KHASIAT BAWANG PUTIH : Bukan sekadar ramuan masakan.


Teringat cerita dongeng Melayu - BAWANG PUTIH BAWANG MERAH. Siapa yang tak tau cerita ni? Bawang Putih digambarkan sebagai watak antogonis dalam kisah ni. Bawang Putih kononnya seorang yang agresif, tak secantik bawang merah dan berperangai kurang elok.

Oops.. tapi saya bukan nak tulis pasal cerita dongeng, saya nak kongsi mengenai fakta bawang putih yang mungkin kita tak tahu selama ni. Walaupun hampir setiap masakan melayu ada bawang putih sebagai ramuan, rasanya tak ramai yang ambil tau khasiat dan kebaikan bawang putih.

Bawang putih adalah sejenis herba


Sebenarnya dari segi ilmu botani, bawang putih dikategorikan sebagai herba; bukan sayur-sayuran atau buah- buahan. Nama latin atau saintifik bagi bawang putih ialah Allium sativum. Bahan aktif dalam bawang putih dipanggil Allicin - sejenis bahan kimia yang dihasilkan apabila bawang putih dihancurkan samada dipotong, ditumbuk atau dikunyah. 

Manfaat dan khasiat bawang putih untuk kesihatan


  • Kaya dengan vitamin C, B dan A serta mengandungi selenium, potassium, kalsium, zink dan banyak lagi.
  • Antibiotik semulajadi yang membantu sistem tubuh membantutkan pertumbuhan dan pembiakan bakteria dan virus dalam badan
  • Menipiskan darah - sesuai untuk masalah jantung, kolesterol tinggi dan mencegah serangan jantung dan strok
  • Mengandungi germanium yang merupakan agen anti kanser dan anti tumor
  • Membantu menstabilkan tekanan darah samada tinggi atau rendah
  • Membantu menstabilkan paras gula dalam darah
  • Meningkatkan ketahanan badan terhadap masalah alergi, demam dan selsema
  • Membantu peningkatan cecair hempedu bagi mengurangkan lemak pada hati
  • Membantu mengelakkan kenaikan berat badan berlebihan
  • Membantu menurunkan paras gula dalam darah
  • Membantu masalah jangkitan fungus pada kulit seperti panau, yeast dan sebagainya

Petua tradisional menggunakan bawang putih


  • PANAU : belah dua seulas bawang putih, sapukan pada bahagian yang kena panau semasa mandi. Amalkan setiap hari
  • BATUK : bakar seulas bawang putih dgn kulitnya sekali. Lenyekkan bawang yang telah dibakar didalam beberapa titis minyak urut/ minyak zaitun/ minyak kelapa. Sapukan pada dada, belakang badan, sekitar leher dan tengkuk. Amalkan sehingga batuk reda
  • DEMAM/ SELSEMA : Kunyah 2 ulas bawang putih mentah. Minum banyak air masak. Amalkan setiap hari sehingga demam/ selsema reda
  • KEMBUNG PERUT : Bakar dua biji bawang putih. Makan begitu sahaja
  • MEMEKATKAN AIR MANI : Makan seulas bawang putih bakar setiap pagi semasa perut kosong. Amalkan selama 40 hari berturut-turut tanpa putus
  • SAKIT KEPALA : Hiris bawang putih nipis2. Tampal di dahi dan pelipis kiri kanan kepala. Ulang sehingga reda.

Garlic Complex dari Shaklee - pilihan terbaik anda!


Saya pasti tak ramai sebenarnya yang sanggup makan bawang putih mentah-mentah atau yang telah dibakar, semata-mata untuk menjaga kesihatan. Jika anda pernah mencuba, pasti anda tidak dapat lupakan rasa pedar dan 'panas' yang dialami. belum lagi cerita tentang mulut yang berbau bawang putih selama beberapa jam kemudian. 

Garlic Complex keluaran Shaklee adalah salah satu pilihan terbaik bagi anda! Ia didatangkan dalam bentuk tablet yang mudah ditelan dan bebas dari bau atau rasa bawang putih berlebihan kerana diadun bersama dua jenis herba lain iaitu Rosemary dan Spearmint yang memberi bau yang lebih menyenangkan dan segar.

Bawang putih yang menjadi sumber dalam Garlic Complex Shaklee ditanam di California, Amerika Syarikat. Bawang putih ini diproses dengan teliti iaitu menggunakan kaedah penyejukkan terlebih dahulu bagi menyahaktifkan enzim yang membentuk Allicin (iaitu unsur semulajadi penting yang terdapat dalam bawang putih segar). Bawang putih ini kemudian melalui proses pengeringan yang unik dimana suhu pemanasan yang rendah dan terkawal digunakan bagi menyingkirkan lembapan dari keseluruhan bawang putih hingga terhasilnya serbuk asli bawang putih yang masih mengekalkan Allicin .

Proses ini adalah berbeza dengan kaedah pembuatan supplemen bawang putih lain yang kebanyakkannya merosakkan kandungan Allicin, contohnya pemprosesan menggunakan kaedah melumat bawang putih untuk dijadikan serbuk atau mengekstrak minyak bawang putih atau penggunaan bawang putih yang telah disimpan lama sehingga kering. Supplemen bawang putih yang tiada atau mempunyai kandungan Allicin yang rendah adalah tidak bermakna kerana bahan inilah yang banyak memberi manfaat kepada kesihatan.

Tablet Garlic Complex ini juga istimewa kerana mempunyai formula istimewa dimana ia tidak akan pecah didalam saluran makanan tetapi hanya terurai apabila melepasi perut dan usus kecil sahaja. Ia membantu pengguna yang tidak gemarkan rasa dan bau bawang putih. Selain itu, tablet ini juga mengandungi kawalan bau dengan bau 'wangi' Rosemary dan Spearmint yang mengurangkan bau bawang putih itu sendiri.

Dengan mengamalkan 2 biji Garlic Complex setiap hari, anda akan dapat manfaat 1000mg Allicin yang bersamaan dengan 2 ulas bawang putih segar. Dapatkan Garlic Complex Shaklee dari saya sebagai salah satu supplemen yang mesti dimiliki di setiap rumah!



Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan!

ZETI HAFIZA ZAKARIA
Shaklee Independent
Distributor ID : 854120
+6019 936 6681
www.facebook.com/bigsmilezone
bigsmilezone@gmail.com

SET MENGANDUNG SHAKLEE : Vitamin & Supplement Selamat untuk bakal ibu!


Alhamdulillah, kandungan saya ketiga ni dah masuk trimester ke-3. Tak banyak beza dengan kehamilan-kehamilan sebelum ni. Tiada komplikasi atau masalah serius sepanjang mengandung; cuma masalah biasa ibu-ibu mengandung seperti morning sickness, mild anemia dan keletihan. 

Suplemen/ Vitamin Shaklee untuk ibu mengandung


Mengandung kali ni, saya mengamalkan sepenuhnya satu set vitamin Shaklee yang dicadangkan untuk ibu yang sedang mengandung. Atas kesedaran bahawa saya ada PILIHAN untuk mengambil vitamin semulajadi - bukan vitamin sintetik yang diberikan secara percuma, saya memutuskan untuk mengamalkan Set Mengandung Shaklee ni. Oh, mungkin ada yang masih tak tahu perbezaaan suplemen semulajadi dan sintetik; boleh baca post saya sebelum ini di sini

Secara asasnya, ada 6 supplemen/ vitamin utama yang dicadangkan ketika mengandung iaitu : 

VITALEA IRON FORMULA

Membekalkan keperluan asas kesemua 12 jenis vitamin dan 9 mineral yang diperlukan ibu mengandung dengan tambahan zat besi. Zat besi penting ketika mengandung kerana ia bahan penting dalam menghasilkan sel darah merah. Sel darah merah yang mencukupi adalah diperlukan untuk mengangkut oksigen kepada janin untuk proses tumbesaran


B COMPLEX


B Complex terdiri dari 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh ibu mengandung bagi fungsi normal sistem badan. Asid Folik adalah salah satu vitamin B yang sangat penting dalam pertumbuhan otak, saraf dan tulang belakang bayi. Kekurangan asid folik semasa mengandung boleh menyebabkan kecacatan tulang belakang pada bayi. 


VITAMIN C


Vitamin C juga memainkan peranan penting semasa mengandung. Ia membantu pembentukan kolagen bagi membina otot, tulang dan kartilaj bayi. Ia juga membantu penyerapan asid folik yang lebih baik oleh tubuh. Selain itu sebagai anti oksidan, vitamin C penting untuk ketahanan tubuh ibu mengandung yang mudah mendapat jangkitan penyakit.


OSTEMATRIX


Kalsium, Magnesium dan Vitamin D adalah bahan penting di dalam Ostematrix Shaklee. Jika ibu mengandung kurang mengambil makanan berkalsium semasa mengandung, sistem badan akan mendapatkan kalsium dari tulang ibu untuk dibekalkan kepada bayi. Kesannya, ibu akan mudah mendapat masalah tulang seperti osteoporosis, tulang rapuh dan lemah di kemudian hari. Pengambilan Magnesium semasa mengandung boleh membantu masalah sukar tidur dan kekejangan semasa mengandung. KekuranganVitamin D pula semasa mengandung pula boleh menyebabkan pelbagai komplikasi kehamilan dan kelahiran seperti preclampsia, riket dan tulang yang tidak normal pada bayi yang dilahirkan.


OMEGA GUARD

Pakar pemakanan berpendapat, pengambilan Omega 3 oleh ibu mengandung dapat membantu perkembangan otak, sistem saraf dan mata bayi di dalam kandungan. Ada kajian mendapati pengambilan DHA dan EPA boleh mengelakkan kelahiran bayi pramatang, bayi kurang berat dan merendahkan risiko pre-eklampsia. Selain itu, kekurangan omega 3 pada ibu dikatakan boleh menyebabkan ibu mudah mendapat tekanan termasuk 'meroyan' selepas bersalin.

ENERGISING SOY PROTEIN (ESP)

ESP adalah minuman protein dari soya yang mengandungi kesemua 9 jenis asid amino yang diperlukan oleh badan. Asid amino adalah bahan penting dalam pembinaan dan pembaikan sel, diperlukan dalam tindakbalas enzim dan kimia badan serta fungsi tubuh sistem badan. Pengambilan ESP oleh ibu mengandung membantu masalah keletihan akibat morning sickness, kandungan yang semakin membesar dan ibu yang aktif. Ia membekalkan tenaga selama berjam-jam serta membantu mengurangkan masalah pedih ulu hati dan rasa lapar berlebihan semasa mengandung.



TESTIMONI PENGGUNA

Jom kita baca pengalaman ibu-ibu mengandung yang telah amalkan set ni :

Credit to Dazlingmoms

Cerita Pn. Dieyna (kredit) :


"Alhamdulillah sepanjang Dieyna memakan semua suplemen di atas, tiada sebarang masalah sepanjang tempoh kehamilan.. Kaki kejang pun jarang berlaku.. dan yang bestnya... kulit Dieyna tidak kering... HB normal, tekanan darah stabil... Syukur, Baby dalam perut pun membesar mengikut schedulenya... Seawal 20 minggu kehamilan, degupan jantung baby dah dapat didengar dengan menggunakan alatan klinik kesihatan. Jururawat beritahu biasanya 24 minggu ke atas baru leh kesan degupan jantung baby... Syukur sangat... Semoga baby dalam rahim ni membesar dengan sihat dan kuat ye..."

Cerita Pn. Hana (kredit) :


"Saya mula ambil set shaklee masa menyusukan anak yang sulung. Masa tu memang penat sebab dia kuat menyusu dan kurang tidur malam dan tak nak lepas sik nyusu jer.

Masa mengandungkan anak kedua saya memang ambil set penuh shaklee. Kesannya walaupun saya mengalami morning sickness saya masih boleh fokus semasa pemanduan ke pejabat. Balik rumah saya takla melepek sangat walaupun yang sulung masih lagi menyusu badan waktu malam.

Kat pejabat saya masih lagi naik turun tangga dan bergerak dengan aktif walaupun kadang-kadang ada simptom mengantuk yang melampau.
Saya jarang kena cram walaupun kat pejabat suhunya sejuk macam dalam peti ais. Macam tu juga di rumah. Saya amalkan pengambilan ostematrix dan omega untuk maintain tak kena cram dan suhu badan tak terlalu kesejukan selain ambil omega untuk baby dalam kandungan.
Ditakdirkan saya kemalangan jalanraya lagi 2 minggu mak bersalin. Masa kemalangan saya masih lagi boleh fikir nak buat apa dan tak panik walaupun saya kesakitan di dada.
Paling best masa nak bersalin saya boleh relax walaupun contraction kuat. Saya boleh pergi mandi dan buat solat sunat sebelum kejutkan suami untuk pergi hospital. Alhamdulillah saya tak panik dan relax je walaupun sakit. Boleh berbual dgn nurse kat dewan bersalin lagi masa tu."




Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee!

ZETI HAFIZA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
ID : 854120
+6019 936 6681
www.facebook.com/bigsmilezone
bigsmilezone@gmail.com

TESTIMONI DARI USA: Shaklee dan Kanser Otak Kanak-kanak

Kisah benar ni saya baca dari website Shaklee Independent Distributor dari US, Caroline.

Ceritanya bermula pada November 2006 bila seorang kanak-kanak, Megan yang berumur 7 tahun disahkan menghidap kanser otak. Dan setahun kemudian keadaan jadi makin teruk walaupun Megan dah melalui rawatan susulan termasuk kemoterapi.

Tak lama lepas tu, ibu bapa Megan mula mencuba Shaklee sebagai makanan tambahan Megan. Bermula dengan Nutriferon dan Vitalea For Child, Megan mula menunjukkan perubahan positif. Apabila VIVIX diperkenalkan oleh Shaklee, Megan mula diberi satu sudu teh Vivix setiap hari. Kesihatan Megan bertambah baik dan menunjukkan kemajuan yang luar biasa sejak itu. 

Sebelum ni, pakar perubatan dah sahkan, tumor Megan tidak mengecut walaupun dah melalui Kemoterapi. Tapi setelah konsisten mengamalkan Vivix, Nutriferon dan Vitalea for Kids ... doktor pakar sendiri terkejut kerana tumor dalam otak Megan hampir 100% hilang.

Bagaimana Produk Shaklee di atas membantu penyembuhan kanser/ tumor

  1. Vivix : mengandungi Resveratol, bahan antioksidan yang telah terbukti secara saintifik membantutkan pertumbuhan sel kanser. Tindakan Vivix adalah pada peringkat sel yang nyata lebih berkesan.
  2. Nutriferon : bertindak mengaktifkan inteferon secara semulajadi. Inteferon adalah bahan penting dalam sistem imuniti tubuh yang melawan serangan patogen dan sel asing
  3.  VitaLea : membekalkan multimineral dan multivitamin penting untuk fungsi normal sistem dalam tubuh badan manusia


Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan berkenaan produk Shaklee!

ZETI HAFIZA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
ID : 854120
Call/ text/ Whatsapp : +6019 936 6681
www.facebook.com/bigsmilezone
bigsmilezone@gmail.com

KONTROVESI : Tiada kolagen dari sumber selain haiwan dan manusia, apakah pilihan terbaik?

Sebelum ni saya dah tulis sedikit mengenai Apa itu Kolagen di sini . Penulisan saya adalah berdasarkan pembacaan dari buku ilmiah dan jurnal-jurnal yang telah diterbitkan. Cuma baru-baru ni, ada beberapa orang kawan-kawan saya bertanya mengenai isu kolagen rumpai laut yang keluar di akhbar. Ada juga yang bertanya mengenai kolagen dari sumber tumbuhan seperti soya, buah-buahan dan sebagainya.

Kolagen hanya wujud pada haiwan dan manusia


Fakta ini anda boleh temui di mana-mana terbitan ilmiah mengenai kolagen. Kolagen sebenarnya ialah satu rangkaian asid amino yang terdiri dari kombinasi 4 jenis asid amino iaitu glycine, proline, hydroxyproline dan arginine. Maksudnya, jika bukan kombinasi 4 jenis asid amino tersebut, bukanlah kolagen namanya. 

Kolagen ni wujud secara semulajadi pada haiwan dan manusia kerana kolagen ini diperlukan untuk melekatkan organ, tendon, tulang, sel, tisu, rambut dan sebagainya. 30%  protein pada badan manusia adalah kolagen. 

Bagaimana dengan dakwaan kolagen dari rumpai laut, soya, koko, manggis dan lain-lain?


Setakat ni belum ada kajian yang berjaya membuktikan terdapat kolagen dari sumber selain haiwan. Walaubagaimanapun dalam sesetengah tumbuhan terdapat asid amino yang MENGGALAKKAN penghasilan kolagen secara semulajadi oleh tubuh. Asid amino tersebut tidak sama dengan kolagen kerana kombinasinya tidak sama seperti yang disebutkan di atas (glycine, proline, hydroxyproline dan arginine).

Sekiranya sesuatu produk disebut sebagai kolagen seperti 'Soy Collagen', 'Cocoa Collagen', 'Seaweed Collagen' dan sebagainya - ada kemungkinan produk tersebut dicampurkan dengan kolagen dari sumber haiwan/ manusia. Anda boleh dapatkan maklumat dari label atau pengeluar produk mengenai status kolagen tersebut.

Tapi sekiranya produk tersebut TIDAK dicampurkan dengan kolagen haiwan/ manusia - ini bermakna produk tersebut tidak sepatutnya menggunakan perkataan COLLAGEN kerana ia tidak benar dan mengelirukan pengguna. Ia boleh dikatakan 'overclaim' kerana tidak dapat dibuktikan kehadiran kolagen (kecuali dibuktikan sebaliknya secara saintifik). Produk sedemikian lebih sesuai disebut 'PENGGALAK COLLAGEN) @ Collagen Booster kerana tidak dinafikan sesetengah asid amino sangat baik untuk kesihatan termasuk membantu penghasilan kolagen secara semulajadi. 


Sumber Collagen untuk produk kesihatan dan kecantikan



Secara komersil, produk kesihatan dan kecantikan hari ini banyak menggunakan haiwan sebagai sumber kolagen. Tidak kurang juga yang menggunakan sumber dari manusia. Antara sumber kolagen yang popular ialah : 
  • Khinzir dan lembu - kebiasaannya diambil dari bahagian kulit. Ia sumber yang murah dan mudah diperolehi dan paling popular dalam produk kolagen
  • Ayam dan arnab - kebiasaannya diambil dari organ atau kulit. Juga agak murah dan tidak kurang popular di pasaran
  • Ikan - kebiasaannya diekstrak dari sisik atau kulit. Ia juga digelar sebagai sumber premium kolagen kerana harganya yang agak mahal disebabkan proses penyediaan yang berteknologi tinggi. 
  • Plasenta manusia - antara sumber kolagen yang digunakan dalam produk kesihatan dan kecantikan. Ia memberi kesan yang baik tetapi tidak sesuai untuk semua lapisan masyarakat

Tips pemilihan produk kolagen


  • SAIZ MOLEKUL - pilih kolagen yang mempunyai saiz molekul yang lebih kecil. Kolagen dalam bentuk sebenar adalah bermolekul besar dan sukar diserap oleh tubuh manusia
  • JENIS MAKAN/ MINUM - terdapat kajian menunjukkan produk kolagen yang digunakan pada kulit dalam bentuk produk kosmetik adalah tidak berkesan disebabkan saiz molekul kolagen yang terkecil pun tidak mampu melalui sel kulit. Supplemen kolagen dalam bentuk oral (makanan/ minuman) adalah lebih baik kerana mampu diserap oleh tubuh
  • MEMPUNYAI TAMBAHAN ANTIOKSIDAN - Produk kolagen oral yang baik sepatutnya mempunyai tambahan bahan antioksidan seperti Vitamin C, Vitamin E dan sebagainya kerana bahan-bahan tersebut diperlukan untuk kesan optimum kolagen terhadap tubuh badan
  • TELAH DIUJI SECARA KLINIKAL - bagi menjamin keberkesanan dan keselamatan produk kolagen, ia sepatutnya telah diuji secara klinikal terlebih dahulu.
  • HALAL - perkara yang sangat penting untuk dititikberatkan oleh pengguna Muslim. Pastikan kolagen dari sumber haiwan anda adalah dari sumber yang halal. Sumber dari khinzir, haiwan yang tidak disembelih dan organ manusia adalah tidak dibenarkan dalam Islam.
  • SUMBER SELAMAT - kolagen dari ikan adalah lebih selamat kerana ia Halal dan mempunyai molekul yang 7 kali lebih mudah diserap berbanding sumber lain.

Jadilah pengguna bijak!


Dengan lambakan produk 'kolagen' di pasaran hari ini, kita sebagai pengguna patut mendapatkan maklumat yang tepat mengenai produk tersebut sebelum membeli. Jangan mudah tertipu dengan label, dakwaan pengeluar dan deretan testimoni pengguna yang sangat menarik hati! Biarlah bak kata orang 'ALAH MEMBELI MENANG MEMAKAI' .... Insya Allah, kebaikan supplemen kolagen akan dapat kita perolehi dengan menjadi pengguna yang bijak.

Supplemen kolagen pilihan saya - tentulah Shaklee Collagen Powder! Kenapa? Klik sini 
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan berkaitan produk ini!

ZETI HAFIZA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
ID : 854120
+6019 936 6681 (call/ SMS/ WhatsApp)
www.facebook.com/bigsmilezone
bigsmilezone@gmail.com

Cara Mengetahui Masa Subur Wanita

MERANCANG KEHAMILAN


Mungkin ramai yang masih menanti-nanti kehadiran cahaya mata penyeri rumahtangga, pengikat kasih antara anda dan pasangan yang dikasihi. Tapi tahu tak, salah satu sebab yang menyebabkan rancangan untuk hamil tidak berjaya atau tidak mengikut perancangan adalah disebabkan ramai wanita tidak memahami kitar haid mereka, tidak tahu tanda-tanda sedang subur dan tidak mengetahui waktu subur mereka. Ya, sememangnya rezeki untuk dikurniakan anak ni ditentukan oleh Allah. Walaubagaimanapun, dengan memahami kitaran haid dan waktu subur ni, boleh meningkatkan lagi peluang untuk mengandung. Insya Allah, ia juga sebagai salah satu usaha untuk ikhtiar anda mendapatkan zuriat. 

KITARAN HAID SECARA UMUM


Secara umum, wanita mula didatangi haid pertama ketika berumur sekitar 8 hingga 16 tahun. Haid ini akan didatangi setiap 21 hingga 35 hari (atau mungkin berbeza) di sepanjang hayat mereka sehingga tiba waktu putus haid yang dipanggil menopause. Kebanyakan wanita putus haid di sekitar usia 45 hingga 55 tahun. 

Panjang atau pendek kitaran haid ini berbeza di antara setiap individu. Ia dipengaruhi oleh banyak faktor seperti paras hormon, keturunan, tahap kesihatan, umur dan sebagainya. Walaubagaimanapun, setiap kitaran haid wanita terdiri dari tiga peringkat utama iaitu :
  1. FASA HAID : fasa di mana berlaku pendarahan haid selama 3 hingga 7 hari (purata). Secara normal, haid menunjukkan seseorang wanita yang subur itu tidak mengandung
  2. FASA PRA OVULASI : ketika ini hormon penggalak folikel bertambah di ovari (kilang telur). Folikel kemudian merembes estrogen yang akan menyebabkan lapisan dinding rahim yang baru (endometrium) terbentuk. Telur di dalam ovari mulai matang. Lendiran pangkal rahim juga akan terbentuk menunjukkan permulaan waktu kesuburan
  3. FASA OVULASI : Telur yang hampir matang akan mencetus pembebasan hormon peluteinan. Pada masa yang sama dinding folikel akan lemah menyebabkan telur (ovum) dilepaskan dari ovari dan memasuki tiub fallopio. Sekiranya terdapat sperma di dalam rahim pada ketika ini, persenyawaan mungkin berlaku. Jika tidak berlaku persenyawaan, telur akan terus terlerai sedikit demi sedikit.
  4. FASA PRA HAID : Folikel yang telah luput tadi akan membentuk pepejal (corpus luteum) yang akan merembeskan hormon progesteron.  Jika telur berjaya disenyawakan, ia akan bergerak ke rahim untuk penempelan. Progesteron berperanan menyediakan rahim untuk proses kehamilan ini. Sebaliknya jika kehamilan tidak berlaku, corpus luteum akan mati dan hormon progesteron menurun. Sistem reproduksi wanita akan mula bersedia untuk kitaran haid seterusnya.Lapisan tisu rahim (endometrium) akan mula terlerai dan pendarahan haid berlaku

CARA MENGETAHUI WAKTU SUBUR


  1. Pengiraan mengikut kitaran haid : sekiranya anda mempunyai kitaran haid yang tetap, secara saintifiknya anda boleh menganggarkan waktu subur dengan membuat pengiraan mudah. Katakan kitaran haid anda adalah selama 30 hari, anggaran waktu subur anda adalah dengan mengira 12 hingga 16 hari ke belakang. Ini bermakna anda mungkin subur pada hari ke 14 (30 tolak16) hingga hari ke 18 (30 tolak 12). Pada tempoh ini saintis mepercayai bahawa anda berada dalam tempoh yang hampir dengan ovulasi (pembebasan telur dari kilangnya). 
  2. Rembesan mukus pangkal rahim melalui vagina : Cara ini adalah antara cara yang mudah bagi mengetahui waktu subur anda. Secara umumnya, cecair pangkal rahim yang dihasilkan di sepanjang kitaran haid adalah berubah-ubah dari segi kuantiti dan teksturnya. Ketika menghampiri waktu subur, rembesan vagina akan bertukar dari warna krim kepada jernih seperti putih telur. Cairan ini boleh dijalurkan, basah dan dalam kuantiti yang agak banyak dari biasa. Rembesan mukus ini akan kembali kepada asal dan mengering selepas ovulasi.
  3. Pemantauan suhu badan : Anda juga boleh mencatatkan suhu badan anda setiap hari dan membuat plot pada carta (graf). Suhu badan yang dimaksudkan adalah suhu badan basal (awal) yang diambil sebaik sahaja anda bangun tidur (sebelum anda meninggalkan katil). Gunakan termometer khas untuk suhu badan basal atau termometer digital yang mempunyai beberapa titik perpuluhan. Sekiranya anda mendapati suhu badan naik secara tiba-tiba sebanyak lebih kurang 10 darjah farenheit, kemungkinan besar anda baru sahaja melalui proses ovulasi. 
  4. Kedudukan pangkal rahim : Cara ini memerlukan pemerhatian yang berterusan terhadap kedudukan pangkal rahim. Pemeriksaan sendiri dilakukan setiap hari (pada waktu yang sama) dengan memasukkan jari yang bersih ke dalam vagina ketika mencangkung. Sebelum waktu subur, pangkal rahim lebih hampir ke bawah (mudah disentuh), akan terasa kering dan padat (seperti menyentuh hidung) dan laluannya agak tertutup. Sebaliknya ketika waktu subur,  pangkal rahim agak tinggi (sukar disentuh), agak lembut (seperti menyentuh bibir) dan lembap dengan laluan yang agak terbuka.
  5. Pemeriksaan urin dan darah : Kaedah paling mudah (tetapi tidak murah) untuk mengetahui waktu subur adalah dengan menggunak alat ujian kesuburan yang boleh didapati di farmasi dengan mudah. Sampel air kencing digunakan untuk ujian ovulasi sendiri di rumah. Sampel darah juga boleh digunakan untuk memantau paras hormon yang menunjukkan ovulasi berlaku. Walaubagaimanapun ujian darah hanya boleh dilakukan di makmal-makmal patologi yang menyediakan perkhidmatan ini.

CARA MENINGKATKAN PELUANG HAMIL DENGAN MENGETAHUI WAKTU SUBUR


Perkara asas yang perlu anda ketahui ialah, telur wanita (ovum) yang dilepaskan semasa ovulasi hanya hidup selama 12 hingga 24 jam sahaja. Sebaliknya  benih lelaki (sperma) boleh hidup sehingga 6 hari di dalam rahim wanita sekiranya keadaannya normal. Sebanyak kira-kira 100 juta sperma dilepaskan setiap kali ejakulasi berlaku tetapi dianggarkan hanya 200 darinya yang akan terus hidup hingga ke tiub fallopio wanita. Kekerapan berejakulasi pula akan menyebabkan bilangan sperma dalam setiap milimiter air mani berkurangan. Ini bermakna, kekerapan melakukan hubungan kelamin tidak menjamin peningkatan peluang untuk hamil. Tetapi mengetahui waktu yang tepat akan meningkatkan kebarangkalian pertemuan di antara telur wanita dan benih lelaki, seterusnya meningkatkan peluang untuk hamil. Tanpa mengambil kira faktor lain yang mempengaruhi kesuburan, berikut adalah beberapa cara meningkatkan peluang hamil selepas anda mengetahui waktu subur anda :

Sebaik sahaja anda dapat 'trend' waktu subur setiap bulan, anda boleh menjangkakan bilakah waktu subur setiap bulan. Sesetengah pakar reproduktif mencadangkan supaya hubungan seks dilakukan bermula beberapa hari sebelum waktu subur sehingga tiba pendarahan haid seterusnya. Elakkan stress dan tekanan di dalam tempoh anda berusaha untuk hamil ini. Jaga kesihatan dan pemakanan selain mengamalkan tips-tips di sini dan amalan kerohanian yang dapat membantu meningkatkan peluang untuk hamil seperti ini.

Selamat mencuba!
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan! 
ZETI HAFIZA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
ID : 854120
+6019 936 6681
www.facebook.com/bigsmilezone
bigsmilezone@gmail.com

Petua Kesuburan - Perkara yang perlu dielakkan jika sedang cuba untuk mengandung

Selalunya dalam usaha mendapatkan anak/ zuriat, kita akan sibuk cari petua-petua dan tips-tips yang mungkin membantu. Ramai lebih berminat nak tau apa doa-doa dan zikir yang sesuai diamalkan (macam saya pernah tulis di sini) atau ada yang lebih berminat mencari ubat atau makanan yang boleh meningkatkan kesuburan seperti dalam senarai ini. Tapi jangan lupa.. sebagai salah satu usaha nak dapatkan zuriat, kena juga kita tahu apa perkara-perkara, makanan-makanan dan tabiat-tabiat yang patut dijauhi, dielakkan dan dikurangkan. Kalau orang kampung kata 'pantang-larang' yang kena diikuti bagi mereka yang merancang untuk hamil. Antaranya:


Kafein

Kadar kafein yang tinggi dalam makanan/ minuman dikatakan boleh mengurangkan kadar kesuburan wanita. Jika anda sedang merancang kehamilan, mengurangkan pengambilan kafein mungkin membantu anda. Walaupun terdapat pelbagai pendapat perubatan mengenai isu ini, salah satu kajian mendapati pengambilan satu cawan kopi sehari boleh mengurangkan separuh kadar kesuburan.



Dadah/ ubat-ubatan sintetik

Ubat sintetik seperti sesetangah pil penahan sakit dan antibiotik boleh menurunkan kadar kesuburan. Ubat penahan sakit contohnya akan menyebabkan ovulasi terganggu dan mengganggu sistem imun tubuh. Ubat antihistamin pula dikatakan akan mengganggu pembentukan sperma dan mengeringkan rembesan servik (yang boleh mengganggu pergerakan sperma). Dadah terlarang seperti Marijuana, kokain dan sebagainya boleh menyebabkan keguguran, kelahiran pra-matang dan merosakkan otak bayi

Toksin

Lelaki dan wanita zaman sekarang terdedah kepada toksin akibat penggunaan racun serangga dan tumbuhan, penggunaan bahan kimia dalam pencuci di rumah dan cat serta pendedahan kepada persekitaran yang tercemar. Toksin boleh mengganggu kesuburan. (Baca info mengenai Detoks di sini)




Nikotin

Ramai dah sedia maklum kesan nikotin kepada bayi yang dikandung (seperti keguguran, kecacatan dan berat badan kurang semasa dilahirkan). Tapi mungkin tak ramai sedar nikotin juga boleh menyebabkan kadar kesuburan menurun dan mengurangkan peluang untuk hamil. Walaupun bakal ibu atau bapa tidak merokok, tetapi sebagai perokok pasif pun nikotin boleh memberi kesan kepada kadar kesuburan anda

Alkohol

Alkohol sememangnya tidak boleh diambil sama sekali oleh Muslim. Ia didapati mengganggu keseimbangan hormon termasuk hormon yang mengawal kitaran haid dan ovulasi. Pengambilan alkohol yang sangat tinggi boleh menyebabkan kecacatan

Mandian air panas

Memang seronok dapat berendam dalam tub mandi yang dipenuhi dengan air panas atau berada di bawah pancuran air panas. Tapi awas! suhu yang tinggi boleh merosakkan kualiti sperma. Elakkan berendam terlalu lama dalam mandian air panas atau laraskan kepada suhu yang lebih rendah.


Pencuci Intim Wanita

Mungkin ramai yang suka gunakan pencuci intim wanita yang ada di pasaran sekarang. Memang best sebab baunya wangi, cucian pun rasa segar dan bersih. Tapi berhati-hati juga kerana cucian yang terlalu kerap boleh 'mengeringkan', mengurangkan cecair serviks dan mengubah pH vagina seterusnya boleh menyebabkan penyakit keradangan pelvik yang boleh menjejaskan kesuburan terutamanya cucian yang menggunakan kaedah 'douching'

Diet

Elakkan mengawal diet anda secara ekstrem ketika cuba untuk hamil. Ia akan mengganggu sistem tubuh dan hormon anda, seterusnya mengurangkan kesuburan

Berat badan tidak ideal

12% kes ketidaksuburan yang dilaporkan adalah berpunca dari masalah berat badan. Jika anda kurang berat badan (underweight) disebabkan pemakanan tak seimbang atau terlalu aktif - kitar haid akan terganggu kerana 22% lemak badan diperlukan untuk ovulasi yang normal dan kesihatan reproduksi. Sebaliknya, berat badan berlebihan (overweight) boleh mengubah hormon secara kimia dan menghalang proses kehamilan. Tapi berita baik bagi masalah ini ialah - kadar kesuburan dapat dipulihkan kepada normal dengan segera setelah anda mendapat berat badan ideal.

Terlalu aktif sukan/ aktiviti fizikal

Ahli sukan wanita didapati kerap mengalami masalah kesuburan akibat kitaran haid yang tidak normal. Jika anda seorang yang sangat aktif bersukan/ melakukan aktiviti fizikal/ aktiviti ekstrem, berbincanglah dengan doktor mengenai kesannya terhadap kesuburan sekiranya ada.

Seluar dalam ketat

Testikel lelaki perlu berada pada suhu yang lebih rendah dan tidak boleh dibiarkan berada dalam suhu yang tinggi. Memakai seluar dalam ketat mungkin boleh mengganggu kesihatan reproduksi lelaki.










Selamat Mencuba ye....


ZETI HAFIZA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
ID : 854120 +6019 936 6681
www.facebook.com/bigsmilezone
bigsmilezone@gmail.com

What is Collagen a.k.a Apa itu Collagen?

Dalam kesibukan promosi supplement collagen di sana sini, masih ramai lagi tak tahu apa itu Collagen (Kolagen). Dalam statistik pakcik Google pun menunjukkan ramai yang tekan butang search untuk cari 'What is Collagen'?

Sebenarnya, apa benda Collagen ni?

Perkataan 'Collagen' ni asalnya dari Bahasa Yunani yang bermaksud 'pelekat'. Collagen @ Kolagen ni sebenarnya adalah sejenis protein yang terbina dari rangkaian asid amino tertentu seperti glycine, proline, hydroxyproline dan arginine. Ia terbina dari Hidrogen, Karbon dan Oksigen. Kira-kira 30% protein dalam badan manusia adalah kolagen. 

Jenis-jenis Collagen?

Secara umum, ada 5 jenis utama collagen pada badan manusia. 90% collagen badan manusia adalah Colagen Type 1.  
  • Collagen Type 1 : kulit, tendon, organ, tulang
  • Collagen Type 2 : kartilaj
  • Collagen Type 3 : fiber pada tisu penyambung
  • Collagen Type 4 : asas kepada membran sel
  • Collagen Type 5 : permukaan sel, rambut dan plasenta

Sumber Kolagen untuk makanan tambahan (supplemant)?

Hari ni, collagen digunakan dalam bidang perubatan, kosmetik dan produk farmaseutikal secara meluas. Collagen sebagai makanan tambahan diperolehi dari sumber berikut:
  • Haiwan darat : lembu, ayam, babi, arnab - dari kulit, organ
  • Marine : Ikan - dari sisik, kulit

Kenapa Collagen ni penting?

Kolagen ni unsur yang penting dalam tisu penyambung, kulit, otot, salur darah, tulang, jantung, pundi hempedu, rambut, kuku, pundi kencing, buah pinggang dan banyak lagi.... Tugas kolagen ni sebenarnya untuk bagi kekuatan kepada struktur badan, jadi struktur badan kita ni kuat dan terhalang dari ancaman pathogen, toksin dan sel kanser.

Bayangkan rumah yang dalam pembinaan. Kolagen ni macam simen yang pegang batu bata yang disusun. Macam tu la dalam badan kita, kolagen ni memegang sel-sel dan tisu ni bersama.

Kesan kekurangan Collagen?

  • Tulang - masalah osteogenesis imperfecta iaitu tulang rapuh dan mudah retak/ patah
  • Kulit - menggeleber, cepat berkedut dan lapisan kulit nipis
  • Otot - pergerakan regangangan otot kurang elastik
  • Pemulihan luka - luka lambat bercantum dan lambat pulih

Kebaikan mengamalkan supplements Collagen

  • Kulit - mengurangkan kedutan dan garis halus, menganjal dan meningkatkan kesihatan kulit
  • Tulang dan otot - mengurangkan masalah sakit sendi, melancarkan pergerakan dan meningkkatkan kesihatan sendi
  • Pemulihan luka - Merangsang pembentukan tisu yang cepat bagi proses pemulihan luka

Bagaimana mahu memilih supplement Collagen? 

  • Pilih produk kolagen yang mengandungi bahan-bahan semulajadi sahaja. 
  • Supplemen Collagen yang dimakan secara oral perlu mengandungi bahan-bahan antioksidan contohnya vitamin C, vitamin E dan sebagainya
  • Saiz molekul produk mestilah kecil supaya boleh diserap oleh tubuh anda.
  • Kolagen dari sumber marin adalah 7 kali lebih baik dari kolagen dari haiwan lain seperti ayam, khinzir dan kambing

Supplemen Kolagen pilihan saya? 

Tentulah Shaklee Collagen Powder



Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan berkenaan produk ini!
 ZETI HAFIZA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
ID : 854120 +6019 936 6681
www.facebook.com/bigsmilezone
bigsmilezone@gmail.com

BUNCIT DAN MENGGELEBER : 7 Cara Kempiskan Perut Lepas Bersalin

Mimpi ngeri...? Ya, bagi sesetengah orang perut buncit dan menggeleber selepas bersalin memang sesuatu yang amat ditakuti. Baru bersalin sorang dua badan dah macam orang beranak enam. Eh! tak juga.. kadang-kadang kita jumpa orang lama yang beranak 5-6 tapi badan, mak aii... macam anak dara. 


Oh.. mungkin sebab baru bersalin, memang la badan kembang lagi. Tapi kalau dah 6 bulan bersalin perut macam mengandung 6 bulan macam mana? Lepas setahun, berat makin naik pula. Oh tidak! Memang mimpi ngeri. Bagi yang tak sabar dan banyak duit terlebih, boleh lah pergi ke mana-mana Slimming Centre yang menawarkan pakej ribu-ribu ringgit untuk buang lebihan berat tu dengan 'agak' cepat. Tapi jangan lupa.. risiko untuk berat anda naik semula juga 'agak' tinggi. 




7 Cara Kempiskan Perut Buncit dan Menggeleber Selepas Bersalin

  1. SUSU IBU : Susukan anak dengan susu badan anda (susu ibu) sebaik sahaja lepas bersalin. Sebaiknya, lakukan penyusuan eksklusif sekurang-kurangnya 6 bulan dan dilanjutkan sehingga 2 tahun. Menyusu badan boleh mempercepatkan proses pengecutan rahim dan membakar 200 hingga 600 kalori sehari
  2. BERBENGKUNG : Mungkin ramai di kalangan ibu-ibu yang tidak gemar berbengkung selepas bersalin - rimas, panas, tidak selesa dan sebagainya. Tapi tahukah anda, berbengkung boleh membantu mengembalikan bentuk badan asal. Gunakan bengkung yang sesuai dengan cara pemakaian yang betul bagi mengelakkan kesan negatif yang tak diingini. Pemakaian bengkung yang tidak betul juga boleh memudaratkan.
  3. BERTUNGKU/ BERTANGAS/ BERSAUNA : Amalan bertungku mungkin sudah makin kurang popular pada hari ini. Selepas bersalin, bertungku adalah kaedah tradisional ibu-ibu sejak dahulu untuk memecahkan darah beku, lemak dan mengurangkan bengkak dalam perut/ rahim. Bertangas dan bersauna pula membantu memecahkan lemak, angin dan air berlebihan dalam badan
  4. KAWALAN PEMAKANAN : Ibu menyusu tidak digalakkan berdiet berlebihan kerana khasiat yang seimbang dan kalori yang mencukupi diperlukan terutamanya di bulan-bulan pertama menyusukan bayi anda. Walaubagaimanapun ia tidak bermakna anda boleh makan sesuka hati dan mengabaikan bentuk badan yang semakin merosot. Jika anda tidak menyusu atau bayi anda tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu, lakukan kawalan pemakanan yang sesuai bagi mengelakkan masalah perut buncit dan menggeleber semakin teruk. Kurangkan pengambilan lemak dan minyak, ambil protein mencukupi bagi membina semula otot dan mengelakkan perut menggeleber. Lebihkan makanan yang membantu proses membakar lemak seperti oat, kekacang, bayam, salmon dan madu.
  5. SENAMAN DAN AKTIVITI FIZIKAL : Senaman kardiovaskular dan abdominal tertentu boleh membantu anda mengempiskan perut. Dapatkan kaedah yang betul senaman khusus untuk membentuk perut ini dari jurulatih senaman atau bahan rujukan yang disediakan pakar. Aktiviti fizikal seperti berjalan kaki, berbasikal dan berenang juga mampu mengurangkan lebihan lemak di bahagian perut dan sekaligus membina otot perut. Lakukan secara konsisten bagi mendapatkan kesan terbaik
  6. BETULKAN POSTUR TUBUH : Kebanyakan ibu-ibu terlalu sibuk untuk mengambil berat postur badan mereka. Tahukah anda, masalah postur yang tidak baik ketika berjalan, duduk dan mengangkat barang juga menyebabkan masalah perut buncit dan menggeleber sukar diselesaikan. Jangan pandang remeh cara anda bergerak setiap hari
  7. DETOKSIFIKASI : Lebihan toksin dalam badan kebanyakannya terkumpul di bahagian perut. Ia menyebabkan anda mengalami masalah penghadaman dan seterusnya mengakibatkan lebihan makanan dan lemak terkumpul di bahagian perut. Lakukan proses detoksifikasi dari masa ke semasa dan apabila perlu bagi membantu mengurangkan toksin dalam tubuh anda terutamanya perut. Baca maklumat lanjut di sini

Bagaimana supplemen Shaklee membantu?


Bagi membantu proses mendapatkan kembali perut anda yang cantik dan seksi, rangkaian supplemen Shaklee ada menyediakan beberapa pilihan. Tapi ingat! Supplemen hanya membantu sahaja - ia bukan ubat kurus atau magic potion yang boleh menghilangkan perut buncit dan menggeleber dalam sekelip mata TANPA anda melakukan usaha lain seperti tips di atas.

Apakah supplemen tersebut?

  • Herblax : membantu proses detoksifikasi, membantu masalah tidak hadam dan pergerakan usus yang tidak sihat. 
  • Lecithin : diekstrak dari soya tanpa penggunaan bahan pewarna, pemanis atau pengawet. Membantu proses memecahkan lemak dalam tubuh.
  • Alfalfa Complex : Bahan serat (fiber) penting untuk membantu pengeluaran lemak yang telah dipecahkan. Juga membantu memecahkan angin dalam badan.
  • Cinch Shake Mix : Minuman protein soya membantu rasa kenyang serta mengandungi Leucine™ untuk membantu mengekalkan otot semasa proses pembakaran lemak berlebihan.
Apa kata mereka yang dah cuba? 

"....mula-mula i tak perasan tau. Lepas 2 minggu perut i dah kempis sikit. Then lengan ni pun dah kecik sikit. U bayangkan perut i ni lepas bersalin anak bongsu 12 tahun lepas, ni baru kempis sikit" - PN. NURA, 40-an 

Tak cukup tips di atas? Boleh baca tulisan sebelum ini tentang 9 cara atasi perut menggeleber selepas bersalin. Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut dan buat pesanan produk, hubungi saya sekarang!

ZETI HAFIZA ZAKARIA
Call/ Whatsapp +6019 936 6681 

Alfalfa - bapa segala herba yang banyak kegunaan dan kelebihan!

Apa itu Alfalfa

Alfalfa berasal dari perkataan Arab yang bermaksud 'BAPA SEGALA TUMBUHAN'. Ia adalah sejenis tumbuhan herba yang mempunyai akar yang menjalar kedalam bumi sedalan 20 hingga 30 kaki, menyebabkan banyak mineral yang tidak terdapat di permukaan bumi dapat diserap olehnya. Antara bahan yang terdapat di dalam Alfalfa ialah  protein dan vitamin A, vitamin B1, vitamin B6, vitamin C, vitamin E, serta vitamin K. Ia juga mengandungi kalsium, potassium, carotene, zat besi dan zinc. 

Kegunaan Alfalfa

Sejak dahulu lagi, Alfalfa telah dignakan dalam pelbagai kaedah rawatan tradisional di Sepanyol, India, Negara Arab dan China. Ia didapati membantu : 
  • bertindak untuk buang toksik dalam badan
  • melawaskan usus
  • mengurangkan kelesuan
  • melegakan sakit ketika haid
  • membuang angin dalam badan
  • baik untuk masalah resdung, eczema, allergy etc
  • mengurangkan sakit sendi dan badan
  • merawat masalah keputihan wanita
  • bertindak seperti kacip fatimah pada isteri
  • meningkatkan stamina suami
  • melancarkan penghasilan susu ibu yang menyusukan anak
  • membesar dan menegangkan payudara
  • pulihkan urat selepas bersalin
  • mengurangkan masalah bau badan
dan banyak lagi...

Kenapa Alfalfa Shaklee berbeza dengan yang lain?

Alfalfa Complex adalah formula unik yang dihasilkan oleh Dr. Forest Shaklee, hasil kajian beliau selama bertahun-tahun. Bagi menghasilkan tablet Alfalfa, hanya daun matang dipilih dari pokok yang berusia sekurang-kurangnya 2 tahun. Ini adalah penting kerana hanya pokok matang sahaja mengandungi nilai nutrien yang optimum. Pokok Alfalfa ini ditanam di California, Amerika Syarikat tanpa penggunaan sebarang bahan kimia, racun pestisid dan apa-apa bahan yang bukan organik. Daun ini dikeringkan secara semulajadi bagi mengekalkan keaslian dan kandungan enzim yang terdapat pada Alfalfa.

Saya dah lama amalkan, jom cuba...
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan!

ZETI HAFIZA ZAKARIA
Shaklee Independent
Distributor ID : 854120
+6019 936 6681
www.facebook.com/bigsmilezone
bigsmilezone@gmail.com

Cara dan kelebihan mendaftar sebagai ahli Shaklee

Macamana nak daftar ahli Shaklee?


Mula-mula anda perlukan seorang pengedar bebas Shaklee yang telah mendaftar keahliannya dengan Shaklee untuk menjadi penaja (sponsur). Dalam cerita saya ni, kiranya sayalah penaja anda ye... saya akan daftarkan anda, borang permohonan Insya Allah sentiasa ada dengan saya ni.

So, saya akan minta maklumat-maklumat seperti nama penuh, no.kad pengenalan, alamat. no. telefon dan sebagainya untuk saya isikan borang tersebut SELEPAS pembayaran yuran pendaftaran diterima. Saya sebagai penaja anda akan selesaikan urusan ni dengan pihak Shaklee. Anda akan dapat nombor pengenalan (ID) ahli Shaklee sebaik sahaja telah sah didaftar sebagai Shaklee Independent Distributor! Tahniah...

Oh... katakan anda nak walk-in ke mana-mana cawangan Shaklee, boleh je anda isi sendiri borang permohonan tu dengan memasukkan nama saya, ZETI HAFIZA ZAKARIA dan ID 854120 sebagai penaja anda..

Berapa Yuran Keahlian Shaklee?


Bagi tujuan pendaftaran, yuran yang ditetapkan adalah sebanyak RM65. Caj tambahan dikenakan sebanyak *RM10 untuk tujuan pengeposan Kit Keahlian ke alamat anda.

Setiap tahun berikutnya, anda perlu membuat bayaran RM20 untuk mendapatkan bahan terbitan dari Shaklee, menyertai persidangan tahunan, program motivasi dan banyak lagi acara anjuran Shaklee.

atau, anda boleh dapatkan yuran pendaftaran PERCUMA sekiranya membuat pembelian sebanyak 200 uv (bersamaan kira-kira pembelian berjumlah *RM680)

*Harga Semenanjung Malaysia

Apa faedah dan kelebihan menjadi ahli Shaklee?


JIMAT - anda akan dapat penjimatan 15 hingga 20% ke atas semua rangkaian produk Shaklee pada harga ahli

UNTUNG RUNCIT - jika anda jual pada keluarga dan kawan-kawan pada harga runcit, keuntungan runcit tu adalah milik anda!

REBAT TUNAI - bagi setiap pembelian melebihi 150uv setiap bulan, anda akan menerima bayaran bonus 5-21%

BONUS TUNAI - ada beberapa jenis bonus yang akan diterima jika anda memenuhi syarat-syarat tertentu.  Ada bonus peribadi, bonus kereta, bonus kepimpinan, insentif khas dan banyak lagi! Semuanya berbentuk TUNAI

TRIP PERCUTIAN - anda boleh menikmati layanan 5-bintang trip percutian samada ke luar negara, menunaikan umrah atau dalam negara sebagai ganjaran dari Shaklee!

Perlu ke maintain points atau buat pembelian tiap bulan?


Tidak - jika anda menjadi ahli hanya untuk kegunaan sendiri, tidak perlu buat pembelian untuk dapatkan mata (points) minimum setiap bulan. Sebaliknya jika anda memang ingin berbisnes, ada mata minimum yang perlu anda dapatkan bagi melayakkan anda mendapat kelebihan dan ganjaran tunai.

Apa kelebihan mendaftar keahlian dengan saya - Zeti Hafiza (ID 8854120)?


Anda akan dapat menyertai kumpulan kami yang sangat dinamik dan proaktif - yang telah melahirkan ramai usahawan wanita muda dan berjaya dengan pendapatan 3, 4, 5 mahupun 6 angka. Lebih penting kami juga terdiri dari usahawan yang berfikiran positif, berjiwa besar dan menekankan juga kekayaan rohani.

Bimbingan dan sokongan berterusan secara online dan face-to-face akan membantu anda memulakan perniagaan Shaklee langkah demi langkah, samada dari aspek teknikal, motivasi, pengetahuan dan banyak lagi... Insya Allah!


Hubungi saya untuk keterangan lanjut!

ZETI HAFIZA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
ID : 854120 +6019 936 6681
www.facebook.com/bigsmilezone
bigsmilezone@gmail.com

9 Tips Terbaik untuk Wanita Hidup Lebih Sihat

Semalam, sambil menikmati petang yang indah ngan family.... tertarik pulak dengan Artikel mengenai Kesihatan Wanita yang dipetik dari The Star... Jom baca!

source : The Star, SUNDAY 21 OCTOBER 2012


Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan!
ZETI HAFIZA ZAKARIA 
Shaklee Independent Distributor 
ID : 854120
+6019 936 6681
 www.facebook.com/bigsmilezone
bigsmilezone@gmail.comd

Testimoni : Kebaikan vitamin Shaklee untuk ibu menyusu

Alhamdulillah, hampir 23 bulan saya menyusukan Naufal. Walaupun Nabil dulu saya menyusukan juga hingga 26 bulan, memang rasa perbezaannya.

Saya tak nafikan, tanpa supplement ibu masih mampu menyusukan anak eksklusif asalkan mereka apply konsep penyusuan yang betul - saya dah lalui semasa susukan Nabil tanpa sebarang supplement. Saya cuma makan makanan yang menggalak susu bagi diri saya seperti ulam-ulaman, oat, minum horlick dan air longan. Masa tu saya betul2 skeptikal dgn supplement sbb saya rasa mahal dan sume zat2 yang saya perlu boleh dapat dari diet harian saya.

Kemudian, masa menyusukan Naufal saya ambil keputusan ambil supplement SHAKLEE. Perbezaan yang saya alami :

♥ saya tak rasa cepat letih lagi, masih bertenaga untuk uruskan rumahtangga lepas balik kerja

♥ jarang jatuh sakit - saya mudah kena gastrik dan sakit kepala sebelum ni

♥ semakin kurang masalah rambut gugur dan kebas2 badan

♥ maintain supply - masih dapat amount EBM yang sama sejak 1+tahun lepas

♥ bonus - improve appearance, confident level and maintain body weight

Supplement SHAKLEE yang saya amalkan sejak hampir 2 tahun ni ialah :

  • Vitalea (Multivitamin with iron) : Membekalkan keperluan asas kesemua 12 jenis vitamin dan 9 mineral yang diperlukan ibu menyusu dengan tambahan zat besi
  • B-Complex : Membantu ibu menyusu menenangkan dan mengelakkan stress serta keletihan yang boleh mengganggu penghasilan susu
  • Vitamin C : Membantu ibu menyusu meningkatkan imun tubuh
  • Alfalfa Complex : Membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu
  • Ostematrix (Kalsium-Magnesium) : Menggantikan kalsium dalam badan ibu yang menyusu, mengurangkan risiko osteoporosis
  • Energizing Soy Protein : Membantu penghasilan sel hidup yang terdapat dalam susu ibu, memberi tenaga kepada ibu menyusu
Jika anda ibu menyusu, jangan pandang remeh dengan kepentingan mengambil supplemen. Jangan anggap supplemen tujuannya adalah untuk memperBANYAKkan susu ibu. Itu sememangnya tidak benar! Supplement sebenarnya membantu badan ibu lebih bersedia untuk menghasilkan susu, selain membantu mengisi kekurangan nutrien yang biasa berlaka di kalangan ibu-ibu menyusu...

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan!
 ZETI HAFIZA ZAKARIA 
Shaklee Independent Distributor 
ID : 854120
 +6019 936 6681 
www.facebook.com/bigsmilezone 
bigsmilezone@gmail.coml;

TESTIMONI : Vitamin C - Tingkatkan Penampilan Bakal Pengantin!


Nadia, salah seorang kawan alam maya saya. Sebenarnya saya suka baca blog Nadia yang santai - banyak cerita tentang kehidupan harian beliau. And Nadia juga salah seorang pelanggan saya, yang telah sebulan lebih mengamalkan produk terhangat Shaklee - Sustainable Release Vita-C 500mg. Jom baca cerita Nadia :


Kredit to : Nadia


So, bakal pengantin sekalian... jangan pandang ringan mengenai pengambilan supplemen menjelang hari bahagia anda. Persiapan perkahwinan bukan sekadar persiapan rohani, fizikal dan mental sahaja... kesihatan juga harus diutamakan. Jika anda boleh mengeluarkan ribuan ringgit untuk persiapan raja sehari, apa salahnya jika peruntukan sebahagian kecil sahaja untuk supplement bakal pengantin. Pada harga serendah RM 0.52 sehari sahaja, anda dah dapat banyak kebaikan Shaklee, bukan untuk hari bahagia anda sahaja... bahkan hari-hari yang seterusnya! Nak dapatkan tips bakal pengantin dan pengantin baru? Baca lagi di sini :

http://www.bigsmilezone.com/2011/12/tips-bakal-pengantin-jangan-lupa.html

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan!

ZETI HAFIZA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
ID : 854120
+6019 936 6681
www.facebook.com/bigsmilezone
bigsmilezone@gmail.com

Kebaikan Energising Soy Protein : Minuman soya pilihan saya!

Walaupun saya memang gemarkan produk-produk soya seperti air kacang soya, tauhu, tempe, taufu fa dan sewaktu dengannya.... Saya agak skeptikal dengan minuman soya yang dibancuh... Saya dah cuba beberapa jenis minuman tepung soya di pasaran. Seingat saya ada tiga jenama popular saya dah cuba... malangnya, tekak saya susah nak terima rasa susu soya yang tak berapa sedap tu.

Jadi, saya ambil keputusan memilih minuman soya segar yang dijual di pasar-pasar atau minuman soya segera dalam tin/ botol yang banyak di pasaran. saya memang suka rasanya, cuma kebanyakannya agak manis dan kurang 'ori' rasa soyanya...

Sehinggalah saya bertemu dengan Soy Protein Isolate Powder Shaklee atau terkenal dengan nama ESP (Energizing Soy Protein). Alhamdulillah, rasa vanilla ESP tidak membuatkan saya muak seperti minuman tepung soya lain. Lebih sedap bila saya cuba beberapa resepi bancuhan ESP - 'shake' dengan fresh orange, ribena, milo, horlick, fresh milk... favourite saya - kurma badam shake with ESP + Mealshake... Jom berkenalan dengan ESP kesayangan ramai ni :

 

APA ITU SOY PROTEIN ISOLATE @ ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) SHAKLEE?

ESP ialah minuman kacang soya yang dihasilkan  oleh Shaklee, yang mempunyai *fakta nutrisi berikut :
  • Kalori = 110
  • Protein (dalam bentuk Isolat Protein Soya) = 14g
  • Karbohidrat = 10g
  • Lemak = 1g
  • Kalsium = 500mg
  • Sodium = 170mg
  • Niasin = 10mg
  • Aid Pantotenik = 2.5mg
  • Thiamin = 2 mg
  • Riboflavin = 2mg
  • Zat Besi = 2mg
  • Vitamin B6 = 0.5mg
*bagi saiz hidangan 28g

APA BEZA ESP DENGAN MINUMAN SOYA JENAMA LAIN DI PASARAN?

  • Protein dari soya tidak diubahsuai secara ginetik (Non-GMO) yang dipantau oleh proses pensijilan Identity Preserved Program (IPP)
  • Membekalkan kesemua 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia iaitu histidine, isoleucine, leucine, lysine, methionine, phenylalanine, threonine, tryptophan dan valine.
  • Indeks Glisemik (GI) rendah iaitu 39 yang membantu mengekalkan paras gula dalam darah yang normal
  • Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga selama berjam-jam

  •  Diproses melalui kaedah pemanasan minimum dan pencucian menggunakan air (bukan menggunakan alkohol seperti kebanyakan produk soya lain) yang mengekalkan isoflavin (bahan organik semulajadi dalam kacang soya yang mudah rosak melalui pemprosesan). Isoflavin memberi banyak manfaat kepada kesihatan manusia
  • Satu hidangan membekalkan 14g protein dan 50% dari keperluan kalsium harian
  • Tidak mengandungi lemak tepu, laktosa dan kolesterol
  • Tiada tambahan perasa, pewarna, pengawet dan pemanis tiruan
  • Disahkan HALAL oleh badan yang diiktiraf JAKIM
  • Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

KEBAIKAN ESP KEPADA KESIHATAN

  • Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung, kolesterol tinggi dan angin ahmar
  • Membantu dalam kesihatan prostat termasuk mengurangkan risiko kanser prostat
  • Meningkatkan kesihatan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis
  • Membantu dalam pemulihan sistem reproduksi wanita termasuk mengurangkan simptom menopause dan mengurangkan risiko kanser payudara dan endometrial
  • Membekalkan tenaga segera berpanjangan
  • Meningkatkan sistem imun termasuk mencegah inomnia, migrain dan stress
  • Membantu dalam pembinaan dan pengekalan otot pejal
  • Membantu dalam kesihatan kulit, rambut, kuku, organ dan lain-lain
  • Memperbaiki pigmentasi seperti tanda penuaan, rambut gugur dan beruban

SIAPA YANG PATUT AMALKAN ESP?

  • Orang yang pentingkan kesihatan jantung
  • Orang yang mahu menggantikan sebahagian/ semua pengambilan protein dengan protein yang bebas lemak, kolesterol dan laktosa
  • Orang yang selalu mengalami keletihan
  • Orang yang mahu mengurangkan risiko kanser dan penyakit tulang
  • Orang yang pentingkan kesihatan umum dan mahu kelihatan awet muda
  • Orang yang perlu pengambilan protein yang tinggi seperti ibu mengandung, ibu menyusu, baru pulih dari pembedahan atau penyakit dan sebagainya
Dapatkan ESP anda dan keluarga sekarang salah satu langkah untuk membantu kesihatan menyeluruh!
Maklumat lanjut, hubungi :

ZETI HAFIZA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
ID : 854120
+6019 936 6681
FB : BigSmileZone
bigsmilezone@gmail.com

20 makanan kaya protein dan cara kira keperluan protein

Jom kira keperluan protein anda!

Keperluan protein harian (g) = Berat (kg)*0.8
Contohnya, berat Mak Jemah 50kg... so keperluan protein (50kg*0.8) = 40g protein sehari

Sekarang kira la byk mana protein anda amek hari ni

  • 85 g daging kambing = 20-26 g protein
  • 1 cawan keju cottage = 25 g protein
  • 85 g daging ayam = 22- 24 g protein
  • 85 g daging lembu = 21- 23 g protein
  • 85 g tuna dalam tin = 22 g protein
  • 85 g kerang mentah = 22 g protein
  • 85 g ikan siakap = 21 g protein
  • 85 g ikan haddock = 21 g protein
  • 85 g ikan kod = 22- 24 g protein
  • 85 g udang segar = 18 g protein
  • 85 g ikan salmon = 17- 22 g protein
  • 85 g ketam = 16- 19 g protein
  • 85 g scallop = 14 g protein
  • 85 g daging ayam belanda = 16-19 g protein
  • ½ cawan putih telur = 12.3 g protein
  • ½ cawan yogurt rendah lemak = 10-13 g protein
  • 28 g keju = 6-8 g protein 
  • 2 biji telur rebus = 12 g protein
  • ½ cawan tempe = 16.5 g protein
  • 1 cawan kekacang = 14-17 g protein
  • 170 g tauhu = 14 g protein
* nilai dia atas anggaran je, mungkin berbeza ikut jenama, jenis dan potongan bahagian (daging)

SELAMAT MENGIRA!!!

Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan. Sila SMS ke 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com jika untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.

Kepentingan dan Sumber Protein

Ikan adalah sumber protein utama rakyat Malaysia. Tapi tahu tak? Pendaratan ikan di Malaysia berkurang setiap tahun sebab sumber ikan yang merosot di laut dan perairan negara. Sumber akuakultur pun tak cukup, lebih2 lagi sekarang... industri akuakultur turun naik sebab masalah sumber, kualiti, wabak penyakit, pencemaran dan biosekuriti....


Pilihan rakyat Malaysia seterusnya ialah daging dan telur yang juga sumber protei yang baik. Cuma masalahnya, sumber ni mempunyai lemak tepu dan kolesterol yang tinggi.


1 DARI 3 RAKYAT MALAYSIA BERUMUR 40 TAHUN KE ATAS MENGALAMI KOLESTEROL TINGGI

Mahu tak mahu kita perlu juga makan makanan kaya protein memenuhi keperluan protein harian sebanyak 50-70 gram sehari sebab protein penting untuk :

♥ membaiki tisu badan yang rosak dan membina sel baru untuk pertumbuhan

♥ penghasilan bahan kimia seperti enzim dan hormon

♥ membekalkan tenaga apabila diperlukan

♥ pembentukan tulang serta otot

Pilihan lain yang adalah protein tumbuhan seperti dari kekacang, bijirin, ubi, legum, pisang, betik, brokoli dan banyak lagi. Bagusnya protein tumbuhan ni bebas lemak dan kolesterol, kaya pulak dengan serat dan vitamin.

Selamat mencuba!

Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan. Sila SMS ke 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com jika untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.

FAQ : Soalan yang selalu ditanya mengenai VIVIX


Vivix antara produk terkini yang dihasilkan Shaklee berdasarkan penyelidikan saintifik yang dilakukan selama bertahun-tahun. Berikut adalah soalan yang selalu ditanya (Frequently Asked Question, FAQ) mengenai VIVIX :


Q : Apa itu Vivix

A : Vivix adalah campuran polifenol dengan paten tertunda yang kuat dan eksklusif dari bahan-bahan botanikal yang terbukti di dalam makmal mampu memberi kesan positif terhadap empat mekanisme utama penuaan selular, termasuk meningkatkan ketahanan sel, tenaga sel, pembaikan sel dan prestasi sel*

Q : Apa bahan-bahan dalam Vivix

A : Vivix mengandungi campuran resveratrol dan phytonutrient proprietari. Campuran phytonutrient ini menggunakan sifat antioksida yang kuat pada anggur Muscadine yang unik dan terbukti 10 kali lebih berkuasa dalam melambatkan mekanisme utama penuaan selular berbanding resveratrol tunggal*

Q : Apa yang menjadikan anggur Muscadine berbeza daripada anggur lain?

A : Anggur Muscadine adalah salah satu anggur yang paling jarang ditemui, paling mujarab, dengan profil unik polifenol yang menawarkan beberapa manfaat kesihatan. Tidak seperti anggur lain, anggur muscadine dibanggakan dengan keunggulan kepekatan ellagitannins dan asid ellagic yang apabila digabungkan dengan polifenol anggur muscadine lain, akan menghasilkan antioksidan yang berkuasa yang besar. * Anggur Muscadine juga boleh hidup di dalam persekitaran yang mencabar kerana profil fenoliknya menyediakan perlindungan tambahan terhadap bakteria, kulat, yis, kemarau, lembapan lebihan, dan suhu keterlaluan, manakala anggur lain adalah lebih lemah dalam persekitaran sebegitu.

Q : Apakah polifenol?

A : Polifenol adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan sekumpulan fitonutrien yang mempunyai faedah antioksidan dan berpotensi memberi kesan dalam perlindungan terhadap penuaan selular. Malah, kajian menunjukkan bahawa polifenol mungkin menimbulkan pelbagai kesan biologi sekaligus memberi ketahanan dan penambahbaikan terhadap tahap kesihatan manusia *


Q : Apakah resveratrol?

A : Resveratrol adalah sebatian antioksidan semulajadi yang terdapat dalam sesetengah tumbuhan, biji benih, dan buah-buahan, termasuk anggur dan produk dari anggur seperti wain merah. Resveratrol adalah polifenol yang telah didapati berpotensi meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan dalam kajian makmal dari seluruh dunia. Di samping itu, kajian telah menunjukkan bahawa resveratrol boleh melambatkan penuaan selular dan boleh mengaktifkan pengawalselia genetik jangka hayat selular yang lebih panjang, yang mungkin mempunyai kesan positif terhadap DNA, kesihatan selular, dan kadar metabolisme *

Q : Berapa banyak resveratrol tersedia dalam Vivix?

A : Vivix menyediakan 100 mg resveratrol setiap hidangan. Ekstrak resveratrol mempunyai kandungan resveratrol semula jadi sebanyak 98%, dan jumlah resveratrol dalam Vivix adalah berpandukan oleh kajian saintifik terbaru yang dijalankan. Vivix adalah menjangkaui resveratrol kerana ia menggabungkan campuran polifenol tambahan yang diperolehi dari anggur muscadine. Kajian makmal mendapati bahawa campuran yang masih menunggu kelulusan paten ini adalah 10 kali lebih berkuasa daripada resveratrol*

Q : Adakah Vivix produk antioksidan?

A : Vivix mempunyai bahan-bahan polifenol yang telah terbukti dalam makmal memberi kesan positif terhadap empat kunci mekanisme penuaan selular. Oleh itu, ia sebenarnya lebih dari menyediakan sokongan antioksidan*

Q : Bila waktu yang sesuai untuk ambil Vivix?

A : Vivix sesuai diambil satu sudu teh setiap hari, sebaik-baiknya selepas makan (seperti sarapan/ makan tengahari). Goncang sebelum diminum.

Q : Boleh ke ambil lebih dari satu sudu teh sehari?

A : Vivix mengandungi campuran resveratrol dan phytonutrient proprietari. Campuran phytonutrient ini menggunakan sifat antioksida yang kuat pada anggur Muscadine yang unik dan terbukti 10 kali lebih berkuasa dalam melambatkan mekanisme utama penuaan selular berbanding resveratrol tunggal*

Q : Bolehkah Vivix diambil bersama makanan tambahan Shaklee yang lain?

A : Vivix boleh diambil bersama semua rangkaian produk makanan tambahan Shaklee. Malahan digalakkan ambil bersama sesetengah produk seperti Nutriferon dan Cinch Shake sebagai pelengkap harian yang sangat baik kepada pilihan gaya hidup sihat. 

Q : Adakah terdapat sebarang langkah berjaga-jaga dengan Vivix?

A : Tiada sebarang inteaksi yang diketahui antara Vivix atau mana-mana bahan-bahan kandungannya dengan sebarang makanan tambahan lain. Sebagai langkah berjaga-jaga, kami mengesyorkan individu yang berada di bawah pengawasan doktor atas sebab perubatan atau penyakit, atau yang mengambil ubat-ubatan preskripsi, terutamanya ubat mencairkan darah.- membincangkan penggunaan Vivix dengan doktor atau perunding kesihatan profesional.

* Kenyataan-kenyataan ini belum dinilai oleh mana-mana badan professional berkaitan pemakanan dan ubatan. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut :

ZETI HAFIZA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
ID : 854120
+6019 936 6681
bigsmilezone@gmail.com
FB : BigSmileZone

Vitamin untuk Alahan Mengandung @ Morning Sickness

Picture source:  Google 
Bila disahkan mengandung, memang tak dapat nak digambarkan kegembiraan seorang bakal ibu. Cuma yang mungkin menghantui ibu-ibu ni ialah morning sickness atau mabuk ketika mengandung yang kadang-kadang  tak sanggup dihadapi saban hari. Saya sendiri memang mabuk teruk setiap kali mengandung dan biasanya mabuk yang teruk tu akan berlarutan hingga hampir 20 minggu. Tak boleh lupa pengalaman manis mabuk ni, saya alah pada bauan wangi dan bau tumisan masakan. Tak semena-mena semua bahan kat rumah tu ditukar kepada fragrance-free termasuk sabun, syampu, pencuci dan sebagainya. Minyak suamilah musuh ketat saya selama 4 bulan tu. Masak memang jarang-jarang sekali, jika saya ke dapur pun, masakan rebus-rebus jelah nampaknya...

Vitamin untuk Alahan Mengandung @ Morning Sickness


Kajian menunjukkan pengambilan vitamin B 6 (pyridoxine) boleh membantu dalam menangani masalah morning sickness ketika mengandung. Bukan itu sahaja, jika anda juga kaki mabuk di dalam kenderaan (heheheh) atau mabuk perjalanan (termasuk mabuk laut) pengambilan vitamin B 6 juga dapat mengurangkan masalah tersebut.

Dicadangkan, anda ambil pyridoxine pada dos tidak kurang 40 mg pada awal pagi bagi ibu mengandung @ sejam sebelum perjalanan bagi mabuk kenderaan untuk dapatkan kesan terbaik. Jika mabuk tidak berkurang dalam tempoh beberapa jam, ulang dos tersebut setiap 4 jam.

(source: Vitamins That Heal by H.K. Bakhru)

Makanan semulajadi yang kaya dengan Pyridoxine (vitamin B6)


Berikut adalah di antara makanan yang kaya dengan pyridoxine :
  1. Ubi Kentang
  2. Pisang
  3. Kekacang
  4. Daging merah
  5. Produk tenusu
  6. Telur
  7. Bayam
  8. Bijirin

Bagaimana Vitamin Shaklee boleh membantu morning sickness?


B-Complex Shaklee didatangkan dalam saiz 120 biji dalam setiap botol, mengandungi 67.5mg pyridoxine dalam setiap tablet. Pengambilan yang dicadangkan adalah dua biji sehari tetapi pengambilan sebiji tablet di awal pagi mungkin akan dapat meredakan masalah morning sickness. Produk ini sangat sesuai dimiliki oleh setiap keluarga kerana ia bukan sahaja untuk kegunaan ibu mengandung, ia adalah nutrien asas yang diperlukan oleh semua orang!

Kenapa B Complex SHAKLEE berbeza dengan jenama lain ?


~ Mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan tubuh pada kadar yang seimbang. Tidak semua tablet B Complex yang dijual di luar sana mengandungi kellapan-lapan jenis vitamin B ini dengan kadaran yang sepatutnya.
~ Mempunyai Sistem Penyerapan Bioaktif yang dipatenkan bagi meningkatkan penyerapan nutrien penting seperti asid folik . Ia sangat membantu tubuh kita menyerap nutrien lain seperti asid folik dari makanan kita.

Mahu tahu lebih lanjut @ membuat pesanan? Hubungi saya...

ZETI HAFIZA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
ID : 854120
+6019 936 6681
bigsmilezone@gmail.com






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...