8 Perkara yang akan berlaku ketika proses hilangkan ketagihan gajet/ toys di kalangan anak-anak

Playroom Nabil, Naufal & Nashwa - setahun lalu.

Kali ni Kak Piz nak kongsi lagi apa yang berlaku selama 2 bulan projek 'detox gajet & toys' seperti dalam tulisan sebelum ni. Suka nak ingatkan, memang tahap kesabaran dan kewarasan yang tinggi diperlukan. Apa pun, ibu ayah jangan mengalah dan kena tetapkan hati bagi menjayakan projek ni. Kak Piz pun tak tau berapa lama masa akan diambil untuk anak-anak kita hilang ketagihan kepada gajet dan toys ni. Rasanya tempoh tu berbeza antara individu. Selagi belum hilang ketagihan, teruskan projek ye. Antara yang berlaku pada kami semasa projek ni :

  1. Gotong-royong Perdana : aktiviti memasukkan semua jenis alat permainan dalam kotak bertutup. Pastikan kotak-kotak ni tak boleh dibuka dengan mudah. Hasilnya, ada 7 kotak + 1 beg sampah penuh dengan mainan di rumah kami. Kak Piz belum decide nak buat apa dengan benda ni semua. 
  2. Khutbah Perdana : anak-anak yang dah mumayyiz (boleh beza baik buruk) seperti Nabil dan Naufal terpaksa duduk mendengar ceramah penerangan dari ibu.  Mula-mula kena berlembut nasihatkan mereka dan mesti tegas. Terangkan do & don't, why, when, how, where, who tu semua. 
  3. OPS BERSIH : tugas ibu ayah kena bersihkan handphone/ tablet/ laptop dari segala aplikasi game dan sewaktu dengannya. Simpan juga alat permainan video, konsul, DVD/ CD game di tempat yang tak boleh dijangkau anak. 
  4. Tayangan Perdana : sudah tentu pada hari-hari terawal ada banyak drama akan ditayangkan anak-anak. Sedialah menahan godaan pujuk rayu, amukan, tangisan kerinduan, belaian, pujukan manja dan ugutan dari mereka yang akan minta satu-satu gajet & toys
  5. Siaran ulangan : setiap kali berlaku tayangan perdana dalam no. (4) di atas, jangan lupa ulang tayang khutbah perdana dalam no. (2) walaupun mungkin nadanya sedikit berbeza atau penyampai khutbah bertukar dari khatib menjadi tarzan. 
  6. Main pondok-pondok : ibu ayah akan luangkan masa throwback ke zaman kanak-kanak di kampung tahun 80-an. Buat layang-layang, main pasir, kumpul batang aiskrim, buat tanah liat, anyam 'tikar' dan macam-macam lagi aktiviti dengan anak-anak
  7. Pasar Borong : Bila anak-anak dah tak 'ditutup' mulut dengan gajet, alamatnya... rumah akan meriah dengan suara-suara mereka bermain, bergaduh, bergurau dan menjerit. Keadaan rumah pun takkan kekal rapi dan tersusun sepanjang masa. Lebih meriah dari pasar borong.
  8. Quality time : walaupun pada hari bekerja ibu ayah hanya ada masa beberapa jam sahaja dengan anak-anak, semakin lama semakin terasa lebih berkualiti masa yang ada bila kurang dibazirkan ke gajet dan toys. Setiap kali hari cuti pula akan diisi dengan aktiviti seperti berkebun, berkelah dan bersiar-siar bersama.

Seronok kan? Insya Allah banyak lagi perkara yang baik - baik akan berlaku bila kita cuba berubah kepada sesuatu yang lebih baik. Sentiasa ingat... anak-anak ni bak kain putih yang dicorakkan oleh kita, ibu bapa mereka. Jika anda nak cuba projek detox ni, saya doakan kita sama-sama berjaya.

- Superibu Sepenuh Masa -

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...