5 sebab saya buat bisnes Shaklee

Tadi masa lunch anak buah pejabat tanya.. Puan hantar anak kat mana, berapa upah pengasuh. Sewa rumah kat mana, berapa sewa. Tadika anak berapa bayar?

Terserlah kegusaran mereka tentang kenaikan kos hidup. Pernah juga berada dalam situasi sebegitu, tak sukar untuk letakkan kaki dalam kasut mereka. Faham sangat. Lebih² lagi yang bertanya tu baru mulakan keluarga, anak satu dan isteri tak bekerja. KakPiz nak jawab pun serba salah. Akhirnya mereka congak sendiri, upah pengasuh purata RM300 × 4 anak, sewa rumah tak kurang RM1,000 dan lain-lain. Belum masuk kos lain. Lebih dari gaji semasa, kata mereka 

Keadaan ni salah satu sebab KP tak menyesal buat bisnes untuk tambah income. Dari dulu memang nampak, jalan bisnes adalah yang terbaik. Tapi nak bisnes makanan, KP tak pandai dan tak cekap. Nak bagi service tuisyen, kurang kompeten dan anak² yang masih kecil ni siapa nak jaga? Nak jual tudung, KP bukan pakai fesyen² sangat dan trend cepat berubah dan bermusim. Serba-serbi tak kena dengan jiwa.
.
Akhirnya memilih Shaklee. Itupun setelah sendiri guna, sendiri puas hati, sendiri jatuh cinta. Bila makin kenal, jadi makin cinta. Mula² pada produk, kemudian pada kumpulan bisnes kami. Sudahnya bila hadam tentang peluang² yang ditawarkan... Lagi² la hati terikat dengan Shaklee. Kenapa?

  1. QUALITY - rangkaian produk memang terjamin kualiti. Dan bukan cakap kosong, ada bukti ilmiah. Kualiti bukan pada produk sahaja, bahkan pada pembungkusan, sistem dan kepercayaan syarikat.
  2. SATISFY - sendiri guna produk, sendiri puas hati. KP rasa bersalah kalau jual produk yang kita tak guna dan tak rasa sendiri kesannya. Dari segi payment bonus, insentif semua dah rasa sendiri selama 60 bulan without failed.
  3. RELEVANT - supplement ni bukan ikut musim, ikut trend, ikut ekonomi, ikut umur. Relevan sepanjang zaman sebab ia keperluan, bukan kehendak. Shaklee relevan juga worldwide. Bukan untuk setempat je.
  4. REAL - obviously bukan SCAM. Betul² jual produk. Banyak orang offer bisnes yang sampah sekarang ni. Keluar modal RM1k akan jadi 10k dengan syarat cari orang yang nak keluar modal mcm kita. Kalau ada produk pun hanya untuk buat syarat je, sedangkan yg nak dijual sebenarnya marketing plan. MLM yang untung kat orang awal² je. Yang kaki bawah² kena tipu payment tak dapat sebab BNM hold bagai 
  5. SAFE - selamat kepada pengguna, alam sekitar, ada HALAL, quality assurance, semulajadi. Dan disebabkan real business, tak risau pun kena tipu atau sewaktu dengannya

Ni sebahagian je. Nak bukti, dijemput alami sendiri dengan sertai KP. Seriously, tanpa modal kepuk² atau MBA pun boleh buat income tambahan.

Kena ada modal kerajinan dan kesungguhan. Berani keluarkan diri zon selesa yang sebenarnya tak selesa tu.

Hari ni. Ye.. bertindaklah hari ni. Hubungi saya


ZETI HAFIZA ZAKARIA 
Call/ Whatsapp +6019 936 6681

PUNCA NAIK JERAGAT LEPAS MAKAN VITAMIN SHAKLEE

Kisah benar. Customer saya Encik X ni ambil Vivix untuk masalah  kesihatan beliau. Dugaan sungguh, tindakbalas produk pada badan beliau agak kuat. Saya cuba beri konsultasi terbaik, sambil mendoakan produk ni serasi dan dapat bantu Encik X jadi lebih sihat. Hampir sebulan kemudian, bila sebahagian healing crisis berkurang.. tiba² naik jeragat (pigmentasi gelap) di muka. 

Waktu ni saya dapat tau rupanya Encik X pernah kerja kilang simen sebelum ni. Bila cari maklumat, memang ada toksin yang dikeluarkan oleh bahan simen tu dan ia berisiko bagi kesan sampingan kepada pekerja dalam jangkamasa sederhana/ panjang. Sumber toksin lain tak dapat dikenalpasti, mungkin juga kesan beliau merokok sebelum ni.

Sama seperti Encik Z yang dah lalui sesi kemoterapi beberapa kali. Jeragat timbul selepas ambil Vivix. Dadah kimia yang dimasukkan dalam rawatan, tidak dapat disingkirkan sepenuhnya dalam jangkamasa singkat. Sesetengahnya mungkin disingkarkan melalui kulit, maka terbentuklah jeragat.

Macamana boleh jadi macam ni?


Krisis pemulihan ataupun healing crisis ni adalah tindakbalas badan terhadap proses penyingkiran toksin yang berlaku secara mendadak. Lagi banyak toksin dalam badan, makin kuat kesan healing crisis.

Jangan risau jika mengalami healing crisis. Dapatkan konsultasi untuk tahu cara menanganinya. Sebenarnya ia petanda positif  badan kita bertindakbalas dan Insya Allah dalam proses pemulihan selepas toksin² disingkirkan.

Vivix mengandungi antioksidan yang kuat dan bertindakbalas pada dengan cara repair, renew, reenergized dan tingkatkan defence sel.

Jika nak perangi toksin ke peringkat akar umbi, usahakan detox menggunakan Vivix ni. Insya Allah, bila dapat buang toksin.. badan lebih sihat dan satu persatu masalah kesihatan akan berkurangan. 

Kepada Encik X dan Z yang membaca ni, saya doakan tuan² diberi kesihatan yang baik ye. Amin

Nak tahu samada anda perlukan detoks? Semak tanda-tanda badan bertoksin di sini


ZETI HAFIZA ZAKARIA
Certified Product Consultant


CARA ATASI MASALAH BERAT NAIK LEPAS RAYA YANG BERULANG SETIAP TAHUN

Selepas musim raya, mesti ramai dah mula risau pasal berat badan naik. Nampak sangat sepanjang raya makan rendang tak ingat dunia. Hehehe. Nasib baik naik penimbang berat masih statik lagi. Hujung minggu ni mesti naik penimbang balik.

Rileks la kak. Bukan hari2 raya. Sementara ada selera ni makan je.. dah sakit tak leh makan nanti menyesal. 

Pernah dengar ke org kata cenggitu. Ada je kan? Kena betulkan paradigma tu. Sementara sihat ni la nak jaga makan.. supaya tak datang masa sakit yang terpaksa kita sekat macam-macam benda yang tekak teringin. 

So.. raya ni takkan nak makan sandwich or salad je kak?

Apa la pening sangat. Makan la apa yang dihidangkan tu.. cuma pilih yang paling kurang risiko & jangan berlebihan. Ada dihidang soda & kopi, minum air kopi pun ok dah.. atau air masak. Ada rendang daging sekawah, jangan ko hentam 14 senduk plak. 

Nak selamat, sebelum makan tu amek Phytocol-ST untuk block kolesterol masuk dalam darah. Lepas makan jangan lupa Lecithin untuk larutkan lemak. Malam nak tidur amek HerbLax bagi bersihkan usus. 

Setelah mengumpul toksin dari makanan minuman diproses sepanjang raya, banyak la unsur2 tak perlu terkumpul dlm badan. Ni la yang dipanggil toksin. Lepas raya kita start balik program detox. 

Perhatikan tanda-tanda seperti sakit kepala, mudah penat, craving manis, naik jerawat yang biasa timbul lepas raya ni... ni antara petanda perlu detoks. 



Set Detoks Shaklee

Shaklee memperkenalkan set detoks sejak pertengahan 2016 baru-baru ni. Apa kandungan set detoks ini?
  • Vivix: Ramuan botanikal kaya dengan antioksida yang beri tenaga kepada sel
  • Alfalfa Complex: Kaya dengan nutrisi & sifat alkali bantu kurangkan asiditi dari toksin
  • DTX Complex: Tonik hati. Bantu tingkatkan tenaga & kecantikan kulit
  • HerbLax: Bersihkan usus & lawaskan pembuangan air besar
  • Peppermint Ginger Plus : Legakan perut & penghadaman. Bantu keluarkan angin /gas dalam badan



Pengalaman mereka yang amalkan set detoks - Puan Ebby


Puan Ebby - berat turun dari 120 ke 75 kg 
  • 2009 : 20 tahun, baru kahwin, berat 120 kg tinggi 170cm 
  • 2011 – 2012 : 23 tahun, anak dua, berat 140 kg. Mula ambil Shaklee (Set Menyusudan Set Slimming) tapi tidak konsisten. 
  • 2016 : Mula buat detox untuk kesihatan. Hasilnya, kurang rasa craving nak makan manis dan merapu. Berat terkini 75kg dan trending menurun (masih teruskan detox bulanan)

Pengalaman mereka yang amalkan set detoks - Ms. Alex



Bagaimana, dah dapat jawapan tentang cara nak atasi masalah berat naik mendadak selepas musim raya? Ye.. kita perlu lakukan proses detoks untuk bersihkan sistem baan kita.

Dapatkan Set Detoks Shaklee untuk bantu proses ini. Hubungi saya untuk bantu anda dapatkan produk ini.


ZETI HAFIZA (0199366681)
Certified Product Trainer

KRIM PELINDUNG MATAHARI YANG MENCERAHKAN TANPA MERKURI ATAU HIDROKUINON



Teringat si Ain Nashwa tiru Dato' Vida punya tagline. Dah la pelat.. nak jugak buat gaya "barulah putih" dengan dua jari kat pipi. 

Tapi ibu dia tak pakai pun produk tu. 

Kalini nak share benda yang saya guna hari-hari. Day moisturizer cum sun protector SPF 15 ni nama penuh Ultimate Protection Whithening Lotion. Walaupun namanya "whithening"... bukan bermakna ada peluntur seperti hidrokuinon atau merkuri.

Nutriwhite guna bahan botani - herba, tumbuhan, bungaan sahaja. Macam dalam krim ni, ada ekstrak Mulberry untuk lindungi kulit dari matahari dan Mountain Arnica untuk redakan inflamasi & tambah ketahanan kulit dari kerosakan.

Lepas pakai takde rasa macam ada 'benda' kat muka sebab rasa dia lembut dan tak berminyak. Konfiden nak keluar kerja, lebih2 lagi outdoor.

Siapa yang tak pernah try, harus grab satu. Botol besar ni nak habiskan memang berbulan. Value for many - high quality & patented. 

Nak cuba atau tahu lebih lanjut, call je 019 9366681 ye

Pengedar/ Agen Shaklee Melaka 2016 paling best dan terbaik

Semakin ramai orang-orang Melaka yang dah jatuh hati dengan produk Shaklee. Saban hari makin bertambah pula yang baru kenal dan nak dapatkan produk berkualiti tinggi ini. Jika anda berada di Melaka dan nak dapatkan produk Shaklee segera secara COD atau walk-in, hubungi saya seperti maklumat di bawah. Rangkaian ke seluruh Melaka - Jasin, Melaka Tengah dan Alor Gajah sedia membantu. Peta bawah ini menunjukkan kawasan 'hotspot' saya biasa COD hampir setiap hari.

Kawasan COD : Lebih kurang 10km radius dari Cheng

Apa kata mereka yang pernah dapat khidmat saya?

Kurang 15 minit lepas bank in, barang sampai ke tangan. 

Jangan risau, konsultasi PERCUMA disediakan. Cepat-cepat hubungi saya tau!
Orang Melaka Piau, 
ZETI HAFIZA
019-9366681

VIDEO : Suami stroke terpaksa bedah buka tempurung kepala dan otak kiri mati - isteri redha tapi tidak putus asa!

Sejak akhir-akhir ini makin kerap kedengaran berita kawan-kawan Kak Piz yang diserang stroke ataupun angin ahmar. Di kalangan mereka, ada yang masih muda dan baru keluarga. Nampaknya stroke ini menyerang tanpa mengira usia. Apa itu stroke?

Stroke berlaku bila salur darah yang tugasnya bawa oksigen dan nutrien ke otak tersekat atau rosak (pecah) hingga menyebabkan bekalan oksigen ke otak terhenti dan akhirnya sel otak mati. Nak tahu lebih lanjut mengenai stroke, boleh baca di sini.

Kisah suami Hafza Aien diserang stroke

Salah seorang sahabat, Hafza Aien menceritakan pengalaman sedih apabila suami tercinta diserang stroke. Bergenang-genang air mata Kak Piz bila tonton video ni :





Saya Hafza Aein.. yang berkongsi cerita mengenai suami saya yang mengalami stroke dan juga masalah percakapan. Stroke yang dia alami boleh saya kategori sebagai stroke pendarahan. Tapi setelah menggunakan produk Shaklee iaitu VIVIX, Alhamdulillah suami semakin pulih.

Tanggal 28 April 2014 suami mengalami masalah stroke dimana doktor mengesahkan pembengkakan otak kiri yang menjadi bengkak dengan cepat. Ya Allah...hanya Allah je yang tahu macam mana perasaan saya ketika itu.

Doktor membuat keputusan hanya pembedahan pembukaan tempurung kepala sahaja yang dapat menyelamatkan nyawa suami. Tanpa berfikir panjang, saya bersetuju untuk suami dibedah kerana tiada pilihan lain. Kalau ada pun, besar kemungkinan boleh menjadi risiko yang paling besar.

1 MEI 2014 : Jam 4 pagi suami masuk ke dewan pembedahan dan pakar memberitahu saya pembedahan ni merupakan major operation. Saya redha dengan segala kemungkinan yang berlaku. 

Jam 8 pagi, berita yang ditunggu telah tiba. Alhamdulillah suami selamat menjalani pembedahan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi untuk pemantauan doktor.

4 MEI 2014 : keadaan suami masih lagi tidak sedar dan doktor telah memberitahu saya yang sel-sel otak di bahagian otak kiri telah mati dan ada 3 kemungkinan yang terjadi pada suami iaitu :
  1. tidak dapat mengingat siapa diri dia dan ahli keluarga
  2. boleh mengingat tapi cepat lupa
  3. masalah pertuturan
Saya menjadi bimbang selepas itu. Apa yang saya harapkan lepas suami sedar dia akan mengingat semua ahli keluarga sendiri dan Alhamdulilah.. Allah Maha Besar. Bila dia dah sedar dia masih lagi ingat akan kami sekeluarga.

Cuma yang menjadi masalah bila setiap pertuturan dia menjadikan kami tidak faham. Tapi tak apa.. saya ingat lagi dengan produk VIVIX. Saya baca setiap testimoni tentang stroke ni. Apakah kesan dia selepas makan dan apakah boleh pulih dengan meminumnya.

Saya cuba bagi dia setiap malam dengan 1 sudu kecil dan berdoa setiap kali saya bagi pada dia untuk pulihkan sel-sel yang dah mati di otak dia sebab otak kiri merupakan otak untuk bertutur dan mengira.

Alhamdulillah setelah hampir setahun .saya berikan VIVIX, pertuturan suami semakin pulih dan doktor pun puji suami nampak semakin berseri-seri dan makin banyak cakap. Hahaha.. suka saya mendengarnya bila doktor cakap macam tu.

Terima kasih Shaklee telah membantu menyembuhkan suami saya dan keluarga. Terima kasih juga pada upline saya yang memahami keadaan saya dan memberi cadangan ambil VIVIX untuk bantu pulihkan suami saya.

(BEFORE) Keadaan suami pada bulan MEI 2014
(AFTER) Keadaan suami selepas setahun menggunakan Vivix.

Dapatkan Vivix dengan harga promosi hari ini.


atau



Sihat itu sunnah!

ZETI HAFIZA ZAKARIA
Call/ Whatsapp +6019 936 6681

VIDEO : Jahitan 'bawah' selepas bersalin dibuka dan dijahit semula tanpa bius - kisah benar mengerikan ibu anak 6 yang kuat semangat!

Setiap ibu mesti mengharapkan pengalaman yang indah-indah untuk dikenang sepanjang kehamilan dan berpantang. Tapi setiap kehamilan itu berbeza dan keadaan ibu serta bayi juga berbeza, menyebabkan kita akan dengar 1001 kisah suka duka pahit getir pengalaman seorang ibu.

Dr. Najihah, seorang pensyarah di salah sebuah universiti awam di Malaysia ini mempunyai kisahnya yang tersendiri. Beliau salah seorang kenalan saya di alam maya. Dalam diam saya mengkagumi beliau yang merupakan ibu kepada 6 orang anak yang masih kecil (termasuk sepasang kembar). Bukan mudah nak galas tanggungjawab sebagai pensyarah dan ibu, tanpa pembantu rumah. Rupanya ada pengalaman mengerikan Dr. Najihah semasa kehamilan anak ke-2,3 dan 4. Antara paling tak boleh dilupakan ialah apabila luka perineum dijangkiti kuman dan terpaksa dibuka serta dijahit semula tanpa bius! Selain itu masalah sembelit teruk semasa mengandung juga menyebabkan beliau menangis menahan sakit bila ke tandas. Tonton video di bawah untuk ketahui kisah dari mulut Dr. Najihah sendiri.



KISAH DR. NAJIHAH ABDUL MUTALIB


Assalamulaikum. Saya nak kongsikan kisah benar saya menggunakan Set Kehamilan dan Set Berpantang Shaklee. 

Saya sekarang adalah ibu kepada 6 orang anak berusia antara 5 bulan hingga 11 tahun termasuk sepasang kembar yang berusia 9 tahun. Saya mula kenal Shaklee pada penghujung tahun 2011 sebelum hamil anak ke-5. Saya mengambil keputusan untuk mencuba Set Kehamilan Shaklee apabila saya disahkan hamil anak ke-5 dan lepas bersalin saya teruskan dengan Set Berpantang Shaklee.

Saya ada beberapa pengalaman yang kurang enak dan mungkin juga agak ngeri bagi sesetengah orang ketika hamil dan berpantangkan anak sulung, kedua & ketiga (kembar) serta anak ke-4. Sepanjang kehamilan dan berpantang keempat-empat anak ini saya amalkan set hamil dan berpantang jenama lain (jenama yang sama untuk 3 kali kehamilan ini) 

Pengalaman yang paling ketara dan saya ingat sampai sekarang ialah sewaktu hamil saya mengalami sembelit yang teruk. Sampai menangis-nangis dalam tandas setiap kali nak membuang air besar. Kadang-kadang sampai berlaku pendarahan. Keadaan ini menyebabkan saya rasa takut nak membuang air besar yang menjadi penyebab kepada terjadinya buasir. Buasir ini menjadi semakin kritikal selepas saya melahirkan anak-anak kembar dan ianya berlarutan sehingga dalam tempoh berpantang dan selepasnya. 

Satu lagi masalah saya ialah selalu berlaku kejang kaki (cramp) terutamanya apabila kandungan menjengah usia 6 bulan ke atas. Malam-malam waktu tidur selalu sangat kena sampai menangis-nangis menahan sakit. Suami saya lah yang selalu menjadi mangsa untuk meredakan kesakitan saya sewaktu sedang nyenyak tidur.

Dulu sewaktu berpantang, selain masalah sembelit dan buasir saya juga pernah mengalami jahitan perineum saya terkena jangkitan dan bernanah. Ia berlaku sewaktu berpantang anak sulong dan sewaktu berpantang anak kembar peristwa ini berulang lagi bahkan ianya semakin parah kerana jahitan perineum saya terpaksa dibuka dan dijahit semula tanpa bius disebakan oleh jangkitan kuman pada kawasan tersebut. 

Memang sangat mengerikan tapi terpaksa juga melaluinya dengan tenang sambal dalam hati berdoa agar ianya tidak berulang lagi pada kelahiran akan datang. Manakala ketika berpantang anak ke-4 yang dilahirkan secara pembedahan saya mengalami sakit kepala yang amat teruk sehingga hampir 3 minggu lamanya. Sakit pada tempat pembedahan juga terasa sehingga beberapa lama. Dalam waktu berpantang dulu terasa diri kurang cergas dan kurang bermaya.

Alhamdulillah, setelah mengamalkan Set Kehamilan Shaklee yang terdiri daripada Vitalea, Vitamin C, B Coplex, Ostematrix, ESP dan Omega Guard Shaklee ketika hamil anak ke-5 yang sekarang berusia 3 tahun, masalah utama sewaktu hamil dulu iaitu sembelit dan kejang kaki boleh dikatakan tidak berlaku langsung. Diri terasa cergas dan sihat sepanjang tempoh kehamilan. 

Dan peristiwa yang paling saya risaukan ketika berpantang iaitu jahitan perineum saya amat menakjubkan. Luka jahitan sembuh dengan cepat. Tiada rasa sakit dan berdenyut seperti berpantang anak-anak terdahulu dan yang bestnya, jahitannya sembuh dan kering dengan sendirinya tanpa sebarang jangkitan!

Atas sebab keyakinan itulah saya teruskan pengambilan Set Hamil & Berpantang Shaklee untuk anak ke-6 yang baru dilahirkan lebih 4 bulan lepas. Kali ini saya bersalin secara pembedahan disebabkan kedudukan bayi yang songsang sejak awal kehamilan sehingga saat nak melahirkan. 

Alhamdulillah, walaupun bersalin secara pembedahan, luka dan jahitan akibat pembedahan sembuh dengan cepat. Saya terasa sangat sihat dan cergas tidak seperti bersalin bedah. Walaupun pada minggu kedua bersalin, hanya saya yang menguruskan anak-anak kecil seramai 6 orang tetapi alhamdulillah saya dapat menguruskan rumahtangga dan keluarga dengan sebaiknya.

Alhamdulillah..saya sangat bersyukur dapat kenal dengan vitamin Shaklee dan dengan izin Allah jua tempoh kehamilan dan berpantang saya untuk 2 orang anak yang terakhir ini sangat menyeronokkan.

Dan saya amat menyarankan kepada para ibu yang ingin hamil supaya menjadikan Set Kehamilan dan Berpantang Shaklee sebagai satu keperluan dalam senarai barangan Kehamilan dan Bersalin anda!

Bakal ibu jangan takut ye nak melalui pengalaman mengandung dan bersalin.. Insya Allah, usaha dan doa berterusan agar semuanya baik-baik dan indah-indah sahaja yang kita lalui nanti.

Superibu in the making,

ZETI HAFIZA ZAKARIA
Call/ Whatsapp +6019 936 6681

Produk pencerah muka tanpa merkuri paling selamat dan sihat untuk rakyat Malaysia.

Tau tak.. kulit kita tak kira samada kuning langsat, sawo matang, hitam manis atau putih melepak macam Kak Piz ni (ahaks!) boleh jadi makin gelap kalau asyik terdedah kepada cahaya matahari macam di Malaysia ni. Kulit juga boleh jadi gelap disebabkan sel yang semakin tua, pigmentasi atau perubahan hormon. 

Lambakan produk kosmetik mengandungi bahan bahaya di negara jiran

Putih itu cantik?


Siapa pun tak suka dengan kulit muka yang bermasalah kan? Kulit boleh jadi kusam, berminyak, warna tak sekata, semakin gelap dan tidak licin. Kak Piz bukan obses nak kulit cerah, tapi lebih kepada nak tingkatkan keyakinan diri dalam bekerja dan bersosial. 

Tapi... cakap pasal hal ini, takkan kita nak belasah guna produk yang tak selamat semata-mata untuk cerahkan kulit kan? Dah tentu kita nak produk yang berkesan dan selamat untuk jaga kulit. Takut pula baca kesan negatif jika salah guna produk ni. 

Lain dari yang lain


Di sini Kak Piz nak kongsi maklumat mengenai satu produk penjagaan kulit wajah yang paling selamat dan berkesan, NutriWhite™ yang dirumus khas untuk kulit orang Asia seperti rakyat Malaysia tercinta. Produk ini istimewa kerana :

  1. Dihasilkan selepas 3 tahun usahasama penyelidikan U.S. dan Jepun untuk membangunkan sistem penjagaan kulit eksklusif ini
  2. NutriWhite™ terdiri dari rangkaian 7 produk yang menggunakan bahan-bahan yang telah dikaji dengan tahap kualiti tinggi
  3. Menggunakan formula dipatenkan iaitu N-16 yang mengandungi 16 jenis ekstrak tumbuhan berbeza dari 16 negara. 
  4. Tidak mengandungi bahan kimia berbahaya seperti merkuri, hydroquinone, plumbum, paraben dan sewaktu dengannya.
  5. Telah didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Boleh semak di sini. Juga disahkan Halal oleh badan yang diiktiraf JAKIM.
  6. Sesuai untuk pelbagai jenis kulit, samada lelaki atau wanita. 
  7. Setiap satu produk boleh digunakan untuk jangkamasa lama (pengalaman sendiri - sehingga 9 bulan) kerana kandungannya pekat dan menjimatkan.

Pendaftaran KKM


Kandungan Set NutriWhite™ 


Set ini terdiri dari 7 produk iaitu :


5 cara tindakan Nutriwhite


Bagaimana sistem Nutriwhite bertindak dalam mencerahkan kulit? Ringkasannya adalah seperti di bawah :

Review pengguna 






Cara beli set Nutriwhite ini


Rasa tak sabar nak manjakan kulit dengan NutriWhite ni kan? Boleh dapatkan terus set anda dengan menghubungi saya seperti maklumat di bawah. Jika mahu buat pembelian sendiri menggunakan kad debit/ kredit, klik sahaja di bawah ini.


atau

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan! 

ZETI HAFIZA ZAKARIA 
+6019 936 6681 

5 tips pilih produk kecantikan pemutih supaya muka tak naik jeragat hodoh atau merana akibat kanser kulit.

Wanita Malaysia antara yang paling obses dengan produk memutihkan kulit di Asia, di mana 41% dari responden kajian oleh WHO menggunakannya. Susah nak diubah mentaliti wanita yang berkulit hitam manis dan sawo matang yang berpendapat PUTIH itu CANTIK, sedangkan wanita berkulit putih di Barat sibuk menggelapkan kulit dengan berjemur di bawah matahari atau melakukan rawatan 'tanning'. Akibatnya, pengeluar produk pemutih semakin bertambah di Malaysia hingga ada yang mengabaikan keselamatan produk. Apa yang bahayanya?

3 jenis bahan berbahaya paling kerap ditemui dalam produk pemutih

  1. Hydroquinone - bahan peluntur kulit yang digunakan dalam produk pemutih. Kulit akan jadi merah dan seperti terbakar selepas digunakan beberapa ketika. Dalam jangkamasa panjang boleh akibatkan kerosakan buah pinggang, kanser hati dan darah
  2. Merkuri - juga bahan yang sering digunakan dalam produk pemutih. Menjadikan kulit lebih sensitif, merusakkan organ seperti otak, buah pinggang dan paru-paru, janin cacat dan risiko kanser kulit. 
  3. Plumbum - boleh akibatkan kulit menipis, pigmentasi berlebihan dan jeragat setelah berhenti menggunakan produk, keracunan logam berat dalam darah an kerosakan organ dalaman termasuk saraf
Salah satu kesan penggunaan pemutih yang mengandungi bahan berbahaya

5 tips memilih produk kecantikan pemutih yang selamat

  1. Baca label atau info produk dengan lebih teliti : amalkan tabiat membaca label sebelum membeli. Jika anda membeli produk secara online, jangan lupa hak sebagai pengguna untuk mendapatkan maklumat produk dari penjual. Jika tiada label atau maklumat produk pada bungkusan, jangan ragu-ragu untuk menolak produk tersebut.
  2. Pilih yang menggunakan bahan pemutih semulajadi : elak bahan pemutih yang menggunakan bahan berbahaya seperti mercury, leads, plumbum, hydroquinone dan sewaktu dengannya. Produk yang selamat akan menggunakan pemutih semulajadi seperti likoris, vitamin C, kojic acid, mulberi dan sebagainya.
  3. Ketahui reputasi pengeluar/ pengilang produk : berhati-hati sekiranya produk tersebut dikeluarkan oleh syarikat baru dan tidak diketahui status pengilangnya. Ada penjual ghairah mengeluarkan jenama sendiri dengan membungkus/ melabel semula produk yang tidak selamat semata-mata untuk mengaut keuntungan. Sebaiknya pilih produk dari pengilang yang berpengalaman dan diketahui reputasinya.
  4. Semak status ujian keselamatan/ akreditasi pihak berwajib - sejak 1 November 2008, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah mempekenalkan nombor pendaftaran bagi sebarang produk kosmetik yang telah memenuhi keperluan tempatan. Produk yang tidak berdaftar berisiko mengandungi bahan berbahaya. Semakan boleh dibuat di portal ini 
  5. Jauhi produk yang meragukan - sekiranya produk yang digunakan sekarang beri kesan yang meragukan atau tidak dapat dipastikan latarbelakangnya, jangan takut untuk menukar jenama. 

Produk penjagaan kulit yang SELAMAT dan BERKESAN


Alhamdulillah, saya dah bertukar kepada Set Nutriwhite Shaklee sejak 4 tahun lalu. Kulit saya pernah rosak akibat menggunakan produk yang mengandungi peluntur, menjadikan kulit saya lebih sensitif dan mudah terbakar dengan selaran matahari. Setelah konsisten dengan Nutriwhite, kulit saya semakin baik berbanding dulu. Kawan-kawan yang nak guna apa-apa produk kosmetik, jangan lupa untuk aplikasi tips di atas sebelum membeli ya?

Nak tahu lebih lanjut tentang NUTRIWHITE, dapatkan maklumat produk ini di sini.



Putih tak semestinya cantik!

ZETI HAFIZA ZAKARIA 
Call/ Whatsapp +6019 936 6681

50 nama anak perempuan klasik dan kontemporari - inspirasi dari bunga-bungaan


Orang Melayu dulu-dulu kalau anak perempuan ni, memang suka sangat bagi nama 'girlish' macam nama bunga-bungaan. Sebenarnya generasi sekarang pun dah mula suka nak kembali ke zaman nenek moyang. Jom kita cari idea nama-nama  klasik dan kontemporari - inspirasi dari bunga-bungaan : 
  1. Bunga
  2. Melati
  3. Melur
  4. Kenanga
  5. Seroja 
  6. Puspawangi
  7. Kuntum
  8. Azalea (Bunga Azalea)
  9. Camellia (Bunga Kamelia)
  10. Dahlia (Bunga Dahlia)
  11. Mawar (Bunga Mawar)
  12. Iris (Bunga Iris)
  13. Jasmine (Bunga Melati)
  14. Lily (Bunga Lili)
  15. Orked (Bunga Anggrek)
  16. Rose (Bunga Mawar) 
  17. Widuri (Bunga Widuri)
  18. Cempaka (Bunga Cempaka)
  19. Alyssa (Bunga pokok Alicia)
  20. Amaryllis (Bunga Amarilis)
  21. Wardah = Mawar (Arab)
  22. Wardiya = Mawar (Arab) 
  23. Azarin = Bunga-bunga yang berseri (Arab)
  24. Ayana = Bunga yang cantik (Afrika)
  25. Saharah = Bunga (Afrika)
  26. Mika = Bunga yang cantik (Jepun)
  27. Hana = Bunga mekar (Jepun)
  28. Jazlyn = Bunga (Amerika)
  29. Fahara = Bunga Melur (Arab) 
  30. Zehra = Bunga (Mesir)
  31. Zara = Bunga berkembang (Parsi)
  32. Leia = Bunga syurga (Hawaii)
  33. Rozana = Mawar yang lembut (Hebrew)
  34. Roza = Lily (Hungary)
  35. Lianna = Teratai yang lembut (Mandarin)
  36. Akhtar = Bunga (Parsi)
  37. Mariam = Bunga (Parsi)
  38. Nasreen = Mawar liar (Parsi)
  39. Nilofar = Bunga teratai (Parsi)
  40. Reyhan = Bunga (Parsi)
  41. Suri = Mawar merah (Parsi)
  42. Rosa = Mawar (Portugis)
  43. Naleen = Teratai (Sanskrit)
  44. Linna = Bunga biru kecil (Scandinivia)
  45. Janna = Taman (Arab)
  46. Izdihar = Berbunga (Arab)
  47. Naurah = Bunga (Arab)
  48. Rihanna = Bunga Kemangi (Arab)
  49. Zuhayra = Bunga kecil (Arab)
  50. Adalia = Dahlia (Arab)
Belum dapat idea juga? Kita tunggu pesta bunga nanti, boleh pergi melawat sambil tambah dalam senarai. Good Luck!

10 tips untuk suami isteri yang PJJ (perhubungan jarak jauh) supaya rasa macam baru bercinta!


Sebenarnya memang tiada istilah perkahwinan/ perhubungan jarang jauh sebelum ni. Tapi bila ada kawan-kawan dalam situasi tinggal berasingan dengan pasangan masing-masing, mulalah kedengaran usikan 'PJJ' atau 'Touch N Go'. Sejak zaman nenek moyang kita, hubungan jarak jauh ni bukanlah sesuatu yang asing dan pelik. Ada isteri dan anak-anak ditinggalkan berbulan-bulan malah bertahun-tahun bila suami ditugaskan bekerja ke luar stesen hingga beribu batu jaraknya. Ada juga terpisah kerana salah seorang pergi menyambung pelajaran ke luar negara. Perpisahan ini biasanya untuk jangkamasa tertentu, yang tidak semua pasangan berpeluang melaluinya. 

Bagi yang bernasib baik terpaksa menghadapi cabaran berjauhan ini, 10 tips di bawah mungkin berguna untuk anda : 

1. Sentiasa positif

Sangat penting untuk sentiasa kekal positif di saat berjauhan dengan pasangan. Belajar berfikir secara sihat, jangan ikutkan emosi dan bergaul dengan orang sekeliling yang positif. Sentiasa kawal apa yang kita fikir, cakap dan buat setiap hari. Bila pekara negatif menguasai diri, sangat mudah masalah timbul antara pasangan yang berjauhan walaupun dalam hal-hal yang remeh.

2. Teruskan berdoa

Senjata orang beriman adalah doa. Tak kira dalam kesusahan atau kesenangan, sentaiasalah berdoa. Minta kekuatan dari Pencipta kita, kerana ujian berjauhan ini adalah ketentuanNya dan ada sebabnya. Mohonlah dipermudahkan dan diberi bantuan serta petunjuk dalam menghadapi cabaran ini. Doa mampu menenangkan hati dan perasaan kita, pasangan serta anak-anak. Amalan doa wirid Rabithah dalam Al-Ma'thurat (susunan Imam Hassan Al-Banna) antara yang baik diamalkan untuk menguatkan ikatan hati di antara suami isteri serta anak-anak. 

3. Selalu berhubung

Komunikasi menjadi faktor penting dalam mengekalkan hubungan yang sihat. Bila berjauhan, berhubunglah secara tetap menggunakan apa sahaja media yang ada. Sebaiknya hubungan hendaklah secara fizikal dan dua hala melalui visual atau suara. Jika tak berkesempatan, hubungan melalui teks juga membantu. Internet sangat membantu untuk panggilan video atau suara, chatting, rakaman audio dan gambar. Tak kira anda nak menggunakan medium WhatsApp, Skype, Google HangOut atau Facebook.. asalkan berfungsi dalam berhubung.

4. Bantuan visual

Lelaki secara nalurinya lebih bersifat visual, berbeza dengan wanita yang lebih emosional. Jangan malu-malu untuk hantar gambar anda berselfie kepada suami. Boleh juga kirim video untuk berkomunikasi secara privasi. Tak perlu 'touch-up' atau 'filter' gambar berlebihan tetapi jadilah diri sendiri. Ingatkan pasangan tentang keistimewaan diri anda, terima seadanya dan sekadarnya. 

5. Kekalkan kemesraan

Bila berjauhan, jangan lupa kekalkan kemesraan walaupun hanya melalui telefon atau teks. Sesekali buat kejutan atau temujanji di alam maya. Mungkin boleh buat panggilan lewat malam sebelum tidur sambil 'flashback' zaman bergayut berjam-jam di telefon masa bercinta dahulu. Atau luangkan masa ber'chatting' dengan jenaka atau usikan nakal yang boleh membuatkan anda tersenyum sendiri sepanjang hari.

6. Sibukkan diri

Sementara berjauhan, sibukkanlah diri dengan aktiviti kegemaran bila tiba waktu senggang. Rasa bosan keseorangan akan menyebabkan anda rasa stress, hilang arah dan sedih teringatkan pasangan dan anak-anak. Waktu begini boleh diisi dengan mengikuti aktiviti keagamaan di masjid berdekatan, selesaikan kerja pejabat yang tertangguh atau lakukan hobi baru anda. Elakkan diri dari lakukan perkara negatif dan tidak sihat ketika bosan.

7. Sentuhan peribadi

Tentu ada sesuatu 'trademark' atau sentuhan peribadi pasangan yang boleh membuatkan anda selalu mengingatinya dalam cara yang unik. Mungkin tabiat menulis surat al-ala zaman dahulu, kad ucapan yang dibuat sendiri atau hasil senitangan pasangan pada cederahati dan sebagainya. Boleh jadi juga jika anda masing-masing ada t-shirt yang sama corak, jam tangan pasangan atau sulaman nama eksklusif pada sapu tangan dan lain-lain. 

8. Countdown

Sesetengah orang rasa lebih gembira bila sama-sama 'countdown' tarikh pertemuan seterusnya bersama pasangan. Boleh juga anda gantungkan kalender kuda dan tanda pangkah untuk hari-hari yang dah berlalu bagi mendatangkan semarak ingin bertemu semula. Tapi jika anda jenis tak sabar mengira hari, boleh lupakan sahaja idea ini untuk elakkan stress.

9. Gaya hidup sihat

Ramai yang abaikan kesihatan bila berjauhan dengan suami/ isteri. Jangan terkejut jika perut suami anda sedikit buncit atau berat badan isteri bertambah bila bertemu semula selepas beberapa ketika. Rasa sedih atau murung boleh buatkan kita abaikan kesihatan. Amalkan gaya hidup sihat sepanjang masa. Badan sihat akan menjamin kesihatan mental dan rohani. Selain itu, perubahan tahap kesihatan yang lebih baik boleh jadi kejutan istimewa untuk pasangan. Suami mana yang tak seronok bila dapati isteri makin cantik selepas sekian lama tak jumpa, kan?

10. Sentiasa bersyukur

Bila datang rasa dukacita dan tertekan dengan keadaan berjauhan, lihat sekeliling dan bersyukurlah. Hubungan anda sebenarnya telah bertahan sekian lama dan diuji sebegini untuk bertambah kuat sebenarnya. Berapa ramai pasangan yang tidak dapat bertahan bila diuji, dan anda sudah tentu tidak mahu jadi seperti mereka. Keadaan berjauhan ini Insya Allah tak selamanya dan hanya sementara. Anda lebih bertuah dari suami/ isteri lain yang telah kehilangan pasangan mereka selama-lamanya yang pergi menghadap Ilahi. Bersyukur dengan saat-saat anda dapat bersama, dan bersyukur juga dengan jarak jauh yang hanya menambahkan kasih sayang antara anda dan pasangan.

Jadi, jangan sedih atau rasa susah. Tidak ada sesuatu pun yang Dia jadikan dengan sia-sia tanpa sebab. Dan ingat juga, kita sebagai hambaNya.. tidak diuji dengan sesuatu yang kita tak mampu dihadapi. 

Syukur Selalu!

Kak Piz Zeti Hafiza

10 sebab isteri tak suka suami merokok



Sepuluh tahun lepas, Kak Piz beri syarat pada bakal tunang. Kalau nak jadi suami saya, salah satu syaratnya MESTI BERHENTI MEROKOK. Walaupun ada ahli keluarga yang masih merokok ketika itu, saya tegas tak mahu suami saya nanti merokok. Alhamdulillah, bakal tunang Kak Piz berjaya berhenti merokok dan sekarang dah jadi suami Kak Piz pun. 

Cuba tanya mana-mana isteri yang suaminya perokok. Insya Allah, 99.99% isteri mengharapkan suami berhenti merokok. Kenapa agaknya isteri-isteri tak suka suaminya merokok?
  1. Bau badan tak best : Tau tak, bau rokok tu melekat kat baju satu hal. Badan perokok pun berbau kuat hingga buat orang sekeliling tak selesa. Tuan punya badan memang tak rasa apa-apa pelik sebab hidungnya dah lali dengan bau badan sendiri.
  2. Rasa macam cium bekas abu rokok : Kebanyakan isteri memang tak merungut dan terpaksa pasrah menahan perasaan bila cium suami sama rasanya macam cium abu rokok. Tak sedap tau.
  3. Nampak tua dari umur sebenar : kajian pun dah buktikan, kulit perokok lebih cepat tua berbanding yang tidak merokok. Isteri mana yang nak suami nampak terlebih tua dari umur sebenar kan? 
  4. Tak peduli kesihatan diri & keluarga : Pentingkan diri sendiri! Itu perkataan paling tepat. Suami merokok bukan bahayakan kesihatan sendiri sahaja. Kesan negatif kepada anak isteri sebagai perokok pasif adalah lebih teruk dari perokok aktif.
  5. Tak hormat orang sekeliling : Memualkan dan menyakitkan hati bila ada perokok yang tak hormat orang sekeliling. Merokok di tempat awam, pentingkan rokok dari persekitaran.
  6. Membazir duit : Perokok tegar tentunya akan membelanjakan beratus-ratus ringgit untuk membeli rokok setiap bulan. Isteri mana yang suka dengan keadaan ini, sedangkan duit patut digunakan untuk perkara yang lebih penting.
  7. Curi masa bersama keluarga : Bila masa rehat bersama keluarga, suami yang merokok akan ambil masa beberapa minit untuk rutin merokok. Jika sehari 10 kali, jawabnya hampir 2 jam masa bersantai dengan keluarga dicuri.
  8. Pening bila naik kereta : Kereta seorang perokok memang 'azab' baunya. Isteri kalau mengandung memang jawabnya boleh muntah hijau kalau duduk lama dalam kereta perokok. Tak mengandung pun dah pening naik kereta suami perokok.
  9. Cepat kalah : Merokok bukan sahaja merendahkan kualiti benih lelaki. Malah menurunkan prestasi ketika bersama. Cepat kalah, isteri mana yang suka kan?
  10. Merokok tu haram : Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan merokok itu haram di sisi agama Islam kerana kemudharatannya. Dah namanya haram, isteri tiada pilihan lain dari rasa tidak suka dengan tabiat merokok ini. 
Macam mana suami-suami sekalian... sanggup ke nak teruskan merokok walaupun isteri anak-anak dan orang keliling tidak suka dengan tabiat anda? Mungkin ada 1001 alasan mengapa perokok masih susah meninggalkan tabiat tersebut. Insya Allah akan datang nanti Kak Piz tulis tentang tips berhenti merokok. Tunggu ye sambungan tulisan ni..

Superibu Sepenuh Masa

ZETI HAFIZA ZAKARIA a.k.a Kak Piz
Call/ Whatsapp +6019 936 6681

5 sebab mengapa multivitamin Vita-Lea For Children jadi rebutan anak-anak


Anak-anak sekarang dah makin bijak, mereka pun dah pandai pilih multivitamin sendiri. Aiman, 6 tahun tak berapa gemar multivitamin yang bila dipegang ada rasa lekit melampu dan tinggalkan pewarna pada tapak tangan. Walaupun dia tak tahu beza vitamin sintetik dan natural, ada pewarna dan pemanis tiruan berbahaya.. Aiman pun kisah dengan multivitamin yang nak diambilnya. 

Sejak diperkenalkan semula di pasaran Malaysia, VitaLea For Children dah hampir menjadi fenomena. Sana-sini terdengar kesan positif selepas memperkenalkannya kepada anak-anak. Ibu-ibu tidak ragu-ragu produk ini untuk anak mereka.

5 sebab Vita-Lea For Children mesti jadi pilihan anda


1.  Diformula dari kepakaran berusia 100 tahun oleh ahli sains dan nutrisi Shaklee
2. Membekalkan 18 jenis nutrien yang perlu untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak seperti :
  • Vitamin A : baik untuk kesihatan mata 
  • Vitamin B : Bantu perkembangan otak, penghasilan tenaga, diperlukan dalam kosentrasi dan fokus. 
  • Zat Besi : bantu pembentukan sel darah merah 
  • Zinc : Penting dalam sistem imun dan pemulihan luka
  • Kalsium and Vitamin D : membantu kesihatan tulang 
  • Vitamin C : Kesihatan gigi, gusi dan kulit 
  • Iodin : Perlu dalam penghasilan hormon pertumbuhan 
  • Magnesium : Kesihatan tulang dan kekalkan fungsi saraf dan otot normal 
3.  Formula tidak merosakkan gigi kerana mengunakan pemanis semulajadi xylitol yang tidak 
     menggalakkan penghasilan kaviti.
4.  Perasa anggur semulajadi yang enak dan digemari kanak-kanak
5.  Bentuk tablet boleh kunyah yang mudah diterima kanak-kanak
Ibu-ibu kena bantu anak-anak. Mereka dikelilingi dengan pelbagai risiko kesihatan disebabkan terdedah kepada pencemaran, makan makanan diproses dan tidak makan dengan seimbang setiap hari terutamanya yang jenis cerewet memilih makanan. 

Alhamdulillah, anak-anak saya SUDAH. Anak-anak anda bila lagi? Jangan ketinggalan untuk dapatkannya dari saya. 


ZETI HAFIZA ZAKARIA 
Call/ Whatsapp +6019 936 6681

8 Perkara yang akan berlaku ketika proses hilangkan ketagihan gajet/ toys di kalangan anak-anak

Playroom Nabil, Naufal & Nashwa - setahun lalu.

Kali ni Kak Piz nak kongsi lagi apa yang berlaku selama 2 bulan projek 'detox gajet & toys' seperti dalam tulisan sebelum ni. Suka nak ingatkan, memang tahap kesabaran dan kewarasan yang tinggi diperlukan. Apa pun, ibu ayah jangan mengalah dan kena tetapkan hati bagi menjayakan projek ni. Kak Piz pun tak tau berapa lama masa akan diambil untuk anak-anak kita hilang ketagihan kepada gajet dan toys ni. Rasanya tempoh tu berbeza antara individu. Selagi belum hilang ketagihan, teruskan projek ye. Antara yang berlaku pada kami semasa projek ni :

  1. Gotong-royong Perdana : aktiviti memasukkan semua jenis alat permainan dalam kotak bertutup. Pastikan kotak-kotak ni tak boleh dibuka dengan mudah. Hasilnya, ada 7 kotak + 1 beg sampah penuh dengan mainan di rumah kami. Kak Piz belum decide nak buat apa dengan benda ni semua. 
  2. Khutbah Perdana : anak-anak yang dah mumayyiz (boleh beza baik buruk) seperti Nabil dan Naufal terpaksa duduk mendengar ceramah penerangan dari ibu.  Mula-mula kena berlembut nasihatkan mereka dan mesti tegas. Terangkan do & don't, why, when, how, where, who tu semua. 
  3. OPS BERSIH : tugas ibu ayah kena bersihkan handphone/ tablet/ laptop dari segala aplikasi game dan sewaktu dengannya. Simpan juga alat permainan video, konsul, DVD/ CD game di tempat yang tak boleh dijangkau anak. 
  4. Tayangan Perdana : sudah tentu pada hari-hari terawal ada banyak drama akan ditayangkan anak-anak. Sedialah menahan godaan pujuk rayu, amukan, tangisan kerinduan, belaian, pujukan manja dan ugutan dari mereka yang akan minta satu-satu gajet & toys
  5. Siaran ulangan : setiap kali berlaku tayangan perdana dalam no. (4) di atas, jangan lupa ulang tayang khutbah perdana dalam no. (2) walaupun mungkin nadanya sedikit berbeza atau penyampai khutbah bertukar dari khatib menjadi tarzan. 
  6. Main pondok-pondok : ibu ayah akan luangkan masa throwback ke zaman kanak-kanak di kampung tahun 80-an. Buat layang-layang, main pasir, kumpul batang aiskrim, buat tanah liat, anyam 'tikar' dan macam-macam lagi aktiviti dengan anak-anak
  7. Pasar Borong : Bila anak-anak dah tak 'ditutup' mulut dengan gajet, alamatnya... rumah akan meriah dengan suara-suara mereka bermain, bergaduh, bergurau dan menjerit. Keadaan rumah pun takkan kekal rapi dan tersusun sepanjang masa. Lebih meriah dari pasar borong.
  8. Quality time : walaupun pada hari bekerja ibu ayah hanya ada masa beberapa jam sahaja dengan anak-anak, semakin lama semakin terasa lebih berkualiti masa yang ada bila kurang dibazirkan ke gajet dan toys. Setiap kali hari cuti pula akan diisi dengan aktiviti seperti berkebun, berkelah dan bersiar-siar bersama.

Seronok kan? Insya Allah banyak lagi perkara yang baik - baik akan berlaku bila kita cuba berubah kepada sesuatu yang lebih baik. Sentiasa ingat... anak-anak ni bak kain putih yang dicorakkan oleh kita, ibu bapa mereka. Jika anda nak cuba projek detox ni, saya doakan kita sama-sama berjaya.

- Superibu Sepenuh Masa -

Pengalaman peribadi : 6 langkah "detox" ketagihan gajet anak- anak


Harini nak sambung cerita pengalaman 'detox' gajet dan alat permainan di rumah untuk anak-anak selepas baca fakta kajian tentang ketagihan skrin. Kisahnya dalam tulisan sebelum ni

Beberapa bulan lepas Kak Piz buat keputusan nak kurangkan penggunaan gajet dan permainan (toys) di kalangan anak-anak. Kesedaran ni datang bila mereka mula berebut dan bergaduh tentang gajet dan toys. Kak Piz fikir, bukan ke patutnya kedua-dua tu alat untuk anak-anak bergembira? Kenapa mesti berebut dan bergaduh... Adakah mereka dah ketagihan sebenarnya?

Lepas berfikir beberapa ketika dan buat sedikit bacaan, akhirnya Kak Piz mula projek 'detox gajet & toys' secara berperingkat. Sebelum mula, kena ikut langkah ni :

Langkah # 1 : Tetapkan JENIS gajet dan alat permainan yang dibenarkan atau tidak.

Contoh Kak Piz buat :
  • TAK DIBENARKAN SAMA SEKALI : telefon/ tablet ibu & ayah, kebanyakan jenis alat permainan seperti pistol mainan, robot terpilih, kereta mainan terpilih, alat pemukul dll.
  • DENGAN KEBENARAN/ BERSYARAT : permainan video Playstation, tonton televisyen, layari internet
  • BOLEH GUNA HAMPIR TIADA HAD TAPI BERSYARAT : brain games, lego, bola, playdoh, puzzles dan lain-lain permainan dari 'busy bag' ibu buat.

Langkah # 2 : Terangkan HAD kegunaan setiap alat.

Contoh :
  • Telefon ayah & ibu untuk kegunaan urusan kerja, perhubungan dengan keluarga, simpan maklumat dan penting untuk waktu kecemasan. 
  • Laptop/ tablet ibu kegunaan untuk urusan kerja, belajar dan simpan maklumat seperti gambar, salinan dokumen dll.
  • Internet kegunaannya untuk berhubung, cari maklumat dan berhibur
  • Alat permainan tertentu boleh jadi alat untuk belajar dan hiburan bila perlu.
  • Televisyen kegunaannya sama seperti alat permainan, cuma tambahannya penting juga sebagai sumber maklumat.

Langkah # 3 :  Jelaskan SYARAT untuk penggunaan alat yang dibenarkan.

Contoh :
  • Penggunaan mengikut jenis, ada yang hanya di hujung minggu dan ada yang boleh pada hari persekolahan dengan syarat.
  • Setiap penggunaan ada had masa. Contohnya selama 2 jam atau untuk rancangan TV mungkin hanya satu siri dll. 
  • Jenis rancangan dan permainan perlu dikawal. Contohnya YouTube hanya boleh tonton video nursery rhymes atau bahan pembelajaran sahaja. Playstation hanya mainanan video tertentu, tidak boleh permainan berunsur ganas. Rancangan TV hanya saluran tertentu sahaja. 
  • Semua aktiviti WAJIB mesti diselesaikan terlebih dahulu sebelum bermain. Contohnya solat, makan, buat kerja sekolah dll.

Langkah # 4 :  TERANGKAN kebaikan dan keburukan serta kesan sampingan jika berlebihan bermain alat-alat tersebut

Contoh :
  • Terlalu lama menghadap skrin boleh merosakkan mata, badan kurang cergas dll.
  • Ketagihan boleh menyebabkan kita membuang masa. Allah tak suka orang yang membuang masa.
  • Rancangan TV, video atau permainan online ada yang tidak sesuai ditonton/ dimainkan kerana ada unsur ganas, tidak bermoral dan mendorong kepada perkara tak baik.
  • Ketagihan skrin dan permainan juga jadikan kita malas bergerak, kurang berfikir dan beri kesan pada pelajaran.

Langkah # 5 :  Sediakan ALTERNATIF untuk gantikan gajet/ alat permainan.

Contoh :
  • Kenalkan permainan yang lebih sihat dan selamat seperti permainan merangsang minda (catur, puzzle, busy bag) atau permainan tradisonal kita (congkak, teng-teng, layang-layang dan galah panjang)
  • Galakkan permainan yang mengeluarkan peluh dan menggalakkan hubungan sosial seperti berbasikal, sep-sep atau permainan tradisional (yang disebut di atas)
  • Isi masa senggang dengan aktiviti keluarga seperti cuci kereta bersama, tanam pokok, bersihkan kawasan rumah, berkelah dll. Tidak salah juga jika adakan 'movie time' bersama keluarga secara berkala.
  • Pupuk hobi yang sihat seperti membaca, memelihara ikan, melukis dan banyak lagi.

Langkah # 6 : Tunjukkan CONTOH yang baik kepada anak-anak (paling penting!)

  • Tetapkan masa untuk tutup handphone kita pada waktu tertentu. Contohnya pada waktu makan, waktu prime time bersama anak-anak dan sebagainya.
  • Hadkan penggunaan aplikasi dalam aktiviti harian. Gantikan dengan kaedah konvensional seperti baca buku secara fizikal bukan e-book, salin resepi dalam buku bukan asyik Google semata, pasang jam loceng gantikan alarm pada telefon dan alunkan sendiri zikir ketika tidurkan anak, bukan sekadar buka YouTube.
  • Beri tumpuan dan luangkan masa dengan anak-anak. Jangan berbual dengan mereka sambil menjeling telefon di tangan atau bermain COC ketika temankan anak buat kerja sekolah.
  • Jika terpaksa gunakan gajet, elak terlalu menonjol di hadapan anak atau tunggu sehingga mereka tiada/ tidur.
  • Sebaiknya ibu ayah kena kurangkan dulu ketagihan terhadap laman sosial, permainan video dan aplikasi pada gajet masing-masing. Tidaklah seperti ketam mengajar anak jalan lurus nanti.

Alhamdulillah, lebih dua bulan berlalu. Sekarang ada banyak perubahan yang berlaku di kalangan anak-anak. Mereka dah kurang habiskan masa dengan gajet dan permainan. Nabil dan Naufal yang berumur 7 dan 4 tahun dah mula faham kenapa Kak Piz buat projek 'detox' ni. Mereka sendiri lebih berdisiplin walaupun kadang-kadang sesekali datang juga perangai lama. Ibu bapa kena sabar dan tegas dalam kelembutan. Selalu nasihat dan ingatkan mereka.

Walaupun sesetengah langkah dalam projek 'detox' ni kurang berkesan untuk anak yang lebih kecil seperti Nashwa (yang baru berumur 2 tahun), teruskan sahaja dan ulangkan sentiasa. Selalunya yang adik akan meniru abangnya. Insya Allah saya percaya Nashwa pun akan faham dan mengikut nanti.
Ada lagi pekongsian tentang isu ni. Insya Allah Kak Piz kongsi lagi nanti ye.

Good Luck mommies!

Ketagihan gajet punca anak lambat bercakap?




Kak Piz perasan, anak ketiga ni agak lambat bercakap berbanding abang-abangnya. Masa check-up di klinik, doktor tu sahkan perkembangan Nashwa normal walaupun dia belum pandai bercakap. Lega Kak Piz mendengarnya. Terus Kak Piz cari maklumat pasal isu ni. Terbaca pula artikel tentang kajian tentang ketagihan gajet/ skrin (televisyen, video game, tablet, telefon pintar dan komputer).
Antara fakta kajian berkaitan yang dibaca:

  1. Kanak-kanak ketagih skrin kurang berminat bermain di luar rumah dan malas mengeluarkan peluh
  2. Kurang pendedahan kepada matahari meningkatkan risiko kekurangan vitamin D yang menjadi punca menyebabkan lemah tulang dan motor (termasuk motor untuk percakapan) serta pertumbuhan terbantut di kalangan kanak-kanak 
  3. Mereka kurang bergaul dengan orang lain, tidak pandai bersosial dan kurang kemahiran berbual
  4. Ibu bapa menggunakan gajet untuk mengalih perhatian anak-anak ketika mereka ingin masa bersendirian atau untuk membuatkan anak duduk diam di dalam kenderaan/ di tempat awam
  5. Ada ibu bapa beralasan penggunaan skrin untuk pembelajaran anak-anak adalah lebih hi-tech melalui video interaktif atau YouTube.
  6. Dari segi kesihatan, anak-anak di bawah umur 2 tahun tidak patut didedahkan langsung kepada skrin dan selepas 2 tahun, hanya dihadkan kepada tidak lebih 2 jam sehari. 

Bila baca artikel ni memang terus rasa risau. Memang Kak Piz akui, kesilapan dah dibuat bila kenalkan gajet terlalu awal pada anak. Tapi alhamdulillah.. sekarang dah hampir 2 bulan operasi 'detox' gajet dibuat dan ada perkembangan positif. Nanti Kak Piz share story ye.

*Nota : Kemahiran bercakap anak-anak bermula seawal umur 18 bulan atau setahun setengah. Dicadangkan pada usia ini, ibu bapa merujuk kepada pakar kanak-kanak jika anak belum memahami arahan, tiada eye contact bila berbual atau berjaya menyebut sekurang-kurangnya satu perkataan.


10 perkataan pertama anak yang baru belajar bercakap

Ain Nashwa dah masuk umur 2 tahun. Walaupun dia agak lambat bercakap bila dibandingkan dengan abangnya Naufal, ibu tak terlalu risau sebab kata doktor masa check-up hari tu.. perkembangan Nashwa tu normal.
Hari ni nak kongsi 10 perkataan pertama Nashwa :
  1. Attah = ayah
  2. Appbang = abang (ada sabdu di situ ye)
  3. Eeebu = ibu 
  4. Ammaa = panggilan kepada perempuan dewasa
  5. Auwwa = Nawraa 
  6. Eecak = cicak
  7. Nak = nak
  8. Arkit = sakit (sambil kerut kening + muncung bibir)
  9. Eeeyak = berak (sambil tunjuk diaper)
  10. Uttingg = puting (sambil letak jari kat mulut + buat bunyi choot choot)

Ada lagi beberapa perkataan yang tak berapa jelas. Tapi syukur, buat masa ni Nashwa faham kebanyakan perkataan yang ibu sebut dan boleh ikut beberapa arahan sekaligus. Tak sabar nak dengan bebelan Nashwa nanti.
Jangan nanti dah bercakap ibu pula tak larat nak layan. Hehehe.

- Mak Kuntum Gojez -

4 Faktor Sakit Kepala Menyerang ketika berpuasa di bulan Ramadhan


Ramai orang yang mengalami sakit kepala yang kuat atau sederhana kuat ketika berpuasa di bulan Ramadhan. Satu kajian selama 4 bulan oleh penyelidik Universiti Malaya mendapati, 48% dari subjek kajian mengalami peningkatan tahap kesakitan kepala pada bulan puasa. Mengapa?

4 faktor serangan sakit kepala

  1. Hypoglycemia (kandungan gula dalam darah yang rendah).
  2. Perubahan  corak tidur 
  3. Kekurangan air dalam badan
  4. Berhenti ambil kafein secara mendadak 

Cara tangani sakit kepala tanpa perlu berbuka puasa

  1. Elakkan bersahur dan berbuka dengan makanan yang tinggi kandungan gula. amalkan makanan yang mempunyai indeks glisemik yang rendah (low glisemik index)
  2. Berehat dan tidur bila sakit kepala menyerang. Biasanya sakit kepala akan hilang dengan sendirinya selepas berehat.
  3. Minum sebanyak mungkin air di antara waktu berbuka dan bersahur. Minuman dehidrasi boleh membantu menyeimbangkan elektrolit badan.
  4. Kurangkan pengambilan kafein secara berperingkat mulai beberapa minggu sebelum berpuasa

Sakit kepala boleh menyerang tiba-tiba ketika berpuasa walaupun anda tidak pernah mengalaminya sebelum ini. Kajian mendapati, sakit kepala selalu menyerang di waktu tengahari hingga ke petang. Pada waktu ini kandungan gula dan air dalam badan semakin berkurang selepas beberapa jam berpuasa.

Bagaimana produk Shaklee membantu?



ESP - Soy Protein Isolate Powder

  • Menyediakan sumber tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar
  • Indeks glisemik yang rendah, menyebabkan gula yang diuraikan dari ESP dilepaskan secara berperingkat mengikut keperluan badan. Membantu kekalkan paras gula yang normal dalam darah.
  • Paras gula yang normal mengelakkan sakit kepala menyerang

Performance® Natural Orange

  • Menghidratkan tubuh dengan lebih berkesan berbanding air. 
  • Mengandungi lebih banyak elektrolit dan membekalkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman penghidratan terkemuka.
  • Memberikan tenaga serta-merta yang berkekalan serta merangsang penghidratan optimum.
  • Jika badan cukup air, sakit kepala pun sukar menyerang
Dapatkan sekarang dua produk ini untuk membantu anda melalui Ramadhan dengan cergas.

Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut,
ZETI HAFIZA ZAKARIA
Call/ Whatsapp +6019 936 6681

4 Tips Elak Serangan Gastrik Semasa Berpuasa


Setiap kali puasa, mereka yang ada gastrisitis (gastrik) akan mula risau jika serangan gastrik datang. Hanya mereka yang melaluinya sahaja faham, betapa sakitnya gastrik ni. Muntah, pedih ulu hati dan bahgian belakang badan, angin satu badan dan sakit kepala adalah antara simptom yang dialami.
Tapi tahu tak anda menurut Prof Madya Dr Raja Affendi Raja Ali seorang konsultan gastroenterologist, pesakit gastrik boleh berpuasa dengan pengurusan kesihatan yang betul. Ada 4 tips yang diberi beliau:

TIPS 1 - ELAK :

  • Makanan bergoreng/ berminyak
  • Buahan berasid (limau, tomato, nenas dll.)
  • Makanan pedas
  • Makanan segera/ diproses (mengandungi pengawet)
  • Makanan tinggi gula/ 
  • Makan berlebihan semasa berbuka
  • Melewatkan berbuka
  • Minuman berkafein (kopi, teh, soda dll.) 
  • Merokok
  • Ubatan yang boleh memberi kesan keradangan pada lapisan perut
  • Tidur selepas sahur


TIPS 2 - MAKAN/ MINUM :

  • Karbohidrat atau makanan yang lambat hadam semasa sahur (untuk rasa kenyang lebih lama)
  • Kurma (kaya dengan gula, serat, karbohidrat, potassium dan magnesium)
  • Badam (kaya dengan protein dan serat),  sedap dikisar dengan susu.
  • Pisang  (sumber karbohidrat, potassium dan magnesium)
  • Makanan dipanggang atau stim  (menggantikan kaedah gorengan)
  • Tidak melengahkan berbuka awal 
  • Secara sederhana dalam kuantiti sedikit
  • Sahur sebagaimana disunnahkan
  • Ubatan yang telah ditetapkan oleh doktor  (jika ada)
  • Air kosong, jus buah tidaak berasid dan minuman yang mengandungi potassium sebanyak mungkin di antara waku berbuka dan sahur supaya badan dapat sesuaikan paras cecair badan untuk keesokan harinya
  • Susu segar atau minuman protein semasa sahur boleh membantu masalah gastrik


TIPS 4 - BERINGAT :

  • Kajian menunjukkan puasa boleh sebabkan komplikasi kepada pesakit gastrik tetapi boleh dielakkan dengan pengurusan yang betul.
  • Kandungan asid lebih tinggi pada sebelah petang, jaga-jaga dengan simptom dan komplikasi gastrik pada waktu ini.
  • Perubahan yang patut diperhatikan ialah pucat (terutamanya pada tapak tangan dan kelopak mata sebelah dalam), penurunan berat dan selera yang mendadak.
  • Islam memberi kelonggaran untuk tidak berpuasa jika tidak mampu. Jangan paksa diri, anda lebih tahu kemampuan diri sendiri.
  • Dapatkan nasihat doktor sebelum berpuasa mengenai ubat dan keadaan kesihatan anda.


Pengalaman berpuasa walaupun ada masalah gastrik

Saya memang ada masalah ini sejak bangku sekolah. Dulu, memang agak sukar mengelak serangan gastrik ketika berpuasa. Alhamdulillah bila meningkat dewasa, saya banyak belajar melalui pengalaman dan pembacaan. Sekarang saya boleh berpuasa seperti orang lain. Salah satu langkah pencegahan yang saya ambil adalah dengan mengamalkan Set Berpuasa ni :


MEAL SHAKES 
  • Mengandungi protien + multivitamin yang lengkap
  • Membantu untuk penghasilan sel baru yang sihat
  • Baik untuk perkembangan otak
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Mengandungi fiber
  • Rasa sedap - sesuai untuk sekeluarga
  • Snek yang mengenyangkan bagi menggantikan snek tidak sihat

ENERGISING SOY PROTEIN 
  • Membekalkan tenaga 
  • Memberikan rasa kenyang lebih lama
  • Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat
  • Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit
  • Membantu melancarkan penghasilan susu badan
  • Memperbaiki dan membina tisu badan
  • Membantu menganjalkan kulit

PERFORMANCE DRINK
  • Minuman isotonik yang kurang gula (less sugar).
  • Lebih mudah diserap oleh tubuh
  • Membantu mengurangkan rasa penat
  • Membantu menaikkan paras gula dalam darah dengan segera apabila diperlukan
  • Mengekalkan tenaga dan stamina
  • Mengalirkan elektrolit ke seleruh badan (termasuk kalsium, natrium & magnesium)
  • Membantu mengurangkan rasa haus

Sejak amalkan set ini, saya tidak lagi mudah diserang gastrik seperti dulu. Paling penting, saya dapat melaksanakan puasa walaupun sedang mengandung atau menyusukan anak tanpa risau masalah terhidrat atau keletihan melampau. Jika anda mengalami gastrik atau ibu mengandung/ menyusukan seperti saya, sangat disyorkan untuk mengambil set ini samada kombinasi dua dari tiga produk atau ketiga-tiganya sekali. 

Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut,

ZETI HAFIZA
+6019 936 6681
(call/ text)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...