Cuba lihat keliling kita; berapa ramai ahli keluarga, rakan-rakan, teman sepejabat atau jiran tetangga anda dalam keadaan sihat? Sihat dari aspek fizikal, mental, emosi, spiritual dan sosial. Sihat juga bermakna bebas dari sebarang penyakit.
Masyarakat kita hari ini semakin maju; teknologi berada di hujung jari. Masing-masing berlumba-lumba mendapatkan gaya hidup serba selesa, terkini dan bergaya. Anak-anak kecil pun telah dijinakkan dengan pelbagai gadget dan teknologi. Orang dewasa dan berusia sekarang sudah pandai update status di laman-laman sosial.
Tapi, tahap kesedaran terhadap kesihatan masih di tahap kurang memuaskan. Masyarakat hanya akan tersentak tentang isu kesihatan bila tiba-tiba ada wabak menular seperti Influenza A H1N1, Meninggitis, Japanese Encephalitis dan sebagainya. Penyakit-penyakit kronik seperti buah pinggang, tekanan darah tinggi, diabetes, sakit jantung dan barah pula sudah menjadi 'biasa' di negara ini sehingga ramai yang mengambil mudah mengenainya.
Sesetengah penyakit memang sukar dielakkan. Tapi, anda boleh menjadikan hidup anda lebih baik dengan MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT, mencegah diri dari risiko penyakit dan membuat saringan awal bagi mengenalpasti dan merawat penyakit sedia ada. Kenapa anda mesti sihat? Jawapannya mungkin berbeza bagi setiap individu, antaranya :
- Saya SAYANG diri saya - kulit saya cantik, rambut menarik, mata menawan ...
- Saya berTANGGUNGJAWAB - saya seorang ayah, saya ada keluarga, saya ada kerjaya...
- Saya hambaNYA yang TAAT - saya suka solat, rajin puasa, nak buat Haji...
- Saya ada CITA-CITA tinggi - saya bakal Graduan, saya mahu jadi Jutawan...
- Saya MAHU BERUBAH - saya perokok, saya mengalami obesiti, saya malas bersenam..
Jadi, tanya diri sendiri.... Kenapa anda Mesti Sihat?
Sahabat Sihat,
Zeti Hafiza
Zeti Hafiza
No comments:
Post a Comment