Menyambut kedatangan kekasih

Tadi petang masa memandu sendirian, layan slot USRAH di radio IKIM.fm. Topik sangat best mengenai menyambut kedatangan kekasih.

Sebenarnya 'kekasih' dimaksudkan adalah bulan Ramadhan. Bulan yang lebih baik dari 1000 bulan

Diumpamakan seperti menyambut kedatangan kekasih, kita patutnya buat persiapan terbaik menjelang Ramadhan. Hati penuh rasa tak sabar dan berdebar dengan ketibaannya.

Muhasabah diri, bagaimana la persiapan diri sendiri ni. Ya Allah, balighna Ramadhan.

Masker Vitamin E Shaklee untuk luka dan parut degil

Malam ni sebelum tidur, terasa nak pakai masker Vita-E Shaklee. Biasanya saya suka pakai Masker ESP dan Vita-C sahaja. Gara-gara geram dengan parut jerawat degil ni dan kebetulan terbaca fakta mengenai perkara ni dalam buku 'The Vitamin Book' tulisan Harold M. Silverman, terus je saya ambil sebiji kapsul vitamin e Shaklee dan potong sedikit bucunya dengan guna gunting bersih (cucuk pakai jarum pun boleh). Lepas tu picit keluar isinya. Sapu rata-rata di muka. Senangkan?

Bukan perkara pelik dan luarbiasa pun. Kawan saya yang selalu buat rawatan muka ada bagi tahu, salah satu cara rawatan digunakan di butik kegemarannya tu termasuklah bermasker dengan minyak vitamin e. Ironinya, butik tu pun guna kapsul Vita-E Shaklee yang istimewa ni.

Saya nak kongsi hasil bacaan saya dalam buku yang saya sebutkan di atas tadi. Terjemahan ikut kefahaman saya ye :

PENYEMBUHAN LUKA DENGAN CEPAT DAN MENGHILANGKAN PARUT 

Walaupun kegunaan vitamin e ini tidak pernah dikaji secara teliti, ramai orang mendakwa melalui pengalaman yang hebat tentang faedah menggunakan krim atau minyak vitamin e dari kapsul secara terus disapu pada luka atau parut. Penggunaan krim vitamin e adalah 'cosmetically elegant' dan lebih mahal berbanding dengan menyapukan minyak vitamin e yang dikeluarkan dari kapsul (hanya cucuk dengan pun dan picit keluar). Sapukan minyak vitamin e ini 2 atau 3 kali sehari pada luka atau parut. Walaupun belum dibuktikan, kemungkinan vitamin e ini bertindak sebagai antioksidan dan pembersih radikal bebas yang melindungi kerosakan lebih teruk ke atas tisu baru yang terbentuk semasa proses penyembuhan. Jika benar, vitamin ini berkemungkinan memberi kesan terbaik ke atas luka yang telah tertutup dan sedang dalam proses penyembuhan. Terdapat terlalu sedikit kesan negatif menggunakan kaedah rawatan ini, asalkan anda tidak menyental krim @ minyak vitamin e ke atas luka yang masih terbuka. Jika anda ada luka atau parut degil yang tidak sembuh@ hilang sebagaimana diharapkan, kaedah ini adalah berbaloi untuk dicuba. Tapi harus ingat, luka dengan sakit berpanjangan mungkin petanda masalah kesihatan yang lebih serius dan perlu dirujuk kepada pakar perubatan. 

Haa... seronok je baca kan? Mesti rasa bersemangat nak cuba masker vitamin e ni. Jika nak cuba, dapatkan Vita-E Shaklee Complex yang merupakan campuran tocopherol asli dari soya yang dicampur dengan ekstrak biji anggur merah dan lengkap dengan selenium hasil penapaian yis. Satu botol ada 120 biji pada harga RM149 sahaja, cukup untuk kegunaan hingga 4 bulan. 

Hubungi saya untuk pesanan dan pertanyaan!

ZETI HAFIZA
+6019 936 6681

PROMOSI SHAKLEE JUN 2014 : Vita- E Complex, Buy 6 Free 1

Seronok bila dapat notifikasi dari pihak Shaklee, promosi bulan Jun 2014 adalah Vita E Complex.

Sebotol Vita-E Complex ada 120 kapsul Vitamin E yang diperkaya dengan Selenium dan Grape Seed Extract yang menjadikan kuasa antioksidan berganda dalam setiap kapsul.

Dapatkan Vita-E Complex Shaklee pada harga RM149 dari saya hari ini!

Zeti Hafiza
+6019 936 6681

10 tanda awal kanser yang patut diketahui


Satu dari setiap 4 orang rakyat Malaysia berisiko mendapat kanser. Setiap tahun, dianggarkan sebanyak 20,000 kes baru kanser di negara kita. Fakta yang menakutkan saya dan anda yang membacanya kan?Kanser ni berlaku disebabkan beberapa faktor seperti pendedahan kepada bahan kimia, bahan radiasi dan jangkitan penyakit. Ada banyak jenis kanser - ada boleh dirawat ada yang tidak dan ada yang boleh berulang selepas dirawat. Rawatan kanser biasanya mengambil masa yang lama dam kos yang tinggi. Sebab tu pakar kesihatan menggalakkan pencegahan dari awal di kalangan kita ni. Sememangnya mencegah lebih baik dari mengubati.

Kenali 10 tanda awal kanser


Sebenarnya kebanyakan kanser boleh dirawat jika dikesan dan diubati awal. Jadi, penting bagi kita mengenali tanda-tanda awal kanser seperti : 
  1. Luka luarbiasa seperti luka lambat atau tak sembuh, bertukar warna, menjadi ulser atau berdarah
  2. Pendarahan/ lelehan luarbiasa contohnya ada kesan darah dalam najis atau air kencing, haid datang terlalu kerap atau aliran terlalu banyak
  3. Tumbuh ketulan mana-mana bahagian pada badan secara berterusan tanpa rasa sakit
  4. Gangguan pencernaan atau kesukaran menelan
  5. Tabiat pembuangan air kecil atau besar yang tidak normal dalam jangkamasa 2 hingga 3 bulan
  6. Perubahan ketara pada kulit atau tahi lalat
  7. Batuk atau suara serak berterusan selama lebih 2 minggu
  8. Kekurangan berat melebihi 10% atau kekurangan tenaga secara mendadak dalam masa 3 hingga 6 bulan tanpa sebab
  9. Kesakitan atau ketidakselesaan pada abdomen secara berterusan
  10. Demam yang tidak diketahui sebabnya
Ha... kalau kita tak tahu mungkin kita akan anggap 10 tanda di atas ni biasa je kan. Insya Allah, lepas ni bila dah tau mengenai 10 tanda awal kanser, kita dapat mengesan lebih awal dan dapat mengubati penyakit ni sebelum bertambah parah. 

Pencegahan sebelum terkena


Penyakit ni memang kita tak boleh jangka dan duga samada ia berlaku pada kita atau tidak, bila dan bagaimana ia akan berlaku. Apapun, kita boleh mencegah dengan langkah berikut : 
  1. Elak terdedah kepada asap dan pencemaran (termasuk merokok)
  2. Biasakan menjaga kulit dari terdedah kepada pancaran matahari secara terus/ terlalu lama
  3. Makan sayur dan buah-buahan yang kaya dengan antioksidan
  4. Hadkan pengambilan daging dan lemak haiwan
  5. Senaman atau beriadah secara konsisten
  6. Ambil tahu sejarah kesihatan keluarga
  7. Kenali keselamatan persekitaran kerja anda (bahan kimia, habuk, gas, asap dll.)
  8. Jalankan saringan kanser secara berjadual
  9. Amalkan minum air ditapis dengan cukup
  10. Ambil makanan tambahan seperti vitamin A, C dan E juga antioksidan lain seperti polyphenol, coenzyme 10 dan sebagainya

Bagaimana produk Shaklee membantu?


Shaklee mempunyai rangkaian produk suplemen yang diasaskan dari bahan semulajadi dan bebs dari bahan kimia sintetik berbahaya. Produk semulajadi ini boleh membantu mereka yang ingin mencegah penyakit kanser. Ia juga sesuai untuk pesakit kanser bagi membantu proses pemulihan. 

Antara produk yang sesuai adalah kaya dengan antioksidan seperti Vivix, Caratomax, SR Vita-C Plus, Vita-E Complex, ESP protein Isolates dan banyak lagi. Ketahui 10 suplemen Shaklee yang sesuai untuk masalah kanser di sini 

Apa pun, semoga kita berhati-hati dan sentiasa peka dengan tanda awal kanser yang mungkin dialami oleh diri sendiri atau orang yang tersayang. Jangan lupa dapatkan nasihat doktor secepat mungkin jika anda mengesyaki diri anda atau ahli keluarga menghidapi kanser. Semoga tindakan awal dapat menyelamatkan nyawa.

Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut

ZETI HAFIZA
+6019 936 6681

Cheesekut Mery Lava Mealshake

Kemas kabinet dapur hari tu terjumpa biskut mery 3/4 bungkus.  Beli sebab untuk ajar anak-anak kudap biskut yang tak manis. Rupanya dorang tak berapa minat biskut ni. Kalau Oreo tu laju pulak.. Hmmm... sabar je lah.

Maka, ibu mereka ni cari jalan untuk habiskan biskut-biskut tersebut sebelum lemau atau expired. Apa lagi, Google la..

Akhirnya terhasil lah Cheesekut Mery Mealshake ni yang diubahsuai ikut selera sendiri dan menggunakan bahan2 yang ada di dapur Kak Pis.

Bahan-bahan

250 g Cream Cheese (saya guna cap Tatura)
3/4 bungkus Biskut Mery (saya guna cap Tiger)
Sedikit Susu Segar (saya guna Marigold HL)
Sedikit Susu Pekat Manis (saya guna Marigold)
*Sos Coklat (saya guna Hershey's)
*Meal Shakes (saya guna Shaklee)

Cara Penyediaan

1. Pukul cream cheese hingga kembang.
2. Campur susu segar dan pukul sebati. Jangan banyak sangat susu tu, supaya sebatian tak terlalu cair
3. Campur susu pekat manis ikut kesesuaian selera. Pukul sebati. Saya masuk sikit je sebab tak nak terlalu manis.

Dah siap cream cheese, dah boleh cari bekas acuan sesuai untuk next step.

4. Panaskan susu segar sekejap.
5. Celup keseluruhan biskut satu persaty tu dalam susu panas sebentar. Jangan sampai lembik sangat.
6. Susun cantik-cantikk biskut rendam dalam bekas acuan.
7. Selesai selapis biskut, masukkan secukupnya cream cheese yang dah siap tadi atas tu. Ratakan.
7. Letakkan coklat cair atas lapisan tadi.
8. Ulang langkah 5-7 hingga habis biskut dan cream cheese. Akhiri dengan taburan Meal Shake di lapisan teratas.  Macam saya buat hari tu dapat 3 lapis biskut.
9. Sejukkan semalaman dalam peti sejuk (chiller)

*optional (saya tambah dari resepi asal)

Alhamdulillah,  anak-anak suka macam ibu mereka juga! Gambar ni masa dah siap. Lupa nak amek gambar masa proses nak buat tu.

Selamat Mencuba....

Zeti Hafiza
+6019 936 6681

7 langkah mudah kurangkan perut buncit lelaki

Trend perut buncit? 


Perasan tak.. lelaki zaman sekarang ramai yang hadapi masalah buncit terutamanya selepas berkahwin. Dah macam trend pula. Nak tahu kenapa? Baca 5 sebab lelaki buncit lepas kahwin di sini.

My another half, #bapakbudak pun hadapi masalah sama seketika dulu. Kejutan budaya gamaknya... perut mula naik sikit demi sedikit selari dengan pertambahan berat badan. Akhirnya masuk kategori overweight. Memang #bapakbudak tetap hensem di mata saya (bodek sikit.. eheheheh), tapi kesian tengok badan beliau yang tak fit. Bukan setakat asyik kena tukar saiz seluar dan baju.. badan pun cepat rasa letih.

Paling ketara aktiviti tahunan beliau main volleyball jadi kurang umppph. Ingat lagi masa badan fit... senang je nak lompat sambut bola. Kaki macam ada spring. Bila badan berat, mengah je nampaknya masa beraksi.. prestasi  sukan menurun. Huhuhuhu.

Lebih tak syok bila bacaan kolesterol dan asid urik tinggi. Haaa... cemas tau saya dibuatnya. Maklumlah, rata-rata kedengaran lelaki sebaya #bapakbudak dah mula dapat penyakit yang bukan faktor keturunan - darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes, gout dll. Pernah terbaca dalam akhbar, perut buncit kadangkala menjadi indikator masalah kesihatan yang lebih serius. Tambahan pula beliau nampak terlebih selera bab makan ketika itu. Nasi 2-3 kali sehari dengan menu tinggi lemak, minyak dan gula.

Akhirnya kami ambil keputusan untuk buat sesuatu demi menjaga kesihatan. Bukan sebab nak nampak muda bergaya.. Tapi nak sihat untuk beribadah dan jalankan tanggungjawab sebagai khalifah di bumiNya, Insya Allah.

Tips kurangkan perut buncit 


Saya nak share 7 langkah mudah yang boleh dipraktikkan oleh lelaki yang menghadapi masalah perut buncit ni. Alhamdulillah semua langkah ni berjaya menurunkan berat #bapakbudak, meningkatkan kesihatan dan kecergasan beliau. Anda patut cuba:

1. Kurangkan pengambilan kalori - jika diperhatikan gaya pemakanan sebelum ni, banyak lebihan kalori diambil setiap hari. #bapakbudak secara beransur-ansur berjaya kurangkan pengambilan kalori berlebihan. Contoh, jika sebelum ni ambil 3 pinggan nasi sehari, sekarang cuma tinggal separuh dari tu je.
2. Pilih makanan yang lebih sihat - Sebenarnya di kebanyakan masa, kita mampu memilih sendiri jenis makanan yang dimakan. #bapakbudak mula kurangkan pengambilan makanan berlemak, berminyak, makanan ringan dan diproses secara sikit demi sedikit 
3. Minum air mencukupi - tabiat minum air ni kebanyakan kita ambil mudah. Tahu tak, untuk sistem badan (seperti pencernaan, perkumuhan, tindakbalas enzim dll.) memerlukan air yang mencukupi.  Kalau susah sangat nak minum air 1 liter bagi setiap 25kg badan, boleh cuba ikut tips ini
4. Betulkan waktu makan - Sarapan pagi boleh dikatakan waktu makan wajib #bapakbudak. Selain itu, jangan lewatkan waktu makan tengahari dan malam. Tabiat tidak sihat tu akan menganggu sistem metabolisma badan. Biasakan juga tidak minum air sejurus lepas makan.
5. Aktiviti bakar kalori - Alhamdulillah sejak #bapakbudak kembali aktif dengan sukan kegemarannya, kriket.. nampak perubahan kepada tahap kecergasan. Paling penting aktiviti sukan ni bantu membakar kalori dan lebihan lemak dalam badan.
6. Tangani stress dengan bijak - tekanan dari tempat kerja dan rutin harian juga sebenarnya mengganggu tahap kesihatan kita. Kajian menunjukkan, stress boleh menyebabkan gangguan hormon yang seterusnya menggalakkan pertambahan lemak dalam badan
7. Amalkan minuman kesihatan VIVIX dan CoQ Health Shaklee - mulanya saya cadangkan #bapakbudak ambil Set Kurus Shaklee untuk turunkan berat badan dan kempiskan perut. Setelah beberapa ketika mencuba, saya dapati sukar bagi beliau disiplin makan beberapa jenis supplement mengikit rutin yang sepatutnya.  Akhirnya saya cadangkan 2 produk sahaja iaitu VIVIX dan CoQ Health. Alhamdulillah... perubahan ketara dapat dilihat selepas beberapa bulan konsisten dengan dua produk sahaja. Tengok sahaja gambar di bawah ni. 



Cuma jangan salah faham, VIVIX dan CoQ Health bukan produk yang dirumuskan untuk program pengurusan berat badan. Ia bertindak dengan cara membantu meningkatkan kesihatan pada peringkat sel (VIVIX) dan memperbaiki edaran darah ke organ-organ penting (CoQ Health). Secara tidak langsung memperbaiki metabolisma badan.

Sokongan isteri


Isteri-isteri perlu beri sokongan kepada suami dalam laksanakan 7 langkah di atas ye. Jika nak dapatkan produk Shaklee untuk hadiahkan kepada yang tersayang, boleh hubungi saya sekarang! Insya Allah lepas ni kita chit chat tentang kempiskan perut ibu lepas bersalin pula.

Jom kempiskan perut mereka (dan kita)!

ZETI HAFIZA
0199366681

Promosi Shaklee Mei 2014 : Beli 6 Percuma 1 Meal Shakes

Dapatkan Meal Shake anda dari saya. Call/ text sekarang untuk pertanyaan dan pesanan! Jom sihat.

ZETI HAFIZA
0199366681

5 sebab perut lelaki buncit lepas kahwin


Beberapa bulan lepas kahwin, berat badan #bapakbudak naik mendadak. Tak sampai setahun... dapat pingat PJK pulak - Perut Jalan Ke depan. Kawan-kawan mula tegur, seluar kena tukar bila saiz 3* dah tak muat. Masa tu sebagai isteri, saya tak kisah pun sebab saya rasa lagi hensem bila #bapakbudak tu berisi sikit. Kalau tak nampak macam tak cukup makan bila kurus kering seperti sebelum kahwin.

Lelaki yang mengalami masalah ni biasa akan selamatkan diri dengan statement : "Lelaki buncit lepas kahwin lebih seksi.. " Hehehehe.. (Seksilah sangatttt)


Melalui pemerhatian dan pembacaan saya, ada 5 sebab perut lelaki buncit selepas kahwin : 


  1. Kurang Senaman : Kebanyakan lelaki semakin kurang melakukan aktiviti senaman atau riadah selepas kahwin. Kebanyakan memberi alasan kurang masa. Malah ada yang hilang minat terhadap sukan kegemaran mereka selepas kahwin.
  2. Cara Pemakanan : Salah satu alasan lelaki yang popular adalah - makanan! Maklumlah masa bujang dulu makan tidak menentu. Selalunya nasi bungkus je. Dah kahwin, isteri masak sedap-sedap, kaya dengan lemak dan gula lagi. Manalah tak bertambah kalori. Bagi isteri yang tak memasak pula, alasan suami - 'terpaksa' teman isteri makan di luar lewat-lewat malam
  3. Cara Hidup : Perubahan rutin mungkin menyumbang kepada penambahan lemak viseral pada bahagian perut lelaki selepas kahwin. Jika dulu selepas waktu pejabat atau hari minggu ada sahaja aktiviti luar bersama geng-geng mengeteh, selepas berkahwin mungkin lelaki lebih banyak menghabiskan masa atas sofa menonton TV bersama isteri sambil kudap-kudap makanan ringan! Lebih advance, mungkin lelaki lebih banyak 'masa' diluang di atas katil berbaring sambil berbual dengan isteri.
  4. Faktor usia : Mulai usia 30 tahun, metabolisma badan akan mulai merosot. Jika tidak dikawal, ia akan menyebabkan gangguan kepada sistem penghadaman, perkumuhan dan percernaan secara perlahan tanpa disedari. Gangguan seperti ini secara tidak sedar akan menyebabkan pertambahan lemak pada lelaki.  
  5. Perubahan Hormon : Kajian Universiti Northwestern mendapati, kebanyakan lelaki mengalami perubahan penurunan hormon testosterone selepas berkahwin dan paras hormon tersebut semakin menurun setelah bergelar bapa. Menurut Dr. Natasha Turner, ketidakseimbangan hormon mempunyai kaitan dengan lemak berlebihan di bahagian perut lelaki dan perempuan.  
Cuba perhatikan suami kesayangan masing-masing yang mengalami masalah perut buncit ni. Ada tak kaitan dengan 5 sebab yang saya senaraikan di atas? Jika ada, lakukan sesuatu. Jangan pandang ringan pada perut yang 'naik' selepas kahwin ni. Bukan sahaja ia mengganggu penampilan suami kesayangan kita... Ia sebenarnya antara pentunjuk kepada masalah kesihatan yang lebih serius seperti masalah berkaitan jantung, diabetes, gout dan sebagainya.

Nak tau rahsia #bapakbudak dapat trim perut beliau? Tunggu perkongsian saya akan datang!

Isteri si dia yang prihatin,

ZETI HAFIZA
0199366681

Kenapa kena tukar cermin mata setiap kali beranak?

Haaa... hari ni nak gi collect cermin mata baru kat kedai. Maklumlah, sejak beranak memang standard berganti spek 2 kali bagi setiap anak. Hebat tak? Ni jangan pulak ada yang takmo beranak sebab taknak kerap ganti cermin mata! Cerita ni berdasarkan pengalaman saya, mungkin ibu-ibu berkacamata lain tak perlu pun tukar spek lepas beranak.

Jangan salah faham. Bukan maknanya keluar labour room atau masa pantang terus kena gi tukar spek. Hahahaha.. ada ke macam tu? Sebenarnya nak cerita tentang keaktifan anak-anak saya yang sangat suka sabotaj spek ibu mereka. Anak sulung, Ahmad Nabil paling sopan sebab hanya satu sahaja spek ibu dipatahkan. Memang tabiat anak-anak saya suka tarik cermin mata ketika sedang disusukan. Lepas kejadian tu saya pakai contact lens je. Dah besar sikit baru saya kembali berkaca mata. Keluar anak kedua, Ahmad Naufal... 2 buah cermin mata pula yang rosak. Puas sorok, jumpa je dia... Terbaru, Ain Nashwa yang baru berusia 8 bulan dah pecahkan cermin mata ibu.

Pengajarannya, ibu-ibu berkacamata kena berhati-hati. Kalau ibu tak cuai atau anak tak lasak sangat... mungkin tak berlaku kejadian berganti-ganti cermin mata ni. Heeee

Apapun, boleh juga usaha untuk tidak memakai cermin mata. Kawan-kawan seangkatan ramai juga yang buat lasik. Ada juga yang dah berjaya turunkan power spek mereka dengan mengamalkan Carotomax Shaklee. Bahkan, sampai tahap tidak perlu pakai cermin lagi kerana masalah rabun pulih sepenuhnya.
Carotomax ni adalah pro Vitamin A yang sangat bagus untuk kesihatan mata. Saya pun sedang berusaha amalkannya. Harap-harap ada kesan positif pada masalah rabun jauh ni. Insya Allah.
Nak Cuba Carotomax, boleh hubungi saya ye!


Ibu berKacamata,

ZETI HAFIZA
+60199366681

Master Celebration Wan Fatihanum & Norazrin

 

Alhamdulillah.  Hari ni diberi kelapangan untuk join Master Celebration Shaklee untuk dua orang geng iReach - Wan Fatihanum dan Norazrin. 

Bagi yang tak tahu, Master Coordinator ni pangkat tertinggi dalam sistem pemasaran Shaklee. Banyak manfaat bila berjaya sampai peringkat ni tau. Yang best dapat peluang untuk ditaja percutian 6 bintang dalam dan luar negara, dapat juga Bonus Kereta dalam bentuk tunai setiap bulan, dijemput dalam event anjuran Shaklee dan paling meletop, income tahunan dianggarkan RM600,000 setahun (sebenarnya RM600k sebulan pun ada)

Dan kalau nak tahu, Shaklee bukan MLM cepat kaya, jual sistem, cari kaki atau kena beli produk beriban2 untuk beli pangkat. NO!! Kalau ada yang buat begitu, bukan dari iReach la tu. Kami benar-benar berasaskan jualan produk dan patuh dengan peraturan yang ditetapkan syarikat. 

Nak jugak rasa keseronokan seperti saya rasa hari ni? Jom calling-calling saya sekarang!

Master-to-be,

ZETI HAFIZA
0199366681

Gengstar Sharodz 5 Zainab 2 & Ayam Masak Bali


Hari ni geng ex-kelas 5 Zainab 2 Sharodz 1998 berborak pasal masakan di group WhatsApp kami. Jangan tak tau, walaupun masa sekolah dulu kami nampak ganas dan sesekali nampak ala-ala tomboy ke hape.. tapi sekarang kami dah jadi isteri-isteri solehah yang ayu-ayu gitew. Borak pun taklah bergossip buat ketupat bagai... selalunya kami berkongsi tips keibubapaan, tukar resepi dan paling penting saling tukar-tukar memberi tazkirah. Wocheh... macam ustajah pilihan dah sekarang. Kira ni gangster Sharodz dah insaf dan bertaubat la. Hehehe.. Ameen.

Dalam group kami ada yang pandai masak Asam Pedas Melaka sampai hampir setiap hari suami suh buat tau. Yang pandai buat cookies pun ada, siap jadi pembekal biskut kat KL ni ha. Paling ngetop cik kak yang pandai buat kek tu la. Dah terliur pulak dibuatnya tengok kek pandan keju meleleh...

Saya?? Hehehe.. kategori wasathiah la bab masak ni. Cukup la nak bagi suami dan anak-anak makan. Walaupun balik kerja hampir jam 7 malam, akan diusahakan untuk masak sendiri. Terinspirasi dengan bonda tercinta, Hjh. Siti Hawa Hj. Ibrahim yang tetap memasak untuk keluarga walaupun bekerja dengan anak 6 orang pula tu. Sampai sekarang, ibu masih memasak di rumah walaupun kadang-kadang tinggal berdua je dengan ayah.

Hasil chit chat dengan kawan-kawan tadi, memberi ilham untuk saya buat Ayam Masak Bali. Asalnya makan masakan ni di satu restoren masakan Jawa. Sedap betul, terus ku Google resepi dan cuba. So ni resepi versi Kak Apis yang diubahsuai sesuka hati.


RESEPI AYAM MASAK BALI Versi Kak Apis


Bahan-bahan kisar

7 ulas Bawang Merah
2 ulas Bawang Putih
2 batang serai
3 biji lada hidup
3 biji cili api

Bahan-bahan tumbuk

1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh ketumbar biji

Bahan-bahan lain

1/2 ekor ayam
Kicap pekat (ikut selera)
2 helai Daun Limau
1 tangkai Daun Kari
1 batang serai dititik
1 Asam Keping
*Garam dan gula jika perlu

Cara Masak

1. Perap ayam dengan bahan kisar, bahan tumbuk dan kicap pekat. 
2. Agak-agak dah cukup diperap, gorengkan ayam sahaja tanpa bahan perap 
3. Bila ayam dah hampir masak, masukkan semua bahan perap tadi bersama bahan lain (daun kari, daun limau, serai dan asam keping)
4. Sesuaikan rasa. Masak hingga bahan perap hampir kering. 


SIAP!!!
Macam senang je kan. Sebenarnya boleh sesuaikan ikut selera. Ada yang pakai cili api sahaja, ada yang pakai kicap manis, ada yang pakai ketumbar dan jintan serbuk je. Cara saya, cuma gunakan bahan yang ada di rumah seperti kicap masin (sebab tu saya tak letak garam) dan rempah biji yang ditumbuk sahaja.
Kalau suka rasa rempah, boleh letak lebih... cuma kalau badan panas nanti, tanggung sendiri ye... kena minum air banyak atau ambil sahaja Performance Drink Shaklee untuk seimbangkan cecair dan caj dalam badan. 



Selamat Mencuba!
Chef Kak Apis 

Saja letak serai, daun kari dan daun limau kat atas bila nak snap gambar ni. Heheheh

5 kesan negatif jika anak dara tak cukup kalsium

Hari ni ahkak nak gossip sikit pasal ilmu kewanitaan. Ibu-ibu kena ambil tahu, terutamanya jika ada bakal anak dara di rumah tu. Sangat penting tau untuk pastikan anak-anak perempuan kita yang sedang membesar ni dapat cukup kalsium. Sebab kalsium ni sangat penting dalam hal ehwal keperempuanan dan sangat kritikal sebelum mereka akil baligh lagi. Kenapa?

Merujuk kepada Bakhru, H.K. dalam buku beliau mengenai vitamin.. anak-anak gadis muda yang kekurangan kalsium berisiko untuk menghadapi masalah ini :

1. Lambat akil baligh
2. Haid tak teratur
3. Senggugut dan haid berlebihan
4. Kurang darah @ anemia
5. Badan kurang daya tahan terhadap penyakit

Haaa... see? Ibu-ibu kena take note ye. Memang biasa lah anak-anak dara ni kadang tak suka minum susu. Kalau air manis terutamanya yang bikarbonat tu memang tak payah suruh minum kan? Tapi jangan risau, banyak makanan yang kaya kalsium seperti udang, kacang badam, bunga kobis dan banyak lagi. Jika agak-agak mereka tak konsisten pengambilan makanan tinggi kalsium, boleh amalkan OsteMatrix Shaklee. Boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Mak Dara Somel,

ZETI HAFIZA
0199366681

Vitamin Shaklee untuk masalah darah tinggi

Terkejut juga baca surat khabar baru-baru ni tentang penyakit darah tinggi. Ada 3 fakta yang patut kita tahu :

  1. 4.8 juta rakyat Malaysia menghidap penyakit darah tinggi. 
  2. 42% orang dewasa Malaysia yang berusia lebih dari 30 tahun menghidap penyakit darah tinggi. 
  3. Kurang dari 10% pesakit darah tinggi di Malaysia yang dapat mengawal tekanan darah mereka untuk berada di dalam kadar yang dianggap sihat.


Patutlah akhir-akhir ni ramai kawan yang lebih kurang sebaya saya dah mula bertanya mengenai supplement yang sesuai untuk masalah ini. So, secara ringkas saya cadangkan set ini untuk pesakit darah tinggi. Hubungi saya untuk maklumat lanjut ye.

Cara dapatkan gigi dan gusi cantik - Nasihat dari Doktor Pergigian

Info dari Dr. Zakiah


Seronok betul follow Page Facebook Impian Keluarga Sihat yang dikendalikan sepasang suami isteri yang juga doktor pergigian, Dr. Zaharuddin dan Dr. Nor Zakiah ni. Al maklumlah, saya ni masa kecil dulu dahla suka makanan manis-manis, takut pula nak jumpa doktor gigi. Kesihatan gigi memang tak diamalkan. Akibatnya gigi jadi tak berapa cantik berpalam sana sini. Dah dewasa ni baru ada kesedaran. Harap-harapnya saya dapat galakkan anak-anak jaga kesihatan gigi sebelum terlewat. Jemputlah 'LIKE' page sahabat saya ni untuk dapatkan maklumat berkaitan.

Tanda-tanda gusi bermasalah:

  • gusi merah, bengkak dan mudah berdarah
  • mulut berbau
  • gigi bergoyang
  • gusi susut dan gigi nampak panjang

Kebaikan vitamin c kepada kesihatan gusi:


  • menguatkan tisu gusi
  • kurangkan keradangan gusi
  • menghalang kehilangan tulang
  • tingkatkan penyerapan kalsium
  • menghalang pembentukan plak (taik gigi)
  • cepatkan luka sembuh
  • bantu kurangkan gusi berdarah

Tips penting kesihatan gigi dan gusi :

  • Berus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari
  • Menggunakan ubat gigi berfluorida
  • Berjumpa doktor gigi 6 bulan sekali

Sesiapa di Melaka yang perlukan perkhidmatan pergigian, oleh datang ramai-ramai ke Klinik Pergigian Impian milik Dr. Zahar dan Dr. Zakiah di Bandar melaka ye (berhampiran Melaka Sentral)

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan! 

ZETI HAFIZA ZAKARIA
+6019 936 6681
bigsmilezone@gmail.com

Sumber kalsium terbaik untuk ibu mengandung

Kenapa kalsium penting kepada kaum ibu-ibu

Kalsium ni adalah mineral paling banyak diperlukan badan manusia iaitu 1,000mg sehari, terutamanya bagi ibu mengandung dan selepas melahirkan. Kenapa kritikal sangat kalsium ni kepada ibu-ibu? 


Semasa mengandung, kalsium sangat-sangat diperlukan untuk pembentukan bayi. Jika ibu tidak mendapat bekalan kalsium mencukupi dari makanan, simpanan kalsium pada tulang akan digunakan. Bayangkanlah macam empangan air, kalau simpanan air tak bertambah disebabkan hujan tak turun atau musim kemarau yang panjang... lama kelamaan makin kuranglah air dalam empangan tu kan?



Bila stok kalsium dalam tulang digunakan, lama-kelamaan kepadatan tulang akan berkurang. Katakan mengandung lagi anak kedua, ketiga, keempat dan seterusnya (wah, ramainya!) tetapi masih lagi tak makan makanan yang tinggi kalsium. Alamatnya, makin kuranglah kepadatan tulang hingga meningkatkan risiko tulang rapuh atau Osteoporosis. Jangan ambil ringan tau. Statistik menunjukkan 40% wanita berusia 30 tahun dan ke atas berisiko dapat penyakit ni. Dan seorang dari tiga wanita berumur 50 tahun ke atas cenderung mengalami patah tulang pinggul akibat Osteoporosis. 


Sumber Kalsium terbaik


Sumber kalsium terbaik adalah dari makanan seperti susu, sayuran, buahan, ikan/ daging dan kekacang. Tapi memang kena ambil dalam kuantiti yang banyak la makanan-makanan ni semua untuk dapatkan 1,000mg kalsium sehari. Contoh makanan yang bersamaan dengan 1,000mg kalsium :
  • 3.5 cawan susu 
  • 17.5 jus carrot dlm tin 
  • 13.5 biji buah oren saiz besar 
  • 3.3 cawan (780 g) bayam
Atau boleh juga bahagikan 1,000mg dalam sehari kepada hidangan makanan berbeza seperti:
  • Sarapan : 2 waffle serat tinggi, setengah cawan yogurt rendah lemak, suku cawan kopi susu
  • Minum pagi : 1 auns kacang badam
  • Makan tengahari : satu mangkuk bayam berkeju, 1 cawan strawberi, 2 auns avokado
  • Makan malam : dada ayam panggang, 1 cawan brokoli, 1 auns keju kambing, 1 potong roti serat tinggi, 1 cawan ulaman
Haa... seronok kan tengok menu sihat yang kaya dengan nutrien seimbang? Sayangnya, saya secara peribadi mengaku tidak dapat jamin gaya pemakanan saya sihat dan ideal. Tambahan pula banyak faktor lain yang kena ambil kira - tabiat makan makanan segera/ diproses, persekitaran tercemar, masalah penghadaman dan banyak lagi faktor yang mungkin menganggu penyerapan kalsium yang optimum. 

Suplemen kalsium


Sebenarnya, ibu-ibu tidak perlu pun ambil makanan tambahan atau suplemen kalsium jika mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang setiap hari. Sebaliknya, jika ibu-ibu yang tidak dapat pastikan pengambilan makanan yang tinggi kalsium setiap hari atau ada masalah dengan pengambilan makanan tinggi kalsium, boleh dapatkan pandangan dan nasihat professional mengenai masalah ini. Jika perlu ambil supplemen kalsium, pilihlah OsteMatrix dari Shaklee kerana : 
  • mengandungi 1,000 mg Kalsium (100% dari keperluan harian) dari sumber semulajadi yang mudah diserap
  • mengandungi 400 mg Magnesium (100% dari keperluan harian) yang membantu proses penggabungan Kalsium dalam tulang 
  • mengandungi 400 IU vitamin D (100% dari keperluan harian) yang menggalakkan penyerapan Kalsium
  • Terbukti secara klinikal : pengambilan 2 kaplet OsteMatrix dapat meningkatkan kandungan Kalsium dalam darah selama 12 jam 
  • Kalsium citrat dapan mencegah sembelit yang disebabkan kalsium dalam bentuk lain 
  • Kaplet yang mudah ditelan


Hubungi saya untuk pesanan prodduk/ sebarang pertanyaan!

ZETI HAFIZA ZAKARIA
+6019 936 6681
bigsmilezone@gmail.com

Budak Sudoku - suka menconteng dinding tanda anak bijak?

Naufal sekarang dah 3 tahun 4 bulan. Perangai dia memang 360 darjah terbalik dari Abang Nabil yang cool tu. Bukan nak banding-bandingkan anak tau. Masing-masing ada kelebihan dan keunikan tersendiri. Semua anak dijadikan hebat. Kita ibu bapa yang mencorakkan mereka. 

Anak yang sangat aktif


Masa kecil Naufal sangat aktif dan suka lakukan aksi yang mengilukan hati ibu. Hehehe.. nak gugur jantung tengok dia panjat grill pintu sampai atas masa umur setahun lebih. Ikan-ikan dalam akuarium nyaris mati bila Naufal masukkan segala macam benda dalam tu termasuk sos tomato. Kalau pergi tempat awam, satu saat pun tak boleh terlepas dari pandangan. Setiap kali solat di R n R atau shopping complex, memang tangan Naufal kena ikat dengan kain bersambung dengan kaki ibu untuk elakkan dia merayau. Di rumah pengasuh, Naufal paling lasak. Anak orang lain kerap dibuli walaupun mereka lebih dewasa. Baju raya ibu kena gunting dek Naufal menjelang aidilfitri. Lantai rumah kena conteng dengan marker. Ayahnya gelar Naufal 'budak sudoku' sebab masa mengandungkan dia ibu ketagihan main sudoku yang amat. 5 buah buku sudoku yang mengandungi beribu puzzle habis dikerjakan ibu sepanjang 8 bulan mengandung (Naufal lahir awal sebulan). Agaknya sebab tu sejak lahir hingga sekarang, Naufal suka bagi "puzzle" untuk ibu dan ayah ye?


Anak bijak dan kreatif


Ibu bapa kena sabar banyak-banyak dengan anak sebegini. Salurkan pada perkara yang positif. Kalau dia suka menconteng dinding, sediakan ruang khas menconteng atau cat je rumah dengan cat yang kalis dakwat tu. Kes Naufal ni suka conteng lantai. So.. kami kena pastikan stok Multipurpose Cleaner Basic H Shaklee yang power sentiasa ada di rumah. Walaupun sesekali berebut dengan Naufal yang suka guna spray Basic H untuk memburu dan membunuh semut, kami tak kisah sebab Basic H ni selamat dan tidak mengandungi bahan berbahaya.

Kemudian seperti biasa Naufal akan ulang lagi tabiat kreatif tu. Ibu bila rasa nak marah dengan hobi menconteng Naufal, ibu akan ingat senyuman dia yang manis tu dan positifkan diri - anak menconteng kerana dia bijak dan kreatif sebenarnya. Kalau geram sangat, ibu buat-buat marah sikit sambil cakap pada dia "Naufal ni buat perangai sebab dah besar nanti nak jadi Hafiz kan?"

Boleh pula dia jawab : "Nama saya Naufal lah, bukan Hafiz"

Ok. Sabar jelah ibu, menjawab statement ibu pun tanda-tanda budak cerdik la tu.

Ibu Budak Sudoku,
ZETI HAFIZA

Hasil seni Naufal guna permanent marker. Mujur ada Multi Purpose Cleaner ni.

Walaupun gigi atas rongak, senyuman manis ni la selalu buat ibu tak jadi marah

Ibu Mengandung yang tak minum susu akan lahirkan anak yang bantut?

Susu ibu mengandung


Kalau pergi ke pasar raya atau kedai runcit keperluan harian, biasa tak jumpa susu untuk ibu mengandung? Macam best kan jadi ibu ni, siap ada susu khas untuk ibu mengandung dan menyusu. Susu untuk bapa 'mengandung' takde pulak ye.. hehehe. Jangan marah ye bapak-bapak 'mengandung'!

Secara peribadi, saya bukanlah penggemar tegar mahupun anti kepada susu. Kiranya bukan hari-hari saya minum susu, sesekali kalau ada susu segar tu memang saya boleh tolong habiskan. Masa mengandung pun macam tulah saya, tak de la minum susu hari-hari. Ikut suka je minum bila rasa nak minum. Bila disahkan mengandung  anak sulung bersemangat waja membeli susu khas untuk ibu mengandung. Rupanya bukan mudah nak telan susu tepung masa awal-awal mengandung. Tekak cepat je kembang bila morning sickness melanda. Kebetulan pula bila checkup prenatal, staff nurse menakut-nakutkan pula dengan cerita minum susu khas ibu mengandung ni nanti anak yang lahir tu besar sebab kandungan gula tinggi dalam susu tu. Sudahnya, tak habis pun susu saya beli tu sampai selamat bersalin.

Anak kedua dan ketiga saya lebih gemarkan susu segar. Memang tak heran la dengan susu tepung. Bila muak dengan rasa susu yang plain, saya akan buat milkshake macam resepi di sini. Sedap ko! sampai menjilat mug dibuatnya.

Anak bantut jika ibu tak minum susu masa mengandung?


Pernah dengar tak orang cakap camtu? Ada pulak kawan saya yang tengah mengandung tanya kelmarin. Punyalah dia risau.. sebab dia memang alergi susu sejak kecil. Betul ke anak yang dilahirkan akan terbantut tumbesaran jika ibu tidak minum susu masa mengandung? Jawapannya boleh jadi ye atau tidak - bergantung kepada tahap kesihatan dan cara pemakanan ibu. Sebab susu bukan isu sebenar. Sebaliknya masalah kekurangan kalsium pada ibu yang MUNGKIN akan mempengaruhi anak yang bakal lahir kelak. Kenapa?

Dalam buku "Vitamin That Heal - Natural Immunity For Better Health" karya H.K. Bakhru, ada ditulis mengenai kesan kekurangan kalsium. Salah satu yang dinyatakan adalah anak yang dilahirkan oleh ibu yang kekurangan kalsium secara umumnya akan juga menghadapi masalah kekurangan kalsium. Jika anak yang kekurangan kalsium tu juga mengalami kekurangan protein, vitamin dan mineral pada masa yang sama... memang akan berisiko terganggu tumbesaran atau bantut. Antara kesan kekurangan kalsium pada kanak-kanak adalah seperti :

Sumber gambar : www.utusan.com.my

  • tulang tidak kuat 
  • kurang selera makan
  • masalah penghadaman
  • cirit birit
  • gigi lambat tumbuh
  • leher kurus
  • kepala besar
  • imuniti lemah
  • masalah berkaitan pernafasan
  • jangkitan usus

Ha... serius kan? Macam tak percaya je kekurangan kalsium + kekurangan nutrisi ni akan menyebabkan macam-macam masalah kesihatan lain. So, ibu-ibu kena pastikan masa mengandung lagi dah ambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. Jangan kerana kecuaian kita masa mengandung ni bagi kesan pada anak yang bakal lahir. Kalau tak minum susu, jangan risau. Banyak lagi makanan di dunia ni yang kaya dengan kalsium selain susu ye kawan-kawan. Bagaimana nak pastikan kita dapat 1,000mg kalsium sehari? Tunggu post saya seterusnya ye! 

* bantut : masalah tumbesaran yang tidak normal akibat daripada cara pengambilan nutrien yang tidak seimbang
 


Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan!


ZETI HAFIZA ZAKARIA
+6019 936 6681
bigsmilezone@gmail.com

Rahsia baby Ain Nashwa duduk diam dalam carseat

Hari ni tiba-tiba 'ter'balik kampung berdua dengan Cik Kuntum, Ain Nashwa. Sejak lahir rasanya ni first time drive dalam tempoh lebih 90 minit berdua dengan dia. Nervous juga mula-mula tu. Tapi tabahkan hati jugak sambil recall pengalaman lepas dengan abam-abam beliau sebelum ni .

Baby yang aktif dan sensitif


Sejak masuk umur 7 bulan sampai hari ni (8 bulan), Ain Nashwa memang meragam sikit. Agaknya sebab beralih bulan atau 'growth spurt' kata orang kampung den. Yelah, dalam masa sebulan ni banyak sangat perubahan berlaku pada Cik Kuntum.. menyebabkan dia agak cerewet. Tempoh ni la gigi kedua dan ketiga tumbuh, nak belajar berdiri dan beralih menu dari single fruit/ vege puree ke menu lebih advance. Ibu memang pening2 lalat layan perangai fussy dan cranky Cik Kuntum ni, sampai amek extra B Complex bagi menggantikan ubat penenang.  Hehehe.. 

Travel dengan baby kecil


Ibu bapa yang travel dengan anak-anak memang perlu plan awal. Walaupun saya taklah travel berhari-hari dengan motorhome di Australia macam mentor biz Master Zainul and Master Lyna, asalkan lebih setengah jam dalam kete ngan anak.. saya memang kena ready awal supaya perjalanan lancar dan selamat. Apatah lagi kalau travel dengan baby kecil kan? Kalau kita pun tau penat dan letih, anak-anak kecil lebih fragile dan lemah. So.. get prepared!

Tips baby Ain Nashwa duduk diam dalam car seat


Saya cuma nak kongsi pengalaman, apa saya dan Cik Kuntum yang comel buat masa dalam perjalanan tadi.

  1. Pastikan baby selesa - ni memang basic. Penting tau bagi baby makan dan menyusu dulu, bersihkan badan, check diapers dan pakaikan pakaian sesuai sebelum mulakan perjalanan. Dalam kenderaan, pastikan suhu tak terlalu sejuk atau panas. Boleh juga pasangkan muzik ala-ala lullaby atau nursery rhymes.  Paling bagus alunan ayat Al Quran dan Zikir.
  2. Masa dan cuaca sesuai - elakkan perjalanan di waktu cuaca panas atau di waktu baby sedang aktif nak bermain. Saya selalu target masa baby nak tidur baru mulakan perjalanan. Dalam keadaan tu, sekejap je lepas mulakan perjalanan baby akan tidur. Kadang-kadang punyalah lena, sampai ke destinasi barulah baby terjaga. Ibu yang memandu jangan ikut lena sekali ye. Kalau tak tahan sangat, telan CoQ Health atau togokla Performance Drink ke.. Cinch Tea ke.. Tak tahan jugak, berenti rehat ye.
  3. Sediakan aktiviti ringkas - Jika baby tak tidur, jangan biarkan dia kebosanan dan akhirnya meragam. Boleh sediakan mainan, makanan ringan atau sebagainya. Untuk Cik Kuntum saya bawa sedikit mainan dan potongan timun sebagai teether. Abangnya Naufal dulu memang selalunya saya bawa seplastik penuh dengan carrot stick untuk pastikan dia duduk tetap di tempat duduk. Kalau tak satu flight dia ronda!

Ok supermoms dan superdad! Harap bermanfaat. Drive safely.

Ibu Cik Kuntum,

ZETI HAFIZA 

Rahsia Cik Kuntum adalah Timun di tangannya!
 

PROMOSI SHAKLEE APRIL 2014 : BELI 6 BOTOL OSTEMATRIX, PERCUMA 1 BOTOL



Wah.... teruja betul dengan promosi bulan April 2014 dari Shaklee ni. Beli 6 botol OsteMatrix dapat Percuma 1 botol lagi! Memang ni supplement wajib saya sejak beranak pinak. Maklumlah, nak minum susu hari-hari tak berapa nak rajin. Bila dah beranak tiga dan semuanya menyusu badan hingga umur mereka 2 tahun, memang ketara tanda-tanda kekurangan kalsium pada ibu mereka ni. Sebulan sebotol memang wajib sebab ada 120 biji dalam setiap botol. Sehari saya ambil 4 botol seperti dicadangkan. Alhamdulillah... masalah kebas-kebas, cepat lenguh, sembelit, rambut gugur dan gigi rapuh makin berkurangan. 

Bukan sekadar kalsium

Paling best, OsteMatrix ni bukan sekadar Kalsium ye.. ia lengkap dengan Magnesium, Vitamin D dan mineral lain yang diperlukan untuk melengkapi tindakan Kalsium dalam badan kita. Special tau, tak semua supplement kalsium lengkap sebegini. Jangan tunggu lagi.  Dapatkan stok korang sekarang!


Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan!

ZETI HAFIZA ZAKARIA +6019 936 6681
www.facebook.com/bigsmilezone
bigsmilezone@gmail.com

Cara-cara cegah gastrik

Pengalaman diserang gastrik

Ramai je yang pernah kena gastrik kan? Zaman anak-anak dara dulu memang saya ni selalu kena gastrik. First time kena masa form 4 kat Sharodz dulu. Asalnya saya selalu skip waktu makan disebabkan kesuntukan masa, sibuk dengan aktiviti lain dan kadang-kadang sebab terikut-ikut trend anak dara jaga badan. Hehehehe… Akibatnya, gastrik dah jadi rutin saban waktu. Pantang terlewat makan, bersedialah untuk berguling-guling menahan sakit atas katil. Kalau tersilap makan seperti makanan pedas, berminyak, sejuk atau berangin pun boleh mendatangkan serangan gastrik. Bukan sekadar sakit sekejap-sekejap, adakalanya berhari-hari disertai sakit kepala, muntah-muntah dan mabuk. Sakitnya, Allah je yang tahu. Tak sanggup rasa melalui saat-saat tu.

Cara cegah gastrik

Sebenarnya gastrik ni boleh dielakkan dari awal. Bila dapat serangan, ada cara-cara untuk mengurangkan sakit tu. Antara yang saya amalkan : 

1) JANGAN TINGGALKAN/ LEWATKAN WAKTU MAKAN UTAMA – ini memang antara yang paling penting. Ambil sarapan, makan tengahari dan makan malam pada waktunya. Jangan lewatkan atau tinggalkan waktu makan 

2) MAKAN KERAP TETAPI SEDIKIT – makan dalam kuantiti yang banyak pun boleh menyebabkan serangan gastrik. Seeloknya ambil makanan sedikit-sedikit tetapi kerap. Elakkan perut kosong dalam masa yang lama 

3) PILIH MAKANAN YANG SESUAI – bagi saya makanan yang pedas-pedas, berminyak, berlemak dan berangin memang mudah menyebabkan serangan gastrik. Makanan yang tinggi kandungan fiber dan kaya karbohidrat serta protein seperti oat, roti dan soya membantu saya rasa kenyang lebih lama 

4) AMBIL MAKANAN TAMBAHAN YANG MEMBANTU – Saya amalkan makanan tambahan Shaklee sejak tahun 2011 dan Alhamdulillah, serangan gastrik makin berkurang sejak tu. Hingga kebelakangan ni, boleh dikatakan saya tidak sakit lagi. Set Gastrik Shaklee terdiri dari ESP, OsteMatrix, B Complex dan Peppermint-Ginger Plus 

Korang jangan ambil mudah tau masalah gastrik ni. Jika dibiarkan berterusan boleh mendatangkan mudarat lebih besar. Langkah pencegahan memang perlu kerana rawatan gastrik ni bukannya mudah. Jika nak tau tentang Set Gastrik Shaklee dan bagaimana ia membantu, boleh hubungi saya sekarang!

rawatan gastrik, petua gastrik, ubat gastrik
credit picture : http://dmatxi.com/



ZETI HAFIZA ZAKARIA

 +6019 936 6681
www.facebook.com/bigsmilezone
bigsmilezone@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...