Boleh Kaya dengan Bisnes Online?

BERMULA DENGAN ANGANAN

Dulu bila baca kisah Irfan Khairi yang jutawan sebelum umur 30 dengan perniagaan internet, memang teruja tapi blurrr.. Tak nampak jalan, tak rasa pun boleh. Asyik fikir, 'dia bolehla' 'Angan-angan saja aku ni'. Agaknya umur masih mentah. Tak fikir pun sampai ke situ.  Kawin pun belum masa tu. Dapat kerja tetap dengan gaji pokok RM1630 (9 tahun lepas) tiada hutang lain kecuali PTPTN.. cukuplah, kan? Lepas diri sendiri, dapat bg parents, simpan Tabung Haji.. ok apa...
Dua tahun lepas.. bila baca mentorku fulltime housewife boleh dapat pendapatan 5 angka secara online.. rasa nak cuba. Target dapat beberapa ratus nak lepaskan kos supplement sendiri je. Tak fikir jauh. Selesa dengan keadaan diri sendiri.

TURNING POINT

Masa berjalan, sampai berlaku insiden. Dah terhantuk baru terngadah. Kos hidup bertambah. Duduk buat kira-kita, defisit rupanya perbelanjaan selama ni. Syok sendiri. Buat simpanan, hujung bulan bila tak cukup duit, mulalah korek tabung. Cuba berjimat.. dapat juga kurangkan defisit tapi masih tak selesai masalah. Mujur juga kami bukan jenis suka bermewah. Semua benda naik harga.. barang makanan, yuran taska, pengasuh pun dah demand. Dulu RM200 seorang anak. Sekarang RM300 seorang dan dah bertambah pula anak.
Tiada jalan lain.. buat mesyuarat tergempar. Kena cari income tambahan juga.

RETIRE YOUNG RETIRE RICH

Alhamdulillah.  Pada umur 30 tahun saya mulakan langkah. Selepas 2 tahun merasa pendapatan 5 angka yang selama ini saya ingat tak boleh. Target dalam masa kurang setahun akan jadi 6 angka. Nak tambah lagi simpanan dan aset. Lambat? Ye.. memang ada buat lebih baik, capai semuanya dlm masa tak sampai setahun. Tapi saya tidak berlumba dengan sesiapa. Saya bangga melawan rintangan terbesar, iaitu diri sendiri.
Master plan dah siap. RETIRE YOUNG RETIRE RICH dunia akhirat Insya Allah. Retire bukan bererti duduk rumah goyang kaki. Ia permulaan kepada sesuatu yang lebih besar.  Jika setelah melalui usia 30 tahun dalam zon selesa, apa salah bekerja kuat 4-5 tahun ni untuk 30 tahun akan datang.

MEMBERI TANPA SYARAT

Kawan, saya kongsi sebab saya nak lebih ramai berfikir. Jika selesa dengan keadaan sekarang, teruskan..
Bagi yang nak tadi... tiada beza antara kita dengan orang lain. Jangan sempitkan fikiran dengan 'tak boleh' 'tak pandai' 'takut' dan lain-lain. Allah kan ada.. Dia sentiasa memberi jika kita meminta dan berusaha. Antara nak dan tak nak sahaja.
Mahu sertai saya? Sesiapa nak mulakan dari zero pun boleh. Saya beri sekadar saya mampu tanpa syarat - hanya untuk mereka yang berani untuk berjaya.
Bertindak sekarang. Bukan kejap lagi.

P/S : Dunia ni persinggahan sementara.  Material hanyalah alat mengumpul saham di alam abadi.


Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan! 
ZETI HAFIZA ZAKARIA 
Shaklee Independent Distributor
ID : 854120
+6019 936 6681
www.facebook.com/bigsmilezone bigsmilezone@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...