Momnesia : Masalah pelupa selepas bersalin adalah NORMAL?


Tak jumpa kunci kereta?
Mesej dalam telefon terlupa nak balas berhari-hari?
Tak ingat letak handphone kat mana?
Pusing balik ke dapur nak ambil barang, tapi tak ingat apa bendaanya?

Macam biasa alami je situasi-situasi di atas kan? Saya pun pernah alaminya, macam kebanyakan ibu lain. Kawan-kawan selalu usik "Dah beranak 4, memang banyak urat putus.." Persoalannya, memang betul ke urat putus yang menyebabkan ibu-ibu lepas bersalin ni jadi pelupa? Jika betul, urat mana yang putus.. apa patut kita buat? Normal atau tak jadi pelupa selepas bersalin?


Pelupa selapas bersalin adalah NORMAL - kata pakar


Banyak kajian telah dibuat mengenai masalah kelemahan memori atau pelupa di kalangan wanita selepas melahirkan anak. Saintis berpendapat, keadaan ini adalah NORMAL dan tidak perlu dirisaukan oleh para ibu. Fenomena ini diambil kira sebagai isu kesihatan atau medical condition yang tidak berbahaya. Biasanya masalah ini hanyalah untuk sementara waktu dan akan hilang atau berkurangan selepas beberapa bulan. Berita baiknya, selepas melalui fasa pelupa ini, biasanya wanita akan jadi lebih cekap dan 'multi tasking' berbanding sebelumnya. Jangan risau ye.

4 penyebab utama ibu jadi pelupa lepas bersalin


Fenomena ini yang dipanggil juga 'MUMNESIA' telah mendapat perhatian dari penyelidik di Boston University and the Massachusetts Institute of Technology. Mereka merumuskan, ada 4 faktor utama kepada mumnesia iaitu :

  1. Keutamaan ibu : Selepas bersalin, ibu-ibu ni akan jadi sangat pentingkan anak yang baru lahir tu berbanding perkara lain. Dalam keadaan apa pun, ibu akan utamakan urusan anak ini hingga perkara lain tidak lagi jadi prioriti. Pakar saraf kata, ia adalah tindakbalas bawah sedar semulajadi seorang ibu. Perkara bukan prioriti sesetengahnya akan dilupakan begitu sahaja atau kurang diaktifkan di dalam memori ibu.
  2. Kesan kesakitan bersalin : Seorang pakar sakit puan, Dr. Sharon Phelan berkata, pelupa adalah satu cara seseorang wanita hadapi kesan sakit bersalin. Pengalaman melalui proses melahirkan anak juga menyebabkan ibu jadi pelupa. 
  3. Hormon : Paras hormon oestrogen berubah secara mendadak dari paras yang sangat tinggi ketika di hujung kehamilan kepada paras paling rendah (kosong) selepas bersalin. Hormon ini bukan je berfungsi untuk kesuburan, tetapi juga bertindak sebagai neurotransmitter yang menghantar isyarat ke otak. 
  4. Keletihan : Ia adalah perkara yang akan dilalui oleh semua ibu selepas bersalin. Ibu-ibu akan hilang waktu tidur hingga 700 jam dalam 1 tahun pertama selepas melahirkan anak. Wanita yang menyusukan anak akan hilang lebih banyak waktu tidur. Kurang tidur menyebabkan letih. Keletihan pula akan menyebabkan kebolehan ibu mengingat banyak perkara berkurang.

Jadi ibu-ibu jangan risau jika asyik lupa banyak perkara selepas bersalin. Ia adalah NORMAL dan tidak perlu dirisaukan sangat. Cuma, ibu-ibu perlu berusaha supaya ia tidak menjadi terlalu teruk hingga mengganggu tugas harian di pejabat/ rumah atau ia tidak menyebabkan kelalaian yang boleh mengancam keselamatan kita dan orang lain.

Nak tahu cara dan tips untuk menangani masalah ini, boleh terus membaca :
5 tips untuk tangani masalah pelupa selepas bersalin

Jemput baca ye!

ZETI HAFIZA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...