Cik Kuntum nak masuk 18 bulan dah tak lama lagi. Tiba-tiba ibu terperasan macam dia dah mula tunjuk tanda awal untuk potty train. Terkejut jugak sebab abang-abangnya tak seawal ini. Mungkin betul kata kawan-kawan seangkatan ibu... anak perempuan lebih cepat matang dan belajar.
Setakat ni antara tanda yang Cik Kuntum tunjukkan :
1. Dah pandai bukak dan pakai seluar sendiri
2. Tak berapa gemar pakai lampin (diapers) - suka buka diapers sendiri tanpa sebab
3. Gelisah dan tak selesa bila lampin penuh
4. Pandai bagi signal bila nak poo-poo dengan cara tepuk-tepuk punggung dan mencangkung
5. Suka bila bagi duduk kat toilet bowl yang ada potty trainer
Ibu memang syok betul dengan perkembangan ni. Maklumlah, tak lama lagi dia nak dapat adik. Kalau dapat awal off diapers, syukur sangat. So, ibu pun rajin google sana sini baca pasal potty train. Ni nak share beberapa tanda anak kita mungkin dah sedia untuk bukak lampin selamanya:
Tanda Fizikal
# Dah pandai betul berjalan dan mungkin boleh berlari
# Air kencing lebih kurang sama banyak setiap kali buang air
# Dah boleh buang air besar pada masa yang sama pada setiap hari. Kita boleh agak waktu mana dia akan berak.
# Diapers tak basah bila tidur pendek 1-2 jam. Maknanya otot pundi kencing dah matang dan boleh kawal kencing.
Tanda pada sikap/ tabiat
# Boleh duduk diam setempat selama 2-5 minit
# Pandai bukak dan pakai seluar sendiri
# Tak suka bila lampin basah/ penuh
# Tunjuk minat pada aktiviti orang lain ke tandas. Contohnya nak ikut/ intip ibu ke tandas, tiru abang pakai seluar dalam.
# Pandai bagi isyarat bunyi @ fizikal bila nak buang air besar. Contohnya buat bunyi meneran, mencangkung atau bagi tau dengan isyarat tangan/ perkataan tertentu
# Selalu tunjuk minat berdikari dalam kebanyakan perkara.
# Bangga dengan pencapaian sendiri
# Tak menolak bila kita ajar guna tandas. Beri kerjasama dan tak bantah
Tanda kognitif
# Faham bila kita beri isyarat fizikal suruh ke tandas, boleh beritahu niat buang air sebelum berlaku dan boleh tahan hingga tiba masa.
# Mampu ikut arahan mudah seperti "Ambil mainan itu"
# Faham prinsip meletakkan barang pada tempat asalnya
# Ada perkataan sendiri untuk 'kencing' dan 'berak'
Ok ibu-ibu... selamat menempuh pengalaman indah ketika latih anak ke tandas ye!
No comments:
Post a Comment