DIET : Tips pemakanan ketika berdiet

Diet tidak bermakna anda terpaksa gantikan makanan tengahari anda dengan makanan bayi. Atau hanya makan sayur-sayuran sepanjang hari. Apatah lagi berlapar saban hari hanya untuk mendapat berat badan ideal. Diet yang bijak ialah anda mengubah dan memperbaiki tabiat pemakanan ke arah yang lebih sihat. Berikut adalah beberapa langkah mudah yang boleh anda amalkan untuk perbaiki diet anda:

1. KUDAP KEKACANG

Kekacang mengandungi antioksidan dan nutrien lain yang penting untuk tubuh manusia. Ia baik untuk tubuh kerana kaya dengan Omega-3 dan Omega-6 untuk membantu membaiki kerosakan sel. Amalkan memakan sekurang-kurangnya 2 sudu makan kekacang seperti kuaci bunga matahari, biji labu, bijan, flaxseed dan sebagainya setiap hari. Masukkan ke dalam hidangan sup dan gulai atau taburkan atas hidangan salad sayuran/ buahan anda.

2. ELAKKAN LEMAK 'JAHAT'

Makanan yang kaya dengan lemak tepu atau trans-lemak akan memberi tekanan kepada hati dan jantung anda, serta menaikkan paras kolesterol dalam darah anda. Lemak tepu datang dari sumber haiwan, maka elakkan mengambil mentega dari minyak sapi. Kurangkan pengambilan daging merah dan pilih keju atau susu rendah lemak. Trans-lemak pula adalah lemak yang terhasil dari proses menggoreng. Baca label makanan dan elakkan 'lemak tumbuhan hydrogenated' kerana ia juga adalah sejenis trans-lemak.

3. KUNYAH MAKANAN DENGAN BAIK

Sebelum badan menghadam, makanan perlu dikisar permukaan makanan supaya dapat diserap dengan baik oleh perut. Sekiranya makanan tidak dikisar sempurna, enzim dalam perut dan usus tidak dapat bertindak ke atas keseluruhan permukaan makanan seterusnya proses penyerapan nutrien makanan akan terganggu. Makan perlahan-lahan, kunyah dengan baik sebanyak 10-30 kali sebelum menelan.

4. BIARKAN KULIT

Kulit kentang mengandungi 4 kali lebih zat besi dan 2 kali lebih kalsium. 28% vitamin C pada tomato hilang sekiranya kulit dikupas. Buah epal mengandungi boron yang penting untuk pembinaan tulang, yang terletak kebanyakannya pada bahagian kulit. Makan potongan buah atau sayuran anda dengan kulitnya sekali. Jangan lupa cuci terlebih dahulu bahagian kulit tersebut untuk membuang racun serangga yang mungkin masih melekat.

5. TAMBAH REMPAH SEBAGAI PERASA

Rempah dan herba boleh menambah rasa pada makanan, seterusnya membantu anda mengurangkan garam dan lemak sebagai perasa. Ia juga kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti daun saderi yang kaya dengan vitamin K dan cili yang kaya dengan Vitamin C. Sesetengah herba seperti cili juga boleh meningkatkan dua kali ganda pengambilan antioksidan anda hanya dengan menambah setengah sudu makan ke dalam hidangan harian anda.

6. MASAK GUNA ALAT 'STAINLESS STEEL'

Vitamin dalam sayuran akan hilang apabila direbus dalam air. Sebab itu penggunaan ketuhar gelombang mikro atau pengukus adalah lebih baik kerana air kurang digunakan dan kebanyakan nutrien dapat dikekalkan. Jika anda gemar menggunakan dapur gas, cuba gunakan periuk dan kuali tahan karat (stainless steel) kerana ia dapat mengurangkan kehilangan vitamin ketika memasak.

7. JANGAN 'MASAK' VITAMIN DALAM SAYUR ANDA

Potassium dalam kentang hanya tinggal 50% manakala falcarinol dalam lobak (penting untuk mengelak kanser) hanya tinggal 25% apabila dimasak sepenuhnya. Mencincang atau memotong sayuran kecil2 sebelum dimasak pula meningkatkan luas permukaan, menyebabkan lebih banyak nutrien dibuang ketika proses memasak. Cuba amalkan cara masakan yang lebih menyihatkan dengan hanya mencelur atau merebus separuh masak sayuran yang tidak dipotong atau dicincang halus.

8. MULA DAN AKHIRKAN HIDANGAN DENGAN RASA PAHIT

Hirup sedikit teh hijau tanpa gula atau makan hidangan pembuka yang berempah atau ambil ulaman sebelum makan. Rasa pahit akan merangsang bahagian belakang lidah, menyebabkan enzim penghadaman mula dihasilkan dalam perut anda, seterusnya menggalakkan sistem penghadaman yang sihat.

9. MAKAN SAYUR SETIAP HARI

Pastikan menu harian anda mengandungi semangkuk hidangan sayur salad. Ia adalah cara mudah untuk meningkatkan pengambilan folate yang penting bagi tubuh badan anda untuk mengekalkan kesihatan saraf anda. Sayur salad juga kaya dengan vitamin B6 yang bersifat antioksidan, vitamin C dan E. Jika anda tidak gemar memakan sayur salad mentah, ambillah sup sayuran yang kaya dengan khasiat sebelum makan tengahari atau malam. Makanlah sekurang-kurangnya sepinggan sayur-sayuran setiap hari atau cuba juga makan hidangan nasi kerabu yang digaul penuh dengan sayuran dan herba tempatan yang menghijau.

10. LAYUR SAYUR BERDAUN HIJAU TANPA MENGGUNAKAN MINYAK

Tubuh badan menyerap zat besi daripada sayur berdaun hijau dengan lebih mudah jika ia dimasak terutamanya apabila dilayur tanpa menggunakan minyak. Bahan anti-oksidan yang diketahui anti kanser seperti Beta-karotena (ditemui dalam sayuran berwarna oren seperti labu dan lobak) dan Lycopene (ditemui dalam sayuran berwarna merah seperti tomato) juga mudah diserap apabila dimasak berbanding dimakan secara mentah.

11.KURANGKAN PENGAMBILAN DAGING DAN GARAM
Penyelidik dari Jepun telah mendapati orang yang makan banyak daging dan garam akan menghasilkan lebih kalsium dalam peluh mereka. Lama kelamaan kehilangan kalsium ini akan melemahkan tulang. Anda boleh mencuba diet vegetarian sekali sekala bagi menggantikan pengambilan daging dan makanan laut.

12.NIKMATI BAWANG PUTIH
Bawang putih adalah kaya dengan allicin yang boleh membunuh bakteria. Ujian makmal menunjukkan allicin membunuh kuman dan berkesan sebagai antibiotik semulajadi. Kajian terkini juga mendedahkan makan bawang putih adalah lebih berkesan daripada mengambil ekstraknya sahaja. Seulas bawang putih yang dimasak di dalam hidangan harian adalah mencukupi untuk membantu tubuh melawan selsema.

13. PILIH BUAH TEMPATAN SEBAGAI SNEK
Kajian ke atas sekumpulan wanita yang sering keletihan menunjukkan pengambilan semangkuk buah-buahan segar setiap hari boleh mengembalikan tenaga sehingga 60%. Ini kerana buah-buahan mengandungi gula ringkas yang membekalkan tenaga segera. Kehilangan vitamin C dalam buah-buahan bermula sebaik sahaja ia dipetik. Oleh itu, buah-buahan tempatan wajar menjadi pilihan berbanding buah-buahan yang diimport yang mengambil masa selama berhari-hari sehingga berbulan-bulan sebelum sampai dihidang di meja makan anda.

14. MAKAN LEBIH HIDANGAN BERENZIM TINGGI
Tahukah anda 80% daripada reseptor imuniti terletak di dalam perut. Oleh sebab itu, sistem penghadaman yang sihat adalah sangat penting untuk menggalakkan ketahanan tubuh badan. Enzim membantu dalam proses memecahkan makan yang dimakan. Makanan yang berenzim tinggi seperti kacang, betik dan nenas membantu proses kimia penghadaman.

15. CUBA JUS ALOE VERA KETIKA STRESS
Jus aloe vera merangsang tubuh menghasilkan sel darah putih yang berfungsi melawan jangkitan bakteria dan virus. Ia juga kaya dengan vitamin C yang membantu kesihatan kelenjar adrenal dan membantu ketika stress.

16. KURANGKAN GULA
Makan dan minum 100 gram gula sehari boleh mengurangkan 40% kemampuan sel darah putih membunuh kuman. Kesan kekurangan pertahanan tubuh badan akan berlaku seawal 30 minit selepas pengambilan gula dan berterusan sehingga 5 jam lamanya.


Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan. Sila SMS ke 019 9366681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com jika anda berminat dengan tawaran kami.

Terbaru : COLLAGEN POWDER SHAKLEE - anjal, tegang, gebu dan sihat?


Baru-baru ni SHAKLEE Malaysia telah memperkenalkan dua produk baru iaitu COLLAGEN POWDER dan JOINT HEALTH TABLET. Macam pucuk dicita ulam mendatang, saya sangat teruja dengan produk baru ni... maklumlah, ramai sahabat-sahabat saya (perempuan terutamanya) ada bertanya tentang produk kolagen Shaklee.
JOM kita baca info mengenai produk COLLAGEN POWDER. Satu lagi produk akan menyusul nanti...

APA ITU KOLAGEN?
Kolagen ni adalah protein yang paling banyak terdapat dalam badan kita. Pada seorang individu yang sihat, kira-kira 75% berat badan mereka adalah disumbangkan oleh kolagen. Jika kolagen anda sihat, susuk tubuh dan wajah anda juga kelihatan sihat!

SEBAB DAN KESAN KEHILANGAN KOLAGEN?
Kolagen akan semakin kurang dihasilkan apabila umur kita meningkat. Apabila kolagen berkurang, tanda-tanda penuaan akan muncul seperti :
  • kulit berkedut, kering dan melayut
  • kuku rapuh dan tidak kuat
  • rambut halu/ jarang dan mudah gugur
Tanda-tanda penuaan awal juga boleh berlaku pada individu yang lebih muda jika kolagen kurang di dalam tubuh.

KESAN DAN FAEDAH MENGAMBIL KOLAGEN :
  • ANTI PENUAAN : Mengurangkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus yang kelihatan
  • MENGHIDRATKAN : Melembapkan kulit bagi mengurangkan rasa kering dan mengelupas oada muka
  • MENGEMBALIKAN KEANJALAN KULIT : Meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan
  • MELICINKAN : Meningkatkan kelembutan dan Kelicinan Kulit
  • MENYUBUR : Menggalakkan kuku yang kuat dan rambut tebal bersinar
  • MENCERAH : Mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit
  • MENEGANG : Membantu menegang dan menganjalkan payudara
  • FAEDAH LAIN : Menyokong kesihatan sesendi dan menguatkan tulang. Bantu mengekalkan otot di dalam mata supaya lembut
BAHAN-BAHAN UTAMA DAN FUNGSI :

1. Kolagen peptida yang diekstrak dari Sisik Ikan Merah
  • sumber premium kolagen
  • kadar penyerapan lebih tinggi
  • sumber kurang terdedah kepada pencemaran berbanding kolagen dari haiwan di daratan
    2. Ekstrak biji benih Bunga Kamelia (Camellia japonica)
    • mengandungi asid oleik yang sangat membantu sebagai emolien dan pelembap kulit
    • mengandungi Isoflavon, bahan antioksida semulajadi yang melindungi kulit dari radikal bebas


    3. Ekstrak Ginseng Brazil (Pfaffia paniculata)
    • menyokong pembentukan kolagen dan asid hialuronik yang berkemampuan tinggi dalam mengikat jumlah air yang besar
    • berperanan dalam menghidratkan tisu
    • membuatkan kulit lembut, lembap dan licin





    4. Vitamin C
    • menggalakkan pengeluaran kolagen
    • bahan antioksidan yang membantu melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit





    5. Vitamin B 6 dan B2
    • membantu proses metabolisma lemak, protein dan karbohidrat untuk hasilkan tenaga yang diperlukan dalam pembentukan kolagen



    6. Glukosamina (ekstrak kerang-kerangan)
    • penting dalam sintesis bendalirsinovio bagi melicinkan pergerakan sesendi
    • melembapkan mata
    • melegakan ketidakselesaan mata






      7. Bakteria baik (Lactobacilus acidophilus)
      • membantu mengimbangi mikroflora usus
      • memudahkan pembinaan semula sistem usus sihat bagi meningkatkan penyerapan kolagen







      KEISTIMEWAAN COLLAGEN POWDER SHAKLEE?
      • mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen yang berkualiti tinggi dan tulin
      • kolagen bermolekul sangat ringan, kira-kira 1,000 Dalton - mudah diserap badan dan membantu pembentukan kolagen pada permukaan kulit dengan berkesan
      • diadun dengan tujuh bahan yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanannya
      • mudah larut dalam minuman dan makanan kegemaran anda
      • disediakan dalam satu hidangan yang dipek di dalam uncang (sachet) yang mudah dibawa dan digunakan bila-bila masa di mana-mana sahaja
      Jom pakat cuba produk ni... selamat dan terbukti berkesan!

        Vitamin E : Fungsi, Kebaikan dan Tips Kesihatan

        MAKLUMAT ASAS :
        • Vitamin E adalah sejenis unsur larut lemak yang bersifat antioksidan.
        • Secara semulajadi, makanan vitamin E boleh diperolehi dari kuaci bunga matahari, avokado, brokoli, badam, bayam, lada benggala, betik, kiwi dan banyak lagi.
        • Ia wujud dalam 8 bentuk kimia iaitu alpha-tocopherol, beta- tocopherol, gamma-tocopherol, delta- tocopherol, alpha-tocotrienol, beta- tocotrienol , gamma- tocotrienol dan delta- tocotrienol
        • Selepas diserap oleh usus, vitamin E akan mengalami proses metabolisma di hati. Bentuk alpha-tocopherol adalah bentuk yang paling mudah digunakan oleh tubuh berbanding bentuk lain yang perlu dipecahkan kepada bentuk alpha- terlebih dahulu.
        FUNGSI
        • Menghalang pembentukan radikal bebas yang terhasil dari tindakbalas kimia agen pengoksidaan (baca mengenai proses tersebut di sini)
        • Membantu peningkatan sistem imuniti tubuh melawan patogen seperti virus dan bakteria
        • Menguatkan dinding kapilari darah dan mengelakkan penggumpalan sel darah merah
        • Meengawalselia aktiviti enzim 
        • Memberi kesan dalam ekspresi gen
        • Memainkan peranan dalam aktiviti neurologi
        KEBAIKAN PENGAMBILAN SUPLEMEN VITAMIN E
        • Meningkatkan imuniti tubuh
        • Mengurangkan risiko penyakit jantung
        • Membantu meningkatkan paras kolesterol baik
        • Mengurangkan risiko sesetengah kanser seperti kanser payudara, kanser prostate dan kanser colon
        • Membantu mengurangkan penggumpalan darah (blood clot) yang boleh menyebabkan stroke
        • Mencegah penyakit Alzheimer's dan Parkinson
        • Meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita
        • Membantu masalah kulit
        • Mengurangkan parut
        • Meningkatkan kesihatan kulit
        • Melambatkan penuaan
        • Mencegah Anemia
        • Membantu menangani sindrom pra-haid
        • Membantu masalah arthritis
        • Membantu menstabilkan glukosa dalam tubuh pesakit diabetes
        • Membantu proses pemecahan lemak dalam badan
        • Membantu penghasilan hormon estrogen pada lelaki dan progesteron pada wanita yang penting dalam prestasi dan tarikan seksual
        KESAN JIKA KURANG VITAMIN E

        • Anemia
        • Odema dan radang pada bayi
        • Penuaan pra-matang
        • Ketidaksuburan lelaki
        • Keguguran rambut
        • Masalah penglihatan

         Jom dapatkan bekalan suplemen vitamin E anda sekarang! Hubungi saya...

        Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan. Sila SMS ke 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com jika anda berminat dengan tawaran kami.

        Kajian Saintis : Minyak Ikan Kurangkan Risiko Kanser Payudara

        FAKTA KANSER PAYUDARA DI MALAYSIA (Sumber  : Pusat Sumber Kanser Payudara)
        • Kanser payudara adalah kanser paling biasa keseluruhannya dan kanser paling biasa di kalangan semua wanita dari umur 20 tahun di Malaysia bagi tahun 2002 dan 2003
        • Kanser payudara paling biasa di kalangan kaum Cina, kemudian kaum India dan akhirnya kaum Melayu.
        • Kanser payudara menyumbang 31% daripada jumlah kes kanser wanita yang didiagnosis pada tahun 2003. (30.4% dalam 2002)
        • Seorang wanita di Malaysia mempunyai 1 per 19 kemungkinan menghidap kanser payudara dalam hayat mereka.
        • Lebih daripada separuh daripada wanita yang didiagnosis dengan kanser berumur kurang daripada 50 tahun.
        • Di negara dengan kadarnya rendah setakat ini, terutamanya di Asia, kadar peningkatannya begitu mendadak dengan peningkatan yang besar dalam insiden termasuk juga kadar kematian (mortaliti)

        FAKTA KAJIAN MENGENAI PENGAMBILAN SUPLEMEN (sumber : Journal of Cancer Epidemiology, Biomarkers & Prevention)

        Saintis Pusat Kanser Fred Huthchinson yang juga professor dalam bidang epidemiology di University of Washington, Dr. Emily White telah menjalankan kajian mengenai kesan pengambilan  suplemen yang bukan dari jenis vitamin dan mineral ke atas 35,000 wanita dan mendapati bahawa mereka yang biasa mengambil suplemen minyak ikan adalah satu pertiga kurang risiko untuk mendapat kanser payudara berbanding mereka yang tidak mengambilnya. Dr. Emily mendapati kebanyakan wanita tersebut mengambil empat hingga tujuh kali minyak ikan dalam masa seminggu semasa kajian dijalankan. 

        Kajian tersebut juga menemui bahawa risiko mendapat kanser payudara dapat dikurangkan pada kumpulan wanita yang berisiko tinggi (berumur, obes, alkoholik dan tidak aktif secara fizikal dikatakan berisoko tinggi) yang mengambil suplemen minyak ikan. 


        TIPS MENGURANGKAN RISIKO  KANSER PAYUDARA
        1. Dapatkan dan kekalkan berat badan ideal
        2. Lakukan senaman dan aktiviti fizikal secara konsisten
        3. Jangan merokok dan hindari minuman beralkohol
        4. Makan makanan yang sihat dan seimbang
        5. Ambil suplemen dan makanan tambahan yang didapati boleh membantu
        *kredit picture

        Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan. Sila SMS ke 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com jika anda berminat dengan tawaran kami.

        *TESTIMONI : 'Stretch mark' lepas bersalin & gastrik bertambah baik dengan ESP!

        Sebelum ni memang biasa saya dengar tentang kebaikan ESP di kalangan pengguna tegar Shaklee. Saya sendiri telah mencuba sejak hampir setahun lalu. Bagi saya, kesan pertama yang saya alami ialah peningkatkan pengeluaran susu badan. Jika anak pertama dulu saya amalkan minum susu segar untuk menambah susu badan, anak kedua ni saya bertukar kepada susu soya pula memandangkan anak saya ni alahan terhadap susu lembu. Tiap kali saya ambil susu segar (lembu), seluruh badannya akan dipenuhi gegata. Alhamdulillah, ESP menjadi gantian susu lembu yang sesuai untuk saya buat masa ini.

        Dua tiga bulan kemudian saya mulai dapat kesan terhadap masalah gastrik yang saya hadapi sejak di bangku sekolah lagi. Sebelum ini, saya mudah diserang gastrik apabila terlewat atau tersalah makan. Ketika menyusukan anak, saya lebih kerap diserang gastrik disebabkan mudah rasa lapar dan pedih ulu hati. Setiap kali saya jatuh sakit (gastrik) saya akan terbaring tak berdaya akibat muntah setiap kali cuba makan. Namun begitu sejak saya amalkan ESP, saya sangat jarang diserang gastrik walaupun kadang-kadang saya terlewat atau tersalah makan.

        Sekarang, setelah hampir setahun mengamalkan ESP saya dapati tekstur kulit terutamanya muka menjadi lebih baik. Dulu, muka saya kelihatan kusam dan pucat sepanjang masa. Sekarang, kulit kelihatan lebih segar dan tidak lagi pucat. Lebih menyeronokkan bila saya dapati 'strech mark' lepas bersalin sejak melahirkan anak pertama semakin pudar. Saya sangka 'strech mark' ini akan kekal selepas melahirkan anak kedua lebih setahun lalu.


        Berikut adalah antara kebaikan ESP :

        * Membekalkan tenaga
        * Memberikan rasa kenyang
        * Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat
        * Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit
        * Membanyakkan susu badan
        * Memperbaiki dan membina tisu badan
        *Membantu menganjalkan kulit

        Nak tahu lebih lanjut? p.m. saya...

        *kenyataan ini adalah pengakuan pengguna, kesan ke atas individu mungkin berbeza

        Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan. Sila SMS ke 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com jika anda berminat dengan tawaran kami.

        *TESTIMONI : Sunburn cepat hilang & takde lagi jerawat 'jahat' bila period!




        Seronok bila dapat feedback pengambilan vitamin dari Pn. Azifah melalui e-mail. Jom kita share:


        " *Mula-mula akak tak perasan ada apa2 perubahan selepas amek Shaklee ngan awak hari tu. Tapi baru2 ni akak gi wat field work kat Rawang. Satu hari berjemur bawah matahari terik. Sebelum tu akak memang dah fikir, mesti balik ni sunburn habis muka ni. Biasa kalo akak keje luar mcm ni memang sampai seminggu baru hilang belang kat muka. Macam biasa, bila sampai rumah akak terus check muka. Memang ada belang kat tepi muka, tapi tak la gelap sangat. Dua hari lepas tu, akak tengok hilang dah bekas sunburn tu. Wahh... excited giler dibuatnya, Terus terfikir nak e-mail awak hari ni.Lagi satu, jerawat yang selalu kuar tiba2 masa kita nak period atau masa bangun tidur tu. Alaaa... akak panggil 'jerawat jahat' sebab dia kuar sebijik je tetiba terus masak (kaler kuning). Biasa memang akan kuar tiap kali nak datang bulan. Kadang2 kuar kalau muka kita tak basuh besih2. Sejak akak amek GLA ni akak perasan, takde la jerawat tu kuar lagi. Dah 3 bulan macam tu... best2.. mesti nak order lagi ngan Zeti habis bulan ni."


        Sebenarnya Pn. Azi ni amalkan bukan GLA Complex sahaja. Dia juga ada ambil beberapa jenis suplemen lain iaitu B-Complex, Vita-C dan Energising Soy Protein. Baca fungsi setiap vitamin di sini 

        Nak tahu lebih lanjut? Hubungi saya..


        *kenyataan ini adalah pengakuan pengguna, kesan produk adalah berbeza ke atas individu

        Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan. Sila SMS ke 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com jika anda berminat dengan tawaran kami.

        Menguruskan EBM ketika outstation tanpa anak


        Pertama kali saya dapat surat panggilan untuk bekerja luar kawasan selepas bersalin anak pertama dulu, saya agak risau. Kerja luar kali ni mungkin memakan masa seminggu dan tugas saya adalah untuk menjalankan pemantauan projek di seluruh negeri Pahang, termasuk kawasan pendalaman dan tanah rancangan Felda. Memang saya menginap di sebuah hotel sekitar Kuantan. Tetapi setiap hari saya akan keluar awal pagi bergerak ke kawasan-kawasan projek dan pulang lewat petang dan adakalanya malam. Alhamdulillah, saya dapat lalui seminggu yang mencabar dengan jayanya walaupun saya terpaksa memerah susu di dalam kenderaan bergerak, di dapur rumah orang dan mengusung cooler box ke sana sini. Menjelang tahun kedua, saya sudah bersedia untuk keluar bertugas pada bila-bila masa setelah melalui pengalaman tersebut. Mengurus dan meneruskan penyusuan ibu dan susu ibu perahan (Expressed Breastmilk, EBM) bukan mudah, anda perlu besedia dari segi mental dan fizikal. 

        Saya cuba senaraikan beberapa perkara yang perlu anda ketahui dan periksa sebelum keluar outstation tanpa anak.

        SEBELUM OUTSTATION
        1. Anggarkan bilangan hari anda keluar termasuk perjalanan : Maklumat ini sangat penting untuk anda membuat perancangan
        2. Periksa samada stok EBM mencukupi untuk bayi yang ditinggalkan : Contoh, katakan keperluan bayi adalah 4 oz EBM sekali minum dan kekerapan minum adalah 2 jam sekali. Maka, purata bayi anda perlu 48 oz sehari. Untuk lebih mudah, kita bundarkan kepada 50 oz. Jika anda meninggalkannya selama 5 hari, anggaran jumlah EBM yang mesti ada adalah 250 oz. 
        3. Rancang di mana anda akan menginap dan periksa kemudahan disediakan : Samada anda menginap di hotel, rumah tumpangan atau lain-lain tempat - adalah penting untuk mengetahui samada peti sejuk disediakan atau tidak. Sebaiknya pilih tempat yang ada kemudahan peti sejuk dalam bilik untuk mudah anda mengendalikan EBM. Jika tiada pilihan, periksa samada restoren/ dapur hotel ada peti sejuk/ peti beku dan bersedia jika anda mahu tumpangkan EBM anda. Mungkin juga anda boleh cari kenalan di kawasan terdekat untuk membantu
        4. Teliti program anda sepanjang tempoh outstation : adakah anda hanya berada di dalam bilik mesyuarat sepanjang hari? atau mungkin anda akan berada di lapangan untuk beberapa jam? 
        5. Ketahui pengangkutan dan tempoh perjalanan yang akan anda lalui : samada menaiki penerbangan, bas, keretapi atau kenderaan sendiri - anda perlu tahu berapa lama anda berada dalam perjalanan. 
        PERSIAPAN PERALATAN
        1. Botol/ plastik simpan EBM : anggarkan bilangan botol atau plastik steril yang perlu anda bawa. ketika berjauhan dari bayi, produksi susu ibu mungkin akan sedikit meningkat dari biasa. Rancang kekerapan mengepam dan anggar jumlah EBM bagi satu sesi. Contoh ; saya rancang untuk mengepam 6 kali sehari iaitu pada jam 6 pagi, 10 pagi, 1 petang, 5 petang, 9 malam dan 2 pagi. Anggaran purata EBM yang dapat diperah ialah 9 oz, menjadikan jumlah EBM yang terkumpul ialah 54 oz. Jadi, sepanjang 5 hari outstation saya boleh kumpul lebih kurang 270 oz EBM. Saya memilih untuk menggunakan plastik steril yang boleh mengisi 6 oz EBM, maka saya perlu mebawa sekurang-kurangnya 45 keping untuk digunakan. Untuk lebih selamat, saya bawa lebih.
        2. Cooler box dan Ice pack : untuk memuatkan hasil perahan, anda perlu pastikan cooler box dan Ice pack yang mencukupi disediakan untuk membawa pulang EBM anda. Pilihan jenis cooler box juga bergantung kepada pengangkutan dan tempoh masa perjalanan anda sebelum sampai ke rumah. Cooler box seperti 'COLEMAN' ada dalam banyak saiz dan mudah di bawa kerana ada pemegang. Contohnya, untuk mengisi 270 oz stok perahan saya memerlukan kotak penyejuk bersaiz 9 liter dan 4 ketul ice brick saiz besar untuk perjalanan 8 jam menaiki kereta. Ketika menaiki flight pula, saya menggunakan kotak polysterene (macam kotak ikan) kerana mudah untuk dibalut untuk masuk dalam bahagian kargo. Jika saya outstation 1-2 hari, saya cuma bawa cooler bag kecil sahaja.
        3. Keperluan mencuci peralatan dan membersih : Penting bagi saya untuk bawa sabun pencuci dan span bersama. Kadang-kadang bila berada di lapangan contohnya, agak sukar untuk dapatkan sabun. Jika menginap di hotel, sabun mandi sahaja disediakan oleh pihak hotel. langkah alternatif, anda boleh gunakan tisu basah yang khas untuk membersihkan alat mengepam.
        4. Pil Sterile : Mungkin tiada air panas disediakan di bilik penginapan. Pil steril memudahkan anda mensteril peralatan mengepam dan botol-botol, terutamanya jika anda outstation berhari-hari. Anda masih perlu mensteril peralatan.
        5. Bateri : Jika anda menggunakan pam yang memerlukan bateri pakai buang, jangan lupa bawa extra bateri. Jika pam anda menggunakan kuasa eletrik, jangan lupa pengecasnya. Pam manual mungkin pilihan selamat jika anda bekerja di lapangan yang tiada bekalan kuasa eletrik. 
        6. Label dan pen penanda dakwat kekal : Stok susu perlu dilabel dengan jelas. Jangan lupa bawa label dan pen marker anda! Label 'Fragile' dan 'Handle With Care' boleh disediakan jika perlu sekiranya anda menaiki penerbangan.
        7. Tuala kecil, tisu dan nursing cover : tuala kecil dan tisu perlu untuk anda lap tangan atau peralatan. Nursing cover mungkin digunakan ketika anda mengepam di dalam kenderaan, bersebelahan dengan rakan sekerja anda!
        TIPS BERGUNA

        1. Beritahu orang sekeliling anda tentang perkara ini - Sekiranya rakan sekerja, pihak hotel, pihak penerbangan dan pemandu anda mengetahui anda perlu mengepam susu dan mengendalikan EBM, tugas anda akan jadi lebih mudah. Mereka tidak lagi tertanya-tanya mengapa anda mengambil masa lama ketika rehat atau mengapa anda sentiasa membawa beg 'berlebihan' ke sana sini dan mengapa penting untuk kotak styrofoam dikendalikan dengan cermat oleh pihak penerbangan. Tidak perlu malu dan berahsia, anda tidak melakukan kesalahan.
        2. Simpan EBM dalam ruangan sejuk (chiller) atau beku (frozen) mengikut kesesuaian - EBM yang disejukkan di ruang bawah peti sejuk dua pintu boleh bertahan selama 4 hari. Jika anda kerja luar untuk 5 hari, stok hari pertama perlu dibekukan. Sekiranya peti sejuk satu pintu sahaja disediakan di bilik penginapan, anda boleh dapatkan bantuan pihak hotel untuk membekukannya. Stok EBM beku perlu dibawa dengan baik semasa dalam perjalanan pulang. Ia boleh dibekukan semula setelah sampai di rumah walaupun telah mula mencair, asalkan masih banyak kristal ais di dalamnya. Habiskan EBM yang telah cair sepenuhnya dalam masa 24 jam. Ketika meninggalkan bilik semasa bertugas, pastikan bekalan eletrik tidak diputuskan kerana dikhuatiri suhu peti sejuk yang menyimpan EBM akan meningkat.
        3. Kekalkan suhu sejuk EBM semasa dalam perjalanan - Jika perjalanan anda jauh, simpan EBM secara berlapis-lapis dengan ais dan letakkan sedikit garam untuk elakkan ais mencair dengan cepat. Jika anda menggunakan ice pack atau ice brick sahaja, pastikan ia cukup sejuk dan mencukupi untuk mengekalkan suhu EBM. Elakkan membuka kotak penyimpanan dengan kerap untuk mengelakkan kehilangan suhu. Di dalam kenderaan, simpan kotak kedap suhu di bahagian penumpang - bukan di bahagian boot kereta yang bersuhu tinggi. Gunakan tuala lembap atau surat khabar lama untuk melapisi bahagian dalam kotak penyejuk (di bahagian atas) untuk mengekalkan suhu.
        4. Balut dan tanda kotak penyejuk anda - Sekiranya anda menaiki pesawat dan perlu menggunakan khidmat kargo penumpang, adalah penting untuk anda membalut kotak penyejuk dengan kemas bagi mengelakkan pecah atau bocor. Sebaiknya balut juga dengan 'secure baggage wrap' menggunakan filem plastik yang banyak disediakan perkhidmatannya di lapangan terbang. Tampal sticker tanda 'FRAGILE' atau 'KEEP UP RIGHT' atau 'HANDLE WITH CARE' jika perlu.
        5. Anda masih perlu mengepam dalam perjalanan - Jika penerbangan atau perjalanan anda melebihi 3 jam, anda mungkin perlu mengepam dalam perjalanan. Jadi, jangan lupa sediakan juga cooler bag kecil, botol dan pam anda. Jangan bungkus semuanya dalam luggage anda!
        * catatan ini adalah pengalaman peribadi, sila rujuk pakar laktasi untuk keterangan lanjut.

        Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan. Sila SMS ke 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com jika anda berminat dengan tawaran kami.

        5 sebab saya tak suka minum air kosong .. suatu masa dulu


        kredit picture to : Nurad's

        Dulu, saya memang tak berapa gemar minum air kosong @ air masak @ air mati @ air mineral dan sewaktu dengannya... Pendek kata, jika air minuman tu tak bewarna dan tidak ada perasa, saya memang tak berminat nak minum. Kalau saya minum pun, sikit je la. Memang tak cukup memenuhi keperluan yang dicadangkan oleh WHO. Bila difikirkan, ada 5 sebab saya tak minat minum air kosong :
        1. Rasa tak sedap - macam pahit dan payau sikit
        2. Loya bila minum - nak muntah bila minum banyak
        3. Tak menarik - tiada warna
        4. Malas nak melawat toilet selalu
        5. Tak biasa - dari dulu tiap kali lepas makan minum air sirap ke, sarsi atau oren
        Memang saya tak berkesedaran tentang kepentingan minum air kosong secukupnya terhadap badan manusia. Hinggalah saya menghadapi masalah ketika mengandung anak kedua beberapa tahau lepas. Ketika itu, saya mendapat batuk yang berpanjangan hingga 5 bulan lamanya. Kalau tak silap, lebih 5 jenama ubat batuk saya dah cuba, tak termasuk ubat batuk yang doktor beri. Petua pun dah macam-macam cuba. Doktor pun dah ambil sampel kahak, air liur dan najis untuk diuji. Mulanya doktor sangka saya terkena jangkitan Virus atau Tibi. Pada masa yang sama juga saya mengalami kencing kotor. Memang menyakitkan bila nak buang air kecil. Mula-mula saya buat tak tahu sahaja, sehinggalah saya kencing berdarah barulah saya naik takut.

        Walaupun telah mendapat rawatan doktor, saya masih batuk dan tidak lawas kencing. Sewaktu mengandung, antibodi tubuh memang rendah. Sebab itu saya mudah mendapat batuk dan kencing kotor. Doktor nasihatkan saya minum air kosong secukupnya, hingga 3 liter sehari untuk membantu masalah saya. Saya agak skeptikal ketika itu, tak yakin hanya dengan minum air masalah dapat selesai. Bukannya saya tidak minum air, cuma mungkin tak cukup dan bukan air kosong seperti yang disarankan.

        Mahu tak mahu, saya tabahkan hati untuk meneguk air kosong setiap hari mengikut nasihat doktor. Itupun setelah saya tidak tahan menderita batuk dan kencing kotor yang memang menyakitkan lebih-lebih lagi jika anda mengandung. Sebagai permulaan, saya amalkan tips ini untuk konsisten minum air kosong :
        1. Sebaiknya minum air yang ditapis - lebih sedap, air paip yang dimasak masih ada rasa/ bau klorin
        2. Minum air suam/ panas/ sejuk - lebih mudah melalui tekak berbanding air bersuhu bilik
        3. Sediakan bekas minuman yang mudah digunakan - tumbler saya warna hijau, ada tempat minum yang senang digunakan
        4. Letak target banyak mana perlu diminum ikut masa - saya guna tumbler 1 Liter, target minum 1 botol dari mula masuk pejabat hingga waktu 'lunch', botol kedua dari lepas lunch hingga balik dari pejabat dan botol ketiga mesti habis sebelum tidur
        5. Bawa botol minuman ke mana sahaja - ke pejabat, shopping, outstation, jogging etc. 
        Mula-mula memang susah untuk diamalkan. Lama-kelamaan bila dah terbiasa, saya akan rasa sangat haus bila tak cukup air dan yang lebih menarik, saya semakin kurang minum minuman yang manis-manis kerana rasa tidak puas berbanding minum air kosong. Alhamdulillah, sekarang saya makin konsisten minum air kosong ni dan banyak membantu saya 'maintain' badan, kesihatan, menyusukan anak dan kesihatan kulit.

        Masalah yang mungkin timbul jika anda kekurangan air :
        1. Letih/ kurang tumpuan - toksin dalam badan tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya kerana kekuranga air, menyebabkan anda berasa letih
        2. Sakit kepala - otak manusia 85% terdiri dari air. 
        3. Sembelit - air diperlukan untuk bawa keluar bahan buangan anda
        4. Kencing tak lawas - lebih teruk boleh jadi kencing kotor, kerosakan buah pinggang dan batu karang
        5. Mata tidak normal - mata kelihatan tenggelam, warna gelap sekeliling soket mata atau timbul 'eye bag' 
        6. Kejang otot - darah bawa oksigen (dari air) ke otot ketika anda bergerak. Tak cukup air, tak cukuplah oksigen yang diperlukan otot menyebabkan kekejangan
        7. Tekanan darah tinggi - bila badan cuba sesuaikan diri dengan kekurangan air dalam badan, boleh menyebabkan tekanan darah tinggi
        8. Mulut kering, nafas berbau - bakteria berkumpul dalam mulut anda apabila kekurangan air
        9. Pedih ulu hati - berlaku bila saluran penghadaman sebelah atas kekurangan air
        10. Kulit kering, bersisik - sel kulit kurang elastik dan kering apabila kurang air
        11. Sakit belakang, arthritis - air adalah 'water cushion' pada tulang belakang dan penting untuk fungsi sel kartilaj pada sendi
        12. Kolesterol tinggi - kolesterol dihasilkan lebih apabila kekurangan air kerana ia berfungsi seperti lapisan tanah liat yang berperanan melindungi sel dari kehilangan air 
        13. Obes/ berat berlebihan - bila kekurangan air, otak akan menerima 'signal' badan memerlukan lebih makanan yang mengandungi banyak air. Tetapi berat boleh naik berlebihan jika anda makan lebih makanan yang kaya karbohidrat berbanding makanan yang kaya air akibat salah tafsir 'signal' tubuh
        14. Asthma - jika kurang pengambilan air, air dalam badan akan digunakan sebagai ganti untuk menyediakan laluan udara yang lembap semasa cuaca sejuk. Keadaan ini boleh menyebabkan asthma
        dan banyak lagi...

        Jom, ubah tabiat anda.. minum air secukupnya!

        Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan. Sila SMS ke 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com jika anda berminat dengan tawaran kami.

        Cara atasi dan handle wanita yang moody atau mood Swing

        Wanita kesayangan anda mungkin juga sering membuatkan anda buntu. RELAKS! Mood wanita sememangnya mudah berubah-ubah dan turun naik dengan cepat seperti 'roller coaster'. Anda cuma perlu fahami 'angin' mereka untuk tanganinya.

        PUNCA -PUNCA WANITA 'MOODY'


        1. STRESS - Banyak masalah dan dugaan hidup boleh menyebabkan tekanan kepada wanita. Terutamanya jika masalah melibatkan isu percintaan, hubungan kekeluargaan dan rumahtangga serta kewangan. Wanita mudah melenting dan marah-marah ketika stress.

        2. SIKAP - Sikap sesetengah wanita yang 'perfectionist', 'particular' atau cerewet pula akan menyebabkan fikiran mereka dibelenggu dengan perkara remeh-temeh dan kurang penting. Sikap seperti ini hanya akan menyebabkan orang sekelilling tidak selesa dengan wanita.

        3. KEYAKINAN DIRI - Tahap keyakinan wanita mudaha naik dan turun. Ketika berkeyakinan tinggi, wanita menjadi sangat penyayang dan gembira. Sebaliknya ketika kurang keyakinan, wanita akan rasa sedih dan sepi hingga menyebabkan mereka begitu sensitif.

        4. HORMON - hormon wanita berubah di sepanjang kitaran. Ia menjadi antara sebab utama wanita cepat 'angin'. Sebelum haid, ketika haid dan menjelang menopause, wanita akan rasa tidak selesa, sakit serta mudah letih. Keadaan ini mempengaruhi mood wanita

        CARA TANGANI SIKAP 'MOODY'


        1. KONGSI PERASAAN - Buka fikiran dan hati anda, berbincang dan berkongsi perasaan boleh melegakan. Wanita harus belajar meluahkan perasaan yang mereka alami supaya lebih mudah untuk pasangan memahami. Sebagai pasangan, berilah sokongan dengan menjadi pendengar yang baik. Memendam perasaan hanya akan memburukkan lagi keadaan.

        2. KAWAL EMOSI - Elakkan dari terbawa-bawa dengan perasaan anda. Jika perasaan dapat mengawal fikiran, 'mood' yang sedikit tidak baik akan menjadi bertambah buruk. Sebaliknya, gunakan fikiran anda untuk mengawal perasaan.

        3. FIKIR RASIONAL - Gunakan kuasa minda anda yang positif dan rasional untuk mengawal 'angin' yang mendatang. Anggaplah semua yang yang berlaku adalah perkara biasa sebagai lumrah hidup seorang wanita. Bayangkan betapa buruknya kesan dari orang sekeliling anda apabila anda gagal mengawal 'mood' anda

        4. LAKUKAN AKTIVITI KEGEMARAN - bermain bowling, berenang, membaca, melukis atau apa sahaja aktiviti kegemaran anda mungkin dapat membantu. Ambil sedikit masa untuk diluangkan samada bersendirian atau bersama kawan-kawan bagi melakukan aktiviti kegemaran anda. Aktiviti seperti ini sedikit sebanyak dapat melegakan 'mood' anda.

        5. JAGA PEMAKANAN - terdapat sesetengah makanan dipercayai boleh membantu memperbaiki 'mood' anda. Makanlah lebih karbohidrat yang 'ringan' seperti bijirin, lebihkan pengambilan buaha-buahan dan serat. Jangan tinggalkan sarapan pagi anda. Sesetengah makanan tambahan seperti omega-3, kalsium-magnesium dan b-complex dapat membantu anda menghadapi saat-saat 'moody' ini.

        SUPPLEMEN/ VITAMIN SHAKLEE YANG SESUAI UNTUK WANITA YANG MOODY

        • GLA Complex
        • B- Complex
        • Ostematrix

        Mahu mencuba suplemen yang dapat membantu? Hubungi saya...

        Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan. Sila SMS ke 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com jika anda berminat dengan tawaran kami.

        35 makanan Membantu Tambah Darah untuk Ibu Mengandung/ Masalah Anemia



        Sepanjang saya hamil anak pertama dan kedua, saya tidak mengalami apa-apa kompilasi yang serius.. Alhamdulillah. Cuma, masa mengandung anak pertama, masalah bilangan Haemoglobin (Hb) rendah atau Anemia yang menghantui saya seawal 6 minggu pertama mengandung hingga ke minggu-minggu terakhir sebelum bersalin. Bacaan Hb terendah yang pernah saya catatkan ialah 6.5 berbanding bacaan optimum yang deperlukan adalah 11-12.

        Sekarang saya sedang mengandung anak ke-4. Syukur kerana ketika mengandung anak ke-3 dan ke-4... saya amalkan pemakanan yang tinggi zat besi dan ditambah pula dengan makanan tambahan semulajadi.

        Makanan Semulajadi 


        Bagi anda yang mengalami masalah ini, anda mungkin boleh cuba meningkatkan makanan yang dipercayai kaya dengan zat besi yang diperlukan dalam proses pembentukan Haemoglobin. Berikut adalah makanan yang dipercayai membantu proses tambah darah : 
        1. Hati Lembu 
        2. Hati Ayam 
        3. Daging Merah 
        4. Kerang 
        5. Tiram 
        6. Kepah 
        7. Sayur Bayam 
        8. Brokoli 
        9. Tauhu 
        10. Tempe 
        11. Kacang Peas 
        12. Kacang Badam 
        13. Kacang Gajus 
        14. Kuaci Bunga Matahari 
        15. Buah Kurma 
        16. Buah Tin (Aprikot Kering) 
        17. Buah Zaitun 
        18. Kismis 
        19. Buah Prune 
        20. Beras Perang 
        21. Gula Merah (Gula Tebu) 
        22. Ikan Sardin 
        23. Ikan Tongkol 
        24. Telur 
        25. Teh Roiboos 
        26. Susu 
        27. Spirulina 
        28. Bijirin 
        29. Roti Gandum Penuh 
        30. Keju 
        31. Peria Katak
        32. Pegaga
        33. Buah Delima
        34. Ikan Bilis
        35. Buah-buahan kaya Vitamin C - menggalakkan penyerapan zat besi

        Suplemen Semulajadi

        Sebenarnya, orang yang kurang darah ni kena ambil makanan yang kaya dengan asid folik, zat besi dan vitamin B12 seperti yang terkandung dalam makanan yang disenaraikan di atas. Kalau gi klinik pun, doktor akan sarankan ambil ubat-ubatan atau pil vitamin untuk bantu tambah darah seperti multivitamin, zat besi, asid folik dan B-Complex yang boleh membantu mengatasi masalah ini. 

        Tapi, tau tak produk Shaklee pun boleh mambantu tau? Suplemen Shaklee dijamin 100% semulajadi dan selamat dimakan oleh semua peringkat umur termasuk ibu mengandung. Set Tambah Darah memang banyak membantu masalah Hb rendah atau Anemia ni. Ada tiga jenis supplement dalam set ni :

        • Multivitamin : Membekalkan keperluan asas kesemua 12 jenis vitamin dan 9 mineral yang diperlukan tubuh dengan tambahan zat besi. Zat besi (iron) adalah sangat penting dalam pembentukan sel darah merah 
        • B-Complex : Mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan badan manusia. Asid folik juga penting dalam pembentukan sel darah anda 
        • Vitamin C : Membantu meningkatkan penyerapan iron dari makanan dan suplemen anda 

        TONTON SEKARANG : Kisah Ibu hamil anemia sampai masuk ward, tapi akhirnya.... 

        Dapatkan Set Tambah Darah anda sekarang!


        Selain dari ikhtiar mengamalkan 30 jenis makanan tambah darah di atas, apa kata anda usaha juga melalui pengambilan Set Tambah Darah ini. Hanya klik di sini sekarang untuk memesan sendiri atau hubungi saya untuk bantuan dan pertanyaan lanjut.

        Insya Allah, anda tidak menyesal kerana mencuba.

        Akak Senyum Lebar, 

        ZETI HAFIZA
        Call/ text : +60199366681 

        TESTIMONI BERGAMBAR : Selera Adam bertambah, Berat naik dan semakin sihat lepas sebulan ambil Mealshake SHAKLEE!


        Hari ni saya nak kongsi kegembiraan Pn. Rashidah tentang perubahan Adam (1 tahun 9 bulan) selepas mengamalkan Mealshake SHAKLEE selama sebulan :

        "Sejak lahir Adam mempunyai masalah Epiglottis yang menyebabkan dia sedikit menghadapi kesukaran untuk minum susu terutamanya jika aliran susu terlalu laju. Bayangkan seawal umur 1 bulan sahaja Adam telah dimasukkan ke Hospital Serdang kerana masalah ini. Mungkin sebab itu juga Adam tidak dapat minum susu dalam kuantiti yang banyak dan kerap. Kebiasaannya susu yang dibancuh jarang dihabiskan. Kalau 6oz yang dibancuh, hanya 3oz saja yang habis. Adam juga agak cerewet ketika makan. Dia juga mudah mendapat jangkitan batuk dan selsema. Disebabkan itu, berat badan Adam hanya bertambah sedikit sahaja setiap bulan. Berat Adam pada Disember 2011 adalah 8.7kg dan bertambah sebanyak 0.2kg sahaja pada bulan Februari 2012 iaitu 8.9kg. Saya agak susah hati bila mendapati carta tumbesaran Adam pada tahap 'border line' setiap kali pemeriksaan kesihatan di klinik.

        Pada bulan Februari lepas, saya telah mula mencuba Mealshake SHAKLEE selepas dicadangkan oleh pengedar (Zeti Hafiza). Saya mula campurkan satu sudu teh Mealshake ke dalam susu Adam setiap hari. Alhamdulillah, sejak itu selera Adam semakin baik. Dia akan habiskan susu yang diberi dan semakin berselera untuk makan. Bukan itu sahaja, sekarang Adam dah mula minta susu dan nasi! Bahkan di tangan Adam sentiasa ada biskut untuk dimakan. Alangkah gembiranya hati saya melihat anak saya makan walaupun hanya sekeping biskut..

        Saya sangat teruja bila baru-baru ni berat Adam bertambah secara mendadak dalam masa sebulan lebih sahaja. Pada Mac 2012 berat Adam naik 1.2 kg kepada 10.1kg berbanding 8.9kg pada Februari 2012. Siapa yang tak gembira bila anak yang dulu kelihatan kurus, sekarang dah semakin berisi! Dan yang paling penting Adam sihat dan semakin jarang dijangkiti batuk dan selsema "

        Mealshake bukan untuk kanan-kanak sahaja. Sebenarnya warga tua pun digalakkan ambil Mealshake ni. Banyak lagi kebaikan Mealshake yang anda patut tahu seperti di sini. Nak tanya @ cuba ? Hubungi saya...

        Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan. Sila SMS ke 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com jika anda berminat dengan tawaran kami.

        MEALSHAKE : mudah, sedap dan ringkas untuk penuhi keperluan anda!

        Dahulu saya tak pernah buat sendiri minuman SHAKE di rumah. Sesekali bila makan luar, barulah saya order chocolate shake, strawberry shake, oreo shake... (Coconut shake termasuk tak?) Kenapa? Sebenarnya saya tak terfikir dan tak pernah tahu pun betapa senangnya buat minuman SHAKE sendiri di rumah, lebih-lebih lagi dengan MEALSHAKE dari SHAKLEE.

        Apa dia MEALSHAKE ni?

        Mealshake merupakan protein susu dalam bentuk serbuk yang mengandungi vitamin dan mineral serta 9 jenis asid amino yang diperlukan tubuh untuk tumbesaran.

        Kenapa anda sekeluarga patut cuba MEALSHAKE ni?
        • NUTRIEN LENGKAP - membekalkan 24 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan
        • KAYA DENGAN PROTEIN - membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut, organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya
        • MEMBANTU TUMBESARAN - Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar
        • ANTIOKSIDA - Mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan
        • MEMBANTU KECANTIKAN KULIT - Mengandungi vitamin B-Kompleks, zat besi, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus memperbaiki warna kulit
        • RASA ENAK DAN LAZAT - minuman yang sedap dengan fruktosa semulajadi; cara cepat dan ringkas untuk menambahan nutrien yang perlu untuk badan; tidak mengandungi pewarna tiruan dan gula tiruan
        Siapa yang sesuai ambil MEALSHAKE ni?

        Mereka yang :
        • berusia satu tahun ke atas
        • kurang berat badan atau kurang selera
        • mahu gantikan snek kurang sihat
        • mempunyai masalah obesiti
        • sibuk dan mahu hidangan segera berkhasiat
        • baru atau sedang pulih dari sakit atau pembedahan
        • tidak suka vitamin dalam bentuk tablet atau kapsul
        • mahu menjaga kecantikan kulit
        • mahu berpuasa
        • mahu hidangan yang rendah lemak dan kolesterol tetapi sihat
        Bagaimana nak ambil MEALSHAKE ni?

        Disarankan supaya campur 1-2 sudu ke dalam susu segar untuk hidangan ringkas dan lazat. Kacau hingga rata atau SHAKE dalam bekas air untuk rasa yang lebih enak.

        Bagi anda yang sukakan SHAKE atau SMOOTHIE, boleh cuba resepi ringkas ini :
        • 8 oz susu segar
        • 2 sudu makan Mealshake (tambah ESP pun best)
        • Beberapa potongan buah-buahan kegemaran (saya suka guna kurma atau pisang)
        • 2 sudu badam/ oat/ 2 keping biskut kegemaran (saya suka OREO atau JACOB Oatmeal)
        Blend sampai sebati... Yummy! sedap diminum sejuk!

        Nak tanya @ cuba? Hubungi saya...

        Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan. Sila SMS ke 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com jika anda berminat dengan tawaran kami.

        Jangan sembarangan! Ambil suplemen anda dengan ilmu...

        Knowledge-based! Yup... dalam apa pun yang kita buat sehari-hari, tak boleh hanya kerana mengikut trend. Atau mungkin kita buat kerana ia telah menjadi amalan tradisi atau kepercayaan atau mungkin kita dipaksa untuk lakukannya.

        Begitu juga mengenai pengambilan suplemen. Jangan kerana kita tengok kawan sepejabat yang semakin licin kulitnya selepas mengambil makanan tambahan tertentu, kita pun cepat-cepat buat order. Atau mendengar testimoni kurus dalam masa seminggu, anda cepat-cepat mahu mencuba. Yup... TIDAK SALAH mencuba! Tetapi sebaiknya anda tahu dan faham apa, bila, bagaimana, di mana dan kenapa anda mengambil suplemen.

        Begitu juga jika anda memutuskan anda TIDAK PERLU mengambil sebarang suplemen... buat sedikit pembacaan, analisa dan mungkin survey sebelum memutuskannya.. )

        Ya..DENGAN ILMU... Kenapa? Bagaimana?
        • Check samada anda perlukan makanan tambahan... cuba Simple Vitamin Gap Test ni... dan cuba baca artikel ini juga
        • Ketahui keperluan anda... contoh : ibu mengandung perlu lebih folik asid (400ug), perokok perlu lebih vitamin C... kanak-kanak mesti cukup protein..
        • Jika anda dah putuskan anda perlu suplemen, teliti garis panduan memilih suplemen dan pastikan ciri-ciri suplemen yang sesuai untuk anda seperti maklumat di sini
        • Bila anda telah mula mengambil suplemen, ikut cadangan pengambilan dan tips-tips yang disarankan pengeluar/ pengedar sah anda
        So, dengan ilmu anda akan buat pilihan bijak. Tentu anda tidak salahkan pengeluar produk jika anda tidak mendapat kesan yang diharapkan. Anda juga tidak juga asyik mengadu kepada pengedar perihal kesan sampingan produk. Dan yang pasti... anda tidak terpedaya dengan khabar angin mahupun berita-berita negatif yang memburuk-burukkan sesetengah suplemen... semuanya kerana anda BERILMU!



        Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat terkini promosi, produk dan info-info berkaitan. Bagi membuat pesanan vitamin atau mendapatkan konsultasi percuma, sila SMS 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com

        4 sikap yang menggagalkan penyusuan ibu!

        Hari ni, kesedaran untuk menyusukan anak dengan susu ibu telah meningkat. Dah jadi mcam satu trend pula ibu-ibu muda samada bekerjaya atau tidak menyusukan anak secara eksklusif selama sekurang-kurangnya 2 tahun. Mungkin usaha pejuang-pejuang susu ibu, NGO dan pihak kerajaan telah berhasil. Saya teringat perbualan dengan ibu-ibu generasi X. Mereka adalah ibu pada tahun 70-an dan 80-an. Antara yang menjadi sebab utama kesedaran menyusukan anak berkurang adalah wujudnya teori ibu menyusukan akan kehilangan bentuk badan, terutamanya payudara yang akan mengendur. Kerap bangun malam menyusukan pula akan buat ibu-ibu kelihatan letih dan pucat sepanjang masa. Satu sebab yang saya agak kurang setuju, ibu generasi X ni bagi alasan 'rimas' dengan susu yang asyik meleleh keluar disebalik baju mereka, menyebabkan badan masam dan berbau. Oleh kerana 'geli', mereka buat macam-macam untuk mengeringkan susu badan seawal habis berpantang. Alasan yang paling biasa bagi ibu bekerja, susah nak teruskan bila dah mula bekerja. Dan ada juga beri alasan terlalu letih dan malas bangun untuk menyusukan anak setiap beberapa jam pada waktu malam.

        Saya senyum je dengar celoteh ibu-ibu ni. Sebenarnya perbualan ni timbul ketika saya sedang mengepam pada waktu rehat di pejabat. Mereka kata saya beruntung hidup di zaman berteknologi dan kebanyakan ibu berpelajaran. Dulu mana ada pam susu yang canggih-canggih dan berkualiti, rujukan tentang susu ibu berlambak-lambak dan mudah didapati di internet. Dulu nak cari 'breast pad' pun susah. Ibu-ibu ni juga menyalahkan promosi susu formula yang tidak dikawal dalam media. Maka, timbulah trend berlumba-lumba memberi susu formula 'terbaik' kepada anak-anak.

        Bagi saya, kesimpulan yang saya buat sendiri adalah keadaan dan situasi mungkin menjadi sebab, tetapi ada 4 sikap utama yang boleh menggagalkan penyusuan ibu :

        1. BERFIKIRAN NEGATIF : selagi mentaliti ibu berkata 'tidak' selagi itulah ibu akan menghadapi kesukaran dalam menjayakan penyusuan ibu. Jika asyik berkata 'tak cukup susu', menganggap menyusu ini menyusahkan dan memenatkan, risau pandangan negatif orang yang ibu menyusu ni ketinggalan zaman dan sebagainya, sampai bila pun aura negatif akan menghantui kita. Berfikir positif, yakin dan percaya kita boleh lakukan, susu ibu mencukupi untuk anak dan Allah sentiasa akan mudahkan selagi kita berusaha

        2. PENTINGKAN DIRI SENDIRI : mungkin jarang kita dengar ibu mementingkan diri sendiri melebihi kepentingan anak-anak. Sebenarnya masih ada yang begitu, dan ramai tak menyedarinya. Tahukah anda, pengorbanan anda untuk menyusukan anak anda memberi kesan yang sangat hebat hingga ke akhir hayatnya? Susu yang anda berikan dalam tempoh kira-kira 2 tahun tu akan memberi kesan kepada anak anda sehingga mereka dewasa. kajian menunjukkan, anak yang menyusu akan lebih rendah risiko mendapat penyakit-penyakit seperti asma, penyakit kardiovaskular dan sebagainya apabila dewasa. Ketepikanlah rasa mementingkan diri sendiri, berkorbanlah untuk anak selama 2 tahun tersebut demi kebaikan mereka.

        3. MALAS : malas berjaga malam, malas mengepam, malas membasuh dan mensteril pam.... ada 1001 sebab untuk anda malas. Jika sikap ini ada pada anda, tiada siapa yang boleh tolong. hanya anda sahaja yang mampu selesaikannya. Seorang kenalan saya, surirumah sepenuh masa, berhenti menyusukan anak sejak habis pantang lagi. Dah terbiasa suami yang berjaga malam membancuh susu untuk anak-anak sebelum ni. Bila ada anak kecil, seolah-olah terlupa tugasnya menyusukan anak pada waktu malam. Malas bangun malam, anak menangis dibiarkan sahaja.

        4. PUTUS ASA : setelah puas berusaha, masih gagal mendapat hasil diharapkan? jangan putus asa, cuba semak dulu bagaimana usaha anda sebelum ni. Adakah anda telah mencuba dengan bersungguh-sungguh? Adakah cara anda lakukannya betul? gagal kali pertama belum bermakna gagal selama-lamanya. Saya pernah membaca satu kisah relaktasi yang hebat. Setelah hampir 3 bulan berhenti menyusukan anak, dan susu badan telah kering sepenuhnya..seorang ibu ni berjaya melakukan relaktasi dengan jayanya. Tiada yang mustahil! Yang penting, jangan putus asa.

        Jom periksa diri sendiri, apakah sikap kita sama seperti di atas? Pilihan di tangan anda...

        Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan. Sila SMS ke 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com jika anda berminat dengan tawaran kami.

        TESTIMONI : GLA bantu hadapi sindrom wanita monopause

        Simptom monopause pada wanita boleh bermula seawal usia 40 tahun. Menghadapi simptom-simptom seperti kemurungan, kurang tumpuan mood berubah-ubah dan kekeliruan pasti sedikit sebanyak mengganggu prestasi kerja sekiranya wanita tersebut bekerjaya.

        Jika anda mencari-cari suplemen untuk membantu anda menghadapi masalah berkaitan hormon wanita seperti simptom monopause ini, anda boleh mencuba GLA Complex yang mengandungi Gamma-Linolenic Acid dan Omega-6. Ia berperanan membantu masalah seperti sindrom pra-haid (PMS), simptom pra-monopause, ketidaksuburan dan haid tidak teratur. Ia juga sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah ovarian cyst dan fibroid.

        Hari ini saya nak berkongsi testimoni Pn. Haizu, awal 50-an yang telah 2 bulan menggunakan GLA Complex. Beliau merupakan seorang yang bekerjaya dan merupakan salah seorang pemimpin utama di pejabat :

        "*Saya sangat gembira bila kawan sepejabat mula perasan perubahan kepada mood dan tumpuan saya yang lebih baik di pejabat. Memang saya akui sebelum ni saya cepat melenting dan susah untuk fokus di pejabat. Masalah ini mengganggu prestasi saya hingga menyebabkan saya dipandang sinis oleh kakitangan bawahan. 

        Saya juga mempunyai masalah haid yang banyak dan tidak teratur akibat fibroid. Sejak 2 bulan mengamalkan GLA Complex, saya tidak lagi mengalami pendarahan yang banyak dan yang pasti, perut saya yang buncit akibat fibroid telah berkurangan. 
        Paling menggembirakan, suami menegur kulit muka saya semakin baik. Jeragat telah pudar dan garis-garis kedutan di dahi sedikit berkurangan"

        * kenyataan ini adalah pengakuan pengguna, kesan produk adalah berbeza ke atas individu

        Tidak hairanlah GLA Complex ni menjadi HOT ITEM di kalangan pelanggan-pelanggan saya yang kebanyakannya wanita berusia 30-an. Jika anda mahu mencuba atau bertanya lebih lanjut, hubungi saya sekarang untuk harga istimewa dan konsultasi percuma!

        Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan. Sila SMS ke 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com jika anda berminat dengan tawaran kami.

        TESTIMONI : MINYAK IKAN - Bukan Untuk Pandai Sahaja!

        Ikan memang telah sedia dikenali sebagai sumber protein utama di Malaysia. Bagi saya sendiri, ikan adalah pilihan utama dalam hidangan makanan harian berbanding ayam, daging dan telur.

        Saya masih ingat ketika kecil, ibu saya pernah kata : "Makan ikan banyak-banyak, nanti pandai macam orang Terengganu". (Mesti orang Terengganu berbangga dengan ayat ni) Walaupun saya tak kisah sangat ketika itu, kemudian bila saya dah menginjak ke sekolah menegah dan universiti baru saya mula bersetuju dengan kenyataan ibu saya tu.

        9 tahun saya bermaustatin di Terengganu memberi peluang saya lihat sendiri, betapa pentingnya ikan dalam menu harian mereka. Jika di tempat saya, minum petang biasanya goreng pisang dan kuih keria tetapi di Terengganu sudah tentu keropok lekor dan ikan celup tepung yang dimakan begitu sahaja. Fikir saya, patutlah keputusan peperiksaan UPSR dan SPM bagi anak-anak Terengganu sentiasa cemerlang setiap tahun, mereka makan ikan banyak setiap hari sejak kecil lagi!

        Baru-baru ni saya dapat kongsi dengan kawan-kawan yang telah cuba Minyak Ikan dari Shaklee iaitu Omega Guard. Rupanya banyak kelebihannya, bukan semata-mata untuk pandai je. Antara kelebihan nya :

        1. Bantu masalah sejuk-sejuk/ lenguh-lenguh lepas bersalin
        2. Cairkan lendir/ kahak
        3. Tingkatkan Immuniti

        4. Bakar lemak
        5. Redakan keradangan kulit
        Nak tahu lagi kebaikan Omega Guard SHAKLEE? Baca di sini


        Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan. Sila SMS ke 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com jika anda berminat dengan tawaran kami.
        Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...