Gengstar Sharodz 5 Zainab 2 & Ayam Masak Bali


Hari ni geng ex-kelas 5 Zainab 2 Sharodz 1998 berborak pasal masakan di group WhatsApp kami. Jangan tak tau, walaupun masa sekolah dulu kami nampak ganas dan sesekali nampak ala-ala tomboy ke hape.. tapi sekarang kami dah jadi isteri-isteri solehah yang ayu-ayu gitew. Borak pun taklah bergossip buat ketupat bagai... selalunya kami berkongsi tips keibubapaan, tukar resepi dan paling penting saling tukar-tukar memberi tazkirah. Wocheh... macam ustajah pilihan dah sekarang. Kira ni gangster Sharodz dah insaf dan bertaubat la. Hehehe.. Ameen.

Dalam group kami ada yang pandai masak Asam Pedas Melaka sampai hampir setiap hari suami suh buat tau. Yang pandai buat cookies pun ada, siap jadi pembekal biskut kat KL ni ha. Paling ngetop cik kak yang pandai buat kek tu la. Dah terliur pulak dibuatnya tengok kek pandan keju meleleh...

Saya?? Hehehe.. kategori wasathiah la bab masak ni. Cukup la nak bagi suami dan anak-anak makan. Walaupun balik kerja hampir jam 7 malam, akan diusahakan untuk masak sendiri. Terinspirasi dengan bonda tercinta, Hjh. Siti Hawa Hj. Ibrahim yang tetap memasak untuk keluarga walaupun bekerja dengan anak 6 orang pula tu. Sampai sekarang, ibu masih memasak di rumah walaupun kadang-kadang tinggal berdua je dengan ayah.

Hasil chit chat dengan kawan-kawan tadi, memberi ilham untuk saya buat Ayam Masak Bali. Asalnya makan masakan ni di satu restoren masakan Jawa. Sedap betul, terus ku Google resepi dan cuba. So ni resepi versi Kak Apis yang diubahsuai sesuka hati.


RESEPI AYAM MASAK BALI Versi Kak Apis


Bahan-bahan kisar

7 ulas Bawang Merah
2 ulas Bawang Putih
2 batang serai
3 biji lada hidup
3 biji cili api

Bahan-bahan tumbuk

1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh ketumbar biji

Bahan-bahan lain

1/2 ekor ayam
Kicap pekat (ikut selera)
2 helai Daun Limau
1 tangkai Daun Kari
1 batang serai dititik
1 Asam Keping
*Garam dan gula jika perlu

Cara Masak

1. Perap ayam dengan bahan kisar, bahan tumbuk dan kicap pekat. 
2. Agak-agak dah cukup diperap, gorengkan ayam sahaja tanpa bahan perap 
3. Bila ayam dah hampir masak, masukkan semua bahan perap tadi bersama bahan lain (daun kari, daun limau, serai dan asam keping)
4. Sesuaikan rasa. Masak hingga bahan perap hampir kering. 


SIAP!!!
Macam senang je kan. Sebenarnya boleh sesuaikan ikut selera. Ada yang pakai cili api sahaja, ada yang pakai kicap manis, ada yang pakai ketumbar dan jintan serbuk je. Cara saya, cuma gunakan bahan yang ada di rumah seperti kicap masin (sebab tu saya tak letak garam) dan rempah biji yang ditumbuk sahaja.
Kalau suka rasa rempah, boleh letak lebih... cuma kalau badan panas nanti, tanggung sendiri ye... kena minum air banyak atau ambil sahaja Performance Drink Shaklee untuk seimbangkan cecair dan caj dalam badan. 



Selamat Mencuba!
Chef Kak Apis 

Saja letak serai, daun kari dan daun limau kat atas bila nak snap gambar ni. Heheheh

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...