2. Tiga kotak Shaklee Collagen Powder
3. Set Bersalin dan Menyusu Lengkap
Sebenarnya dulu sebelum berkahwin hingga beranak satu, saya sangat suka buat koleksi bahan cuci di rumah. Macam-macam jenis dan jenama pencuci di pasaran, berada di rak bahan pencuci rumah saya. Yang cuci baju lain, pewangi baju lain, glass cleaner, kitchen cleaner, dish wash, floor cleaner, peluntur, cecair sental karat, pencuci kereta dan segala macam bahan cucian rumah saya ada. Itu belum masuk pewangi rumah, tandas, kereta, dapur dan macam-macam bahan berasas kimia di rumah.
Detik perubahan
Segalanya berubah selepas melahirkan anak kedua. Anak saya, Naufal disahkan menghadapi masalah eczema semasa berusia 6 bulan. Semakin hari semakin teruk keadaan Naufal walaupun dah dapatkan rawatan di klinik pakar kulit. Macam-macam ubat oral dan sapu saya beri atas nasihat doktor. Pemakanan pun cuba dikawal supaya tak terambil makanan yang boleh mencetus eczema. Tapi keadaan Naufal sekejap baik dan sekejap tidak. Salah satu masalah Naufal, dia tidak boleh langsung pakai sabun yang ada pewangi. Baju yang dibasuh dengan sabun cucian biasa yang wangi pun boleh cetuskan serangan eczemanya.
Hinggalah satu hari saya terbaca di satu website dari USA yang menceritakan pengalaman ibu yang berjaya menangani masalah anak eczema dengan menukar bahan cuci rumah dengan yang lebih mesra alam.
Tukar kepada yang semulajadi
Walaupun sukar pada mulanya, akhirnya saya nekad bertukar kepada set pencuci GET CLEAN Shaklee. Alhamdulillah, ternyata pilihan saya tepat. Beberapa minggu selepas tu, saya mula sedar perubahan pada Naufal. Dia tidak lagi alah pada pakaian yang baru dibasuh. Eczemanya datang juga bila tersalah makan.. tetapi tak teruk seperti sebelum ini.
Kenapa GET CLEAN
Set pencuci GET CLEAN Shaklee ni terdiri dari 4 produk sahaja iaitu :
1. Fresh Laundry Concentrate - pencuci pakaian
2. Soft Fabric Concentrate - pelembut fabrik
3. Hand Dish Wash Liquid Concentrate - pencuci pinggan
4. Basic-H Organic Super Cleaning Concentrate - pembersih pelbagai guna
Kelebihan set ini berbanding pencuci lain :
1. Mesra alam kerana dibuat dari bahan semulajadi seperti kelapa, sayur-sayuran dan garam mineral.
2. Tanpa bahan kimia berbahaya seperti phosphate dan chlorine
3. Jimat kerana rumusan pekat yang memerlukan sukatan sedikit untuk cucian yang banyak
4. Selamat untuk digunakan di rumah yang ada bayi dan kanak-kanak atau mereka yang mempunyai masalah alergi dan asthma
5. Terurai sempurna secara biologi, tidak meninggalkan kesan pencemaran kimia kepada alam sekitar
6. Haruman yang sedap dihidu dan menyegarkan
Bagaimana jika saya cadangkan anda bertukar kepada set GET CLEAN ini? Bukan sahaja lebih selamat untuk keluarga dan rumah kita, sekurang-kurangnya kita menyumbang kepada usaha mengurangkan pembuangan bahan kimia dan toksik ke alam sekitar. Usaha kecil ini mungkin bermanfaat pada generasi akan datang.
Bertindak sekarang. Kita mampu ubah!
ZETI HAFIZA
0199366681
Bila sebut mengenai suplemen protein, ramai ingat ia hanya diperlukan oleh kanak-kanak, ibu-ibu dan ahli sukan sahaja. Protein secara asasnya diperlukan oleh semua orang untuk kesihatan menyeluruh. Tanpa kita sedar, kebanyakan kita sebenarnya tidak mengambil protein yang mencukupi dalam diet harian. Bagi sesetengah golongan, pengambilan suplemen protein adalah sangat perlu untuk kesihatan mereka.
Berikut adalah 5 golongan yang memerlukan suplemen protein :
1. Orang yang sedang cuba turunkan berat badan
Pengambilan protein membantu rasa kenyang yang lebih berbanding karbohidrat dan lemak. Secara semulajadi, mereka yang ambil lebih protein akan lambat rasa lapar dan kurang makan kerana berasa 'puas' dengan diet protein.
2. Mereka yang mengalami masalah gula dalam darah atau masalah berkaitan metabolisma
Kajian menunjukkan, pengambilan lebih protein akan membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah dan memperbaiki kadar metabolisma, sekaligus menyokong kesihatan kardiovaskular.
3. Ahli sukan atau yang aktif bersukan
Protein perlu diambil mencukupi oleh golongan ini untuk membantu pembinaan otot yang bekerja keras semasa bersukan.
4. Warga emas atau mereka yang sedang sakit berat
Golongan ini biasanya mengalami kemerosotan otot dan tisu akibat proses penuaan dan kesakitan yang kronik. Suplemen protein boleh membantu kerosakan tisu berlebihan yang boleh memberi kesan sampingan pada warga emas dan mereka yang sedang sakit.
5. Orang yang sangat stress atau tekanan berpanjangan
Ketika berada dalam keadaan sangat tertekan, tenaga banyak digunakan untuk menyokong keperluan badan hingga menyebabkan kehilangan protein lebih cepat dari biasa. Pengambilan suplemen protein sangat digalakkan untuk membantu keadaan ini.
Jika anda salah seorang dari 5 golongan di atas, pastikan anda mendapatkan suplemen protein dalam diet harian. Jangan percaya tentang mitos pengambilan suplemen protein boleh menyebabkan kanser dan penyakit buah pinggang. Kerana kajian menunjukkan pengambilan 35% protein dari kalori harian tidak menyebabkan kanser pada mereka yang amalkan makanan seimbangi dan tidak juga menyebabkan penyakit buah pinggang kepada mereka yang tidak pernah mengalaminya.
Suplemen protein pilihan saya? Tentunya ESP Soy Protein Isolates dan MealShakes dari Shaklee...
Dapatkan suplemen protein terbaik hari ini...
ZETI HAFIZA
0199366681
Alhamdulillah... hari ni saya berjaya mengendalikan satu sesi kelas 'Back To Basic' bersama sideline yang juga buddy dalam bisnes Shaklee iaitu Puan Hairul Nisah, pemilik Anisvitashop yang sangat membantu dan bermotivasi. Kelas ni diadakan di My iReach Centre, Bangi yang dimiliki Master Lyna Noh dan Zainul Anuar... yang juga salah seorang upline dan mentor kami.
Kelas ni khas untuk downline di bawah kumpulan kami, terutamanya yang mahu mendapatkan gambaran tentang peluang yang ditawarkan dan langkah-langkah untuk memulakan perniagaan bersama Shaklee.
Sesi pertama dimulakan oleh saya sendiri sebagai pengasas Fantastic Star Team mengenai sejarah, peluang dan pelan pemasaran Shaklee. Kemudian satu slot khas perkongsian kejayaan Puan Khairani Bahauddin (RedComelMall.com) yang merupakan seorang WAHM (work at home mom) beranak lima tetapi mampu menguruskan bisnes Shaklee hingga ke tahap membanggakan. Sesi ketiga dan penutup diakhir oleh Puan Hairul Nisah mengenai langkah-langkah yang perlu diambil oleh seseorang yang nak memulakan dan berjaya dalam bisnes Shaklee ini. Dalam kelas ini didedahkan 'RAHSIA BESAR' kejayaan kumpulan kami antaranya Master Checklist, RCA, Magic Book dan sebagainya.
Saya berterima kasih kepada semua sahabat dalam team FST terlibat dan hadir.. Insya Allah saya doakan semua bertambah maju dan berjaya dalam Shaklee di masa akan datang. Saya percaya yang hadir ini adalah mereka yang ingin menggunakan potensi diri dan peluang yang ada untuk meningkatkan kualiti hidup sekeluarga.
Jangan risau jika anda masih belum menemui kumpulan atau business partner yang sesuai untuk memulakan perniagaan Shaklee anda. Hubungi saya untuk sertai kumpulan kami yang Fantastic ini. Kita akan bersama-sama mendaki ke puncak kejayaaan!
Jumpa di sana....
ZETI HAFIZA
019-9366681
Kecoh sekejap di media sosial semalam apabila Pak Menteri beri cadangan rakyat Malaysia patut bawa bekal ke sekolah/ pejabat. Cadangan ni timbul lepas subsidi minyak dikurangkan dan harga barang makanan mula naik sejak akhir-akhir ini.
Kawan-kawan geng ibu-ibu pun asyik buat 'hot chat' di WhatsApp Group. Saya tiada pendapat khusus, tapi saya yakin setiap benda mesti ada pro dan kontranya. Tanpa mengambil kira isu ini yang mungkin dipolitikkan, saya sebagai ibu dan isteri sebenarnya lebih suka memandangnya dari aspek positif.
Secara peribadi, saya terfikir 10 sebab kenapa kita patut bawa bekal pada zaman sekarang :
1. Jimat wang : Ini sudah semestinya. Sekarang ni makan nasi bungkus dengan ikan goreng dan sayur pun dah dekat RM8 seorang. Bayangkan sehari isteri, suami dan anak punya kos makan tengahari... mungkin hampir RM20. 5 hari bekerja dah RM100. Tak masuk kos minyak kete nak ke tempat makan. RM100 kalau beli lauk di pasar, boleh makan seminggu kalau pandai bajet kan...
2. Jimat masa : biasanya waktu rehat pejabat cuma sejam. Waktu yang sama nak solat, ibu nak mengepam susu dan makan. Terkejar-kejar nak makan di kedai. Sudahnya lewat masuk pejabat semula.
3. Menepati selera : Bila bawa bekal ni, boleh la masak ikut selera sendiri. Nak pedas ke masin ke manis ke. Makan di kedai ni kadang tak boleh pilih sangat pun.
4. Lebih bersih dan suci : bagi yang sangat ambil berat tentang bersih dan suci... bawa bekal adalah pilihan terbaik. Tak perlu runsing tentang bab kebersihan dan kesucian makanan, tukang masak berhadas atau tak... dan sebagainya.
5. Lebih sihat dan berkhasiat : Masak sendiri bolehlah pilih menu berrkhasiat. Anak-anak ke sekolah kadanh kita tak pasti di mana suit dibelanjakan. Hidangan pun mungkin melepaskan batuk di tangga sahaja.
6. Eratkan kasih sayang : Air tangan isteri/ ibu adalah pengerat kasih sayang dalam rumahtangga. Tak boleh dinafikan. Tengok sahaja zaman mak dan nenek kita.
7. Rapatkan silaturahim : satu cara nak rapatkan silaturrahim di pejabat atau sekolah ni, boleh kongsi dan tukar-tukar bekal ngan kawan-kawan. Ala-ala potluck...
8. Tambah kecekapan ibu/ isteri di dapur : Mak-mak akan tambah cekap di dapur. Kena bangun awal masak, dan cekap siapkan dalam masa yang singkat. Selalu masak lama-lama memang kalah la MasterChef.
9. Lembutkan hati suami dan anak-anak : Selain kasih sayang... makan hidangan dari rumah ni melembutkan juga hati ahli keluarga. Jika yang nakal-nakal ni, percaya atau tidak... bisa dilembutkan dengan air tangan ibu. Maklumlah.. memasak ni ada petua dan amalan tertentu juga
10. Alasan nak beli Tupperware baru : Ni alasan ibu-ibu peminat Tupperware atau tipuware.. hehehe... jangan marah ye bapak-bapak. Keperluan ni ganti-ganti bekas. Lagipun anak ramai..
Setakat ni sahaja pendapat saya. Yang pasti, ambillah sesuatu isu tu dari sudut positif. Ok je nak bawak bekal. Buat apa nak malu. Bangga lagi ada la...
Sambutlah kempen kerajaan dengan rasa cinta... Hehehe
Sebarkan cinta!
ZETI HAFIZA
Bagi yang dah falling in love ngan ESP (ESP Protein Isolate Powder) macam saya, bancuh macam mana pun memang selera je tekak ni nak minum ESP. Bagi yang sekali cuba, terus buat kesimpulan ESP ni tak sedap... sememangnya anda rugi sebab sebenarnya ada 1001 cara untuk nikmatinya. Cuma mungkin anda belum jumpa yang mana kena dengan selera anda.
Berikut adalah 10 resepi ESP kegemaran saya :
1. Smoothie Susu Badam : blend 200ml susu segar + 2 sudu makan ESP + 5 biji kacang badam + 5 ketul air batu
2. ESP Nestum Shake : larutkan sepeket Nestum 3-in-1 dalam sedikit air panas. tambah 2 sudu makan ESP + air sejuk hingga 200ml - kocak
3. Breakfast Shake : blend sebiji pisang + 2 sudu makan ESP + 1 sudu oat + 200ml susu segar
4. Orange/ Mango Lassi ESP : Sebiji oren/ mangga manis/ keduanya + 2 sudu makan ESP + 3 sudu makan yogurt + 200ml susu
5. Overnight Oat ESP : kocak 3 sudu makan ESP dengan 200ml susu segar suam. Campurkan 7 sudu oat segera+ kismis + potongan buah segar + madu atau sedikit susu pekat jika suka manis. Biar berendam dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 6 jam sebelum dimakan.
Selamat Mencuba!
Alhamdulillah... semasa menulis ni, saya dah pun masuk trimester kedua hamil anak ke-4. Macam kelakar pun ye, dah mengandung berkali-kali barulah terasa nak kongsi pengalaman 'real time' hamil. Ala-ala diari kononnya.
Perkongsian saya akan lebih kepada pengalaman sendiri, mungkin berbeza dengan bakal ibu yang lain. Saya akan selit juga info perkembangan ibu dan kandungan mengikut minggu berdasarkan pembacaan. Harap bermanfaat.
Minggu 1
Dalam bidang perubatan, minggu pertama mengandung dikira dari hari pertama haid. Haid saya sebenarnya berbeza sikit pada waktu ni. Agak lewat berbanding bulan-bulan sebelum. Saya fikir, mungkin disebabkan faktor badan yang stress akibat sibuk dengan kerja makmal projek master saya... atau mungkin sebab masih menyusu Cik Kuntum yang hampir berumur setahun tu.
Minggu 2
Ikut teori, hujung minggu ni dah masuk waktu subur. Saya seperti kebanyakan wanita lain, waktu subur boleh 'dibaca' dengan memerhati lendiran subur yang keluar pada waktu ini. Bagi mereka yang merancang untuk hamil, waktu subur ni patut digunakan sebaiknya untuk mengadakan hubungan intim dengan suami bagi meningkatkan peluang persenyawaan benih lelaki dan perempuan. Sebaliknya pasangan yang nak jarak kelahiran atau merancang tidak mahu hamil dalam masa terdekat, boleh ambil kaedah perancang keluarga secara sihat.
Minggu 3
Dari segi teori sains, telur wanita yang dilepaskan pada waktu subur kemungkinan telah berjaya tersenyawa pada waktu ini. Dinding rahim pun dah sedia menebal kerana bersedia untuk terima perlekatan janin. Ibu biasanya belum tahu pun mereka dah mengandung pada masa ni. Selalunya ujian kehamilan pun belum dapat kesan kehadiran hormon mengandung.
Minggu 4
Debaran menunggu datangnya bendera merah. Sesetengah orang akan mula dapat tanda nak datang haid atau pre-menstrual syndrome (PMS). Saya contohnya, akan rasa sedikit moody dan tidak selesa ketika ni. Muka lebih berminyak dan naik jerawat, perut pun kadang rasa kembung dan buncit.
*bersambung lagi nanti ye
Ibu Nabil, Naufal, Nashwa dan ...
+60199366681
Saya bukan orang jawa.. (Hehehe) tapi saya memang suka sangat makanan berasaskan soya seperti tempeh, tauhu dan kicap. Walaupun saya pastikan hari-hari saya makan makanan yang kaya protein, saya sebenarnya masih ambil suplemen protein untuk pastikan pengambilan protein harian mencukupi.
Hari ni saya nak kongsi anggaran kandungan protein 5 makanan berasakan soya kegemaran saya (protein dalam setiap 100g) :
1. Tempeh : 20g
2. Kicap kipas udang : 3g
3. Tauhu : 8g
4. Taucu : 10g
5. Minuman ESP Shaklee : 50g
Haaa... Agak-agak pernah tau tau berapa protein dalam makanan favourite masing-masing?
Saya dah tau, sebab saya PEDULI tentang keperluan protein. Sebab tu saya pilih ambil ESP Soy Protein Isolate Powder Shaklee sebagai makanan tambahan protein harian. Anda bagaimana?
Nak tahu lanjut tentang ESP? Hubungi saya sekarang...
ZETI HAFIZA
0199366681
Protein sangat diperlukan dalam diet harian kita. Sumber protein harian rakyat Malaysia biasanya datang dari ikan, susu, daging, telur dan kekacang seperti soya. Adakah kita dapat cukup protein setiap hari? Boleh kira keperluan protein anda di sini.
Kenapa penting sangat protein dalam diet harian?
Tanpa protein yang cukup, fungsi normal tubuh badan boleh terganggu. Antara 6 sebab UTAMA protein penting kepada manusia ialah:
1. Bina dan baiki : Bayangkan badan kita ni sebuah rumah. Protein peranan dia macam batu bata dan simen yang membinanya. Tak cukup protein, binaan rumah tadi tak sempurna. Bila ada rosak, protein la bahan yang perlu untuk baiki. Kulit, organ, otot, tisu dan lain-lain semuanya dibina dari protein.
2. Tenaga : Macam kereta yang perlukan minyak, kita perlukan protein sebagai punca tenaga. Walaupun tenaga boleh juga kita dapat dari karbohidrat, protein masih diperlukan.
3. Hormon : Protein ni bahan untuk bina hormon. Katakan badan tak cukup protein, hormon kita pun tak dapat dibina dengan cukup. Bila hormon tak cukup... macam masalah boleh timbul. Contoh, gula dalam badan tak dapat ditukar kepada tenaga bila hormon terlibat tak cukup. Sebab tu boleh dapat diabetes.
4. Enzim : Badan kita penuh dengan tindakbalas biokimia untuk bekerja dengan baik. Contoh, dalam perut kita ada enzim yg kerjanya tolong pecahkan karbohidrat kepada bentuk yang lebih kecil. Jika tak dipecahkan, perut tak dapat serap bahan tu. Umpama buat roti, kena letak yis yang cukup...jika tak, roti yang patut gebu jadi roti penyet. Hehehe.
5. Pengangkut dan penyimpan : Ada protein yang tugasnya jadi 'kenderaan' dan 'stor' kepada sesetengah molekul. Contohnya Haemoglobin, protein yang bertugas angkut oksigen dalam darah ke organ-organ lain. Kurang haemoglobin boleh menyebabkan anemia.
6. Antibodi : Protein juga digunakan untuk bina antibodi untuk lawan jangkitan dan penyakit. Analoginya macam polis yang tugasnya jaga keselamatan dalam negara dan tangkap penjenayah untuk bawa mereka ke muka keadilan. Kalau polis tak cukup ramai atau tak cukup kuat... agak-agaknya aman ke negara kita?
Kesimpulannya, jangan ambil ringan tentang keperluan protein harian kita. Kebanyakan masalah kesihatan datangnya dari pemakanan yang tak sihat dan tak seimbang, bukan sebab lain pun. Pastikan protein kita cukup dari pemakanan, tambah dengan suplemen protein jika perlu.
Jom Sihat!
ZETI HAFIZA
0199366681
ESP atau nama penuhnya ESP Protein Isolate (Energising Soy Protein) memang ratu di hati saya jika dibandingkan produk Shaklee yang lain. Bukan maknanya produk lain tak bagus, cuma peranan protein ni sangat banyak dalam diet harian. Dan secara peribadi, pengambilan vitamin lain lebih baik kesannya pada saya bila tambah protein.
Ramai sebenarnya di kalangan kawan-kawan saya jatuh cinta kepada Shaklee disebabkan ESP. Hari ni saya nak kongsi pengalaman amalkan ESP sejak tahun 2011.
5 kesan ambil ESP yang saya paling tak boleh lupa
1. Gastrik sejak Tingkatan 4 boleh dikatakan hampir tiada. Jika angin masuk perut sesekali tu biasanya sebab lambat atau silap makan. Tiada dah lalui pengalaman pahit gastrik berguling-guling sampai muntah hijau macam dulu.
2. Masalah kencing manis @ GDM masa mengandung anak ke-3 dapat dikawal dalam masa seminggu lepas kawal diet dengan bantuan ESP. Alhamdulillah sekarang sedang mengandung anak ke-4 dan disahkan bebas GDM
3. Stretch mark gelap pada perut lepas bersalin anak pertama dan kedua hilang sejak 2012. Bila mengandung lagi, kesan regangan tu cerah tak kehitaman
4. Parut kesan kena minyak panas di kaki pada tahun 2008 akhirnya hilang selepas 3 bulan amalkan ESP pada tahun 2011. Seronok sebab tanda terus hilang tanpa kesan langsung.
5. Badan yang cepat penat akibat menyusu setiap tahun sejak 2008 hingga sekarang, dapat dipulihkan tenaga selepas ambil ESP. Sesekali bila tak sempat ambil memang rasa lambat hilang letih-letih badan tu.
Sebenarnya ada lagi kesan lain yang tak saya ceritakan seperti kesan pada kulit, rambut, penyusuan ibu dan lain-lain.
Rasa sendiri #shakleeeffect ESP kegemaran ramai ini, Insya Allah tak menyesal dan tak dapat dilupakan kebaikannya.
Hubungi saya untuk maklumat lanjut
ZETI HAFIZA
0199366681
Protein ni sebenarnya nutrien yang penting untuk semua manusia. Tak kira tua, muda, lelaki atau perempuan.. secara umumnya protein mesti cukup dalam badan untuk pastikan sistem badan bekerja normal.
Makanan yang kaya protein banyak.. contohnya daging, ikan, ayam, susu, telur, kekacang dan banyak lagi. Cuma tau tak kebanyakan pemakanan harian kita tak cukup memenuhi keperluan protein harian?
Sebab tu pakar pemakanan hari ni berpendapat suplemen protein perlu diambil oleh golongan tertentu. Cuma persoalannya, banyak mana nak ambil suplemen protein?
Nak tau.... Jom kira!
Keperluan protein harian dari supplement = Berat badan x (cara hidup) - (anggaran 1/3 protein anda dari makanan harian)
Cara hidup:
1. Normal = 1.0
2. Aktif = 1.5 (senaman intensif 3-4 kali/ minggu)
3. Bina badan = 2.0
Contoh : Berat saya 49kg dan kategori normal
Keperluan protein harian : (49 x 1.0) = 49g/day (makanan + suplemen)
Keperluan suplemen protein : 49 - 16.3 (protein dari makanan) = 32.6g
* Tapi kena ingat ye.. cara kira ni adalah untuk garis panduan umum. Sesetengah orang seperti ibu mengandung/ menyusu, orang tua, mereka yang sedang pulih dari penyakit, kanak-kanak dan atlet memerlukan lebih protein dari orang lain.
Selamat mengira! Pastikan anda dapat protein yang cukup hari-hari ye.