Selalunya dalam usaha mendapatkan anak/ zuriat, kita akan sibuk cari petua-petua dan tips-tips yang mungkin membantu. Ramai lebih berminat nak tau apa doa-doa dan zikir yang sesuai diamalkan (macam saya pernah tulis di sini) atau ada yang lebih berminat mencari ubat atau makanan yang boleh meningkatkan kesuburan seperti dalam senarai ini. Tapi jangan lupa.. sebagai salah satu usaha nak dapatkan zuriat, kena juga kita tahu apa perkara-perkara, makanan-makanan dan tabiat-tabiat yang patut dijauhi, dielakkan dan dikurangkan. Kalau orang kampung kata 'pantang-larang' yang kena diikuti bagi mereka yang merancang untuk hamil. Antaranya:
Kafein
Kadar kafein yang tinggi dalam makanan/ minuman dikatakan boleh mengurangkan kadar kesuburan wanita. Jika anda sedang merancang kehamilan, mengurangkan pengambilan kafein mungkin membantu anda. Walaupun terdapat pelbagai pendapat perubatan mengenai isu ini, salah satu kajian mendapati pengambilan satu cawan kopi sehari boleh mengurangkan separuh kadar kesuburan.
Dadah/ ubat-ubatan sintetik
Toksin
Lelaki dan wanita zaman sekarang terdedah kepada toksin akibat penggunaan racun serangga dan tumbuhan, penggunaan bahan kimia dalam pencuci di rumah dan cat serta pendedahan kepada persekitaran yang tercemar. Toksin boleh mengganggu kesuburan. (Baca info mengenai Detoks di sini)
Nikotin
Alkohol
Mandian air panas
Memang seronok dapat berendam dalam tub mandi yang dipenuhi dengan air panas atau berada di bawah pancuran air panas. Tapi awas! suhu yang tinggi boleh merosakkan kualiti sperma. Elakkan berendam terlalu lama dalam mandian air panas atau laraskan kepada suhu yang lebih rendah.
Pencuci Intim Wanita
Diet
Berat badan tidak ideal
12% kes ketidaksuburan yang dilaporkan adalah berpunca dari masalah berat badan. Jika anda kurang berat badan (underweight) disebabkan pemakanan tak seimbang atau terlalu aktif - kitar haid akan terganggu kerana 22% lemak badan diperlukan untuk ovulasi yang normal dan kesihatan reproduksi. Sebaliknya, berat badan berlebihan (overweight) boleh mengubah hormon secara kimia dan menghalang proses kehamilan. Tapi berita baik bagi masalah ini ialah - kadar kesuburan dapat dipulihkan kepada normal dengan segera setelah anda mendapat berat badan ideal.Terlalu aktif sukan/ aktiviti fizikal
Seluar dalam ketat
Selamat Mencuba ye....
ZETI HAFIZA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
ID : 854120 +6019 936 6681
www.facebook.com/bigsmilezone
bigsmilezone@gmail.com
No comments:
Post a Comment