Ada yang tanya, dah ramai buat bisnes Shaklee sekarang ni. Boleh ke lagi kalau nak berbisnes? Jawapan saya 'BOLEH SANGAT'.. Percaya tak?
Master Hj. Roslan, golongan babyboomers Shaklee di Malaysia yang masih bersama bisnes ini sejak hampir 20 tahun lalu |
Sekarang ni jumlah pengedar bebas Shaklee berdaftar dah mencecah 1.2 juta orang atau lebih kurang 4% dari penduduk Malaysia sekarang. Dari 4% tu yang aktif tak sampai separuh pun. Semua orang ada peluang sama, yang membezakan berjaya atau tidak dalam apa yang kita buat... terletak kepada kesungguhan mengambil peluang, dan sudah tentu ia berkait rapat dengan kebergantungan kita kepada DIA yang memberi rezeki.
Teringat saya ketika main gameboard Masteria baru-baru ni. Ada satu cabaran paling perit bila pemain terperangkap dalam 'comfort zone'. Ia betul-betul menginsafkan saya dengan realiti sebagai seorang SID (Shaklee Independent Distributor). Memang seperti digambarkan, ada masa kita akan terperangkap dalam zon selesa sendiri. Tak sedar kita statik dan berlegar-legar dalam ruang yang sama, bisnes tak berkembang dan mungkin tak menjadi!
4 tabiat yang menyebabkan bisnes tak menjadi
Sebenarnya banyak tabiat buruk yang akan kita lakukan bila berada dalam zon selesa ini. Di bawah ni saya senaraikan 4 darinya yang saya dapat ilhamkan dari gameboard Masteria.
- Suka buang masa - leka menonton sinetron "Suamiku Encik Udang" sampai hari-hari sanggup ketepikan tugas yang lebih penting semata-mata nak terpacak depan TV
- Suka membazir - bila dapat bonus lebih sikit, wang yang sepatutnya disimpan atau dilaburkan tu dibazirkan dengan 'shopping' berlebihan
- Terlalu beremosi - tak dinafikan dalam bisnes berasaskan networking seperti Shaklee ini... hubungan antara prospek, upline, dowline dan sideline tak dapat dielakkan. Namun, ada yang terlalu beremosi atau cepat sentap hingga melemahkan organisasi
- Tidak sanggup ubah kebiasaan - mungkin tabiat suka tidur, melayari laman sosial berjam-jam, bermain video game dan bermalasan di rumah dah menjadi kebiasaan selama ni susah untuk diubah. Malangnya kebiasaan seperti ini jika tidak diubah, hanya merugikan sahaja.
Apa yang penting, jika nak berjaya dalam apa bidang sekalipun.. kita mesti sanggup berubah dan keluar dari zon selesa. Mari dengan apa kata Master Dato' Hj. Roslan (yang telah hampir 20 tahun bersama bisnes Shaklee) tentang Masteria :
Jika anda nak dapatkan gameboard Masteria ni, boleh hubungi saya sekarang!
Atau jika nak sembang panjang tentang peluang bisnes dengan Shaklee pun boleh... dan jangan malu-malu untuk sertai kami!
Master-to-be,
ZETI HAFIZA
019 936 6681
No comments:
Post a Comment