KOLESTEROL TINGGI : Pembunuh Senyap Rakyat Malaysia!

Di Malaysia, masalah paras kolesterol tinggi dihadapi oleh orang yang lebih muda berbanding dengan negara lain seperti China, Jepun dan Thailand yang lazimnya menyerang golongan tua. Hari ini 1 dari 3 rakyat Malaysia berumur 40 tahun ke atas mengalami paras kolesterol yang tinggi.

Perhatikan faktor risiko yang mungkin ada pada anda. Jika anda berusia lebih 35 tahun dan mempunyai faktor risiko, lakukan langkah pencegahan SEKARANG! Kolesterol tinggi boleh menyebabkan serangan jantung, stroke, hipertensi dan banyak lagi penyakit kardiovaskular!

Apa punca masalah kolesterol tinggi?

Masala ini berlaku apabila bilangan kolesterol (lapisan lemak pada salur darah manusia) berada dalam keadaan tidak seimbang iaitu LDL (kolesterol jahat) terlalu tinggi berbanding HDL (kolesterol baik).

Apa yang boleh mempengaruhi paras kolesterol kita? 


  • Umur : lelaki berumur kurang 55 tahun dan wanita berumur lebih 55 tahun lebih ramai mengalami masalah kolesterol tinggi
  • Keturunan : anda lebih berisiko jika keluarga anda mempunya sejarah kolesterol tinggi atau penyakit berkaitan koronori seperti darah tinggi, jantung dan kencing manis 
  • Berat badan : individu dengan berat badan berlebihan atau obes lebih mudah mengalaminya
  • Aktiviti fizikal : kurang aktif bersukan/ melakukan aktiviti fizikal juga boleh mempengaruhi paras kolesterol
  • Alkohol : pengambilan alkohol meningkatkan paras LDL 
  • Stress : keadaan stress berpanjangan boleh meningkatkan paras kolesterol 

Langkah pencegahan dan kawalan 

  1. Pantau paras kolesterol anda, lakukan pemeriksaan tahunan jika ada mempunyai risiko. (Paras koleterol ideal ialah < 200 mg/dL, dengan paras LDL < 130mg/dL, dan HDL > 40mg/dL 
  2. Kawal paras gula, tekanan darah dan berat badan anda, BMI ideal ialah antara 19-25. Cuba check di sini : Kalkulator BMI
  3. Kurangkan merokok dan pengambilan alkohol 
  4. Banyakkan aktiviti fizikal atau bersukan 
  5. Kawal pemakanan anda: 
  • Kurangkan pengambilan lemak - dicadangkan <30% keperluan kalori anda 
  • Kurangkan pengambilan makanan berkolestrol seperti daging merah, udang, kerang, margerin, kuning telur dan banyak lagi 
  • Lebihkan makanan mengandungi serat boleh larut seperti kekacang, oat, gandum, sayuran dan buah-buahan 
  • Cuba amalkan makanan yang dipercayai anti kolesterol : soya, kuaci, buah kering, epal, ikan tuna, kacang tanah, mangga, kismis, oat, jambu batu 

Set Kolesterol Shaklee untuk langkah pencegahan dan kawalan paras kolesterol













* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease 





Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat terkini promosi, produk dan info-info berkaitan. Bagi membuat pesanan vitamin atau mendapatkan konsultasi percuma, sila SMS 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...