Anak-anak sedang belajar atau mak bapak budak sedang belajar selalunya sibuk dengan buku, kerja rumah, tugasan dan peperiksaan atau ujian. Kesibukan ni kadang-kadang menyebabkan mereka tak berselara makan atau terlepas waktu makan. Sebenarnya perkara ni tak patut berlaku. Belajar memerlukan tenaga untuk berfikir dan memerah otak. Oleh itu, sesibuk mana pun seorang pelajar tu... pemakanan mesti dijaga.
Sesetengah makanan adalah sangat baik untuk perkembangan otak. Ia sangat digalakkan untuk diambil oleh mereka yang sedang belajar atau mereka yang banyak menggunakan otak dan berfikir dalam aktiviti harian.
Berikut adalah 7 jenis makanan yang membantu perkembangan otak :
- Susu dan yogurt : Susu dan produk susu seperti yogurt dan keju kaya dengan
protein vitamin B yang penting untuk kesihatan otak. - Oat : Salah satu makanan yang mudah dimakan sewaktu sarapan adalah oat. Oat ni sejenis bijirin yang kaya dengan serat yang diproses perlahan dalam sistem penghadaman. Serat ni memberi tenaga kepada otak.
- Kurma : Makanan ini kaya dengan multivitamin dan antioksidan. Kajian menunjukkan kurma membantu menguatkan daya ingatan.
- Badam : Seperti ikan, badam juga kaya dengan asid lemak baik untuk makanan otak. Badam kaya dengan Omega-6 seperti kekacang lain.
- Sayuran hijau : Brokoli, bayam, kailan dan sayuran hijau lain kaya dengan pelbagai nutrien seperti folate. Kajian menunjukkan folate adalah sangat penting dalam fungsi otak.
- Dark Chocolate : Berita baik untuk penggemar coklat! Coklat gelap terutamanya kaya dengan koko yang diketahui tinggi antioksidan. Coklat juga dikatakan membantu aliran darah yang lancar ke otak.
Selain dari mengamalkan makanan di atas... saya sebagai ibu kepada anak-anak yang sedang belajar dan pada masa yang sama sedang menyambung pengajian di peringkat Sarjana, saya juga mengambil supplement Shaklee berikut untuk membantu kesihatan otak :
- ESP Soy Protein Isolate : Minuman protein dari soya yang kaya dengan asid amino yang menyokong kesihatan otak.
- B-Complex : Vitamin B adalah penting untuk fungsi otak normal
- Omega Guard : Minyak ikan berkualiti tinggi yang mengandungi kandungan Omega-3 yang tinggi dan tulen.
- Lecithin : Mengandungi kolina yang membantu sel otak berkomunikasi antara satu sama lain.
- MealShakes : Minuman protein berasaskan susu yang diperkaya dengan multivitamin dan multimineral
Produk-produk ini bukan sahaja untuk orang dewasa, malahan sesuai juga untuk anak-anak dan seisi keluarga.
Bagaimana dengan anda... Dah dapatkan makanan terbaik untuk perkembangan minda keluarga? Apa kata sokong juga dengan pengambilan supplement ini.
Dapatkan produk sekarang dari saya, konsultan produk Shaklee terbaik anda.
No comments:
Post a Comment