Nabil - The Birth Story

Nabil - Day 2 of life!

Ramai kawan-kawan yang sedang menghitung hari untuk dapat baby. So, saya pun teringat masa bersalin anak sulung.. post ni saya ambil dari blog tertutup saya.. happy reading


26 November 2008

6.10 am: Terjaga dari tidur bila tiba2 rasa sakit perut… rasa macam kena senggugut yg sederhana kuat sakitnya – sakit, tapi masih boleh tahan... sakit pun sekejap2. Rasa macam nak sambung tidur je. But then, sakit tu datang lagi selang beberapa minit. Rasa tak sedap hati, dah tiba masa ke? amik buku nota kecil dlm handbag & mula catit masa setiap kali sakit... 6.21 am, 6.29 am, 6.37 am, 6.45 am.... Erk? Konsisten la pulak.. setiap 8 minit sakit. Aku terus bangun untuk mandi & solat.. bila berdiri, mcm ada air jernih meleleh celah kaki.. sikit je tapi.. Urm.. air ketuban ke? Lepas mandi, sakit tu mcm tak terasa sangat. Aku jadi was2 balik... false alarm ke.. due memang lagi seminggu.. Anyway, aku standby berkemas2 apa patut...

7.07 am: Rasa sakit datang lagi, macam tadi jugak. Aku rekod time... yupp!! Memang contraction la tu.. still konsisten sela masa 8 minit. Nak bagi tau ibu x ? Ermm.. nanti la dulu.. Jgn panik!! Knowledge yang aku dapat through reading, lama lagi baby nak keluar kalo dah ada gesa macam ni.. esspecially first born. Lagipun hari ni ibu ada appointment doktor, follow up jantung.. tak mau kalut2 kan dia…

12.30 pm: Ibu balik dari follow up. Aku slow talk ngan dia, beritahu apa yang aku rasa… siap tunjuk buku note yg aku rekod masa tadi… hehehe… panic dia! Siap mcm nak marah sebab aku tak bagitau awal2.. Maklumlah, takde kaum adam kat rumah. Ibu & adik yang kena bawak aku gi hospital. Dahler hospitalnya lebih 30km dari rumah.. apa2 hal tgh jalan nanti kan susah.. (tu la kata ibu). Terus aku bersiap g hospital

1.40 pm: Sampai hospital, terus ke labour room untuk assessment. Ramainya orang menunggu… ada 5 orang tunggu turn, yang dalam bilik tu pulak entah berapa orang. Lebih sejam baru doctor pelatih tu check… Erk… jalan dah bukak 2 cm… nurse tu target mungkin esok baru labour.. so, kena tahan wad dulu la. Anyway, wad bersalin memang penuh sekarang ni... tak guarantee dapat 1st class..

5.30 pm: Masuk wad 3rd class sementara ada kekosongan wad 1st class… belasah la! Aku tak kisah sangat, yang penting aku dapat rehat… sakit still sama dari pagi.. 8 minit sekali. Tapi pinggang dah rasa lenguh2 plak... rasa nak duduk jek... My dear hubby masih di Terengganu. Lepas Maghrib baru dia nak bertolak ke Melaka... entah sempat ke tidak menyambut baby dalam labour room nanti...

8.00 pm: Dapat pindah wad 1st class, bilik berdua dengan sorang cikgu. Dia nak bersalin anak no 2… Oleh kerana aku tak rasa sakit sangat, aku jalan2 dalam wad.. kononnya nak mudahkan bersalin. Sambil2 tu makan kurma, minum air selusuh ayah bagi. Minyak selusuh Tok Guru AHA je aku belum makan... nanti la kot.. Nurse datang check sejam skali.

9.42 pm: Belum ada progress... nurse yang datang check siap perli2 aku. Dia kata, kalo amek selusuh mmg macam ni... sakit tapi jalan lambat bukak. Aku macam geram jek dengar dia cakap mcm tu... sabar...sabar... Aku try tido... but memang tak dapat lena sebab sakit. Boleh la terlayang sekali dua. Cikgu sebelah ni pulak sakit sampai tak boleh duk diam. Asyik dengar dia mengaduh sakit.. Ntah berapa kali dia tanya aku, tak sakit ke? Dia kata aku tak nampak macam tengah sakit... senyap jek, relaks jek... Entahle, aku tak tau macamana dia punya sakit. Cuma aku pikir, takkan nak bising2 kot. Lepas solat Isya’ sempat jugak aku baca al-Quran, buat melegakan hati yang gundah gulana ni...

27 November 2008

12.04 am: Keluar lendir campur darah sikit2.. Sakit sama je. Aku makan dua sudu minyak selusuh Tok Guru. Memang dah dipesan, makan bila dah start sakit jek. Sambil tu duk berSMS dgn DS.. kesian dia drive sorang2.. asyik pesan kat dia, jgn rush2.. yang penting selamat sampai.. tak dapat tengok aku deliver pun takpe.. kakak sebelah ni pulak dah tak tahan sakit. 2-3 kali panggil nurse but bila check, belum tiba masa... kesian dia.

1.00 am: Tiba2 sakit makin kerap... 5-6 minit sekali. Kali ni rasa tak berapa nak boleh tahan, lebih sakit dari sebelumnya. Teringat nurse pesan, kalu sakit 5 minit skali kena bagitau. Tekan2 buzer tak berbunyik pulak. Aku pun cuba bangun nak bagitau nurse.. Baru nak turun katil, terasa panas je kat celah peha, basah... rupanya air ketuban pecah.. banjir dah katil.

1.30 am: Nurse check jalan, dah bukak 4cm. Kena masuk labour room dah. Masuk ubat, untuk keluarkan najis.. pergh… lega.. cikgu sebelah pun dah kena bergerak ke labour room rupanya.. tapi kesian, dia tak sempat masuk toilet sebab aku lama amek masa termenung…. Hehehe.. tercicir dia..

2.30 am: Dah masuk labour room. Kali ni betul2 rasa sakit… contraction dah less 5 minute sekali… nurse check lagi, dah 6cm.. sempat hantar SMS terakhir kat hubby, bagitau dia dah boleh masuk teman aku.. tapi tunggu2 tak nampak bayang hubby. Tiap kali sakit datang, asyik berharap dia ada tolong bagi semangat. Masa ni labour room penuh... midwife, doktor, nurse sume bizi gila.. aku duk sorang2 tahan sakit. Sesekali ada la nurse jenguk.. berapa kali dia pesan, jgn teran dulu.. dah tak tahan sangat cepat2 panggil. Sambil tu aku duk pesan2 kat nurse suh hubby masuk.

3.00 am: Tiba2 sakit datang macam tak putus2.. ntah berapa saat je dapat rehat then sakit datang balik... aku dah rasa macam nak pushing.. but aku tahan je dulu sebab takde sape kat situ. Macamana nak panggil nurse pun aku tak tau. Aku tekan kuat2 peha sendiri untuk tahan diri sendiri dari meneran.. bila ada kelibat orang lalu, aku cepat2 panggil. Midwife tu cepat2 check... oh.. dah lebih 8 cm rupanya... Dia suh aku push bila ada rasa gesa nak meneran.

3.10 am: Ada 2-3 orang bantu aku... baru nak meneran, hubby tiba2 muncul kat pintu bilik. Alhamdulillah... lega rasa bila nampak dia. Tapi, muka hubby pucat kejap... terkejut tengok darah yang dah keluar kot...hehehe. Aku tak berapa reti nak meneran... serius! Rasa dah cuba kumpul semua tenaga, amek nafas dalam2.... but, still tak berjaya keluarkan baby selepas 2 kali teran. Tekak dah kering gila... hausnya! Then datang lagi 2-3 orang midwife senior bantu... dia mintak kebenaran buat episiotomi untuk mudahkan baby keluar. Aku okay jek... mungkin lebih baik dia gunting dari terkoyak sendiri.. asalkan baby selamat. Seingat2 aku ada 6 orang dalam labour room tu beri sorakan bila aku pushing lagi... rasa bersemangat bila dengar suara2 staff nurse yang meyakinkan aku boleh keluarkan baby...rasa macam pom-pom girl tepi padang bagi semangat kat striker utk score goal... hehehhe

3.25am: Akhirnya, selamatlah aku melahirkan baby boy yang sihat walafiat seberat 3.2 kg yang diberi nama AHMAD NABIL ABDUL HALIM...Alhamdulillah.. Semoga jadi anak yang soleh.. Aminn..

Nanti kita story pasal second baby pula ye... menarik!

Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan. Sila SMS ke 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com jika anda berminat dengan tawaran kami.

2 comments:

  1. salam...

    bersalin mmg pengalaman yg indah.....pada waktu dan tarikh yg sama, aku pon tgh menghitung hari nak beranak...alhamdulillah, 1st baby lahir pada 30 November 2008.., 12.12 pm, 3.34kg di KPJ Speacialist Hospital, Seremban....selang berapa hari jek daripada Nabil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm... ye fida... aku ingat birthday anak kita dekat2... anak no. 2 Alhamdulillah, lagi mudah bersalin januari 2011 hari tu... rasa seronok plak lalui detik2 dalam labour room tu... hehehe... jom beranak lagi!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...