Diet dan pemakanan ketika berpuasa Ramadhan

Ahlan Ya Ramadhan! Bulan penuh kemuliaan yang dinanti-nantikan oleh hambaNYA yang taat. Kerana bulan inilah digandakan segala amalan, dikurniakan malam Lailatul Qadar yang lebih baik dari 1000 bualan dan bulan yang penuh dengan keampunan.

Insya Allah, semoga kita semua akan diberi kekuatan untuk mengisi Ramadhan dengan segala amalan yang disunatkan seperti bertadarus, solat tarawikh, bersedekah dan menghidupkan malam. Dan jangan lupa, teruskan segala amalan yang diwajibkan serta sempurnakan puasa dengan sebaiknya kerana Rasulullah ada bersabda:

 “Berapa ramai orang yang berpuasa tidak mendapat sesuatu dari puasanya selain LAPAR & DAHAGA”.
 (HR Ibn Majah & Nasa'ie)
*Peringatan untuk saya juga yang serba dhoif ini.


Tips Pemakanan ketika bersahur


Saya nak kongsi sedikit info mengenai tip-tips pemakanan ketika bersahur yang boleh membantu anda melalui hari berpuasa dengan lebih baik :
  1. Elakkan minuman berkafein - minuman seperti teh dan kopi boleh menyebabkan anda kerap kencing dan menyebabkan kehilangan garam dan air yang diperlukan dengan lebih cepat
  2. Kurangkan gula/ makanan @ minuman manis - jika berlebihan boleh menyebabkan rasa haus dan tidak selesa pada perut
  3. Kurangkan garam - kandungan garam dalam darah menyebabkan anda cepat berasa haus
  4. Kurangkan makanan pedas dan berminyak yang boleh menyebabkan  perut tidak selesa
  5. Lebihkan serat seperti sayuran dan buahan bagi mengelakkan sembelit 
  6. Ambil protein  seperti daging merah dan minyak ikan kerana ia mengambil masa untuk hadam, memberi rasa kenyang lebih lama
  7. Ambil karbohidrat kompleks seperti kurma, badam, oat, barli, pasta, gandum penuh, kacang soya, kentang, brokoli, kubis  yang boleh membekalkan tenaga lebih lama dalam tubuh anda

Tips pemakanan ketika berbuka puasa


Berbuka puasa waktu paling menggembirakan bagi orang berpuasa. Masa ni nafsu makan membuak-buak. Lebih-lebih lagi dengan deretan juadah yang berbagai dan menggoda. Ingat, jangan ikut hati. Berpada-pada bila makan. Berikut tips pemakanan ketika berbuka puasa : 
  1. Mulakan dengan kurma/ tamar - amalan ini merupakan sunnah yang telah terbukti secara saintifik membantu memberi tenaga segera selepas seharian berpuasa disebabkan kandungan gula, serat dan vitamin yang tinggi dalam kurma
  2. Minum segelas jus buah-buahan segar sebelum makan lebih berat bagi mengelakkan rasa tidak selesa pada perut
  3. Tidak perlu makan berlebihan, berhenti sebelum kenyang bagi mengelakkan rasa mengantuk dan malas bagi meneruskan ibadah seperti solat terawikh. Pastikan hidangan anda seimbang dengan keperluan tubuh.
  4. Minum air masak 2 hingga 3 liter di antara waktu berbuka dan sahur
  5. Kudap sedikit makanan pada waktu minum malam (supper)
  6. Minum susu atau minuman protein sebelum tidur bagi mendapatkan tidur yang lebih lena

Suplemen dan vitamin untuk berpuasa pilihan saya


Bagi saya yang memang mengamalkan pengambilan suplemen dan vitamin, bulan puasa bukan sebab untuk saya hentikan semua tu. Cuma cara pengambilan perlu disesuaikan dengan waktu sahur & berbuka. Dan paling penting, saya tidak 'miss' minuman protein kegemaran saya. Al maklumlah, saya ada masalah gastrik dan menyusukan anak pula. Makanan tambahan boleh membantu saya lebih bertenaga menjalankan ibadah puasa. Apa yang saya ambil?

MEAL REPLACEMENT - Mighty Tripple M
MEAL SHAKES :
  • Mengandungi protien + multivitamin yang lengkap
  • Membantu untuk penghasilan sel baru yang sihat
  • Baik untuk perkembangan otak
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Mengandungi fiber yang boleh membantu masalah sembelit akibat kurang makan sayur dan buah
  • Rasa sedap - sesuai untuk sekeluarga
  • Snek yang mengenyangkan bagi menggantikan snek tidak sihat

ENERGISING SOY PROTEIN :
  • Membekalkan tenaga 
  • Memberikan rasa kenyang lebih lama
  • Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat
  • Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit
  • Membantu melancarkan penghasilan susu badan
  • Memperbaiki dan membina tisu badan
  • Membantu menganjalkan kulit

PERFORMANCE :
  • Minuman isotonik yang kurang gula (less sugar).
  • Lebih mudah diserap oleh tubuh
  • Membantu mengurangkan rasa penat
  • Membantu menaikkan paras gula dalam darah dengan segera apabila diperlukan
  • Mengekalkan tenaga dan stamina
  • Mengalirkan elektrolit ke seleruh badan (termasuk kalsium, natrium & magnesium)
  • Membantu mengurangkan  rasa haus 
Selain itu, saya teruskan pengambilan vitamin asas seperti:

  • Multivitamin dengan zat besi : membekalkan vitamin dan mineral yang diperlukan badan
  • B Complex : membantu proses metabolisma makanan kepada tenaga
  • Vitamin C : membantu meningkatkan imuniti
  • Omega 3 dari minyak ikan : lemak baik yang membantu ketika berpuasa
  • Kalsium-Magnesium : membantu kesihatan saraf dan tulang & mendapat tidur lebih lena

Anda bagaimana? Nak tahu lebih lanjut atau ingin mencuba? Hubungi saya ye...

Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan. Sila SMS ke 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com jika untuk sebarang pertanyaan atau pesanan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...