5 JENIS VITAMIN YANG BANTU KEHIDUPAN SEKS LEBIH SIHAT

Tahukah anda, kesihatan fizikal, mental dan emosi anda akan menjadi lebih stabil jika anda mempunyai kehidupan seks yang sihat. Hari ini kita boleh melihat pelbagai produk dijual bagi meningkatkan kesihatan seksual secara terbuka atau tertutup. Walaubagaimanapun, adakah anda tahu vitamin adalah keperluan yang asas dalam kesihatan seks anda?

VITAMIN E

Digelar 'vitamin seks' atas sebab kaitannya terhadap kesihatan seksual. Di antaranya ialah peranan penting yang dimainkan oleh Vitamin E dalam membantu penghasilan hormon estrogen untuk lelaki dan keseimbangan progesteron pada wanita. Ia penting dalam mengawal keinginan, tarikan dan mood seks anda! Vitamin E merupakan antioksidan berperanan memelihara organisma dari kerosakan semasa proses pengoksidaan yang penting dalam fungsi seksual. Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki yang mengambil vitamin E untuk sekurang-kurangnya seminggu akan mengalami tenaga seksual yang lebih baik, libido lebih kuat dan kurang stress dalam kehidupan harian. Bagi wanita, vitamin E mengurangkan sindrom sebelum had (PMS) dan pre-menopause seperti mood berubah, kekejangan, sakit kepala, depressi dan sebagainya.

VITAMIN C

Vitamin C bertindak bersama vitamin E dalam meningkatkan nafsu seksual. Ia membantu proses penting tubuh yang memberi kesan terhadap kesihatan seksual seperti membantu penyerapan zat besi, pembentukan sel darah dan metabolisma kelenjar adrenalin. Vitamin C juga menguatkan sistem imun tubuh, melindungi dari tekanan dan mengekalkan keaktifan tubuh anda. Percubaan klinikal secara rawak oleh seorang penyelidik mendapati dos asid askorbik yang tinggi (terdapat dalam vitamin C) boleh meningkatkan kekerapan hubungan intim dan memperbaiki mood.

VITAMIN B

Vitamin B2, B3, B5 dan B 12 boleh membantu meningkatkan keinginan seks. Ia juga penting dalam mengawalselia organ seks manusia. Ia juga penting penghantaran isyarat oleh saraf serta penghasilan tenaga ke seluruh tubuh, yang memainkan peranan utama dalam meningkatkan libido. Vitamin B6 pula mengawal penghasilan prolaktin yang berperanan dalam hubungan intim.

VITAMIN A

Membantu mengawal sintesis hormon progesteron, yang penting dalam mewujudkan perasaan berkasih-sayang. Vitamin A juga penting dalam fungsi normal sistem pembiakan lelaki dan wanita.

ZINC

Diperlukan dalam proses penghasilan testosterone pada lelaki dan wanita. Kandungan zinc adalah paling tinggi dalam kelenjar prostate dan sperma. Kekurangan zinc boleh menjejaskan kualiti sperma, merendahkan potensi dan keinginan seks.

LAIN-LAIN

Magnesium - penting dalam penghasilan hormon seks dan neurotransmitter yang bertindak menggesa organ seks
Selenium - Penting dalam pergerakan dan pengeluaran sperma. Hampir separuh kandungan selenium dalam tubuh lelaki terdapat dalam testis dan saluran semen.

Jika anda berminat untuk mencuba vitamin bagi menambahbaik kesihatan seksual anda, cadangan saya adalah seperti berikut :

WANITA - Multivitamin, B-complex, Vitamin C dan Vitamin E + Soy Protein

LELAKI - Multivitamin, B-complex, Vitamin C, Vitamin E dan Zinc

Untuk pilihan lain dan pertanyaan, hubungi saya ....

Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan. Sila SMS ke 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com jika anda berminat dengan tawaran kami.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...