Persiapan untuk bersalin dan berpantang

Semalam ada sorang kawan saya ni SMS, tanya pasal senarai semak (checklist) persiapan menyambut bayi baru.. Maklumlah, anak pertamalah katakan. Mungkin belum dapat idea mana benda yang perlu, penting dan sebagainya. Jadi, setelah menyelongkar fail dlm laptop saya, akhirnya berjaya jumpa checklist yang digunakan hampir 2 tahun lepas. Lepas tambah tolak apa yang patut dari senarai tersebut, akhirnya terhasil senarai di bawah. Bagus juga ada orang tanya ni, mana tahu tiba-tiba giliran saya nak tambah anak dah sampai tak lama lagi.f Harap dapat membantu ibu-ibu di luar sana juga. Checklist ni agak terperinci. Biasanya awal mengandung tak perlu beli semua. Dan nak ongatkan juga, senarai ni hanya panduan. Setiap ibu tidak semestinya sama keperluan dan pendapat. 

HOSPITAL BAG - mother
  • Kain batik
  • Blouse butang depan / Breastfeeding blouse
  • Baju untuk discharge hospital nanti
  • Maternity pad
  • Breast pad
  • Nursing Bra
  • Panties (disposable/ washable)
  • Socks
  • Sweater
  • Selipar jenis sarung
  • Tudung Telekung (mungkin ada beberapa waktu kena solat sblm kuar darah)
  • Tuala Mandi + tuala muka
  • Toilet paper/ Tissue
  • Underpads untuk alas katil (sesetengah hospital tak sediakan)
  • Minyak panas
  • Water Flask
  • Munchies & drinks - kurma, biskut, oats, Milo, Horlicks, Madu, Air Zamzam (anything - in case admitted lama)
  • Al Quran & Books (mungkin byk masa menunggu, boleh hilang boring)
  • Charger handphone
  • Guarantee Letter + buku rekod perubatan/ check up (sangat penting)
*kalo lama kena admitted, maybe kena extra blouse & kain batik. tapi biasa pakai baju hospital je

HOSPITAL BAG - Baby
  • Baby Top - baju butang depan (2-3 pcs)
  • Mitten + Booties + Cap
  • Barut
  • Bedung
  • Kain Lampin
  • Receiving blanket
  • Bath Towel
  • Newborn Diapers Toiletries + Minyak Telon
  • Wet Tissue
  • Madu/ Kurma untuk Tahnik (belah mulut)
*biasa baby baru lahir tak pakai seluar dan barut lagi.. duk bedung je

POST-NATAL - Mother
  • Long Sleeves Shirt/ Top
  • Kain Batik (extra - selalu tukar kain masa pantang ni)
  • Maternity pad (byk guna masa awal2 pantang)
  • Breast pad
  • Nursing bra + undies
  • Stokin
  • Bengkung
  • Sweater
  • Cermin kecil (utk check luka jahitan)
Ubatan :
  • Supplement pills - Multivitamin, Vitamin C, B- Complex, Zinc (baca ni)
  • Antiseptic utk luka (e.g. Dettol)
  • Acriflavin (ubat kuning utk luka)
  • Tissue/ Toilet Paper
  • Cotton Balls and buds
  • Healing product - Pati Haruan, Gamat, Jamu/ Post Natal Herbs etc. (jika perlu)
  • Minyak panas
  • Pilis, param
  • Tungku
POST-NATAL - Baby
  • Layette (baby tops & bottom) - minimum 6 pasang
  • Mitten + Booties + Cap
  • Barut
  • Bedung
  • Diapers, lampin
  • Bath Towels
  • Blanket
  • Cloth Wipes
  • Toiletries + Minyak Telon
  • Wet Tissue
  • Water Spray
  • Cotton Buds
  • Nasal Aspirator
  • Nail Clipper
BREASTFEEDING ACCESSORY
  • Breastpump
  • Breastmilk collector
  • Breastmilk storage
  • Cooler bag + ice pack
  • Sterilizer
  • Warmer
  • Nursing pillow
  • Nursing cover
  • Feeding bottles & teats
  • Cooler bag
OTHERS
  • Bath Tub
  • Anti slip Mat
  • Baby beddings - Mat, pillow, bolster
  • Mosquito net
  • Rocker/ bouncer

Nabil - The Birth Story

Nabil - Day 2 of life!

Ramai kawan-kawan yang sedang menghitung hari untuk dapat baby. So, saya pun teringat masa bersalin anak sulung.. post ni saya ambil dari blog tertutup saya.. happy reading


26 November 2008

6.10 am: Terjaga dari tidur bila tiba2 rasa sakit perut… rasa macam kena senggugut yg sederhana kuat sakitnya – sakit, tapi masih boleh tahan... sakit pun sekejap2. Rasa macam nak sambung tidur je. But then, sakit tu datang lagi selang beberapa minit. Rasa tak sedap hati, dah tiba masa ke? amik buku nota kecil dlm handbag & mula catit masa setiap kali sakit... 6.21 am, 6.29 am, 6.37 am, 6.45 am.... Erk? Konsisten la pulak.. setiap 8 minit sakit. Aku terus bangun untuk mandi & solat.. bila berdiri, mcm ada air jernih meleleh celah kaki.. sikit je tapi.. Urm.. air ketuban ke? Lepas mandi, sakit tu mcm tak terasa sangat. Aku jadi was2 balik... false alarm ke.. due memang lagi seminggu.. Anyway, aku standby berkemas2 apa patut...

7.07 am: Rasa sakit datang lagi, macam tadi jugak. Aku rekod time... yupp!! Memang contraction la tu.. still konsisten sela masa 8 minit. Nak bagi tau ibu x ? Ermm.. nanti la dulu.. Jgn panik!! Knowledge yang aku dapat through reading, lama lagi baby nak keluar kalo dah ada gesa macam ni.. esspecially first born. Lagipun hari ni ibu ada appointment doktor, follow up jantung.. tak mau kalut2 kan dia…

12.30 pm: Ibu balik dari follow up. Aku slow talk ngan dia, beritahu apa yang aku rasa… siap tunjuk buku note yg aku rekod masa tadi… hehehe… panic dia! Siap mcm nak marah sebab aku tak bagitau awal2.. Maklumlah, takde kaum adam kat rumah. Ibu & adik yang kena bawak aku gi hospital. Dahler hospitalnya lebih 30km dari rumah.. apa2 hal tgh jalan nanti kan susah.. (tu la kata ibu). Terus aku bersiap g hospital

1.40 pm: Sampai hospital, terus ke labour room untuk assessment. Ramainya orang menunggu… ada 5 orang tunggu turn, yang dalam bilik tu pulak entah berapa orang. Lebih sejam baru doctor pelatih tu check… Erk… jalan dah bukak 2 cm… nurse tu target mungkin esok baru labour.. so, kena tahan wad dulu la. Anyway, wad bersalin memang penuh sekarang ni... tak guarantee dapat 1st class..

5.30 pm: Masuk wad 3rd class sementara ada kekosongan wad 1st class… belasah la! Aku tak kisah sangat, yang penting aku dapat rehat… sakit still sama dari pagi.. 8 minit sekali. Tapi pinggang dah rasa lenguh2 plak... rasa nak duduk jek... My dear hubby masih di Terengganu. Lepas Maghrib baru dia nak bertolak ke Melaka... entah sempat ke tidak menyambut baby dalam labour room nanti...

8.00 pm: Dapat pindah wad 1st class, bilik berdua dengan sorang cikgu. Dia nak bersalin anak no 2… Oleh kerana aku tak rasa sakit sangat, aku jalan2 dalam wad.. kononnya nak mudahkan bersalin. Sambil2 tu makan kurma, minum air selusuh ayah bagi. Minyak selusuh Tok Guru AHA je aku belum makan... nanti la kot.. Nurse datang check sejam skali.

9.42 pm: Belum ada progress... nurse yang datang check siap perli2 aku. Dia kata, kalo amek selusuh mmg macam ni... sakit tapi jalan lambat bukak. Aku macam geram jek dengar dia cakap mcm tu... sabar...sabar... Aku try tido... but memang tak dapat lena sebab sakit. Boleh la terlayang sekali dua. Cikgu sebelah ni pulak sakit sampai tak boleh duk diam. Asyik dengar dia mengaduh sakit.. Ntah berapa kali dia tanya aku, tak sakit ke? Dia kata aku tak nampak macam tengah sakit... senyap jek, relaks jek... Entahle, aku tak tau macamana dia punya sakit. Cuma aku pikir, takkan nak bising2 kot. Lepas solat Isya’ sempat jugak aku baca al-Quran, buat melegakan hati yang gundah gulana ni...

27 November 2008

12.04 am: Keluar lendir campur darah sikit2.. Sakit sama je. Aku makan dua sudu minyak selusuh Tok Guru. Memang dah dipesan, makan bila dah start sakit jek. Sambil tu duk berSMS dgn DS.. kesian dia drive sorang2.. asyik pesan kat dia, jgn rush2.. yang penting selamat sampai.. tak dapat tengok aku deliver pun takpe.. kakak sebelah ni pulak dah tak tahan sakit. 2-3 kali panggil nurse but bila check, belum tiba masa... kesian dia.

1.00 am: Tiba2 sakit makin kerap... 5-6 minit sekali. Kali ni rasa tak berapa nak boleh tahan, lebih sakit dari sebelumnya. Teringat nurse pesan, kalu sakit 5 minit skali kena bagitau. Tekan2 buzer tak berbunyik pulak. Aku pun cuba bangun nak bagitau nurse.. Baru nak turun katil, terasa panas je kat celah peha, basah... rupanya air ketuban pecah.. banjir dah katil.

1.30 am: Nurse check jalan, dah bukak 4cm. Kena masuk labour room dah. Masuk ubat, untuk keluarkan najis.. pergh… lega.. cikgu sebelah pun dah kena bergerak ke labour room rupanya.. tapi kesian, dia tak sempat masuk toilet sebab aku lama amek masa termenung…. Hehehe.. tercicir dia..

2.30 am: Dah masuk labour room. Kali ni betul2 rasa sakit… contraction dah less 5 minute sekali… nurse check lagi, dah 6cm.. sempat hantar SMS terakhir kat hubby, bagitau dia dah boleh masuk teman aku.. tapi tunggu2 tak nampak bayang hubby. Tiap kali sakit datang, asyik berharap dia ada tolong bagi semangat. Masa ni labour room penuh... midwife, doktor, nurse sume bizi gila.. aku duk sorang2 tahan sakit. Sesekali ada la nurse jenguk.. berapa kali dia pesan, jgn teran dulu.. dah tak tahan sangat cepat2 panggil. Sambil tu aku duk pesan2 kat nurse suh hubby masuk.

3.00 am: Tiba2 sakit datang macam tak putus2.. ntah berapa saat je dapat rehat then sakit datang balik... aku dah rasa macam nak pushing.. but aku tahan je dulu sebab takde sape kat situ. Macamana nak panggil nurse pun aku tak tau. Aku tekan kuat2 peha sendiri untuk tahan diri sendiri dari meneran.. bila ada kelibat orang lalu, aku cepat2 panggil. Midwife tu cepat2 check... oh.. dah lebih 8 cm rupanya... Dia suh aku push bila ada rasa gesa nak meneran.

3.10 am: Ada 2-3 orang bantu aku... baru nak meneran, hubby tiba2 muncul kat pintu bilik. Alhamdulillah... lega rasa bila nampak dia. Tapi, muka hubby pucat kejap... terkejut tengok darah yang dah keluar kot...hehehe. Aku tak berapa reti nak meneran... serius! Rasa dah cuba kumpul semua tenaga, amek nafas dalam2.... but, still tak berjaya keluarkan baby selepas 2 kali teran. Tekak dah kering gila... hausnya! Then datang lagi 2-3 orang midwife senior bantu... dia mintak kebenaran buat episiotomi untuk mudahkan baby keluar. Aku okay jek... mungkin lebih baik dia gunting dari terkoyak sendiri.. asalkan baby selamat. Seingat2 aku ada 6 orang dalam labour room tu beri sorakan bila aku pushing lagi... rasa bersemangat bila dengar suara2 staff nurse yang meyakinkan aku boleh keluarkan baby...rasa macam pom-pom girl tepi padang bagi semangat kat striker utk score goal... hehehhe

3.25am: Akhirnya, selamatlah aku melahirkan baby boy yang sihat walafiat seberat 3.2 kg yang diberi nama AHMAD NABIL ABDUL HALIM...Alhamdulillah.. Semoga jadi anak yang soleh.. Aminn..

Nanti kita story pasal second baby pula ye... menarik!

Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan. Sila SMS ke 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com jika anda berminat dengan tawaran kami.

Doa, Zikir dan Selawat untuk dikurniakan zuriat


Usaha takkan lengkap tanpa meminta pada empunya Alam, Nyawa dan Ruh. Apa sahaja yang berlaku adalah dengan keizinan dan kehendak Allah. Insya Allah, DIA sentiasa mendengar permintaan dan rayuan hamba-hambaNYA. Yakin dan bertawakkal dengan ketentuanNYA

Mungkin ramai yang dah tahu dan lebih arif. Tapi saya nak sharejugak antara doa, zikir dan selawat yangsaya amalkan dalam usaha mendapatkan zuriat. Maklumat ini saya perolehi dari bacaan-bacaan buku yang berkaitan khasiat Asma'ul Husna, Doa-doa dari Al Quran dan Hikamah Selawat.

ZIKIR

Al Musawwir: Yang Maha Mencipta Segala rupa Bentuk
*Amalkan dengan ikhlas sebanyak mungkin oleh wanita yang tiada zuriat, Insya Allah
dikurniakan anak
Al-Wahhab - Yang Maha Pemberi dangan P emberian Yang Amat Besar
*Amalkan selalu dengan ikhlas Insya Allah dipermudahkan rezeki


Al-Awwal : Yang Maha Awal
*Amalkan dengan ikhlas sebanyak mungkin selama 40 kali Jumaat, Insya Allah
dikurnaiakan anak yang sangat dikehendakinya.
Al-Mubdi'u : Yang Maha Memulai
* Dibaca 56 kali ke atas perut wanita hamil, Insya Allah bayi akan selamat dan tidak gugur sehingga dilahirkan
Al-Mutakabbir : Yang maha Mengatasi Segala Kebesaran
* diamalkan oleh suami sebelum bersetubuh dengan hati ikhlas, Insya Allah akan dikurniakan anak yang soleh.


DOA DARI AYAT AL-QURAN

SELAWAT MUNJIYAH
*Dibaca sebanyak 1,000 kali setiap tengah malam, Insya Allah akan dikurniakan zuriat yang dihajatkan.

Wallahu'aalam

Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat terkini promosi, produk dan inf
o-info berkaitan. Bagi membuat pesanan vitamin atau mendapatkan konsultasi percuma, sila SMS 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com

TRYING TO CONCEIVE : Kisah benar saya!

Setiap yang berlaku ada hikmah dan sebab. Akal kita tak terjangkau untuk fikirkannya. Bertahun cuba tapi masih gagal dapat zuriat sendiri? Saya pernah merasa detik itu... selama 3 tahun 3 bulan bernikah, barulah saya berjaya mempunyai anak sendiri. Mungkin ramai lagi yang masih menunggu. Tapi sekurang-kurangnya saya memahami betapa perit dan jerih menunggu dan menunggu...

Bulan kedua selepas bernikah, saya agak gembira bila 'bendera merah' tak kunjung tiba walaupun dah 'due'. Sangka saya, dapatlah bunting pelamin macam kawan-kawan yang lain. Rupanya 'honeymoon syndrome' je... kitar haid saya memang kurang teratur sebenarnya. Saya je yang syok sendiri, konon-kononnya mengandung.

Lepas setahun, takde langsung tanda-tanda saya mengandung. Dalam hati dah mula risau dan fikir bukan-bukan. Muka ni memang sedia tebal terima teguran orang. Sampai satu tahap rasa macam tak nak keluar rumah, tak larat nak berhadapan dengan pertanyaan, sindiran dan tohmahan orang. Mujur suami memahami dan selalu beri sokongan. Puas agaknya dia memujuk saya menangis saban hari.

Usaha? Sepanjang tahun pertama saya cuba pelbagai cara dan petua yang ada. Antaranya :
  1. Berurut - saya pernah berurut dengan 5 orang di Terengganu, Melaka, Selangor. Dua orang darinya bidan tradisional. Macam-macam yang saya dengar.. ada yang kata rahim saya senget, telur tak elok, angin banyak dan macam-macam lagi.
  2. Makan - saya pernah minum rebusan pucuk taugeh, makan badam, kurma, rumput zuriat, buah badam, buah delima, buah zaitun, folik asid, spirulina, herba cina, produk Bi**ex, jamu dan macam-macam lagi. Saya elakkan makan terlalu berasid, minuman bergas, kafein, makanan yang 'tajam'
  3. Amalan - saya amalkan zikir dan selawat yang disarankan, solat hajat, dhuha dan taubat, amalan baca Al-Quran dan doa-doa tertentu (baca post ni), banyakkan bersedekah
  4. Planning - saya guna ovulation kit, monitor suhu badan (Body Basal Temperature) untuk pastikan waktu subur
Masuk tahun kedua saya rujuk ke doktor pakar kesuburan. Sebab, apa yang saya baca.. jika gagal mengandung dalam tempoh setahun setelah berusaha, kemungkinan saya TIDAK SUBUR. Memang perit nak akui hakikat. Kalau orang dulu-dulu, dah kira mandul agaknya. Usaha yang saya buat dalam tahun pertama masih diteruskan, cuma saya tambah sikit lagi dari segi perubatan. Setahun jugalah saya ulang-alik ke hospital. Antara prosedur yang saya dah lalui :
  1. Screening - darah saya diuji setiap beberapa bulan untuk tengok level hormon. Dari segi perubatan, memang saya KURANG SUBUR sebab hormon progesterone saya rendah. Sampel air mani suami pun diuji. Alhamdulillah, normal je.
  2. Ubat Subur - saya diberi ubat hormon yang dipanggil Clomid. Dari dos yang rendah sampai dos paling tinggi. Yang saya ingat satu dos saya kena ambil selama 3 bulan. Rehat sebulan kemudian sambung lagi 3 bulan dengan dos lebih tinggi. Setahun juga saya ambil ubat ni. Masalahnya badan saya jadi makin berisi, selain pening-pening dan selalu letih
  3. TVS (Trans Vaginal Sonogram) - Prosedur scan telur yang dihasilkan kilang ovari saya. Hampir setiap bulan terpaksa melaluinya.
  4. HSG (hysterosalpingogram) - Prosedur 'x-ray' sistem reproduksi saya. Untuk pastikan tiub fallopio tidak tersumbat. Alhamdulillah okay... Prosedur ni sebenarnya untuk teruskan ke langkah seterusnya...
  5. IUI (intrauterine insemination) atau dalam bahasa kita panggil permanian beradas - sebelum mulakan langkah ini, saya perlu suntik sendiri ubat dipanggil Puregon untuk menggalakkan hormon.
Tapi dalam kisah saya ni, saya hanya sempat buat temujanji untuk prosedur dan order ubat suntikan tu sahaja. Saya tangguhkan dulu temujanji dari tarikh dicadangkan doktor sebab saya merancang untuk ke tanah suci bagi menunaikan umrah.

Dalam masa 2-3 bulan saya tidak buat apa-apa rawatan. Sengaja saya me'rehat'kan diri dari semua ubat dan rawatan bagi membuat persiapan ke Makkah. Alhamdulillah, 3 hari sebelum saya berangkat.. saya dapati ujian air kencing menunjukkan positif!

Syukur tidak terhingga. Saya sangat yakin dan percaya, Allah memang sengaja menguji saya dan suami supaya saya sentiasa merayu dan meminta pada DIA. Allah juga nak uji, sejauh mana saya sanggup berusaha dan bertawakkal. Saya juga sangat percaya, jika kita tak jemu berusaha dengan 1001 cara.. akhirnya dia akan beri ganjarannya. Buat kawan-kawan saya yang sedang berusaha, saya doakan Allah tunaikan permintaan kalian. Jangan menyerah kalah, teruskan berusaha kerana DIA sentiasa mendengar dan memerhatikan kita...

"Ya Allah, kurniakan bagiku dari sisiMu zuriat yang Toyyib, sesungguhnya Kau Maha Mendengar doa hambaMU"

Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat terkini promosi, produk dan info-info berkaitan. Bagi membuat pesanan vitamin atau mendapatkan konsultasi percuma, sila SMS 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com

VITAMIN : Macamana nak pilih?



Banyak jenama vitamin hari ini. Macamana nak pilih? Cuba perhatikan beberapa perkara berikut:

1. Sebaik-baiknya diperbuat dari bahan-bahan semulajadi sepenuhnya - vitamin sintetik perlukan 'silica gel' dalam botol/ pembungkusannya untuk kekalkan kesegaran. Dapatkan maklumat bahan yang digunakan untuk menghasilkan vitamin anda.

2. Produk yang baik tidak mengandungi:
  • Pewarna tiruan - cuba genggam vitamin anda beberapa minit. Ada warna melekat pada tangan atau tidak?
  • Perasa tiruan
  • Pemanis sintetik seperti 'sacharin'
  • Tepung tulang @ dolomite sebagai sumber kalsium
  • Vitamin E sintetik atau l-alpha tocopherol (d-alpha tocopherol yang natural)
3. Kadar penguraian yang mencukupi untuk penyerapan tubuh - U.S Pharmacopieal mencadangkan tablet yg tiada coating patut terurai dalam masa tidak lebih 30 minit dan ada coating tidak lebih 90 minit

4. Dibuktikan keberkesanannya secara saintifik - cuba search dalam jurnal/ scintific research tentang makanan tambahan pilihan anda

untuk saya, saya pilih SHAKLEE.. nak tau lanjut, hubungi saya!


Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat terkini promosi, produk dan info-info berkaitan. Bagi membuat pesanan vitamin atau mendapatkan konsultasi percuma, sila SMS 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com

Suplemen : Perlu ke?

Adakah anda tinggal di kawasan yang ideal, bebas dari pencemaran?


Adakah anda makan makanan yang seimbang, segar, tidak menggunakan racun serangga dan bukan diproses?



Adakah anda konsisten melakukan aktiviti fizikal?




Adakah anda mengamalkan gaya hidup sihat?



Adakah anda tidak terdedah kepada toksin?


Jika anda menjawab TIDAK bagi salah satu soalan di atas, anda mungkin perlukan suplemen!

Nak cuba?

Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat terkini promosi, produk dan info-info berkaitan. Bagi membuat pesanan vitamin atau mendapatkan konsultasi percuma, sila SMS 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com

TESTIMONI : Cadangan Suplemen Untuk Kurus bersama SHAKLEE

SHAKLEE, pengeluar vitamin no. 1 di US sebenarnya menumpukan kepada kesihatan umum melalui produk vitamin semulajadi. Kombinasi beberapa produk dicadangkan untuk kuruskan badan :
  • Herbalax : membantu proses detoksifikasi, membantu masalah tidak hadam dan pergerakan usus yang tidak sihat. 
  • Lecithin : diekstrak dari soya tanpa penggunaan bahan pewarna, pemanis atau pengawet. Membantu proses memecahkan lemak dalam tubuh.
  • Alfalfa Complex : Bahan serat (fiber) penting untuk membantu pengeluaran lemak yang telah dipecahkan. Juga membantu memecahkan angin dalam badan.
  • Cinch Shake Mix : Minuman protein soya membantu rasa kenyang serta mengandungi Leucine™ untuk membantu mengekalkan otot semasa proses pembakaran lemak berlebihan.
Note : tambahan B-complex atau Vitamin C atau Multivitamin sangat digalakkan bagi kesan yang optimum

Nak tau apa *komen kawan-kawan saya setelah mencuba?

PN. NURA, 40-an : "....mula-mula i tak perasan tau. Lepas 2 minggu perut i dah kempis sikit. Then lengan ni pun dah kecik sikit" Kawan-kawan tegur muka lebih cerah dan bersiih. Jeragat pada pipi dah mula pudar.

KAK ZILA, 40-an: "..... berat akak turun 2 kg dalam masa sebulan. Buang air besar lancar je, tak sembelit macam dulu. Badan rasa ringan dan segar"

IDAH, 30-an : "...paling best set ni tak payah nak bancuh-bancuh minum. lagi senang guna tablet ni, mudah nak bawak gi mana-mana. setakat ni mmg badan rasa segar je. best time buang air, senang je... tapi tak la sampai asyik g toilet mcm amek slimming tea"

BAYATI , 30-an : 



Insya Allah, jika amal secara konsisten anda akan alami kebaikannya. Belum cuba, belum tahu.... anda mungkin testimoni seterusnya. Calling-calling ye....

* kenyataan ini adalah pengakuan pengguna, kesan produk adalah berbeza ke atas individu

Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat terkini promosi, produk dan info-info berkaitan. Bagi membuat pesanan vitamin atau mendapatkan konsultasi percuma, sila SMS 019 936 6681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com

NAK KURUS: Tak perlu diet ekstrem!

Hilang lebih 10 kg dalam masa sebulan? Wow, sangat memberangsangkan... pasti ramai yang berminat mengetahui cara dan rahsianya.

Model Baju Saiz 0, Anna Schwarz - berjaya turun hingga saiz negatif 4
Anna Schwarz buat eksperimen kaedah berdiet :
  • Minggu Pertama - Diet Anggur, hanya makan beberapa biji anggur sehari. Minum kopi banyak. Mula pening dan muntah-muntah. Terpaksa makan selain anggur di akhir minggu selepas kecewa berat turun 1 paun sahaja
  • Minggu Kedua - Diet 'Quick-Fix', rawatan di spa berharga 4,000 Pound sehari. Buat pembedahan buang lemak berharga 8,500 Pound bagi satu sesi. Terpaksa ambil ubat tahan sakit kerana tidak tahan kesan sampingan pembedahan. Berat turun sebanyak 2 paun
  • Minggu Ketiga - Diet 'Baby Food', gantikan 2 meals dengan makanan bayi seperti puri buahan, bubur kosong dan kentang lecek dalam kuantiti beberapa sudu besar, tanpa perasa, garam, gula dan sebagainya. Sembelit sebab kurang serat dan mood cepat marah kerana lapar. Berat turun 2 paun
Jangan risau... jika anda berdiet, anda tidak perlu mengikut cara di atas. Dietlah secara sihat. Antara tip penting berdiet :
  1. Makan secara teratur, jangan 'skip meal' tetapi anda boleh 'replace meal'
  2. Makan dengan mengunyah dan menelan perlahan-lahan (sebagaimana sunnah Nabi). Ini kerana perut mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memberitahu otak bahawa anda telah kenyang
  3. Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayuran seperti epal dan lobak merah mentah kerana ia mampu melambatkan kadar pemakanan anda
  4. Minum air panas atau suam kira-kira 10 minit selepas makan bagi membantu anda rasa kenyang
  5. Minum air secukupnya kira-kira 2-3 Liter sehari
  6. Makan buah-buahan 30 minit sebelum makan utama bagi mengelakkan anda terlalu lapar dan makan berlebihan
  7. Makan snek sihat seperti roti, biskut, yogurt dan bertih jagung jika anda masih berasa lapar selepas/ di antara waktu makan
  8. Ambil makanan yang rendah lemak dan minyak
  9. Masak makanan anda dengan cara yang lebih sihat seperti merebus, memanggang, mencelur dan mengukus.
  10. Kurangkan pengambilan makanan yang diproses
  11. Lakukan aktiviti fizikal 3 kali seminggu dengan 20-30 minit bagi setiap sesi.
Ingin cuba kurus dengan SHAKLEE? Klik sini untuk maklumat lanjut .

Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat terkini promosi, produk dan info-info berkaitan. Bagi membuat pesanan vitamin atau mendapatkan konsultasi percuma, sila SMS 019 936 6681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com

Berat badan berlebihan? Lakukan sesuatu..

Tahukah anda, SHAKLEE juga mempunyai program dan rangkaian produk untuk pengurusan berat badan? Samada anda cuba menurunkan berat badan atau ingin 'maintain' berat anda sekarang, anda patut mencuba cadangan program dan produk berikut:

1. MIGHTY 3 GEM PROGRAMME (meal replacement)
Mulakan hari anda dengan sarapan yang lazat dan berkhasiat dengan 3 produk ini iaitu :
  • Meal Shakes
  • Performance Drink
  • Energizing Soy Protein
Cuma campurkan ketiga-tiga nya ke dalam minuman kegemaran anda atau enak juga dibancuh begitu sahaja untuk kekal bertenaga sepanjang hari, meningkatkan kepekaan dan memelihara kesihatan menyeluruh. Jika anda berdiet, boleh dijadikan 'replacement meal' atau alas perut di antara waktu makan!

2. SHAPE UP PROGRAMME
Hilangkan berat badan berlebihan bagi mendapatkan berat dan bentuk badan yang anda idamkan :
  • Cinch Shake Mix
  • Cinch Energy Tea Mix
  • Lecithin
  • Herb-Lax
3. BODY PERFECTOR PROGRAMME
Jika anda telah mempunyai berat badan ideal tetapi tidak mempunyai tabiat pemakanan yang sihat, anda cenderung untuk kehilangan berat ideal anda. cubalah CINCH SHAKE MIX bagi mendapatkan rasa puas dan kenyang bagi nenggantikan makanan segera anda.

Bagi mereka yang tidak menggemari jenis minuman untuk program pengurusan berat badan, saya mencadangkan set berikut :
  • Herb-Lax
  • Alfalfa
  • Lecithin
  • Omega Guard
Nak cuba? Hubungi saya untuk keterangan lanjut : 0199366681

Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat terkini promosi, produk dan info-info berkaitan. Bagi membuat pesanan vitamin atau mendapatkan konsultasi percuma, sila SMS 019 936 6681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com
Published with Blogger-droid v2.0.2

EDISI LELAKI: Tips untuk kesihatan sperma

Satu kajian telah dibuat dari tahun 1963 hingga 2001 di Denmark untuk mengkaji kaitan kesihatan sperma dengan tahap kesihatan dan jangka hayat lelaki. Kajian yang melibatkan 43,277 lelaki itu membuktikan kualiti sperma bukan untuk KESIHATAN SEKSUAL semata-mata. Antara penemuan penting yang dibuat ialah :
  • Lelaki dengan jumlah sperma 40 juta per milimeter memiliki ketahanan hidup 40% lebih tinggi jika dibandingkan dengan mereka yang mempunyai jumlah sperma 10 juta per milimeter.
  • Lelaki dengan jumlah sperma 40 juta per milimeter memiliki umur yang lebih panjang sebanyak 40% lebih tinggi jika dibandingkan dengan mereka yang mempunyai jumlah sperma 10 juta per milimeter.
  • Lelaki yang mempunyai pergerakan aktif sperma sehingga 75% memiliki tahap kesihatan lebih tinggi sebanyak 54% lebih tinggi jika dibandingkan dengan mereka yang spermanya hanya bergerak 25%
Kajian ini menunjukkan kualiti sperma yang lebih baik menunjukkan akan memberikan tahap kesihatan umum yang lebih baik. Jom baca tips untuk kesihatan sperma berikut:
  1. Makan lebih protein seperti telur, daging, kekacang dan sebahagian sayuran hijau dan tomato kerana sperma dibentuk dari protein!
  2. Ambil makanan dan suplemen yang mengandungi zink, asid folik, chromium, selenium dan coenzyme Q10 untuk menambah kualiti sperma. Vitamin E, B Kompleks dan Vitamin C juga sangat membantu.
  3. Amalkan cara hidup sihat dengan bersenam, dapatkan berat badan ideal dan hindari alkohol serta merokok.
  4. Jangan pakai seluar dalam ketat dan mandi air panas terlalu lama kerana suhu zakar boleh meningkat dan menjejaskan kualiti sperma.
Nak tahu juga fungsi vitamin dalam kesihatan seksual? Baca di sini..

Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat terkini promosi, produk dan info-info berkaitan. Bagi membuat pesanan vitamin atau mendapatkan konsultasi percuma, sila SMS 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com

40 Makanan/ Minuman Yang Membantu Kelancaran Pengeluaran Susu Ibu

ALFALFA
Penyusuan ibu adalah berasaskan konsep 'demand and supply' dimana untuk mengekalkan kuantiti susu yang dihasilkan, permintaan atau pengeluaran susu tersebut melalui penyusuan terus atau pengepaman mestilah konsisten dan effisyen. Ibu juga mesti mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat serta minum air secukupnya (tidak kurang dari 3 Liter sehari). Kesihatan fizikal, mental dan emosi ibu dan anak juga boleh mempengaruhi pengeluaran susu ibu. Penggantungan dan tawakal kepada Allah melalui doa, zikir dan selawat mesti diutamakan.

Kebanyakan orang tua kita, nenek dan bidan-bidan tradisional percaya, sesetengah makanan dan minuman yang dipercayai boleh meningkatkan kuantiti susu. Sebenarnya lebih tepat lagi membantu kelancaran pengeluaran susu ibu. Berikut disenaraikan 40 makanan dan minuman yang dimaksudkan.

18SG? Teknik urutan CAKAR HARIMAU dan urutan LABAH-LABAH


Sentuhan seperti dakapan, belaian dan urutan merupakan teknik penting yang perlu diamalkan oleh suami isteri untuk mengekalkan keintiman. Di dalam kitab-kitab Melayu lama ada ditunjukkan teknik-teknik urutan yang disyorkan kepada pasangan yang telah berkahwin. Mahu mencuba? Ikuti teknik berikut :

Kulit orang perempuan di Malaysia nampak cepat tua?




KITA MAKIN TUA


Bila umur bertambah, maknanya kematangan pun bertambah. Ye tak? Bila makin matang, bentuk dan rupa fizikal makin berubah sama ada kita sedari atau tak. Rambut yang dulu hitam lebat makin memutih dan jarang... Gigi dulu elok je tersusun cantik, sekarang dah luruh beberapa batang. Kulit dulu elok tegang, sekarang dah mula berkedut.

Cakap pasal kulit ni kan.. tahukah tak, kulit wanita Asia LEBIH MUDAH kelihatan tua berbanding kulit wanita negara lain? Maknanya, mungkin pada umur 30an, kulit kita orng Malaysia ni akan nampak macam dah umur 40an bila dibandingkan dengan perempuan Arab atau Minah Salleh.


TANDA-TANDA PENUAAN WANITA ASIA MENGIKUT KATEGORI USIA

Sebenarnya, tanda penuaan boleh bermula seawal umur 18 tahun. Antara tanda penuaan adalah pigmentasi, perubahan tekstur kulit, kedutan di bahagian mata dan kulit mengendur.


Umur 18
  • Kulit wajah berminyak 
  • Kulit kelihatan tidak sekata 

Umur 28

  • Gejala pigmentasi mula kelihatan 
  • Perubahan struktur kulit di sekitar bahagian dagu 
  • Bahagian kelopak mata atas mula mengendur 

Umur 38
  • Timbul kedutan di sekitar bahagian mata 

Umur 48

  • Kedutan semakin nyata di bahagian bibir 
  • Kedutan semakin banyak kelihatan di bahagian hidung 
  • Bahagian dagu kelihatan mengendur 

Umur 58

  • Bahagian bawah wajah kelihatan jelas mengendur 
  • Tekstur leher dan dagu jelas kelihatan 
  • Bahagian atas mata semakin lelah dan tidak bermaya 

Umur 68

  • Proses penuaan amat jelas kelihatan 
  • evolusi perubahan berlaku secara perlahan di wajah dan bahagian mata 
  • Gangguan pigmentasi mula terhenti 

Penuaan tidak boleh dihentikan, tetapi anda boleh mengelakkan diri anda kelihatan tua dari usia sebenar atau lebih baik lagi, anda akan kelihatan lebih muda dari usia anda...


VITAMIN UNTUK KESIHATAN KULIT


  • Energizing Soy Protein : bantu pembinaan sel kulit dan pemulihan tisu rosak 
  • B-Complex : mengatasi kelesuan 
  • Vita E Complex : melambatkan penuaan, melindungi selaput sel dari dimusnahkan 
  • Sustainable Release Vita C : membina kolagen 

Hubungi saya untuk dapatkan pesanan anda!
ZETI HAFIZA
+6019 936 66681
bigsmilezone@gmail.com

VITAMIN: Kenapa perlu konsisten pengambilannya?

Di bawah ini adalah gambar Mary dan kembarnya, dari Indiana, US ketika berumur 4 dan 69 tahun. Nak tahu *kisah mereka? Teruskan membaca...





Mary Anderson dari Evansville, Indiana telah menjadi pengguna tetap semua rangkaian produk Shaklee selama lebih 20 tahun. Adik perempuan Mary jarang menggunakan produk Shaklee, lebih suka menggunakan produk syarikat lain.

Walaupun mereka dilahirkan dengan kod genetik yang sama, Mary lebih bertenaga, merasa lebih baik, kelihatan lebih muda dan sihat berbanding kakaknya


Mary masih bertenaga pada usia 69. Beliau aktif dengan gereja beliau, tidak banyak kerja-kerja sukarela dan Presiden Pertubuhan Wanita Republikan tempatan. Semua orang yang menanggap ibu kepada empat orang anak dan nenek kepada enam remaja ini berumur kurang daripada 69 tahun!


* kenyataan ini adalah pengakuan pengguna, kesan produk adalah berbeza ke atas individu
Cerita ini menunjukkan penggunaan konsisten produk SHAKLEE boleh memberi kesan positif berterusan pada jangkamasa panjang. Pengambilan vitamin yang tidak konsisten tidak akan memberi kesan yang optimum kepada pengguna. Dan jangan tunggu 20 tahun lagi untuk bermula... Apakah keperluan vitamin dan suplemen untuk kesihatan yang optimum?

VITAMIN UNTUK KESIHATAN UMUM
  • Energizing Soy Protein : penting dalam pembinaan dan pembaharuan sel
  • Vitalea (Multivitamin) : mengimbangi bahan kimia dalam badan, mengisi lompong zat dari pemakanan harian
  • B-Complex : membantu proses penukaran makanan kepada tenaga
  • Sustainable Release Vita- C : miningkatkan sistem ketahanan badan
  • Vivix (jika anda tidak sukakan tablet!)
Anda tidak perlukan penyakit untuk memulakan.. anda tidak perlu sebab untuk mulakan kecuali:
  1. Tidak langsung terdedah dengan pencemaran alam sekitar
  2. Mengamalkan gaya hidup tidak sihat
  3. Pasti badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien
  4. Tidak makan mengikut selera rasa
  5. Makan buah-buahan/ sayuran yang tidak mungkin terjejas atau tercemar
  6. Tidak mengalami gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan
  7. Pasti tiada kehilangan nutrien dalam makanan semasa diproses atau dimasak
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat terkini promosi, produk dan info-info berkaitan. Bagi membuat pesanan vitamin atau mendapatkan konsultasi percuma, sila SMS 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com

MUDAH LUPA : Tanda anda semakin berusia?

Lupa bukan sejenis penyakit. Tetapi ia merupakan simptom kepada masalah kesihatan yang lebih serius seperti Alzheimer, gangguan saraf dan otak. Keadaan mudah lupa pada orang dewasa dianggap perkara biasa dan sering dikaitkan dengan faktor usia. Tetapi pada tahap tertentu, masalah pelupa yang serius perlu mendapatkan bantuan dari pakar kesihatan.

Banyak yang anda boleh lakukan untuk mengekalkan kecerdasan ingatan anda. Berikut adalah tips ringkas mengekalkan kecergasan otak..

KOLESTEROL TINGGI : Pembunuh Senyap Rakyat Malaysia!

Di Malaysia, masalah paras kolesterol tinggi dihadapi oleh orang yang lebih muda berbanding dengan negara lain seperti China, Jepun dan Thailand yang lazimnya menyerang golongan tua. Hari ini 1 dari 3 rakyat Malaysia berumur 40 tahun ke atas mengalami paras kolesterol yang tinggi.

Perhatikan faktor risiko yang mungkin ada pada anda. Jika anda berusia lebih 35 tahun dan mempunyai faktor risiko, lakukan langkah pencegahan SEKARANG! Kolesterol tinggi boleh menyebabkan serangan jantung, stroke, hipertensi dan banyak lagi penyakit kardiovaskular!

Apa punca masalah kolesterol tinggi?

Masala ini berlaku apabila bilangan kolesterol (lapisan lemak pada salur darah manusia) berada dalam keadaan tidak seimbang iaitu LDL (kolesterol jahat) terlalu tinggi berbanding HDL (kolesterol baik).

Apa yang boleh mempengaruhi paras kolesterol kita? 


  • Umur : lelaki berumur kurang 55 tahun dan wanita berumur lebih 55 tahun lebih ramai mengalami masalah kolesterol tinggi
  • Keturunan : anda lebih berisiko jika keluarga anda mempunya sejarah kolesterol tinggi atau penyakit berkaitan koronori seperti darah tinggi, jantung dan kencing manis 
  • Berat badan : individu dengan berat badan berlebihan atau obes lebih mudah mengalaminya
  • Aktiviti fizikal : kurang aktif bersukan/ melakukan aktiviti fizikal juga boleh mempengaruhi paras kolesterol
  • Alkohol : pengambilan alkohol meningkatkan paras LDL 
  • Stress : keadaan stress berpanjangan boleh meningkatkan paras kolesterol 

Langkah pencegahan dan kawalan 

  1. Pantau paras kolesterol anda, lakukan pemeriksaan tahunan jika ada mempunyai risiko. (Paras koleterol ideal ialah < 200 mg/dL, dengan paras LDL < 130mg/dL, dan HDL > 40mg/dL 
  2. Kawal paras gula, tekanan darah dan berat badan anda, BMI ideal ialah antara 19-25. Cuba check di sini : Kalkulator BMI
  3. Kurangkan merokok dan pengambilan alkohol 
  4. Banyakkan aktiviti fizikal atau bersukan 
  5. Kawal pemakanan anda: 
  • Kurangkan pengambilan lemak - dicadangkan <30% keperluan kalori anda 
  • Kurangkan pengambilan makanan berkolestrol seperti daging merah, udang, kerang, margerin, kuning telur dan banyak lagi 
  • Lebihkan makanan mengandungi serat boleh larut seperti kekacang, oat, gandum, sayuran dan buah-buahan 
  • Cuba amalkan makanan yang dipercayai anti kolesterol : soya, kuaci, buah kering, epal, ikan tuna, kacang tanah, mangga, kismis, oat, jambu batu 

Set Kolesterol Shaklee untuk langkah pencegahan dan kawalan paras kolesterol













* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease 





Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat terkini promosi, produk dan info-info berkaitan. Bagi membuat pesanan vitamin atau mendapatkan konsultasi percuma, sila SMS 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com

Alfalfa : "Raja kepada Segala Makanan"

Kebaikan Alfalfa

- bertindak untuk buang toksik dalam badan
- melawaskan usus
- mengurangkan kelesuan
- melegakan sakit ketika haid
- membuang angin dalam badan
- baik untuk masalah resdung, eczema, allergy etc
- mengurangkan sakit sendi dan badan
- merawat masalah keputihan wanita
- bertindak seperti kacip fatimah pada isteri
- meningkatkan stamina suami
- melancarkan penghasilan susu ibu yang menyusukan anak
- membesar dan menegangkan payudara
- pulihkan urat selepas bersalin
... banyak lagi

SAYA DAH RASA KEBAIKANNYA, ANDA BAGAIMANA?


Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat terkini promosi, produk dan info-info berkaitan. Bagi membuat pesanan vitamin atau mendapatkan konsultasi percuma, sila SMS 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com

Lecithin : Makanan saraf dan otak anda!

KEBAIKAN LECITHIN

- pemecah lemak, triglycerid dan lemak lain
- pelarut kolestrol
- cegah penyakit berkaitan jantung, stroke, darah tinggi
- kurangkan risiko penyakit berkaitan hati
- meningkatkan imunisasi
- mengurang dan mencegah nyanyuk
- meningkatkan daya ingatan
- pelincir sendi-sendi
- bantu sistem peenghadaman
- mengurang dan mencegah simptom PMS dan monopause
- memudahkan penyerapan zat-zat dalambadan
..... serta banyak lagi

RAMAI DAH MENDAPAT KEBAIKANNYA, ANDA BILA LAGI?

Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat terkini promosi, produk dan info-info berkaitan. Bagi membuat pesanan vitamin atau mendapatkan konsultasi percuma, sila SMS 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com

TIPS BAKAL PENGANTIN: Jangan lupa penampilan diri!

credit picture to NURADS PHOTOGRAPHY

Kesibukan bakal pengantin membuat persiapan majlis perkahwinan menyebabkan ada yang tidak dapat rehat yang cukup, berjaga hingga lewat malam & tidak makan dengan teratur. Relaks! Beri masa untuk tubuh anda bersedia menjadi raja sehari.


  1. Makan Diet Seimbang - jangan skip meal, minum air secukupnya, kurangkan kaffein
  2. Dapatkan Berat Badan Ideal - jika anda perlu berdiet, lakukan sekurang-kurangnya 6 bulan lebih awal. Jangan tergesa-gesa turunkan berat badan secara mendadak, masalah kesihatan lain mungkin timbul
  3. Lakukan aktiviti fizikal - mulakan seawal 3 bulan sebelum berkahwin. Pilih satu aktiviti mudah dan ringkas seperti berbasikal/ berjalan kaki dan lakukan secara konsisten
  4. Tidur dan rehat secukupnya - penampilan dan kesihatan anda terganggu jika kekurangannya
  5. Kurangkan stress - sentiasa berfikiran positif, banyakkan amalan kerohanian
  6. Buat pemeriksaan kesihatan - terutamanya jika anda ada sejarah/ masalah kesihatan
  7. Ambil vitamin - multivitamin, vitamin C, vitamin E, B-complex, Zinc Complex dan Alfalfa dipanggil juga 'honeymoon' vitamin, sangat sesuai untuk bakal pengantin
  8. Bergembira - nikmati kegembiraan menghitung hari anda bergelar suami/ isteri kepada orang yang dicintai. Ia MUNGKIN sekali seumur hidup
Apakah kebaikan vitamin untuk bakal pengantin ini?

Multivitamin : mengekalkan kecergasan bakal pengantin - anda perlu bertenaga untuk membuat persiapan perkahwinan.
Vitamin C : meningkatkan imuniti tubuh - kurangkan risiko pengantin demam dan selsema di hari bahagia
Vitamin E : vitamin 'seks' untuk lelaki dan wanita
B-complex : sebagai penenang dan kurangkan tekanan bakal pengantin!
Alfalfa : senjata rahsia kewanitaan
Zinc : 'makanan' bagi lelaki untuk kesihatan prostate

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
Jika anda dalam tempoh bulan madu atau ingin menikmati 'bulan madu' berpanjangan... anda juga patut mencubanya! Hubungi saya untu pertanyaan dan cadangan...

Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat terkini promosi, produk dan info-info berkaitan. Bagi membuat pesanan vitamin atau mendapatkan konsultasi percuma, sila SMS 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com

Perbezaan set yang dicadangkan untuk ibu menyusu (breastfeeding)

Tahukah anda, terdapat beberapa pilihan suplement untuk ibu menyusukan. Antaranya ialah Set Breastfeeding, Set Breastfeeding Enhancement, Set Tripple M dan Set Eu-Four Pack. Pilihlah yang sesuai mengikut keperluan


PERBEZAAN SET YANG DICADANGKAN UNTUK BREASTFEEDING

SET B
(without
Kalsium)
SET E
(Basic)
TRIPPLE M
(with ESP)
SET EU-FOUR PACK
(without Alfalfa)
WHAT?
· Vitalea
· B-Complex
· Vita-C
· Alfalfa

· Vitalea
· B-Complex
· Vita-C
· Alfalfa
· Ostematrix

· Vitalea
·B-Complex
· Vita-C
· Alfalfa
· Ostematrix
· Energizing Soy Protein
·Vitalea
· B-Complex
· Vita-C
· Ostematrix
HOW?
· Vitalea (Multivitamin with iron) : Membekalkan keperluan asas kesemua 12 jenis vitamin dan 9 mineral yang diperlukan ibu menyusu dengan tambahan zat besi
· B-Complex : Membantu ibu menyusu menenangkan dan mengelakkan stress serta keletihan yang boleh mengganggu penghasilan susu
· Vitamin C : Membantu ibu menyusu meningkatkan imun tubuh
· Alfalfa : Membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu
-
-
· Ostematrix (Kalsium-Magnesium) : Menggantikan kalsium dalam badan ibu yang menyusu, mengurangkan risiko osteoporosis
-
· Energizing Soy Protein : Membantu penghasilan sel hidup yang terdapat dalam susu ibu, memberi tenaga kepada ibu menyusu
-
WHO?
Ibu menyusu yang tiada masalah penyusuan tetapi ingin mendapatkan sokongan zat dan mineral dalam tubuh
Ibu menyusu yang kurang tidur, penghasilan susu tidak lancar ketika haid, kekurangan kalsium @ tidak gemar/ kurang minum susu
Ibu yang ingin membuat stok, berelaktasi, mempunyai masalah low milk supply (penghasilan susu kurang walaupun konsep asas penyusuan dipatuhi)
Ibu menyusu yang tiada masalah penyusuan tetapi ingin mendapatkan sokongan zat dan mineral dalam tubuh serta mempunyai alahan kepada Alfalfa
TIPS :
Set ini tidak berkesan jika anda :
· Tidak faham konsep ‘demand & supply’ dalam penyusuan ibu
· Tidak mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dan seimbang untuk ibu menyusu
· Tidak minum air mencukupi (3 Liter sehari)
· Malas mengosongkan payudara (melalui penyusuan terus/ pengepaman)
· Tidak berfikiran positif
· Mempunyai masalah kesihatan yang boleh mengganggu kelancaran penghasilan susu ibu


Dapatkan sekarang! Anda layak mendapat tips-tips istimewa bagi ibu menyusu khusus untuk pelanggan saya sahaja!

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease


Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat terkini promosi, produk dan info-info berkaitan. Bagi membuat pesanan vitamin atau mendapatkan konsultasi percuma, sila SMS 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...