KONTROVESI : Tiada kolagen dari sumber selain haiwan dan manusia, apakah pilihan terbaik?

Sebelum ni saya dah tulis sedikit mengenai Apa itu Kolagen di sini . Penulisan saya adalah berdasarkan pembacaan dari buku ilmiah dan jurnal-jurnal yang telah diterbitkan. Cuma baru-baru ni, ada beberapa orang kawan-kawan saya bertanya mengenai isu kolagen rumpai laut yang keluar di akhbar. Ada juga yang bertanya mengenai kolagen dari sumber tumbuhan seperti soya, buah-buahan dan sebagainya.

Kolagen hanya wujud pada haiwan dan manusia


Fakta ini anda boleh temui di mana-mana terbitan ilmiah mengenai kolagen. Kolagen sebenarnya ialah satu rangkaian asid amino yang terdiri dari kombinasi 4 jenis asid amino iaitu glycine, proline, hydroxyproline dan arginine. Maksudnya, jika bukan kombinasi 4 jenis asid amino tersebut, bukanlah kolagen namanya. 

Kolagen ni wujud secara semulajadi pada haiwan dan manusia kerana kolagen ini diperlukan untuk melekatkan organ, tendon, tulang, sel, tisu, rambut dan sebagainya. 30%  protein pada badan manusia adalah kolagen. 

Bagaimana dengan dakwaan kolagen dari rumpai laut, soya, koko, manggis dan lain-lain?


Setakat ni belum ada kajian yang berjaya membuktikan terdapat kolagen dari sumber selain haiwan. Walaubagaimanapun dalam sesetengah tumbuhan terdapat asid amino yang MENGGALAKKAN penghasilan kolagen secara semulajadi oleh tubuh. Asid amino tersebut tidak sama dengan kolagen kerana kombinasinya tidak sama seperti yang disebutkan di atas (glycine, proline, hydroxyproline dan arginine).

Sekiranya sesuatu produk disebut sebagai kolagen seperti 'Soy Collagen', 'Cocoa Collagen', 'Seaweed Collagen' dan sebagainya - ada kemungkinan produk tersebut dicampurkan dengan kolagen dari sumber haiwan/ manusia. Anda boleh dapatkan maklumat dari label atau pengeluar produk mengenai status kolagen tersebut.

Tapi sekiranya produk tersebut TIDAK dicampurkan dengan kolagen haiwan/ manusia - ini bermakna produk tersebut tidak sepatutnya menggunakan perkataan COLLAGEN kerana ia tidak benar dan mengelirukan pengguna. Ia boleh dikatakan 'overclaim' kerana tidak dapat dibuktikan kehadiran kolagen (kecuali dibuktikan sebaliknya secara saintifik). Produk sedemikian lebih sesuai disebut 'PENGGALAK COLLAGEN) @ Collagen Booster kerana tidak dinafikan sesetengah asid amino sangat baik untuk kesihatan termasuk membantu penghasilan kolagen secara semulajadi. 


Sumber Collagen untuk produk kesihatan dan kecantikan



Secara komersil, produk kesihatan dan kecantikan hari ini banyak menggunakan haiwan sebagai sumber kolagen. Tidak kurang juga yang menggunakan sumber dari manusia. Antara sumber kolagen yang popular ialah : 
  • Khinzir dan lembu - kebiasaannya diambil dari bahagian kulit. Ia sumber yang murah dan mudah diperolehi dan paling popular dalam produk kolagen
  • Ayam dan arnab - kebiasaannya diambil dari organ atau kulit. Juga agak murah dan tidak kurang popular di pasaran
  • Ikan - kebiasaannya diekstrak dari sisik atau kulit. Ia juga digelar sebagai sumber premium kolagen kerana harganya yang agak mahal disebabkan proses penyediaan yang berteknologi tinggi. 
  • Plasenta manusia - antara sumber kolagen yang digunakan dalam produk kesihatan dan kecantikan. Ia memberi kesan yang baik tetapi tidak sesuai untuk semua lapisan masyarakat

Tips pemilihan produk kolagen


  • SAIZ MOLEKUL - pilih kolagen yang mempunyai saiz molekul yang lebih kecil. Kolagen dalam bentuk sebenar adalah bermolekul besar dan sukar diserap oleh tubuh manusia
  • JENIS MAKAN/ MINUM - terdapat kajian menunjukkan produk kolagen yang digunakan pada kulit dalam bentuk produk kosmetik adalah tidak berkesan disebabkan saiz molekul kolagen yang terkecil pun tidak mampu melalui sel kulit. Supplemen kolagen dalam bentuk oral (makanan/ minuman) adalah lebih baik kerana mampu diserap oleh tubuh
  • MEMPUNYAI TAMBAHAN ANTIOKSIDAN - Produk kolagen oral yang baik sepatutnya mempunyai tambahan bahan antioksidan seperti Vitamin C, Vitamin E dan sebagainya kerana bahan-bahan tersebut diperlukan untuk kesan optimum kolagen terhadap tubuh badan
  • TELAH DIUJI SECARA KLINIKAL - bagi menjamin keberkesanan dan keselamatan produk kolagen, ia sepatutnya telah diuji secara klinikal terlebih dahulu.
  • HALAL - perkara yang sangat penting untuk dititikberatkan oleh pengguna Muslim. Pastikan kolagen dari sumber haiwan anda adalah dari sumber yang halal. Sumber dari khinzir, haiwan yang tidak disembelih dan organ manusia adalah tidak dibenarkan dalam Islam.
  • SUMBER SELAMAT - kolagen dari ikan adalah lebih selamat kerana ia Halal dan mempunyai molekul yang 7 kali lebih mudah diserap berbanding sumber lain.

Jadilah pengguna bijak!


Dengan lambakan produk 'kolagen' di pasaran hari ini, kita sebagai pengguna patut mendapatkan maklumat yang tepat mengenai produk tersebut sebelum membeli. Jangan mudah tertipu dengan label, dakwaan pengeluar dan deretan testimoni pengguna yang sangat menarik hati! Biarlah bak kata orang 'ALAH MEMBELI MENANG MEMAKAI' .... Insya Allah, kebaikan supplemen kolagen akan dapat kita perolehi dengan menjadi pengguna yang bijak.

Supplemen kolagen pilihan saya - tentulah Shaklee Collagen Powder! Kenapa? Klik sini 
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan berkaitan produk ini!

ZETI HAFIZA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
ID : 854120
+6019 936 6681 (call/ SMS/ WhatsApp)
www.facebook.com/bigsmilezone
bigsmilezone@gmail.com

1 comment:

  1. memang betul..... saya juga telah bertanya dengan pakar "seaweed" dan dia telah mengakui tiada kolagen dari seaweed.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...