajadi seorang ibu. Perkara bukan prioriti sesetengahnya akan dilupakan begitu sahaja atau kurang diaktifkan di dalam memori ibu.
  2. Kesan kesakitan bersalin : Seorang pakar sakit puan, Dr. Sharon Phelan berkata, pelupa adalah satu cara seseorang wanita hadapi kesan sakit bersalin. Pengalaman melalui proses melahirkan anak juga menyebabkan ibu jadi pelupa. 
  3. Hormon : Paras hormon oestrogen berubah secara mendadak dari paras yang sangat tinggi ketika di hujung kehamilan kepada paras paling rendah (kosong) selepas bersalin. Hormon ini bukan je berfungsi untuk kesuburan, tetapi juga bertindak sebagai neurotransmitter yang menghantar isyarat ke otak. 
  4. Keletihan : Ia adalah perkara yang akan dilalui oleh semua ibu selepas bersalin. Ibu-ibu akan hilang waktu tidur hingga 700 jam dalam 1 tahun pertama selepas melahirkan anak. Wanita yang menyusukan anak akan hilang lebih banyak waktu tidur. Kurang tidur menyebabkan letih. Keletihan pula akan menyebabkan kebolehan ibu mengingat banyak perkara berkurang.

Jadi ibu-ibu jangan risau jika asyik lupa banyak perkara selepas bersalin. Ia adalah NORMAL dan tidak perlu dirisaukan sangat. Cuma, ibu-ibu perlu berusaha supaya ia tidak menjadi terlalu teruk hingga mengganggu tugas harian di pejabat/ rumah atau ia tidak menyebabkan kelalaian yang boleh mengancam keselamatan kita dan orang lain.

Nak tahu cara dan tips untuk menangani masalah ini, boleh terus membaca :
5 tips untuk tangani masalah pelupa selepas bersalin

Jemput baca ye!

ZETI HAFIZA

Pengalaman bersalin Ain Nawraa : PART 2 - False alarm, nesting instinct dan akhirnya...

Assalamualaikum... Salam sejahtera!

Kali ni saya nak sambung pengalaman bersalin anak ke empat baru-baru ni. Jika tertinggal kisah PART 1, jemput baca dulu di sini ye untuk panaskan badan.

False Alarm


Dalam tempoh seminggu sebelum bersalin, saya lalui dua kali FALSE ALARM. Mula-mula ingatkan setakat Braxton Hicks saja. Bila saya rekod masa kontraksi guna aplikasi "Contraction Timer" (download di telefon).. memang corak kontraksi konsisten. 24 jam sakit, esoknya hilang begitu sahaja. Kebetulan masa false alarm kedua tu saya ada appointment di klinik. Doktor yang periksa pun sahkan, memang kontraksi dah berlaku. Cuma jarak 10 minit setiap kontraksi tu masih jauh dan belum kuat. Doktor pesan, terus ke hospital bila jarak kontraksi makin dekat atau ada keluar tanda darah/ pecah ketuban. Saya sendiri tak rasa sakit. Macam gesa ringan je. Kalau 10 tu paling sakit, tahap kesakitan mungkin tak sampai 1 pun. Kemudian sakit tu hilang begitu sahaja keesokannya.

2 hari yang panjang


Selama dua hari, saya tak rasa sakit langsung. Cuma semakin penat bila bergerak. Rasa macam panjang je masa menunggu bersalin kali ni. Saya cuba kekal aktif dan amalkan petua-petua yang saya tahu untuk mudahkan bersalin. Nanti saya kongsi tips mudah bersalin pula dalam post akan datang. Insya Allah.

Paling penting, dalam tempoh menunggu hari ni, saya sibukkan diri dengan persiapan dari segi mental dan rohani juga. Bersalin kali ni saya berazam nak ikut pendekatan gentle birth walaupun saya memilih untuk bersalin di hospital kerajaan yang menjalankan prosedur bersalin biasa.

Akhirnya... saya nak bersalin!


Bawah ni saya tulis kronologi bersalin kali ni mengikut tarikh dan masa yang saya ingat.

Selasa, 17 Mac 2015

Sepanjang hari saya sibuk mengemas rumah sebab ada ahli keluarga nak datang bermalam. Suami pergi ke pejabat, anak-anak saya hantar ke sekolah & rumah pengasuh seperti biasa. Suami banyak kali pesan seperti hari-hari sebelum, jangan buat kerja berat. Terus call ahli keluarga terdekat bila datang rasa sakit.

Bertuah la saya kalau dapat duduk diam. Memang naluri mengemas datang membuak-buak. Terfikir juga, adakah ini nesting instinct seperti bersalin seperti anak-anak sebelum ni? Tapi saya abaikan sahaja sebab memang tak rasa sakit langsung. Sempat saya basuh 3 buah tandas, vacuum dan mop tingkat atas dan bawah, kemas SOHO dan bilik berpantang cantik-cantik. Kemudian saya seterika baju, memasak dan uruskan pakaian (basuh, sidai & lipat).

Petang bila suami dan anak-anak balik, saya sempat uruskan makan malam sekejap sebelum minta izin untuk tidur awal. Saya rasa terlalu letih. Kaki dan pinggang terasa sakit dan lenguh-lenguh. Letak je kepala di bantal, terus saya tertidur selena-lenanya walaupun baru jam 9 malam. Rupanya saya tidur awal dan lena sebab nak bersalin keesokan harinya.

Bersambung PART 3 di sini

ZETI HAFIZA

Tambah pengetahuan : Beza antara resdung ke sinus yang ramai rakyat Malaysia tak tahu!




Bangun pagi je mesti bersin. Hidung berair berpanjangan, gatal pun ye.. sampai ke tekak. Lagi teruk bila kepala sakit dan rasa nak demam. Betul ke orang kata semua tu tanda resdung?

Orang Melayu kita akan kata 'resdung' atau di Pantai Timur disebut 'seduan' bila alami simptom-simptom yang tersebut di atas. Bagi yang rajin baca sikit, konon macam bandar sikit akan pergi klinik dan tanya.. "Saya ada sinus ke doktor?"

Menurut Dr. Ahmad Nordin, seorang pakar ENT (Telinga, Hidung dan Tekak) di Malaysia, resdung adalah perkataan bahasa Melayu yang kurang tepat berbanding istilah perubatan. Sinus pula merujuk kepada rongga seperti rongga hidung, rongga vena dan sebagainya.

Jadi.. apa sebenarnya masalah bagi simptom tadi? Secara ringkas, ada dua jenis penyakit yang boleh dikaitkan dengan istilah resdung iaitu :


1. Allergic Rhintis

Dalam bahasa omputih penyakit ni dikenali juga sebagai hay fever. Puncanya adalah alahan yang jadi bila ada perubahan cuaca, debu atau kesan sesetengah makanan. Orang yang ada allergic rhintis ni biasanya dari keluarga yang ada sejarah penyakit asthma, eczema atau hives. Simptom yang boleh dialami :
  • hidung tersumbat 
  • hingus jernih (rhinorrhea), 
  • bersin dan gatal hidung/ mata 

2. Sinusitis

Penyakit ni pula adalah keradangan pada rongga (sinus) dan lebih serius kerana boleh merebak ke mata dan otak hingga memerlukan pembedahan untuk rawatan. Simptom sinusitis adalah : 
  • hingus bewarna kuning, hijau atau bercampur darah
  • sakit kepala yang sangat teruk, di dahi atau muka terutamanya di tengah hidung atau pipi (sebelah/ kedua belah) 
  • hidung tersumbat
  • boleh berlaku demam
Ikut pengalaman Dr. Ahmad Nordin, selalunya kes yang ada dirujuk kepada pakar ENT di Malaysia adalah berkaitan penyakit allergic rhintis.

Rawatan dan pencegahan

Dari segi perubatan, masalah resdung boleh dibantu dengan ubat antihistamin dan steroid untuk kurangkan simptom. Antibiotik pula diperlukan jika terdapat jangkitan bakteria. Kes kronik sinusitis mungkin perlu dibuat pembedahan jika merebak. Walaubagaimanapun, seorang doktor perubatan semulajadi (naturapathic) Natasha Turner mencadangkan pesakit resdung mengamalkan suplemen berikut untuk menangani masalah ini :
  • Vitamin C dengan bioflavonoid : antihistamine semulajadi dalam vitamin C didapati bantu kurangkan simptom allergi
  • Acidophilus/ probiotik : ada kajian menemui, orang yang ada masalah ini akan dapat mengurangkan reaksi pada punca alergi selepas mengamalkan makanan tambahan yang mengandungi probiotik.
  • EPA/ DHA dari minyak ikan : minyak ikan diketahui bersifat anti-inflamasi, sesuai untuk membantu mengurangkan keradangan yang disebabkan masalah allergic rhintis
  • Steroid Tumbuhan : sterol tumbuhan atau phytosterol dapat membantu mengimbangi sistem imun. jika sistem imun lemah, ia dapat meningkatkannya dan begitu juga sebaliknya. Sistem imun yang lemah akan menyebabkan kita mudah diserang masalah alergi ini.

Makanan tambahan untuk ulser yang berulang-ulang!

Jika masalah ulser ini berulang-ulang, besar kemungkinan sistem imun kita agak lemah. Cegah dan rawat dengan mengambil makanan tambahan Shaklee adalah salah satu alternatif yang lebih selamat berbanding mengambil steroid atau dadah perubatan sintetik. Supplemen memberi manfaat lebih menyeluruh dalam mencapai kesihatan optima. Anda boleh cuba salah satu atau kombinasi suplement Shaklee ini untuk tingkatkan imun:

Tablet vitamin C dengan bioflavonoid semulajadi
Satu-satunya makanan tambahan penggalak inteferon (untuk imun) di dunia 
Sterol tumbuhan semulajadi yang juga membantu keseimbangan sisem imun
Kombinasi vitamin B yang diperlukan untuk sisem normal badan
Minyak ikan terbaik dunia yang kaya dengan DHA, EPA yang bersifat anti radang



Jangan pandang ringan dengan masalah resdung. Satu kajian ke atas 366 pesakit dari 4 hospital di Malaysia mendapati, 92% mengalami allergi rhintis. Pakar berpendapat, masalah allergi adalah semakin meningkat di seluruh dunia termasuk Malaysia. Kurangkan risiko, cegah sebelum semakin parah. 

Bertindak sekarang! Hubungi saya untuk membantu.


Zeti Hafiza
+6019 936 6681


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...