KELETIHAN BERPANJANGAN : SEBAB, SIMPTOM DAN TIPS MENGATASI




Bila cakap pasal penat dan letih, memang dah jadi perkara biasa bagi kebanyakan orang. Tapi, jangan pandang mudah jika anda rasa penat yang berpanjangan atau cepat penat. Mungkin ada sesuatu yang tak kena dengan cara hidup anda sama ada dari aspek pemakanan, gaya hidup dan sebagainya.

7 SEBAB UTAMA LETIH DAN PENAT BERPANJANGAN


1. Dehidrasi (Kekeringan air dalam badan)

Kajian menunjukkan walaupun kita kehilangan air pada kadar yang sederhana, daya tumpuan dan mental boleh terganggu dan lembap. Keadaan ini menyebabkan badan letih dan lemah. Sekiranya anda rasa letih atau tidak mampu berfikir dengan baik, cuba minum 1-2 gelas air dan lihat kesannya.

2. Aktiviti berlebihan

Jika jadual harian anda padat dengan pelbagai aktiviti yang memerlukan tenaga dan pergerakan yang kerap, anda mungkin mengalami keletihan dari segi mental dan fizikal. Begitu juga jika anda aktif bersukan dan bersenam secara berlebihan, anda akan mengalami keletihan pada otot dan badan. Jenis pekerjaan juga boleh menyebabkan anda keletihan.

3. Ubat-ubatan

Sebenarnya banyak ubat-ubat sintetik yang memberi kesan sampingan negatif seperti rasa letih dan mengantuk. Contohnya ubat bersifat anti-depresi dan ubat yang penghalang beta seperti ubat migrain dan darah tinggi. 

4. Kurang Zat Besi

Zat besi adalah antara unsur mineral yang diperlukan tubuh dalam proses mengangkut oksigen ke sel-sel dan membawa keluar bahan buangan dari sel. Sekiranya anda kekurangan zat besi, fungsi tubuh tidak dapat berfungsi dengan normal hingga menyebabkan anda berasa letih.

5. Tidur kurang berkualiti/ tidak lena

Bukan mudah untuk dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Ramai yang gagal tidur berkualiti disebabkan gaya hidup yang tidak sihat. tidur yang cukup bukan semata-mata untuk kecantikan, yang lebih penting ia mempengaruhi tahap kesihatan

6. Keadaan Kesihatan

Berhati-hati, keletihan anda mungkin petanda keadaan kesihatan kurang baik. Terdapat beberapa penyakit yang dikaitkan dengan keletihan seperti masalah penghadaman, penyakit berkaitan kardiovasukular, kanser, penyakit autoimun, penyakit hati dan banyak lagi. Mengandung juga boleh menjadi punca anda keletihan.

7. Stress

Keadaan stress seseorang boleh menyumbang kepada keletihan. Orang yang stress akan mudah rasa letih. Bukan setakat tubuh fizikal yang akan letih, mental juga akan turut merasainya.


TANDA/ SIMPTOM KELETIHAN


Kebanyakan orang yang mengalami keletihan mendakwa mereka akan mempunyai salah satu atau kombinasi dari simptom-simptom berikut

  • Kurang bertenaga
  • Rasa tidak selesa
  • Rasa tidak sihat
  • Rasa mengantuk
  • Rasa kurang semangat/ motivasi
  • Sukar beri tumpuan
  • Sukar buat keputusan
  • Sukar sempurnakan tugas harian
  • Rasa tertekan

TIPS ATASI KELETIHAN


1. Tidur berkualiti : tetapkan rutin tidur yang sihat, kosongkan fikiran anda sebelum tidur, dapatkan tidur 
    yang mencukupi kerana waktu tidurlah mental dan fizikal anda berehat setelah seharian bekerja

2. Makan dan minum dengan betul : amalkan gaya pemakanan yang seimbang dan sihat, jangan makan 
    terlalu banyak terutamanya beberapa jam sebelum tidur, kurangkan pengambilan kafein, ambil suplemen 
    untuk mengisi kekurangan nutrisi anda

3. Bersenam : Kajian menunjukkan, individu yang bersenam secara konsisten akan dapat menngurangkan 
    faktor risiko yang menyebabkan keletihan berpanjangan. Badan yang tidak cergas akan mudah keletihan.


SUPLEMEN YANG DAPAT MEMBANTU


Saya juga mengalami keletihan. Sepanjang hari bekerja dan menguruskan rumah tangga memberi kesan kepada tahap kecergasan saya. Bagi saya, selain mengubah cara hidup ke arah gaya yang lebih sihat, saya juga memilih untuk mengambil suplemen dari Shaklee untuk membantu saya menangani masalah keletihan ni. Berikut adalah cadangan untuk mengatasi masalah ini :

  • VitaLea Iron Formula -  mengandungi 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.  Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik
  • Sustainable Release Vita C - mengisi kehilangan vitamin c yang mudah berlaku ketika melakukan aktiviti harian. Membantu meningkatkan sistem imun badan
  • B Complex -  mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik. Membantu proses metabolisma makanan kepada tenaga serta mengurangkan stress.
  • ESP Soy Protein Isolate Powder -   Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan
    rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten. Juga mambantu mengurangkan stress. 
  • OsteMatrix - mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan menyeluruh. Kalsium membantu kesihatan otot dan saraf serta mendapat tidur lebih lena
  • Cinch Energy Tea Mix - alternatif kepada minuman teh dan kopi kegemaran anda. Membantu meningkatkan tenaga secara semulajadi.
Mahu maklumat lanjut? Huubngi saya..


Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan. Sila SMS ke 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com jika untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.

1 comment:

  1. Masalah keletihan ni akan ganggu produktiviti seseorang.. memang rasa tak best jadinya.. :-(

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...