5 sebab perut lelaki buncit lepas kahwin


Beberapa bulan lepas kahwin, berat badan #bapakbudak naik mendadak. Tak sampai setahun... dapat pingat PJK pulak - Perut Jalan Ke depan. Kawan-kawan mula tegur, seluar kena tukar bila saiz 3* dah tak muat. Masa tu sebagai isteri, saya tak kisah pun sebab saya rasa lagi hensem bila #bapakbudak tu berisi sikit. Kalau tak nampak macam tak cukup makan bila kurus kering seperti sebelum kahwin.

Lelaki yang mengalami masalah ni biasa akan selamatkan diri dengan statement : "Lelaki buncit lepas kahwin lebih seksi.. " Hehehehe.. (Seksilah sangatttt)


Melalui pemerhatian dan pembacaan saya, ada 5 sebab perut lelaki buncit selepas kahwin : 


  1. Kurang Senaman : Kebanyakan lelaki semakin kurang melakukan aktiviti senaman atau riadah selepas kahwin. Kebanyakan memberi alasan kurang masa. Malah ada yang hilang minat terhadap sukan kegemaran mereka selepas kahwin.
  2. Cara Pemakanan : Salah satu alasan lelaki yang popular adalah - makanan! Maklumlah masa bujang dulu makan tidak menentu. Selalunya nasi bungkus je. Dah kahwin, isteri masak sedap-sedap, kaya dengan lemak dan gula lagi. Manalah tak bertambah kalori. Bagi isteri yang tak memasak pula, alasan suami - 'terpaksa' teman isteri makan di luar lewat-lewat malam
  3. Cara Hidup : Perubahan rutin mungkin menyumbang kepada penambahan lemak viseral pada bahagian perut lelaki selepas kahwin. Jika dulu selepas waktu pejabat atau hari minggu ada sahaja aktiviti luar bersama geng-geng mengeteh, selepas berkahwin mungkin lelaki lebih banyak menghabiskan masa atas sofa menonton TV bersama isteri sambil kudap-kudap makanan ringan! Lebih advance, mungkin lelaki lebih banyak 'masa' diluang di atas katil berbaring sambil berbual dengan isteri.
  4. Faktor usia : Mulai usia 30 tahun, metabolisma badan akan mulai merosot. Jika tidak dikawal, ia akan menyebabkan gangguan kepada sistem penghadaman, perkumuhan dan percernaan secara perlahan tanpa disedari. Gangguan seperti ini secara tidak sedar akan menyebabkan pertambahan lemak pada lelaki.  
  5. Perubahan Hormon : Kajian Universiti Northwestern mendapati, kebanyakan lelaki mengalami perubahan penurunan hormon testosterone selepas berkahwin dan paras hormon tersebut semakin menurun setelah bergelar bapa. Menurut Dr. Natasha Turner, ketidakseimbangan hormon mempunyai kaitan dengan lemak berlebihan di bahagian perut lelaki dan perempuan.  
Cuba perhatikan suami kesayangan masing-masing yang mengalami masalah perut buncit ni. Ada tak kaitan dengan 5 sebab yang saya senaraikan di atas? Jika ada, lakukan sesuatu. Jangan pandang ringan pada perut yang 'naik' selepas kahwin ni. Bukan sahaja ia mengganggu penampilan suami kesayangan kita... Ia sebenarnya antara pentunjuk kepada masalah kesihatan yang lebih serius seperti masalah berkaitan jantung, diabetes, gout dan sebagainya.

Nak tau rahsia #bapakbudak dapat trim perut beliau? Tunggu perkongsian saya akan datang!

Isteri si dia yang prihatin,

ZETI HAFIZA
0199366681

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...