DIY : Cara buat masker dari pisang bagi mengatasi masalah kulit berminyak

Baru-baru ni beli sesikat pisang di pasar. Anak-anak memang suka sangat pisang yang dah masak kekuningan ni. Tapi bila masuk hari kedua, kulit pisang dah mula lebam walaupun isinya masih elok. Biasa pisang terlebih masak ni ibu-ibu buat cekodok pisang. Kali ni saya buat masker selepas sebahagiannya selamat dicekodokkan.

Bahan-bahan Masker Pisang


  • 1-2 biji pisang yang telah masak
  • 2 sudu makan madu
  • Sedikit perahan limau nipis/ lemon

Cara penyediaan


  • Lenyekken pisang dalam bekas bersih
  • Masukkan madu dan limau nipis
  • Gaul rata. Elakkan terlalu berair

Cara guna

  • Bersihkan muka dan keringkan
  • Sapukan masker tadi dengan rata dan tipis di seluruh muka dan leher
  • Mungkin anda akan rasa sedikit gatal atau pedih di bahagian yang sensitif atau berjerawat
  • Biarkan selama 15-30 minit atau hingga kering
  • Bersihkan dengan tuala yang direndam air suam
  • Bilas dengan air dan keringkan

Kelebihan masker pisang


Masker ini sangat mudah disediakan dan boleh dipakai terus. Ia sangat sesuai untuk kulit berminyak. Jika diamalkan selalu, kulit akan kurang berminyak dan tekstur kulit akan menjadi lebih lembut dan segar. Masker ini juga bersifat 'menyejukkan' muka dan mengurangkan ketegangan.

Selain dari masker, ada banyak lagi tips untuk kulit berminyak yang akan saya kongsikan nanti. 


Selamat Mencuba!

ZETI HAFIZA ZAKARIA 
Call/  Text +6019 936 6681

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...