Rahsia sihat dan cantik lepas bersalin macam Che Ta Rozita Che Wan!

Meriah sungguh laman social semalam berita tentang kelahiran anak pasangan selebriti tanahair Rozita Che Wan dan suaminya Zain Saidin. Kalau tak silap, dalam sebuah rancangan hiburan di Astro pun ada disiarkan secara eksklusif berita ini. Saya tak sempat menonton, cuma terbaca di laman Facebook dan Instagram. Meh cuci mata dulu dengan gambar baby Che Ta yang sangat cantik... Macam anak patung je kan ?
 
credit foto : mstar.com
  
Geram sungguh tengok baby comel-comel ni. Lagi geram tengok mak baby yang Nampak sihat, aktif dan cantik walaupun baru lepas bersalin. Bagi ibu dan bakal ibu di luar sana, mesti ada perasaan nak sihat dan cantik macam Che Ta ni kan. Walaupun kita bukan selebriti, takkan nak biar wajah pucat tak bermaya dan badan lemah tidak bertenaga lepas bersalin kan? Che Ta ni dah berumur 41 tahun tau! Sekali tengok macam ibu-ibu muda berumur 20-an kan...
 

Sihat dan cantik lepas bersalin

Semasa mengandung dulu, saya selalu dapatkan urutan dan rawatan sebelum bersalin dari Kak Yah, seorang bidan muda berumur 42 tahun di Terengganu. Beliau ada berkongsi rahsia cantik dan sihat selepas bersalin iaitu :
  1. Berpantang selama 44 hari : Ini adalah kunci utama yang patut dipegang oleh ibu-ibu lepas bersalin. Walaupun hari ini kebanyakan ibu telah mempunyai pilihan untuk berpantang cara moden, amalan berpantang secara tradisonal secara prinsipnya tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Jangan ambil mudah nasihat orang tua-tua yang lebih dahulu makan garam, mereka memang bukan saintis atau ahli perubatan. Tetapi pengalaman mereka bukan sedikit dalam amalan selepas bersalin ni. Saya sendiri memilih gabungan berpantang secara tradisional dan moden seperti diceritakan di sini.
  2. Amalkan makanan sihat : Mahu atau tidak, kita harus akui.. makanan adalah faktor penting untuk kekal sihat dan cantik. Ibu-ibu seharusnya pilih makanan yang kaya dengan zat-zat yang diperlukan seperti protein, karbohidrat, vitamin, serat dan mineral. Kurangkan ambil makanan tinggi lemak dan minyak yang hanya boleh memudaratkan kesihatan jika diambil berlebihan.
  3. Jauhi makanan rapu : Dilema ibu zaman sekarang, dibanjiri dengan pelbagai makanan rapu yang kononnya segera dimakan dan disediakan. Hati-hati dengan makanan jenis ini kerana kandungannya yang tinggi perasa, pewarna dan pengawet tiruan. Ia juga selalunya tinggi kandungan garam, gula dan lemak/ minyak.
  4. Minum air secukupnya : Ada ibu-ibu yang enggan minum air banyak kerana takut perut buncit selepas bersalin. Tanggapan ini sememanngya salah kerana air adalah medium utama dalam fungsi tubuh badan manusia. Kekurangan air boleh menyebabkan anda kelihatan lebih tua dari usia sebenar!
  5. Rajin lakukan aktiviti senaman : Alasan 'tak sempat' memang biasa didengar dari ibu-ibu sekarang. Yela.. bekerja, uruskan anak dan rumahtangga.. bila masa nak bersenam? Jika kita hidup zaman mak nenek kita dulu, mungkin tak perlu bersenam sebab mereka kerja membanting tulang keluar peluh di bendang, kebun dan hutan. Kita? Seharian terperap di work station menghadap computer.
  6. Kekalkan postur badan sihat : Cuba perhatikan Che Ta. Bila berjalan atau duduk, dia akan kekalkan postur badan yang sihat. Postur badan ni bukan sahaja untuk penampilan sahaja.. ia sebenarnya membantu kita lebih sihat dan kelihatan cantik!
  7. Amalan kerohanian : Ini rahsia kecantikan wanita Melayu zaman dulu yang tak dapat disangkal. Amalan zikir dan selawat, solat malam dan berpuasa adalah antara amalan kerohanian yang membantu secara tidak langsung untuk kekal sihat dan cantik secara lahir dan batin!
Walaupun 7 tips di atas kita biasa dengar sebelum ni, cuba check... adakah kita telah amalkan secara konsisten? Saya sendiri berazam nak istiqamah dengan tips di atas. Tak nak dah abaikan makan minum cara sihat, nak teruskan ambil supplement Shaklee selepas bersalin, rajinkan diri bersenam dan tingkat amalan kerohanian.
 
Semoga anda pun kekal sihat dan cantik lepas bersalin ya!
 
CHE TI @ ZETI HAFIZA ZAKARIA
+6019 936 6681

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...