Persiapan Bersalin & Berpantang - Part 1

Pejam celik, dah fullterm rupanya kandungan keempat saya. Alhamdulillah.. dimudahkan juga sepanjang kehamilan, tanpa komplikasi yang berbahaya dan syukur juga diberi kekuatan untuk laluinya walaupun sedang belajar sambil menguruskan tiga anak lagi yang berusia 7, 4 dan 1.5 tahun. Semoga berbaki hari sebelum bersalin ini, dimudahkan segala urusan hingga selamat melahirkan.

Persiapan bersalin & berpantang

Kali ni saya agak lewat buat persiapan bersalin. Mungkin kerana kesibukan dan faktor anak ke-4 (konon dah pandai) menyebabkarn saya hanya mulakan persiapan pada minggu ke-34. Itu pun sebenarnya, baru hari ni saya rasa persiapan telah selesai 100%. Kiranya dah bersedia jika bersalin sekejap lagi.
Ada seorang adik (junior masa di sekolah) yang sedang mengandung anak sulong tanya saya - 'Bila patut dimulakan persiapan bersalin ni?'... Soalan agak mencabar minda, sebab bagi saya setiap kehamilan tu unik dan setiap ibu juga berbeza situasi dan keutamaaan. Sekadar berkongsi pengalaman dan panduan, saya janji pada Adik tu untuk tulis di sini mengenai isu ni.

Pantang larang orang tua kita

Biasa tak dengar orang pesan, jangan teruja sangat nak buat persiapan awal sangat. 'Suka-suka lama-lama jadi duka' kata nenek moyang kita. Kalau terlalu excited dan seronok... takut jadi sebaliknya. Terpulang kepada cara masing-masing untuk terima mitos ni. Bagi saya, tak salah dan tak semestinya betul. Cuma saya suka ambil dari sudut berbeza.
Pengalaman peribadi dan pembacaan membuatkan saya rasa menjelang minggu ke-30 hingga ke-34 adalah masa ideal untuk persiapan akhir. Walaupun ada sesetengah perkara yang perlu diaelesaikan lebih awal. Kalau terlalu awal mungkin belum sesuai (bagi saya) sebab kandungan masih lagi fragile dan mungkin ibu belum pulih dari morning sickness. Sebaliknya, jika terlalu lewat buat persiapan pula... mungkin ibu dah kurang tenaga untuk bergerak dan agak kesuntukan masa untuk bersedia terutamanya jika ada risiko kelahiran pra matang.
Bagi yang mengandung anak sulung, mungkin susah nak ramalkan bila akan bersalin. Jadi, seawal minggu ke-28 ibu boleh dah bersedia yang penting-penting. Tapi jika yang dah pernah mengandung dan bersalin mungkin lebih mudah buat jangkaan. Antara persiapan yang boleh difikirkan :

1. Booking Dr. atau tempat bersalin
2. Sediakan birth plan
3. Hadiri kelas anrenatal
4. Shopping pakaian/ peralatan baby
5. Pilih, asingkan dan dobi pakaian lama baby (jika bukan anak pertama)
6. Cari tukang urut/ penjaga pantang
7. Shopping keperluan ibu semasa berpantang seperti ubatan, pakaian dan lain-lain


Persiapan dari segi mental dan kewangan  sepatutnya bermula sejak disahkan nengandung lagi. Ibu perlu rajin melakukan amalan rohani, menjaga kesihatan/ kecergasan dan tambah ilmu keibubapaan dari awal lagi. Tabungan kewangan khas untuk menyambut kelahiran juga boleh dimulakan seawal mungkin.

Banyak lagi nak saya kongsikan sebenarnya. Teruskan membaca hingga sambungan akan datang ye. Insya Allah. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...