- Vivix : bertindak pada peringkat sel untuk menyokong kesihatan jantung
- Omega Guard : Asid lemak baik yang bantu seimbangkan kolesterol dalam darah
- Garlic Complex : Terkenal secari tradisonal untuk membantu aliran darah sihat
- CoQ Health Plus : Menyokong jantung dan salur darah yang sihat serta peredaran darah yang lancar
7 tips cegah tekanan darah tinggi
Resipi Singgang Daging Kak Pis Terengganu (celup)
3 ulas bawang merah (mayang halus)
1 ulas bawang putih (mayang halus)
1 inci lengkuas (ketuk)
1/2 inci kunyit (hiris)
1 batang serai (ketuk)
1 keping asam keping
Sedikit biji ketumbar, jintan putih dan lada hitam (tumbuk kasar)
Garam dan *gula merah (jika suka) secukup rasa
Air secukupnya
sangat-sangat
Teka jantina anak dalam kandungan? Catatan Sedikit Pengalaman Peribadi Saya...
- Alahan/ morning sickness lebih kuat
- Muka berseri-seri, jerawat halus pun malu nak keluar
- Suka tidur mengiring ke kanan
- Bayi dalam perut pun suka parking sebelah kanan
- Perut tajam ke depan
- Perangai ibu mengada manja dan malas sikit
- Suka makan yang masin dan berlemak
- Alahan/ morning sickness kurang sedikit
- Muka berminyak dan kusam, jerawat pun laju je keluar
- Suka tidur mengiring ke kiri
- Bayi dalam perut pun suka parking sebelah kiri
- Perut bulat kembang ke tepi
- Perangai ibu lebih lasak dan rajin sikit
- Suka makan yang manis dan masam
5 Resepi ESP paling saya suka!
Bagi yang dah falling in love ngan ESP (ESP Protein Isolate Powder) macam saya, bancuh macam mana pun memang selera je tekak ni nak minum ESP. Bagi yang sekali cuba, terus buat kesimpulan ESP ni tak sedap... sememangnya anda rugi sebab sebenarnya ada 1001 cara untuk nikmatinya. Cuma mungkin anda belum jumpa yang mana kena dengan selera anda.
Berikut adalah 10 resepi ESP kegemaran saya :
1. Smoothie Susu Badam : blend 200ml susu segar + 2 sudu makan ESP + 5 biji kacang badam + 5 ketul air batu
2. ESP Nestum Shake : larutkan sepeket Nestum 3-in-1 dalam sedikit air panas. tambah 2 sudu makan ESP + air sejuk hingga 200ml - kocak
3. Breakfast Shake : blend sebiji pisang + 2 sudu makan ESP + 1 sudu oat + 200ml susu segar
4. Orange/ Mango Lassi ESP : Sebiji oren/ mangga manis/ keduanya + 2 sudu makan ESP + 3 sudu makan yogurt + 200ml susu
5. Overnight Oat ESP : kocak 3 sudu makan ESP dengan 200ml susu segar suam. Campurkan 7 sudu oat segera+ kismis + potongan buah segar + madu atau sedikit susu pekat jika suka manis. Biar berendam dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 6 jam sebelum dimakan.
Selamat Mencuba!
Diari Hamil Zeti Hafiza : Minggu 9 & 10
Diari Hamil Zeti Hafiza : Minggu 5-8
Minggu 5
Minggu 6
Minggu 7
Minggu 8
Diari Hamil Zeti Hafiza : Minggu 1-4
Alhamdulillah... semasa menulis ni, saya dah pun masuk trimester kedua hamil anak ke-4. Macam kelakar pun ye, dah mengandung berkali-kali barulah terasa nak kongsi pengalaman 'real time' hamil. Ala-ala diari kononnya.
Perkongsian saya akan lebih kepada pengalaman sendiri, mungkin berbeza dengan bakal ibu yang lain. Saya akan selit juga info perkembangan ibu dan kandungan mengikut minggu berdasarkan pembacaan. Harap bermanfaat.
Minggu 1
Dalam bidang perubatan, minggu pertama mengandung dikira dari hari pertama haid. Haid saya sebenarnya berbeza sikit pada waktu ni. Agak lewat berbanding bulan-bulan sebelum. Saya fikir, mungkin disebabkan faktor badan yang stress akibat sibuk dengan kerja makmal projek master saya... atau mungkin sebab masih menyusu Cik Kuntum yang hampir berumur setahun tu.
Minggu 2
Ikut teori, hujung minggu ni dah masuk waktu subur. Saya seperti kebanyakan wanita lain, waktu subur boleh 'dibaca' dengan memerhati lendiran subur yang keluar pada waktu ini. Bagi mereka yang merancang untuk hamil, waktu subur ni patut digunakan sebaiknya untuk mengadakan hubungan intim dengan suami bagi meningkatkan peluang persenyawaan benih lelaki dan perempuan. Sebaliknya pasangan yang nak jarak kelahiran atau merancang tidak mahu hamil dalam masa terdekat, boleh ambil kaedah perancang keluarga secara sihat.
Minggu 3
Dari segi teori sains, telur wanita yang dilepaskan pada waktu subur kemungkinan telah berjaya tersenyawa pada waktu ini. Dinding rahim pun dah sedia menebal kerana bersedia untuk terima perlekatan janin. Ibu biasanya belum tahu pun mereka dah mengandung pada masa ni. Selalunya ujian kehamilan pun belum dapat kesan kehadiran hormon mengandung.
Minggu 4
Debaran menunggu datangnya bendera merah. Sesetengah orang akan mula dapat tanda nak datang haid atau pre-menstrual syndrome (PMS). Saya contohnya, akan rasa sedikit moody dan tidak selesa ketika ni. Muka lebih berminyak dan naik jerawat, perut pun kadang rasa kembung dan buncit.
*bersambung lagi nanti ye
Ibu Nabil, Naufal, Nashwa dan ...
+60199366681
Kandungan protein dalam kicap, tempeh, tauhu, taucu dan air soya.
Saya bukan orang jawa.. (Hehehe) tapi saya memang suka sangat makanan berasaskan soya seperti tempeh, tauhu dan kicap. Walaupun saya pastikan hari-hari saya makan makanan yang kaya protein, saya sebenarnya masih ambil suplemen protein untuk pastikan pengambilan protein harian mencukupi.
Hari ni saya nak kongsi anggaran kandungan protein 5 makanan berasakan soya kegemaran saya (protein dalam setiap 100g) :
1. Tempeh : 20g
2. Kicap kipas udang : 3g
3. Tauhu : 8g
4. Taucu : 10g
5. Minuman ESP Shaklee : 50g
Haaa... Agak-agak pernah tau tau berapa protein dalam makanan favourite masing-masing?
Saya dah tau, sebab saya PEDULI tentang keperluan protein. Sebab tu saya pilih ambil ESP Soy Protein Isolate Powder Shaklee sebagai makanan tambahan protein harian. Anda bagaimana?
Nak tahu lanjut tentang ESP? Hubungi saya sekarang...
ZETI HAFIZA
0199366681
MESTI TAHU! 6 sebab kita perlu cukup protein
Protein sangat diperlukan dalam diet harian kita. Sumber protein harian rakyat Malaysia biasanya datang dari ikan, susu, daging, telur dan kekacang seperti soya. Adakah kita dapat cukup protein setiap hari? Boleh kira keperluan protein anda di sini.
Kenapa penting sangat protein dalam diet harian?
Tanpa protein yang cukup, fungsi normal tubuh badan boleh terganggu. Antara 6 sebab UTAMA protein penting kepada manusia ialah:
1. Bina dan baiki : Bayangkan badan kita ni sebuah rumah. Protein peranan dia macam batu bata dan simen yang membinanya. Tak cukup protein, binaan rumah tadi tak sempurna. Bila ada rosak, protein la bahan yang perlu untuk baiki. Kulit, organ, otot, tisu dan lain-lain semuanya dibina dari protein.
2. Tenaga : Macam kereta yang perlukan minyak, kita perlukan protein sebagai punca tenaga. Walaupun tenaga boleh juga kita dapat dari karbohidrat, protein masih diperlukan.
3. Hormon : Protein ni bahan untuk bina hormon. Katakan badan tak cukup protein, hormon kita pun tak dapat dibina dengan cukup. Bila hormon tak cukup... macam masalah boleh timbul. Contoh, gula dalam badan tak dapat ditukar kepada tenaga bila hormon terlibat tak cukup. Sebab tu boleh dapat diabetes.
4. Enzim : Badan kita penuh dengan tindakbalas biokimia untuk bekerja dengan baik. Contoh, dalam perut kita ada enzim yg kerjanya tolong pecahkan karbohidrat kepada bentuk yang lebih kecil. Jika tak dipecahkan, perut tak dapat serap bahan tu. Umpama buat roti, kena letak yis yang cukup...jika tak, roti yang patut gebu jadi roti penyet. Hehehe.
5. Pengangkut dan penyimpan : Ada protein yang tugasnya jadi 'kenderaan' dan 'stor' kepada sesetengah molekul. Contohnya Haemoglobin, protein yang bertugas angkut oksigen dalam darah ke organ-organ lain. Kurang haemoglobin boleh menyebabkan anemia.
6. Antibodi : Protein juga digunakan untuk bina antibodi untuk lawan jangkitan dan penyakit. Analoginya macam polis yang tugasnya jaga keselamatan dalam negara dan tangkap penjenayah untuk bawa mereka ke muka keadilan. Kalau polis tak cukup ramai atau tak cukup kuat... agak-agaknya aman ke negara kita?
Kesimpulannya, jangan ambil ringan tentang keperluan protein harian kita. Kebanyakan masalah kesihatan datangnya dari pemakanan yang tak sihat dan tak seimbang, bukan sebab lain pun. Pastikan protein kita cukup dari pemakanan, tambah dengan suplemen protein jika perlu.
Jom Sihat!
ZETI HAFIZA
0199366681
5 kesan sampingan minum ESP Shaklee selama 3 tahun - Pengalaman sendiri
ESP atau nama penuhnya ESP Protein Isolate (Energising Soy Protein) memang ratu di hati saya jika dibandingkan produk Shaklee yang lain. Bukan maknanya produk lain tak bagus, cuma peranan protein ni sangat banyak dalam diet harian. Dan secara peribadi, pengambilan vitamin lain lebih baik kesannya pada saya bila tambah protein.
Ramai sebenarnya di kalangan kawan-kawan saya jatuh cinta kepada Shaklee disebabkan ESP. Hari ni saya nak kongsi pengalaman amalkan ESP sejak tahun 2011.
5 kesan ambil ESP yang saya paling tak boleh lupa
1. Gastrik sejak Tingkatan 4 boleh dikatakan hampir tiada. Jika angin masuk perut sesekali tu biasanya sebab lambat atau silap makan. Tiada dah lalui pengalaman pahit gastrik berguling-guling sampai muntah hijau macam dulu.
2. Masalah kencing manis @ GDM masa mengandung anak ke-3 dapat dikawal dalam masa seminggu lepas kawal diet dengan bantuan ESP. Alhamdulillah sekarang sedang mengandung anak ke-4 dan disahkan bebas GDM
3. Stretch mark gelap pada perut lepas bersalin anak pertama dan kedua hilang sejak 2012. Bila mengandung lagi, kesan regangan tu cerah tak kehitaman
4. Parut kesan kena minyak panas di kaki pada tahun 2008 akhirnya hilang selepas 3 bulan amalkan ESP pada tahun 2011. Seronok sebab tanda terus hilang tanpa kesan langsung.
5. Badan yang cepat penat akibat menyusu setiap tahun sejak 2008 hingga sekarang, dapat dipulihkan tenaga selepas ambil ESP. Sesekali bila tak sempat ambil memang rasa lambat hilang letih-letih badan tu.
Sebenarnya ada lagi kesan lain yang tak saya ceritakan seperti kesan pada kulit, rambut, penyusuan ibu dan lain-lain.
Rasa sendiri #shakleeeffect ESP kegemaran ramai ini, Insya Allah tak menyesal dan tak dapat dilupakan kebaikannya.
Hubungi saya untuk maklumat lanjut
ZETI HAFIZA
0199366681
Cara kira berapa banyak protein kita perlu sehari
Protein ni sebenarnya nutrien yang penting untuk semua manusia. Tak kira tua, muda, lelaki atau perempuan.. secara umumnya protein mesti cukup dalam badan untuk pastikan sistem badan bekerja normal.
Makanan yang kaya protein banyak.. contohnya daging, ikan, ayam, susu, telur, kekacang dan banyak lagi. Cuma tau tak kebanyakan pemakanan harian kita tak cukup memenuhi keperluan protein harian?
Sebab tu pakar pemakanan hari ni berpendapat suplemen protein perlu diambil oleh golongan tertentu. Cuma persoalannya, banyak mana nak ambil suplemen protein?
Nak tau.... Jom kira!
Keperluan protein harian dari supplement = Berat badan x (cara hidup) - (anggaran 1/3 protein anda dari makanan harian)
Cara hidup:
1. Normal = 1.0
2. Aktif = 1.5 (senaman intensif 3-4 kali/ minggu)
3. Bina badan = 2.0
Contoh : Berat saya 49kg dan kategori normal
Keperluan protein harian : (49 x 1.0) = 49g/day (makanan + suplemen)
Keperluan suplemen protein : 49 - 16.3 (protein dari makanan) = 32.6g
* Tapi kena ingat ye.. cara kira ni adalah untuk garis panduan umum. Sesetengah orang seperti ibu mengandung/ menyusu, orang tua, mereka yang sedang pulih dari penyakit, kanak-kanak dan atlet memerlukan lebih protein dari orang lain.
Selamat mengira! Pastikan anda dapat protein yang cukup hari-hari ye.
Pelbagai kegunaan Basic H yang pernah dicuba
- Basuh kereta
- Basuh lumut pada lantai
- Bersihkan dapur berminyak lepas masak
- Bersihkan dashboard kereta
- Bersihkan display telefon pintar
- Bersihkan display monitor laptop
- Buang kesan chemical kat meja makmal
- Buang karat besi alat makmal
- Hilangkan kesan tapak tangan pada cermin
- Hilangkan contengan crayon di lantai
- Hilangkan contengan marker permanent di lantai
- Hilangkan dakwat pen kat baju
- Kilatkan sinki
- Kilatkan beg tangan kulit
- Lap tingkap kaca
- Lap meja makan melekit
- Lap perabut berhabuk
- Mop lantai
- Spray bunuh nyamuk
- Spray bunuh semut
- Spray bunuh cicak
- Spray bunuh lipas
- Sental kotoran degil toilet bowl
- ......
- ......
- ...... dan bermacam lagi kegunaannya tanpa mencemari alam sekitar kerana ia adalah semulajadi dan selamat digunakan!!
Tiga jenis teh popular untuk redakan sakit kepala
Hanya beberapa minit selepas minum teh, terasa sakit kepala berkurangan. Saya terkejut juga sebab tak pernah mengalaminya sebelum ni. Cepat je tangan ni tanya pakcik Google tentang teh dan sakit kepala. Rupanya memang sesetengah teh herba membantu melegakan sakit kepala kerana kesan antioksidan dan antiradang teh tu sendiri. Ada banyak jenis teh yang boleh membantu. Tiga di antaranya yang pernah saya cuba :
+60199366681
Promo Shaklee Ogos 2014 : Beli 6 GLA Complex, Percuma 1!
Sempena bulan Ogos 2014, Shaklee menawarkan promosi Percuma sebotol GLA Complex untuk pembelian 6 botol produk yang sama.
Memang super duper best GLA Complex ni. Kalau dah cuba dengan konsisten, memang rasa perubahannya dan pasti nak amalkan setiap hari. Walaupun GLA Complex ni popular di kalangan kaum perempuan disebabkan kelebihannya membantu masalah Sindrom Pra-haid, kesuburan dan kecantikan kulit... Ia juga digemari oleh kaum lelaki tak kira peringkat umur kerana faedah GLA kepada kesihatan jantung, diabetes, masalah berat badan dan sebagainya.
Syok kan? Apa kata pakat-pakat dengan mak ayah kakak abang adik jiran sedara kawan pejabat dan sesiapa sahaja... cukup 6 botol, boleh hubungi saya untuk beli dan anda dapat 1 botol percuma untuk diri sendiri! Kalau nak beli untuk stok sendiri pun boleh... maklumlah, 7 botol stok untuk 7 bulan pada kos yang lebih menjimatkan.
Dapatkan segera sementara stok masih ada! Hubungi saya sekarang.
ZETI HAFIZA
+60199366681
Menyambut kedatangan kekasih
Tadi petang masa memandu sendirian, layan slot USRAH di radio IKIM.fm. Topik sangat best mengenai menyambut kedatangan kekasih.
Sebenarnya 'kekasih' dimaksudkan adalah bulan Ramadhan. Bulan yang lebih baik dari 1000 bulan
Diumpamakan seperti menyambut kedatangan kekasih, kita patutnya buat persiapan terbaik menjelang Ramadhan. Hati penuh rasa tak sabar dan berdebar dengan ketibaannya.
Muhasabah diri, bagaimana la persiapan diri sendiri ni. Ya Allah, balighna Ramadhan.
Masker Vitamin E Shaklee untuk luka dan parut degil
PENYEMBUHAN LUKA DENGAN CEPAT DAN MENGHILANGKAN PARUT
Walaupun kegunaan vitamin e ini tidak pernah dikaji secara teliti, ramai orang mendakwa melalui pengalaman yang hebat tentang faedah menggunakan krim atau minyak vitamin e dari kapsul secara terus disapu pada luka atau parut. Penggunaan krim vitamin e adalah 'cosmetically elegant' dan lebih mahal berbanding dengan menyapukan minyak vitamin e yang dikeluarkan dari kapsul (hanya cucuk dengan pun dan picit keluar). Sapukan minyak vitamin e ini 2 atau 3 kali sehari pada luka atau parut. Walaupun belum dibuktikan, kemungkinan vitamin e ini bertindak sebagai antioksidan dan pembersih radikal bebas yang melindungi kerosakan lebih teruk ke atas tisu baru yang terbentuk semasa proses penyembuhan. Jika benar, vitamin ini berkemungkinan memberi kesan terbaik ke atas luka yang telah tertutup dan sedang dalam proses penyembuhan. Terdapat terlalu sedikit kesan negatif menggunakan kaedah rawatan ini, asalkan anda tidak menyental krim @ minyak vitamin e ke atas luka yang masih terbuka. Jika anda ada luka atau parut degil yang tidak sembuh@ hilang sebagaimana diharapkan, kaedah ini adalah berbaloi untuk dicuba. Tapi harus ingat, luka dengan sakit berpanjangan mungkin petanda masalah kesihatan yang lebih serius dan perlu dirujuk kepada pakar perubatan.
PROMOSI SHAKLEE JUN 2014 : Vita- E Complex, Buy 6 Free 1
Seronok bila dapat notifikasi dari pihak Shaklee, promosi bulan Jun 2014 adalah Vita E Complex.
Sebotol Vita-E Complex ada 120 kapsul Vitamin E yang diperkaya dengan Selenium dan Grape Seed Extract yang menjadikan kuasa antioksidan berganda dalam setiap kapsul.
Dapatkan Vita-E Complex Shaklee pada harga RM149 dari saya hari ini!
Zeti Hafiza
+6019 936 6681
10 tanda awal kanser yang patut diketahui
Satu dari setiap 4 orang rakyat Malaysia berisiko mendapat kanser. Setiap tahun, dianggarkan sebanyak 20,000 kes baru kanser di negara kita. Fakta yang menakutkan saya dan anda yang membacanya kan?Kanser ni berlaku disebabkan beberapa faktor seperti pendedahan kepada bahan kimia, bahan radiasi dan jangkitan penyakit. Ada banyak jenis kanser - ada boleh dirawat ada yang tidak dan ada yang boleh berulang selepas dirawat. Rawatan kanser biasanya mengambil masa yang lama dam kos yang tinggi. Sebab tu pakar kesihatan menggalakkan pencegahan dari awal di kalangan kita ni. Sememangnya mencegah lebih baik dari mengubati.
Kenali 10 tanda awal kanser
- Luka luarbiasa seperti luka lambat atau tak sembuh, bertukar warna, menjadi ulser atau berdarah
- Pendarahan/ lelehan luarbiasa contohnya ada kesan darah dalam najis atau air kencing, haid datang terlalu kerap atau aliran terlalu banyak
- Tumbuh ketulan mana-mana bahagian pada badan secara berterusan tanpa rasa sakit
- Gangguan pencernaan atau kesukaran menelan
- Tabiat pembuangan air kecil atau besar yang tidak normal dalam jangkamasa 2 hingga 3 bulan
- Perubahan ketara pada kulit atau tahi lalat
- Batuk atau suara serak berterusan selama lebih 2 minggu
- Kekurangan berat melebihi 10% atau kekurangan tenaga secara mendadak dalam masa 3 hingga 6 bulan tanpa sebab
- Kesakitan atau ketidakselesaan pada abdomen secara berterusan
- Demam yang tidak diketahui sebabnya
Pencegahan sebelum terkena
- Elak terdedah kepada asap dan pencemaran (termasuk merokok)
- Biasakan menjaga kulit dari terdedah kepada pancaran matahari secara terus/ terlalu lama
- Makan sayur dan buah-buahan yang kaya dengan antioksidan
- Hadkan pengambilan daging dan lemak haiwan
- Senaman atau beriadah secara konsisten
- Ambil tahu sejarah kesihatan keluarga
- Kenali keselamatan persekitaran kerja anda (bahan kimia, habuk, gas, asap dll.)
- Jalankan saringan kanser secara berjadual
- Amalkan minum air ditapis dengan cukup
- Ambil makanan tambahan seperti vitamin A, C dan E juga antioksidan lain seperti polyphenol, coenzyme 10 dan sebagainya
Bagaimana produk Shaklee membantu?
Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut
ZETI HAFIZA
Cheesekut Mery Lava Mealshake
Kemas kabinet dapur hari tu terjumpa biskut mery 3/4 bungkus. Beli sebab untuk ajar anak-anak kudap biskut yang tak manis. Rupanya dorang tak berapa minat biskut ni. Kalau Oreo tu laju pulak.. Hmmm... sabar je lah.
Maka, ibu mereka ni cari jalan untuk habiskan biskut-biskut tersebut sebelum lemau atau expired. Apa lagi, Google la..
Akhirnya terhasil lah Cheesekut Mery Mealshake ni yang diubahsuai ikut selera sendiri dan menggunakan bahan2 yang ada di dapur Kak Pis.
Bahan-bahan
250 g Cream Cheese (saya guna cap Tatura)
3/4 bungkus Biskut Mery (saya guna cap Tiger)
Sedikit Susu Segar (saya guna Marigold HL)
Sedikit Susu Pekat Manis (saya guna Marigold)
*Sos Coklat (saya guna Hershey's)
*Meal Shakes (saya guna Shaklee)
Cara Penyediaan
1. Pukul cream cheese hingga kembang.
2. Campur susu segar dan pukul sebati. Jangan banyak sangat susu tu, supaya sebatian tak terlalu cair
3. Campur susu pekat manis ikut kesesuaian selera. Pukul sebati. Saya masuk sikit je sebab tak nak terlalu manis.
Dah siap cream cheese, dah boleh cari bekas acuan sesuai untuk next step.
4. Panaskan susu segar sekejap.
5. Celup keseluruhan biskut satu persaty tu dalam susu panas sebentar. Jangan sampai lembik sangat.
6. Susun cantik-cantikk biskut rendam dalam bekas acuan.
7. Selesai selapis biskut, masukkan secukupnya cream cheese yang dah siap tadi atas tu. Ratakan.
7. Letakkan coklat cair atas lapisan tadi.
8. Ulang langkah 5-7 hingga habis biskut dan cream cheese. Akhiri dengan taburan Meal Shake di lapisan teratas. Macam saya buat hari tu dapat 3 lapis biskut.
9. Sejukkan semalaman dalam peti sejuk (chiller)
*optional (saya tambah dari resepi asal)
Alhamdulillah, anak-anak suka macam ibu mereka juga! Gambar ni masa dah siap. Lupa nak amek gambar masa proses nak buat tu.
Selamat Mencuba....
Zeti Hafiza
+6019 936 6681
7 langkah mudah kurangkan perut buncit lelaki
Trend perut buncit?
Tips kurangkan perut buncit
Sokongan isteri
0199366681

