Hari ni, kesedaran untuk menyusukan anak dengan susu ibu telah meningkat. Dah jadi mcam satu trend pula ibu-ibu muda samada bekerjaya atau tidak menyusukan anak secara eksklusif selama sekurang-kurangnya 2 tahun. Mungkin usaha pejuang-pejuang susu ibu, NGO dan pihak kerajaan telah berhasil. Saya teringat perbualan dengan ibu-ibu generasi X. Mereka adalah ibu pada tahun 70-an dan 80-an. Antara yang menjadi sebab utama kesedaran menyusukan anak berkurang adalah wujudnya teori ibu menyusukan akan kehilangan bentuk badan, terutamanya payudara yang akan mengendur. Kerap bangun malam menyusukan pula akan buat ibu-ibu kelihatan letih dan pucat sepanjang masa. Satu sebab yang saya agak kurang setuju, ibu generasi X ni bagi alasan 'rimas' dengan susu yang asyik meleleh keluar disebalik baju mereka, menyebabkan badan masam dan berbau. Oleh kerana 'geli', mereka buat macam-macam untuk mengeringkan susu badan seawal habis berpantang. Alasan yang paling biasa bagi ibu bekerja, susah nak teruskan bila dah mula bekerja. Dan ada juga beri alasan terlalu letih dan malas bangun untuk menyusukan anak setiap beberapa jam pada waktu malam.
Saya senyum je dengar celoteh ibu-ibu ni. Sebenarnya perbualan ni timbul ketika saya sedang mengepam pada waktu rehat di pejabat. Mereka kata saya beruntung hidup di zaman berteknologi dan kebanyakan ibu berpelajaran. Dulu mana ada pam susu yang canggih-canggih dan berkualiti, rujukan tentang susu ibu berlambak-lambak dan mudah didapati di internet. Dulu nak cari 'breast pad' pun susah. Ibu-ibu ni juga menyalahkan promosi susu formula yang tidak dikawal dalam media. Maka, timbulah trend berlumba-lumba memberi susu formula 'terbaik' kepada anak-anak.
Bagi saya, kesimpulan yang saya buat sendiri adalah keadaan dan situasi mungkin menjadi sebab, tetapi ada 4 sikap utama yang boleh menggagalkan penyusuan ibu :
1. BERFIKIRAN NEGATIF : selagi mentaliti ibu berkata 'tidak' selagi itulah ibu akan menghadapi kesukaran dalam menjayakan penyusuan ibu. Jika asyik berkata 'tak cukup susu', menganggap menyusu ini menyusahkan dan memenatkan, risau pandangan negatif orang yang ibu menyusu ni ketinggalan zaman dan sebagainya, sampai bila pun aura negatif akan menghantui kita. Berfikir positif, yakin dan percaya kita boleh lakukan, susu ibu mencukupi untuk anak dan Allah sentiasa akan mudahkan selagi kita berusaha
2. PENTINGKAN DIRI SENDIRI : mungkin jarang kita dengar ibu mementingkan diri sendiri melebihi kepentingan anak-anak. Sebenarnya masih ada yang begitu, dan ramai tak menyedarinya. Tahukah anda, pengorbanan anda untuk menyusukan anak anda memberi kesan yang sangat hebat hingga ke akhir hayatnya? Susu yang anda berikan dalam tempoh kira-kira 2 tahun tu akan memberi kesan kepada anak anda sehingga mereka dewasa. kajian menunjukkan, anak yang menyusu akan lebih rendah risiko mendapat penyakit-penyakit seperti asma, penyakit kardiovaskular dan sebagainya apabila dewasa. Ketepikanlah rasa mementingkan diri sendiri, berkorbanlah untuk anak selama 2 tahun tersebut demi kebaikan mereka.
3. MALAS : malas berjaga malam, malas mengepam, malas membasuh dan mensteril pam.... ada 1001 sebab untuk anda malas. Jika sikap ini ada pada anda, tiada siapa yang boleh tolong. hanya anda sahaja yang mampu selesaikannya. Seorang kenalan saya, surirumah sepenuh masa, berhenti menyusukan anak sejak habis pantang lagi. Dah terbiasa suami yang berjaga malam membancuh susu untuk anak-anak sebelum ni. Bila ada anak kecil, seolah-olah terlupa tugasnya menyusukan anak pada waktu malam. Malas bangun malam, anak menangis dibiarkan sahaja.
4. PUTUS ASA : setelah puas berusaha, masih gagal mendapat hasil diharapkan? jangan putus asa, cuba semak dulu bagaimana usaha anda sebelum ni. Adakah anda telah mencuba dengan bersungguh-sungguh? Adakah cara anda lakukannya betul? gagal kali pertama belum bermakna gagal selama-lamanya. Saya pernah membaca satu kisah relaktasi yang hebat. Setelah hampir 3 bulan berhenti menyusukan anak, dan susu badan telah kering sepenuhnya..seorang ibu ni berjaya melakukan relaktasi dengan jayanya. Tiada yang mustahil! Yang penting, jangan putus asa.
Jom periksa diri sendiri, apakah sikap kita sama seperti di atas? Pilihan di tangan anda...
Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan. Sila SMS ke 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com jika anda berminat dengan tawaran kami.
No comments:
Post a Comment